MAJLIS perkahwinan antara Maya dan Iskandar dilangsungkan dengan meriah sekali. Semua yang berkaitan dengan keluarga mereka berdua dijemput hadir. Termasuklah Dhia dan Zaril sekeluarga.
"Assalamualaikum... bro!" sapa Zaril dari jauh.
"Waalaikumusalam! Zaril!" Mereka memberi pelukan persahabatan.
Dua hari sebelum perkahwinan ini berlangsung, Iskandar ada datang berjumpa dengan Zaril. Dia memohon maaf atas tindakan terburu-burunya tempoh hari. Bukan itu sahaja, dia berhajat datang berjumpa Zaril untuk memperkenalkan Maya kepada Zaril dan Dhia.
Dhia dan Iskandar sudah membuat keputusan untuk mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat baik.
"Segaknya kau hari ini." Zaril meneliti setiap inci pakaian pengantin yang tersarung kemas di tubuh Iskandar.
"Mestilah segak. Aku kan nak kahwin hari ini... dengan kekasih hati pulak tu. Gila nak serabai waktu nikah nanti."
"Woo... relaks. Aku tahu kau mesti tengah nervous kan? Hah ni... kau dah practice lafaz akad nikah?"
"Alamak...! Belum lah Zaril. Macam mana ni?" Iskandar sudah bagaikan anak ayam kebasahan bulu.
"Is... bertenang. Tarik nafas... lepas..." Iskandar pun melakukan sedemikian.
"Okey... sekarang ni kau follow aku."
"Okey..." Iskandar mengikut gerak geri Zaril dengan teliti. Tangan dihulurkan ke hadapan cermin seolah-olah hendak melafazkan akad.
"Aku terima nikahnya..."
"Aku terima nikahnya..." ikut Iskandar.
"Nama penuh Maya apa?"
"Erm... Maya binti Sazali."
"Okey... ulang balik. Aku terima nikahnya... Maya binti Sazali..."
"Aku terima nikahnya Maya binti Sazali..."
"Dengan mas kahwinnya..."
"Dengan mas kahwinnya..."
"RM5000 tunai."
"RM5000 tunai."
"Kau try pulak... full punya."
Iskandar menarik nafas dalam-dalam dahulu.
"Aku terima nikahnya Maya binti Sazali dengan mas kahwinnya RM5000 tunai. Yes!" Mereka berpelukan.
"Thanks bro... hilang sikit nervous aku ni." Zaril mengangguk sambil tersenyum.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk. Pintu dikuak sedikit dan menampakkan wajah Zahara.
"Abang, Is... tok kadi dah sampai. Jom, turun!" ajak Zahara.
"Oh... Okey. Ara turun dulu ek?" Zahara menayangkan tanda 'good' pada mereka berdua.
"Here we go." Mereka turun ke bawah bersama-sama.
Dengan sekali lafaz, Iskandar dan Maya sah menjadi suami dan isteri.
Selesai sahaja sesi menyarungkan cincin, tetamu mula menjamu selera.
"Aku happy sangat tengok kau orang dah happy dengan pasangan masing-masing." ujar Zahara, ceria. Dagunya pula diletakkan ke bahu Dhia.
"Aku pun sama Ara. Aku happy tengok Iskandar dah jumpa pengganti aku. Yang lebih baik dari aku." Zahara mengangguk-angguk kepala, bersetuju dengan kata-kata Dhia.
"Dhia..." Ara meraih tangan Dhia dan memegangnya. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Aku nak terima kasih sangat-sangat dengan kau sebab terima abang aku jadi suami kau. Aku tahu abang aku tu banyak kekurangan dia. Jadi, aku harap kau boleh beri peluang pada abang aku untuk jaga kau selama-lamanya."
"Ara... aku pun banyak kekurangan. Aku terima abang Zaril ikhlas. Aku terima semua kekurangan dia dan menghargai kelebihan dia. Aku yang sepatutnya terima kasih dengan abang Zaril sebab sudi terima perempuan macam aku ni sebagai isteri dia."
"Ish... kau ni. Janganlah cakap macam tu. Kau tahu tak? Kaulah kakak ipar dan bff aku yang paling... best. Aku sayang kau Dhia."
"Aku pun! Kita kawan untuk selama-lamanya!" Mereka tersenyum gembira. Mereka berpelukan mesra.
Ini adalah detik paling indah dalam hidup aku. Tidak pernah aku bayangkan memiliki sahabat seperti Ara dan Iskandar serta suami sebaik abang Zaril. Tidak pernah aku terfikir untuk tinggal bersama mereka semua sebagai satu keluarga.
Aku bersyukur dengan segala apa yang Allah berikan kepada aku. Saat ini akan aku semaikan sebagai memori yang takkan pernah aku lupakan. Forever and ever.
POKOK bunga yang ditanam oleh Datin Yani, sudah menjadi rutin Dhia untuk menyiramnya setiap pagi dan petang.
Kerja-kerja rumah yang lain, semuanya Zaril tidak benarkan. Kerja menyiram ni pun Dhia terpaksa pujuk 3 hari 3 malam supaya Zaril izinkan.
Alasannya, dia tidak mahu Dhia melakukan kerja itu semua. Ini adalah tugas seorang suami. Dhia hanya perlu melayan dirinya sahaja. Tipu lah kalau aku cakap tidak suka, tapi sejak kecil aku memang selalu buat kerja rumah. Bila aku tidak buat apa-apa jadi janggal bagiku.
Tapi nak buat macam mana, aku kan isteri kepada Muhamad Zaril. Mestilah kena dengar semua arahan dia.
Dhia mengeluh panjang.
"Kuatnya mengeluh..." Terperanjat Dhia dengan suara yang tiba-tiba sahaja menerobos ke telinganya. Tanpa disengajakan, paip air yang dipegang dihalakan ke arah empunya suara itu.
"Abang!" Rupa-rupanya itu suara Zaril. Dhia cepat-cepat menutup pili air itu. Habis basah lencun pakaian kerja yang dipakai oleh Zaril.
"Abang... sorry. Dhia terkejut tadi... tu yang. Ala... abang sorry." Menggelabah Dhia bila melihat wajah serius Zaril itu.
Kenapa abang Zaril diam je? Dia marah sangat ke dekat aku? Fikir Dhia.
"Abang? Abang marah Dhia ke?" Dhia memberanikan dirinya untuk bertanya. Tapi masih masa, Zaril mempamerkan riak wajah serius dan hanya memandang ke hadapan.
"A... abang?" Dhia sudah tidak tahu mengapa Zaril memberi reaksi sebegitu.
"Tak apa lah, kalau abang nak tengok je tembok tu sampai tembus. Tengok lah. Dhia masuk dulu." Dhia sudah malas mahu melayan Zaril itu. Buatlah apa dia nak, malas aku nak layan.
"Tunggu!" suara Zaril menghentikan langkahnya.
"Dhia jangan kurang ajar ek?" Mata Dhia terus membulat. Kurang ajar? Apa aku salah dengar ke?
"Abang panggil Dhia kurang ajar?"
"Ya! Dhia memang kurang ajar pun! Tak tahu nak hormat suami!" jawab Zaril tegas.
"Astaghfirullahalazim! Apa abang cakap ni? Dhia buat apa sampai abang cakap Dhia tak tahu nak hormat abang? Apa yang Dhia dah buat?" tanya Dhia, tidak puas hati.
Zaril terdiam sesaat sebelum ketawa penuh sinis.
"Apa yang kau buat? Kau tanya apa yang kau buat?! Eh, perempuan! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau kutuk aku belakang-belakang then pura-pura baik depan aku! Puih!"
Zaril meludah ke sisi. Terpempam Dhia dengan tindakan Zaril itu.
