FARHAN yang segak berbaju Melayu putih berserta songkok di kepala bersama keluarganya setia menunggu kedatangan Zahara. Majlis akad nikah diadakan di masjid yang berdekatan dengan taman perumahan Zahara.
Acara akad nikah akan berlangsung beberapa minit lagi. Zahara tenang, sudah bersedia menanti detik dirinya menjadi milik seorang lelaki bergelar suami.
Tidak jauh dari tempat Zahara duduk bersimpuh, kelihatan Farhan sudah bersedia duduk di hadapan jurunikah, wali mereka, pak imam, beberapa orang saksi dan saudara-mara. Farhan bersedia berjabat tangan dengan Dato Faizal.
Dengan sekali lafaz, Zahara sudah bergelar isteri kepada Farhan.
Farhan menghampiri Zahara untuk menyarungkan cincin bertatahkan permata di jari manis tangan kanan Zahara.
Segala urusan pernikahan telah diuruskan. Kedua-dua keluarga mengambil masa seketika untuk bergambar di dalam masjid.
Beberapa buah kereta daripada kedua-dua belah keluarga Farhan dan Zahara meninggalkan perkarangan masjid.
"Ara jaga diri baik-baik tau. Abang nak minta maaf sebab tak dapat hantar Ara sampai rumah." kata Zaril sambil menyentuh lembut ubun-ubun Zahara.
"Tak apalah bang. Ara faham... Abang jaga Dhia elok-elok. Tentang Aisyah, abang jangan risau. Tok ma, tok wan, aunty dia semua ada boleh jagakan. Have fun!" pesan Zahara pula.
"Kau jaga diri tau." Dhia memeluk erat tubuh Zahara sebelum pergi.
Zaril dan Dhia harus berangkat ke UK pada hari ini. Zaril harus menyelesaikan beberapa urusan kerja di sana.
Pada mulanya, Dhia tidak mahu ikut sama kerana memikirkan Aisyah. Namun setelah dipujuk dan digesa oleh Zaril, Dhia bersetuju jua.
DR. JOSH keluar dari biliknya diikuti seorang jururawat muda. Dr. Josh dapat melihat Maya sedang termenung di suatu sudut yang agak terpencil di ruang menunggu.
Dr. Josh meninggalkan jururawat muda itu sebentar lalu melangkah mendekati Maya yang masih temenung.
"Maya..." panggil Dr. Josh. Perlahan.
"Ha...! Saya dah boleh masuk ke?" tanya Maya yang kelihatan agak terkejut. Maya pantas berdiri memandang ke arah Dr. Josh.
"Boleh, tapi jangan lama-lama sebab Is kena rest. Awak faham kan?" Maya mengangguk.
"Okeylah kalau macam tu. Saya minta diri dulu." pinta Dr. Josh.
Iskandar terkejut apabila pintu dibuka dari luar, muncul Maya di muka pintu.
"Assalamualaikum, Is." ucapan salam mesra diberikan kepada Iskandar. Maya mengatur langkah menghampiri katil Iskandar.
"M-Maya..." panggil Iskandar dengan suara bergetar-getar. Menahan sebak.
Maya tersenyum kelat. "Is... saya ada bawa makanan favourite awak. Saya bangun awal tau semata-mata nak masak untuk awak." Iskandar sekadar merenung sayu wajah Maya.
"Is..." Belum sempat Maya berbicara, pantas Iskandar mencelah.
"Kenapa awak datang sini? Awak tak jijik ke dengan saya ni? Saya... Awak baliklah." Iskandar mengarah Maya untuk pergi. Dia memalingkan wajahnya ke sisi.
Maya mengalir air mata, segera mengesatnya.
"Saya tak nak balik! Saya akan duduk sini selagi awak tak makan." bicara Maya tegas. Namun kata-katanya tetap tidak mengubah pendirian Iskandar.
Maya mengeluh panjang. "Okey! Awak tak nak makan kan? Saya pun tak nak makan. Biar saya mati kebulur!" Kali ini Iskandar terkesan dengan kata-kata Maya. Dia pantas menoleh memandang ke arah Maya.
"Maya, please... Jangan buat saya macam ni." rayu Iskandar lemah.
"Dah tu.... awak makanlah!" Iskandar memandang Maya seketika.
"Okey, saya makan. Tapi dengan satu syarat."
"Syarat apa?"
"Awak kena suap saya, boleh?" Soalan Iskandar dibalas senyuman manis. Dengan sukarela, Maya menyuap sedikit demi sedikit makanan ke dalam mulut Iskandar.
Dilihatnya juga air mata Iskandar masih berkaca lantaran rindu yang mendalam, jauh di sudut hatinya.
DARI lapangan terbang, Dhia dan Zaril menuju ke Hotel Lowry yang terletak tidak jauh dari kawasan membeli-belah terkenal di UK. Hotel ini menghadap ke Jambatan Trinity di Sungai Irwell. Terdapat jazuki yang disediakan di bilik air.
Sesudah check in di Hotel Lowry, mereka ke 'Akaya Lounge'. Inilah salah satu restoran halal yang menyajikan masakan Turki dan Pakistan serta makanan jalanan Amerika.
"Cantik betul tempat ni, bang. Terliur Dhia." komen Dhia sambil melihat setiap pelanggan menjamu selera.
"Kalau terliur... jom kita makan." bisik Zaril ke telinga Dhia. Dengan suasana yang bingit ini, memang sukar untuk dengar bicara Zaril.
Di meja makan, mereka dihidangkan masakan Turki iaitu Akaya's Mixed Platter. Sajian ini untuk dua orang. Elemen di dalam sajian ini sungguh menyelerakan.
"Abang, Dhia nak tanya sikit boleh?" Zaril mengangguk. Matanya terus memandang Dhia.
"Kenapa abang beria-ria nak bawa Dhia datang sini?"
"Esok abang bagitahu." Dhia yang mula berharap mendapat jawapan terus bermasam muka.
"Tapi abang..."
"Sayang... please. Let me suprise you." pinta Zaril. Lambat-lambat, Dhia mengangguk.
Apa agaknya kejutan yang ingin Zaril berikan?
MAYA memanggil seorang pelayan untuk membayar harga makanan mereka. Sebaik sahaja Maya membuka dompet, Zafril sudah mendahuluinya dengan menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit. Pelayan tersebut terus berlalu untuk mengambil baki wang di kaunter.
"Kenapa you bayar? Seganlah I macam ni..." keluh Maya perlahan.
"Tak apalah. You simpan aje duit awak tu."
"Tapi asyik you je belanja I. Biarlah I pulak yang belanja." Maya membantah kata-kata Zafril.
"Lain kali ajelah." Zafril seakan-akan memujuk.
Maya hanya tersenyum memandang Zafril dari ekor matanya. Kemudian dia menghirup sisa minumannya tadi.
Di dalam kereta, suasana sepi di antara Maya dan Zafril.
"You masih fikirkan tentang Is ke?"
"Taklah." jawab Maya pendek.
Zafril mengeluh. "You tahu kan yang you boleh kongsikan masalah you kat I?"
"I know but... I cuma..." Tanpa disangka, Maya menangis.
"I'm sorry. But bila you dah ready, you boleh cerita kat I, okay?" Maya mengangguk sedikit. Tubir matanya masih bergenang dengan air mata.
Sebaik sahaja kereta Zafril berhenti di hadapan bangunan apartment Maya, dia lantas membuka pintu kereta.
"Maya!"
Langkah Maya terhenti. Sekilas Maya memandang Zafril.
"Take care." pesan Zafril. Maya hanya tersenyum nipis dan pergi meninggalkan Zafril.
Share this novel