"KAU buat apa kat sini? Kau nak apa?" Nafas Iskandar berasa sesak. Mencuba melawan perasaannya yang gundah-gulana saat ini.
"Relax Is. I tak nak apa-apa pun dari you. I datang sini cuma nak support you je. Hari ini kan hari konvokesyen you."
"Aku tak perlukan pun support kau tu. Pergi baliklah." Iskandar mahu meninggalkan tempat itu secepat yang mungkin.
Kaki Iskandar baru menapak beberapa langkah dihalang oleh Dayana. Dayana mendekati Iskandar. Wajahnya didekatkan.
"You nak pergi mana? Sampai hati you nak tinggalkan I. I ni kan girlfriend you..."
"Bila masa pulak kau ni girlfriend aku? Kita dah tak ada apa-apa hubungan dah. Kau dengan aku dah putus! Putus!"
"I tak pernah minta putus. You pun tak pernah putuskan hubungan kita. So... Kita still bercinta lah kan?"
"Okey fine! Now, we break!" Iskandar cuba pergi dari situ sekali lagi namun tetap dihalang oleh Dayana.
Kali ini Dayana bertindak agresif. Dia memaut lengan Iskandar dan membawa Iskandar dalam perlukannya.
Iskandar cuba melepaskan pelukan Dayana tapi makin kejap dia memeluk dirinya.
"Iskandar!"
Mereka berdua terus menoleh ke arah suara tersebut. Melihat sahaja siapa pemanggilnya, Iskandar terus menolak kuat tubuh Dayana ke belakang. Iskandar segera mengejar dan mengendahkan kewujudan Dayana di situ.
Dayana mengukir senyuman puas kerana telah memporak-perandakan hidup dan hubungan Iskandar.
"Aku dah settle kan kerja aku." Dayana bersuara sebaik sahaja mendengar bunyi derapan kasut seseorang mendekatinya. Dia menoleh ke belakang. Mereka berdua tersenyum sinis.
"Bagus! Tak menyesal aku pilih kau buat kerja ni."
"Of course, aku memang nak tengok hidup dia sengsara. Aku akan miliki Iskandar semula walau apa pun risikonya."
Wati dan Dayana berpandangan antara satu sama lain. Berpuas hati dapat melihat orang yang dibenci sengsara di depan mata.
"AWAK nak explain apa lagi?! Saya dah nampak semuanya lah." bentak Dhia.
"Apa yang awak nampak tu semuanya tak betul. Dia yang peluk saya... bukan saya. Saya takkan pernah curang dengan awak. Percayalah."
"Ah! Saya tak percayakan awak. Kenapa pulak dia nak peluk awak? Dan kenapa awak biarkan je dia peluk awak?"
Hati Dhia begitu sakit saat melihat kecurangan Iskandar di depan matanya. Tidak menyangka lelaki yang baru dia hendak percaya akhirnya menghancurkan jua kepercayaannya.
"Dia tu Dayana, ex girlfriend saya. Dia memang tak boleh move on dengan saya. Dia nak perangkap saya. Ini salah satu taktik dia... Dia nak kita gaduh sampai kita putus." jelas Iskandar seraya memujuk.
Sekarang ini, Dhia tidak mampu berfikir apa-apa. Hatinya cukup sakit untuk menerima semua ini.
"Saya tak tahu nak fikir apa dah sekarang ni. Bagi saya ruang untuk saya bertenang. Kalau saya dah tenang nanti saya call awak. Saya akan tuntut penjelasan daripada awak."
Dhia terus melangkah pergi tanpa menunggu respon daripada Iskandar.
Iskandar mahu menghalang Dhia pergi terbantut kerana Zaril memegang lengannya.
"Biarkan dia bersendirian. Dia perlukan masa." ujar Zaril.
Perlahan-lahan Iskandar mengangguk. Dia melihat kepergian Dhia dengan penuh rasa bersalah.
Dia begitu marah dengan dirinya kerana menjadi seorang lelaki yang lemah. Lelaki yang tidak mampu mempertahankan sebuah hubungan.
PINTU rumah dikuak. Baru selangkah masuk ke dalam, Zaril disergah oleh suara Sofia.
"Pagi tadi lepas meeting, you pergi jumpa perempuan tu kan?!"
Zaril tidak menjawab, malah dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Tanpa segan silu, Sofia mengintil Zaril ke bilik. Dia menghalang laluan Zaril supaya tidak masuk ke dalam biliknya.
"I tak habis cakap lagi tau. You jangan biadap eh?"
"I biadap?! You yang biadap datang rumah I sesuka hati you and now... You cakap I biadap? Wow! Interesting, Sofia!" Zaril menghamburkan marahnya pada Sofia.
"Takkan I tak boleh datang rumah tunang I? Oh..
Sekarang ni you nak halang I pulak datang rumah you sebab perempuan tak guna tu?! Hah?!" Sofia tidak mahu mengalah.
"Shut up! This is my last warning... Jangan pernah sesekali you hina Dhia lagi. Kalau tak..."
"Kalau tak apa? Apa yang you nak buat? Nak putus dengan I? Macam tu ke, Zaril?!"
"You jangan cabar I..."
"Yes! I cabar you! Kalau you berani... putuskan hubungan kita. Right now."
Zaril mengangguk beberapa kali. Dia sambung lagi, "From now on, we are not in relationship anymore. You bukan lagi tunang I."
Zaril terus menolak tubuh Sofia ke tepi. Dia terus masuk ke biliknya lalu menghempas pintu sekuat hati.
Seluruh tubuh badan Sofia menjadi kaku. Perkara yang dia mahu elak selama ini, akhirnya berlaku jua. Kini, dia sudah tidak ada apa-apa lagi ikatan dengan Zaril. Hancur perancangannya untuk membina mahligai bersama-sama dengan Zaril.
