HDI 41

True Story Completed 65593

SEPANJANG perjalanan ke rumah Hasnah, masing-masing membungkam. Dhia tahu Zaril masih marah tentang semalam.

HARI semakin lewat, Dhia pun sudah mengantuk. Namun, Zaril masih lagi tidak muncul-muncul. Dari petang tadi, Zaril berada di bilik kerjanya. Makan, solat semuanya di dalam bilik kerjanya itu.

Apalah yang dia buat lama sangat dalam bilik tu? Dia tak reti nak tidur ke? Dah lewat dah ni. Gumam Dhia.

Dhia sudah tidak mampu menahan mengantuknya lagi, dia membuat keputusan untuk tidur dahulu tanpa menunggu Zaril. Dhia merebahkan badannya di atas katil dan mata hampir dilelapkan. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Seperti ada orang masuk.

Dhia bangkit dari pembaringan dan ingin memastikan adakah yang masuk itu adalah Zaril. Benar tekaannya

"Abang dah habis kerja ke?" soal Dhia tapi masih duduk di atas katil.

"Dah..." jawab Zaril sepatah. Dia terus berjalan pergi ke katil. Dia menghenyakkan badannya ke atas katil. Dia sudah siap sedia untuk tidur.

"Abang tak nak minum coffee ni dulu? Dhia dah buatkan cuma... dah sejuk. Dhia buat pukul 10 tadi lagi..." Dhia mahu mencapai cawan kopi di atas meja kecil di sebelahnya.

"Abang tak nak cofee malam ni..." ujar Zaril sebelum Dhia mencapai cawan kopi itu.

"La... kenapa? Abang takut tak boleh tidur ek?" soal Dhia, mengagak.

"Saja tak nak minum... bosan dah."

"Bosan? Maksud abang?" Zaril merengus kuat. Dia bangkit dari pembaringan.

"Dhia! Dhia tak faham ke abang kata tak nak minum... maksudnya tak naklah! Tak faham bahasa ke?" Tiba-tiba sahaja Zaril melenting.

Tersentak Dhia dengan kelakuan Zaril malam ini. Dia nampak lain sangat.

"Dhia... Dhia minta maaf. Dhia tak ada niat pun nak buat abang marah. Dhia cuma... risaukan abang." kata Dhia sambil menunduk sedikit.

"Risau? Buat apa nak risau? Abang ni kan bukan sesiapa bagi Dhia." ujar Zaril dengan penuh sinis.

"Apa maksud abang? Dhia tak faham..." Berkerut dahi Dhia memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Zaril itu.

Zaril ketawa sinis, "Tak payahlah nak berpura-pura lagi Dhia... Dhia sendiri faham apa maksud abang tu tadi."

"Tak! Dhia tak faham..." lantas Dhia menafikannya. Dia benar-benar tidak mengerti maksud di sebalik kata-kata Zaril itu.

"Dhia kahwin dengan abang sebab terpaksa kan? Dhia tak cintakan abang kan? Dia tak ikhlas kan terima abang ni sebagai suami?" bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Zaril.

"Apa abang cakap ni? Dhia ikhlas terima abang sebagai suami Dhia."

"Tipu! Dhia... please lah jujur dengan abang. Tak payah nak sorok apa-apa dari abang dah. Abang penatlah..."

"Dhia jujur dengan abang! Dhia tak tipu..."

"Fine! Teruskan menipu abang... teruskan. Abang tak nak ambil peduli dah. Cuma, abang nak cakap yang abang memang dah salah anggap tentang Dhia. Abang ingat Dhia ni akan jujur dengan abang macam mana abang jujur dengan Dhia tapi tak... abang silap. Dhia sama je macam perempuan lain. Bersama dengan abang kerana ada agenda sendiri." Zaril meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

"Abang!"

"What?! It is true! Kalau Dhia pilih nak berahsia dengan abang... selagi tu abang takkan percaya pada Dhia. Takkan..." Zaril terus keluar dari bilik. Pintu dihempas kuat.

"Astaghfirullahalazim!" Dhia mengurut dadanya.

Kenapa sampai jadi macam ni? Aku cuma tak nak ibu dipersalahkan lagi. Aku tak nak abang Zaril bergaduh besar dengan ibu. Aku takut abang Zaril tak izinkan aku lagi untuk berjumpa dengan ibu. Itu aje. Tapi, aku betul-betul ikhlas terima abang Zaril sebagai suami. Sumpah!

"Ehem! Kita dah sampai..." Lamunan Dhia semerta hilang berterbangan. Dhia menoleh ke kanan sambil tersenyum. Dhia mengangguk perlahan.

Mereka keluar dari perut kereta dan beriringan masuk ke dalam rumah Hasnah.

