BUM!
Kedengaran bunyi sesuatu yang sangat kuat dari tingkat atas. Mahu pecah telinga Dhia mendengarnya. Apa pulak yang jatuh ni? Mak Nak tak dengar ke?
Dhia yang baru balik, naik ke atas untuk memeriksa bunyi itu datang dari mana. Dia periksa di biliknya dulu mungkin Zaril yang jatuhkannya.
Dhia terus tidak jadi untuk masuk ke dalam akibat laluan dipenuhi dengan kaca yang bertaburan. Terlopong mulut Dhia melihat tangan Zaril yang berdarah itu. Tanpa menghiraukan kaca di atas lantai, Dhia berlari ke arah Zaril.
"Abang! Kenapa dengan tangan abang ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" Dhia mencapai tangan Zaril dan meniliknya. Timbul kegelisahan di riak wajahnya. Hatinya juga sudah dihimpit kerisauan.
Tanpa menunggu jawapan dari Zaril, Dhia terus berlari ke laci meja. Dhia mengeluarkan first aid kit dan duduk semula di sebelah Zaril.
Dhia merawat luka di tangan Zaril itu lalu membalutnya dengan bandage.
"Seronok tengok aku sakit macam ni?" tanya Zaril tiba-tiba.
"Hah?" Dhia berpura-pura tidak dengar. Dia mahu kepastian adakah benar apa yang dia dengari tadi.
"Kenapa kau nak rawat luka kat tangan aku ni? Luka kat hati aku ni? Kau tak nak rawat pulak?"
"Apa maksud abang? Dhia tak faham..."
"Semua kau tak faham! Apa yang kau faham? Aku tahu... kau hanya faham macam mana nak bolot harta aku je kan?!" jerkah Zaril.
"Kalau abang rasa macam tu, betul lah tu." Dhia membalas dengan tenang sahaja. Dia tahu kalau api dengan api, pasti lebih marak apinya. Sebentar sahaja lagi, kebenarannya akan terbongkar.
Zaril terus mengetap bibir geram. Lantas kedua tangannya melekap ke pipi dhia.
"Kau memang tak nak mengaku kan?! Aku tahu macam mana nak ajar perempuan macam kau ni." Zaril terus menarik tangan Dhia, membawanya ke bilik sebelah.
Kemudian, dia menolak kasar Dhia sehingga dia jatuh tersungkur.
"Apa abang buat ni?!"
"Diam! Kau yang paksa aku buat macam ni."
Tanpa disangka, Zaril membuka kemejanya dan seluarnya. Hanya singlet dan boxer di tubuhnya. Membulat mata Dhia melihat tindakan Zaril itu.
"Abang... abang nak buat apa ni?! Abang jangan dekat dengan Dhia." Dhia mahu bangun namun Zaril lebih pantas menghalangnya.
"Kau nak pergi mana? Kita dah sah. Kau milik aku!" Zaril memegang kedua tangan Dhia dengan kuat. Dia tidak mampu melepaskannya.
"Abang jangan buat Dhia macam ni. Please..." Dhia merayu kepada Zaril. Mengalir sudah air matanya.
"No! Aku takkan lepaskan kau!" Zaril meneruskannya tanpa memikirkan perasaan Dhia. Air matanya yang mengalir langsung tidak diendahkan.
Aku tak boleh biarkan diri aku diperlakukan seperti ini.
Dengan sedaya upaya, Dhia menendang perut Zaril dengan lututnya. Zaril terjatuh ke sisi. Dia memegang perutnya, mengerang sakit.
Dhia cepat-cepat bangun tapi tiba-tiba perutnya berasa amat sakit. Perutnya seolah-olah dicucuk-cucuk oleh jarum.
"Ah!" Dhia menjerit kesakitan. Dia memegang perutnya sambil tubuhnya disandarkan ke kaki katil. Sedang menahan sakit, dia terlihat darah mengalir dari celahan kakinya.
"Darah?" Dhia menjadi gemelugut melihat darah makin banyak mengalir.
Zaril yang nampak kejadian itu, terus mendekati Dhia.