Ini semua angkara perempuan perampas tu. Aku takkan lepaskan kau, Dhia. Kaulah penyebab aku dengan Zaril putus. Kau tunggulah nasib kau nanti. Kau tunggu Dhia!
KAWASAN Cafe kelihatan sedikit renggang. Mana tidaknya, pelajar last year sahaja yang masih ada di kampus ini. Mereka perlu menyelesaikan beberapa lagi prosedur sebelum menamatkan pengajian.
Mereka hanya berpandangan sudah hampir setengah jam. Tiada siapa antara kami membuka mulut.
Setelah lama berdiam, Iskandar bersuara, "Awak sihat? Dah okey?"
"Awak rasa?" Boleh lagi dia tanya aku okey ke tak? Mestilah aku tak okey. Apa punya soalan entah.
Iskandar ketawa gugup. Dia bersuara semula, "Baiklah."
Iskandar menarik nafas sedalam-dalamnya terlebih dahulu.
"Perempuan yang awak nampak semalam tu ialah Dayana... Ex girlfriend saya. Kami bercinta sejak kami mula belajar di kampus. Sepanjang tempoh 2 tahun kami bercinta, semuanya okey. Tapi, satu hari tu... Yana ajak saya datang rumah dia. Dia kata yang parents dia nak jumpa saya. Jadi, saya pun datang rumah dia malam tu. Tapi rupanya..."
"Rupanya apa?" soal Dhia. Rasa ingin tahu mula mendesaknya.
"Rupanya... Dia perangkap saya. Malam tu hanya kami berdua je yang ada dalam rumah Yana. Yana tipu saya... sebenarnya parents dia ada urusan di luar Malaysia. Jadi, sebelum saya perasan parents dia tak ada di rumah... Dia bagi saya minum air yang dah dicampur dengan ubat tidur. Bila saya tak sedarkan diri, dia bawa saya masuk bilik dia. Dia buka baju saya... semua. Then, dia rakam 'aksi' kami berdua atas katil."
Iskandar tidak mampu meneruskan lagi kata-katanya. Dia terlalu malu. Malu untuk menceritakan kejadian memalukan itu.
"Kalau awak tak boleh nak teruskan lagi... Awak jangan paksa diri awak."
Dhia pula dihimpit rasa bersalah kerana membangkitkan isu yang mengaibkan itu.
"Tak. Saya akan ceritakan semuanya pada awak. Saya tak nak simpan lagi apa-apa rahsia dari awak."
"Tapi awak..."
"Please... Trust me."
"Okey..." jawab Dhia, perlahan.
"Esok pagi, saya terjaga. Alangkah terkejutnya saya melihat tak ada seurat benang pun menutupi badan saya. Saya terus bangun dan cari Yana tapi... tak ada siapa. Hanya tinggal saya dalam rumah tu. Sebelum saya keluar dari rumah, Yana ada tulis nota. Dia tulis, 'I enjoy sangat malam semalam.' Saya bengang sangat dengan dia. Dia pijak maruah saya sesuka hati dia aje. Saya nak jumpa dengan dia kat kampus hari tu jugak."
"Bila saya jejak je dalam kampus, semua orang pandang saya semacam. Dia orang berbisik sesama sendiri. Tapi saya tak peduli, saya tetap nak jumpa dengan Yana. Saya cari dia sampailah saya jumpa dia kat luar dewan kuliah. Saya nak tegur dia tapi tiba-tiba ada pesanan WhatsApp masuk. Saya bukak dan video saya ber'aksi' dengan Yana dihantar dalam group rasmi kampus."
"Maksud awak... Semua penuntut kampus tengok video tu? Pensyarah-pensyarah sekali?"
"Ya. Semua orang tengok video tu. Saya malu, malu sangat-sangat. Saya tak tahu mana saya nak letak muka saya. Lepastu, kami berdua dipanggil untuk di soal siasat. Seperti yang saya dah agak, dia tuduh saya rakam video tu dan sebarkannya. Saya tak tahu macam mana dia boleh buat sampai bukti tu semuanya menunjukkan saya yang bersalah. Disebabkan buktinya sudah kukuh, saya dibuang dari Universiti. Keluarga saya halau saya, saya tak ada sesiapa. Sampailah saya kenal dengan Farhan. Dialah yang banyak tolong saya... Dia yang masukkan saya dalam kampus ni. Dia nak saya mulakan hidup baru. Alhamdulillah, saya dah dapat hidup baru saya bersama dengan awak."
"Awak, saya nak minta maaf sebab tak percayakan awak. Cuma, saya nak tanya awak..
Apa yang terjadi antara awak dengan Yana selepas awak dibuang?"
"Saya lost contact dengan dia. Saya tak tahu di mana dia, apa jadi pada dia... Dan saya tak nak tahu pun. Saya betul-betul bencikan dia."
"Saya faham perasaan awak. Tapi kenapa dia cari awak balik ek?"
"Itu yang saya tak tahu. Dia nak apa lagi dari saya? Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia dah buat kat saya? Saya harap apa sahaja rancangan dia takkan tercapai."
"Awak." panggil Dhia.
"Ya?" Iskandar mengangkat wajah memandang Dhia.
"Saya janji dengan awak... saya akan setia dengan awak walau apa pun halangan yang datang."
Iskandar tersenyum bahagia. Sungguh dia bertuah memiliki Dhia. Seorang perempuan yang begitu menjaga harga dirinya. Tidak mudah memberi hati pada lelaki.
Aku berjanji pada diri aku bahawa aku akan menghalalkannya. Aku akan jaga dan cintakan dia sepenuh hati aku. Cuma dia dalam hati aku. Sentiasa dan selama-lamanya.
Share this novel