"Assalamualaikum! Ibu?! Dhia datang ni!" Laung Dhia sebaik kaki memijak ke lantai rumah.

"Waalaikumusalam! Sekejap...!" Balas ibu dari arah belakang rumah.

"Abang duduklah dulu... Dhia pergi tengok ibu kat belakang." ujar Dhia. Zaril mengangguk tanpa memandang wajah Dhia. Riak wajah Zaril begitu bengis sekali. Dia sendiri takut untuk menatap wajah Zaril.

Dhia pergi mencari Hasnah di belakang rumah. Dia melihat Hasnah sedang sibuk bercucuk tanam.

"Ibu tanam apa tu?" tanya Dhia lalu menghampiri Hasnah.

"Aku tengah menanam bunga takkan tak nampak? Buta ke?"

"Erm... Dhia datang dengan abang Zaril. Kita orang ada bawa makanan sikit untuk ibu. Nak makan sama-sama."

Mendengar sahaja nama Zaril, Hasnah serta merta meninggalkan kerja bercucuk tanam itu.

"Baiknya anak ibu ni... bawa makanan untuk ibu? Terima kasih. Eh, jomlah masuk dalam... kita makan sama-sama. Jom." Hasnah terus menarik lengan Dhia, masuk ke dalam rumah.

"Dhia tolong masukkan makanan-makanan tu dalam pinggan ek? Bancuh air sekali ya?" Lambat-lambat Dhia mengangguk. Terkebil-kebil Dhia dengan perubahan sikap ketara ibu itu.

Hasnah bergegas ke ruang tamu untuk menyambut kedatangan Zaril.

"Zaril... menantu ibu."

"Ibu..." Zaril menyalami tangan Hasnah.

"Kenapa nak datang tak call dulu? Boleh lah ibu masak apa-apa ke untuk kamu berdua. Segan pulak ibu tak jamah kamu berdua apa-apa." Hasnah berpura-pura sebersalah. Sengaja ingin nampak baik di hadapan Zaril.

"Tak apa bu... saja tak nak call. Nak buat suprise... Dhia tu dah rindu dengan ibu." Jawab Zaril dengan sopan.

"Oh ye ke? Hah... meh lah kita sarapan."

"Jom..." Zaril mengintil Hasnah ke dapur. Kelihatan Dhia sibuk menyediakan makanan.

"Duduklah..." Hasnah menyuruh Zaril duduk. Zaril pun melabuhkan duduk ke atas kerusi.

Tanpa diminta, Hasnah menghulurkan nasi lemak kepada Zaril.

"Terima kasih..." Dhia memang pelik dengan cara layanan Hasnah terhadap Zaril itu. Sekali tengok, macam nak membodek pun ada.

Biar jelah! Mungkin ibu dah berubah kot. Fikir Dhia.

Mereka menjamu selera seperti biasa. Semuanya baik-baik sahaja termasuklah layanan Hasnah terhadap mereka berdua. Mungkin inilah peluang Dhia untuk perbaiki semula hubungannya dengan Hasnah.

PALAU di beberapa bahagian wajah Zaril dipandang sepi. Palau ini mengingatkannya tentang pembohongan Dhia terhadap dirinya. Dan juga perkahwinan mereka.

"Kenapa susah sangat Dhia nak jujur dengan abang? Dhia cuba selamatkan siapa sebenarnya ni?" soalnya, sendiri.

Malas hendak memeningkan jemalanya, dia merehatkan dirinya di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Sedang seronok menonton, dia diganggu oleh kedatangan Dhia.

Zaril berdecit kasar lalu ingin bangun, pergi dari situ.

"Abang..." Dhia menahan Zaril daripada pergi.

"What?" tanya Zaril acuh tak acuh sahaja.

"Dhia... Dhia nak bincang tentang kita, boleh?"

"Tentang kita? For what?"

"Abang... please..." pinta Dhia.

"Fine. Your 2 minutes start now..."

"Kita duduk dulu? Takkan nak..." Zaril terus menghenyakkan punggungnya dengan kasar. Tangannya disilang ke dada.

Dhia pun turut sama, "Dhia mengaku... Dhia terpaksa kahwin dengan abang. But... Dhia ikhlas terima abang sebagai suami Dhia."

"Really? Abistu kenapa Dhia setuju juga kalau Dhia tak rela kahwin dengan abang? Aah... sebab kesian kan?" Zaril menyerkap jarang.

"Tak... bukan sebab tu?"

"Then?"

"Ibu... ibu paksa Dhia kahwin dengan abang." ujar Dhia separuh berbisik. Berkerut-kerut dahi Zaril cuba mendengar kata-kata Dhia.

"Dhia..."