"Dhia? Dhia kenapa ni?" Zaril juga terkejut melihat Dhia mengalami pendarahan. Mungkinkah... Dhia mengandung?
"Abang... sakit..." Dhia menggenggam kuat singlet Zaril. Tidak mampu menahan saking sakit yang dirasai.
Zaril menyarungkan semula kemeja dan seluarnya lalu mendukung Dhia dan dibawa ke hospital.
SEJAK setengah jam yang lepas, Zaril tidak berhenti bermundar-mandir di depan pintu bilik ICU itu.
"Ma... kenapa doktor tak keluar-keluar daripada tadi?" Zaril merungut sambil bercekak pinggang.
"Sabarlah Zaril... doktor tengah buat kerja dia. Duduk dulu..." Datin mengarah Zaril untuk duduk di sebelahnya. Zaril menurut sahaja tanpa bantahan.
Kira-kira 5 minit kemudian, doktor keluar dari wad ICU itu. Mereka semua segera mendapatkan doktor di depan pintu wad ICU.
"Doktor... macam mana keadaan isteri saya?" tanya Zaril, ingin tahu.
"Alhamdulillah, isteri encik stabil. Cuma, saya minta maaf... bayi dalam kandungan isteri encik tak dapat diselamatkan."
"A... apa? Is... isteri saya mengandung?" Mata Zaril sudah bergenang.
"Ya encik, isteri encik mengandung. Mohon bersabar ya encik." Doktor itu tersenyum segaris sebelum pergi.
"Allah!" Zaril jatuh terduduk di atas lantai. Berita ini amat terkesan terhadap dirinya.
"Kenapa? Kenapa aku bodoh?! Kenapa?!" Zaril memukul kepalanya beberapa kali kerana kesal dengan perbuatan sendiri.
"Zaril... bersabar. Jangan buat macam ni..." Datin Yani dan Dato Faizal berusaha menghentikan perbuatan Zaril itu.
"Tak ma...! Zaril... Zaril punca anak kami mati ma... Zaril kejam! Zaril kejam dengan Dhia ma. Zaril..." Teresak-esak Zaril menangis.
"Shh!" Datin Yani lantas memeluk tubuh anaknya supaya bertenang.
Apabila Zaril kelihatan lebih tenang, Datin Yani mengajak suaminya berbincang sesuatu di tempat lain, jauh dari Zaril. Dia tidak mahu Zaril lebih tertekan sekiranya mendengar perbualan mereka nanti.
Mereka berganjak dari ruangan menunggu ke tepi kaunter berdekatan.
"Kenapa ni Yani?" soal Dato Faizal, pelik.
"Abang... Yani rasa kan Zaril tu ada buat salah dengan Dhia lah."
"Kenapa pulak kamu kata macam gitu?"
"Yelah bang... mula-mula Zaril tak bagi nafkah dekat Dhia sejak sebulan lepas. Lepastu, sekarang ni... abang tengok ajelah reaksi Zaril tadi. Dia tak habis-habis salahkan diri dia atas apa yang berlaku pada Dhia." jelas Datin Yani panjang lebar.
"Zaril tak bagi nafkah? Sejak sebulan lepas? Kenapa Yani tak bagitahu abang tentang ni?"
"Maaflah bang... Yani tak nak besar-besarkan perkara ni."
"Perkara ni serius Yani oi..."
"Ala... bang sorrylah. Lain kali Yani tak sorok apa-apa dah dekat abang. Promise..." Datin Yani mempamerkan muka comelnya agar dapat memujuk Dato Faizal.
"Erm... dah mula dah. Yelah... sekarang ni kita nak buat apa?" Dato Faizal mengalah jua. Mana mungkin dia tidak cair dengan muka comel Datin Yani itu. Itulah yang membuatkan dia makin sayang.
"Hah... macam tulah suami Yani. Macam ni bang... Yani ingat kita tunggu dulu sampai keadaan Dhia dah sihat baru Yani bagitahu abang tentang plan Yani."
"Macam gitu pulak? Suka hati kamulah, Yani."
Datin Yani tersengih manja. Pujukannya menjadi.
DENGAN langkah longlai, Zaril masuk ke dalam rumah. Dia terus menapak naik ke tingkat atas. Dia mahu berehat. Dia terlalu lemah saat ini.
Dia menghenyakkan punggung di pinggir katil. Air matanya mengalir lesu.
Saat dibuai perasaan, dia ternampak handbag Dhia di atas katil. Dia mencapainya lemah. Sebak di dada makin tebal.
"Maafkan abang... Dhia. Maafkan abang." Dia mencium lama handbag itu. Dia mahu meletakkan semula handbag itu namun terjatuh.
Sewaktu dia ingin mengangkatnya, terkeluar satu sampul berwarna coklat dari handbag itu. Dia mencapainya lalu membuka sampul itu.
"Dokumen? Pindah harta?" Berkerut-kerut dahi Zaril melihat dokumen pemindahan harta di tangannya.
Dia menjadi teruja untuk membaca isi dokumen itu dengan lebih lanjut.
"What?! Dhia pindahkan semua harta dia pada ibu? Untuk apa? Kenapa..." Zaril tiba-tiba teringatkan sesuatu. Kini, dia baru sedar bahawa Hasnah menipunya. Dia sudah termasuk jerat Hasnah.
"Kenapa aku tak pernah terfikir yang... ibu sengaja laga-laga kan aku dengan Dhia. Supaya... dia dapat bolot harta Dhia. Why now, Zaril? Why now?!" Hatinya bagai diurap dengan daun katang-katang, dia menyesal kerana mempercayai kata-kata perempuan tak guna itu.
Dia mengoyakkan helaian dokumen itu sehingga tinggal cebisan sahaja. Dia terlalu geram dengan perbuatan keji Hasnah itu.
Hasnah ini memang tua-tua lengkuas, makin tua makin buas. Tak pernah berhenti mengumpul dosa. Dasar orang tua tak sedar diri!
DHIA terjaga dari nideranya. Matanya dibuka dengan perlahan-lahan lalu matanya meliar memandang sekeliling. Aku dekat hospital ke?
Dia ingin memastikannya jadi dia bangun dari pembaringan tapi tidak berdaya.
"Auch!" Dia mengaduh sakit. Perutnya berasa amat perit. Lantas, dia baring semula.
Tidak lama selepas itu, kedengaran pintu wad dikuak dari luar. Dia menoleh ke sisi dan memandang ke arah pintu.
"Dhia!" Zahara segera mendapatkan Dhia apabila melihat Dhia sudah sedar.
"Ara..." Zahara melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan katil.
"Kau okey tak ni? Ada sakit kat mana-mana ke?" soal Zahara, kerisauan. Dia begitu terkejut apabila mendapat tahu tentang apa yang berlaku pada Dhia. Dia sanggup memonteng kerja semata-mata untuk melawat Dhia di hospital.
"Aku okey... cuma, perut aku. Sakit sangat, Ara. Aku tak tahu kenapa, kau tahu?" Zahara terus berdurja dek pertanyaan Dhia.
"Ara... kenapa ni? Hah? Tak... tak ada jadi apa-apa kat aku kan?"
"Dhia... aku nak kau bertenang dengan apa yang aku nak bagitahu kau ni."
"Ara... kau jangan takutkan aku."
"Dhia... kau... keguguran." Zahara mula berasa sebak. Lagi-lagi melihat wajah naif Dhia itu.
Aku keguguran? Maksudnya... aku mengandung selama ni? Ada... ada bayi dalam rahim aku?
"Ara... aku mengandung...? Anak aku..." Zahara tidak mampu melihat keadaan Dhia seperti itu. Lantas dia memeluk erat tubuh Dhia.
"Ara... anak aku..."
"Shh... aku ada." Air mata tidak dapat ditahan lagi. Ianya mengalir tanpa henti, menzahirkan rasa sedih dan kecewa di dalam hati.
Dia amat kesal dengan kelekaannya terhadap kehamilannya. Jikalau dia mengetahui tentang ini dengan lebih awal, pasti semua ini takkan berlaku. Anak yang dikandungnya takkan mati.
Share this novel