"Apa maksud abang? Dhia kutuk abang belakang-belakang? Dhia tak faham..."
Zaril mendekati Dhia lalu tangan Dhia digenggam kuat. Matanya mencerlung memandang Dhia.
"Aku menyampah dengan perempuan talam dua muka macam kau ni! Jijik! Aku jijik dengan kau, Dhia Alyssa!"
Mata Dhia sudah mula berkaca. Dia memandang wajah Zaril dengan perasaan tidak percaya. Tidak sangka perkataan 'jijik' keluar dari mulut Zaril.
Zaril terus meninggalkan Dhia sendirian tanpa mengendahkan perasaannya.
Dhia menangis teresak-esak. Dhia terasa bagai pisau yang bertubi-tubi menusuk tepat ke hatinya.
DALAM masa yang sama, Zaril menghempaskan punggungnya ke atas katil. Turun naik nafasnya menahan amarah yang meluap-luap di dalam dada.
"Ah! Geramnya aku! Semua perempuan sama je! Semuanya bersama dengan aku sebab harta aku. Mula-mula Sofia and now Dhia. I can't believe dua perempuan yang hadir dalam hidup aku hanya mempergunakan aku." Zaril mengamuk, dia menjatuhkan semua barang yang ada di atas meja solek. Bertaburan barang-barang itu di atas lantai.
"Aku takkan lepaskan kau, Dhia. Kau dah tipu aku! Aku memang bencikan penipu! Benci!"
Zaril ternampak minyak wangi Dhia tercampak di sudut katil. Dia mengambilnya kasar. Dia memandang lama minyak wangi itu lalu memecahkannya menggunakan tangannya.
Mengalir darah di celah-celah jarinya. Menitis darah Zaril setitis demi setitis di atas lantai.
Api dendam mula membara dalam jiwa Zaril. Dendam terhadap perempuan materialistik.
SARAPAN pagi Dhia tidak lagi ditemani oleh orang yang dia cinta, Zaril. Di hadapan Datin Yani, Dato Faizal dan Zahara, Zaril melayani Dhia seperti dulu. Tapi bila mereka berduaan, Zaril melayan Dhia dingin dan sering bercakap kasar dengannya.
Dhia tidak tahu apa yang membuatkan Zaril membencinya. Sampaikan Zaril langsung tidak memikirkan perasaannya. Dhia merasakan seperti orang asing dalam hidup Zaril. Macam dia bukan isteri Zaril yang sah.
Kring!
Bunyi deringan handphone Dhia berbunyi. Menghentikan lamunannya itu. Dia mencapainya lemah.
Dia melihat nama pemanggil, Zaril. Dia terus menjawabnya.
"Assalamualaikum abang!" ucap Dhia, ceria. Mana tidaknya, sudah lama Zaril tidak menelefonnya sejak kejadian hari itu. Masing-masing buat hal sendiri.
"Waalaikumusalam... berapa kali aku nak cakap, jangan panggil aku abang. Kau tak layak nak panggil aku abang. Faham?" Riak wajah Dhia terus berubah. Dia tahu bukan mudah untuk mengembalikan Zaril yang dulu.
"Erm... ada apa ab... awak call saya?" tanya Dhia seperti tiada apa yang berlaku.
"Aku call kau ni sebab aku nak bagitahu yang aku tak balik malam ni. Aku ada hal. Nanti kau bagitahu mama, papa dan Zahara kalau dia orang tanya." jawab Zaril dengan suara yang garang.
"Awak ada..." belum sempat aku nak bertanya, Zaril sudah mematikan talian.
Hmph!
Sampai bila lah hubungan kami nak renggang macam ni? Kenapalah susah sangat dia nak bagitahu aku apa salah aku? Kenapa dia benci aku? Susah sangat ke? Terlalu banyak persoalan bermain di fikiran Dhia.
Share this novel