"Ibu paksa Dhia kahwin dengan abang sebab abang kaya." jawab Dhia dengan satu nafas. Dhia menundukkan kepalanya memandang lantai. Tidak sanggup untuk menatap wajah Zaril.

"What?! I can't believe this..." Zaril terus bangun dan hendak pergi.

"Abang nak pergi mana?" soal Dhia, risau.

"Abang nak bagi pengajaran kat seseorang." jawab Zaril dengan tegas.

"Abang... jangan buat perkara secara terburu-buru!" laung Dhia walaupun dia tahu Zaril sudah jauh ke hadapan.

HENING malam yang nirmala ini diserikan lagi dengan bintang-bintang di langit.

"Cantik kan bintang-bintang tu?" soal seorang perempuan sambil jarinya ditunjukkan ke arah bintang-bintang di langit.

"Yeah... memang cantik. Like you..." puji Iskandar.

Perempuan itu senyum meleret, "You ni memang sweet talker kan?"

"I know..."

"Btw Is... Bila you nak balik KL?"

"I... I ingat nak balik esok but I think I need more space."

"Yeah... I understand. So, why not kita dinner malam ni?"

"Sure! Kita nak dinner kat mana?"

"Secret..." Perempuan itu terus pergi meninggalkan Iskandar sendirian.

"Hey! Come on..." Iskandar mengejar perempuan itu dari belakang.

HASNAH bersembunyi di balik pintu sambil memeluk tubuh, gemelugut. Zaril masih tidak mahu berganjak pulang ke rumah.

"Ibu! Zaril tahu ibu kat dalam... dan Zaril takkan balik selagi ibu tak keluar jumpa Zaril. Zaril tak main-main." ujar Zaril, menahan amarahnya yang sedang meluap-luap di dalam dada.

Kalau aku tak keluar nanti apa pulak kata jiran. Kalau aku keluar, habislah aku. Aduh, macam mana ni? Fikir Hasnah.

"Ibu! Ibu memang tak nak jemput Zaril masuk ke? Zaril dah lama tunggu kat luar ni." Zaril sengaja menguatkan sedikit suaranya agar didengari oleh jiran.

Akhirnya, Hasnah mengalah jua. Dia membuka pintu sambil merenung takut wajah Zaril. Air liur terasa pahit untuk ditelan.

"Ibu!" Zaril berpura-pura gembira dapat berjumpa dengan Hasnah. Dia menyalami Hasnah dan masuk ke dalam rumah.

Tanpa dipelawa, Zaril duduk di atas sofa. Zaril tersenyum palsu menunggu Hasnah menyertainya sekali.

"Zaril... ibu boleh jelaskan."

"No, no, no... it's okay. Zaril faham..." Zaril menapak mendekati Hasnah.

"Tak yah explain pun ibu... Zaril dah cukup terluka dah. Dah bosan dengan perangai buruk ibu ni!" jerkah Zaril. Terpejam mata Hasnah dengan jerkahan Zaril itu.

"Ibu... ibu minta maaf Zaril. Ibu tak ada niat..."

"Tak ada niat?"

"Ya... ibu cuma nak Dhia happy je. Hidup Dhia akan terjamin kalau Dhia kahwin dengan Zaril."

"Duit tak boleh beli kebahagiaan lah ibu. Ibu ya but not for Dhia. Ibu ni jenis mak apa ek? Sampai korbankan kebahagiaan anak sendiri?"

"Zaril. Jangan melampau..."

"Zaril melampau? Ibu tak melampau? Buat Dhia macam tu? Ibu tahu kan yang Dhia dengan Iskandar tu mencintai antara satu sama lain? But you still paksa Dhia dalam perkahwinan ni. You are selfish!" Zaril menghamburkan marahnya cukup-cukup.

"Zaril..."

"Dah, dah... Zaril tak nak dengar apa-apa lagi. Zaril cuma nak bagi last warning pada ibu. Ibu jangan sesekali jumpa Dhia or Dhia jumpa ibu tanpa Zaril. Walaupun ibu sakit tenat sekali pun... faham?"

Membuntang biji mata Hasnah mendengar amaran daripada Zaril.

"Ingat! This is my last warning." Zaril terus keluar dari rumah. Dia tidak peduli tentang perasaan Hasnah. Dia mahu kasi pengajaran kepada Hasnah.

Jangan dia fikir dia boleh bolot harta aku melalui Dhia. Never... I never allowed. Gumam Zaril.

"Matilah aku. Semuanya hancur... impian aku dah hancur! Ini semua mesti salah budak tu. Tak guna! Kalau aku tahu kau tak boleh bagi aku apa-apa kepentingan, dah lama aku buang. Rugi je aku membesarkan budak tu. Membawa bala je dalam hidup aku." Hasnah mengetap rahangnya, marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience