"GERAM betul saya dengan Wati tu. Dah lah buat Dhia macam tu... Pastu dia boleh blah je macam tu. Biadap betul!" rengus Naura.
Iskandar yang menjadi pendengar sedari tadi hanya merenung wajah lena Dhia. Timbul rasa bersalah yang semakin menebal. Semua ini berlaku angkaranya. Jika dia tidak tolak cinta Wati, pasti kejadian ini tidak akan berlaku.
"Iskandar!"
Terpinga-pinga Iskandar memandang Naura.
"Awak ni... Saya tengah membebel pasal Wati, awak boleh pulak tenung Dhia macam tu."
"Err... Saya minta maaf. Saya dengar apa yang awak kata tadi." Iskandar tersenyum gugup.
Naura mencebik sinis, "Dengarlah sangat."
Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Terpacak Wati di muka pintu.
Dengan selamba badaknya, Wati mencampak handbagnya ke atas katil lalu tuala dicapai. Dia pun terus masuk ke bilik mandi tanpa menghiraukan mereka yang berada di dalam dormnya.
Naura yang melihat reaksi Wati itu, bertambah geram. Panas hatinya saat itu. Rasa mahu lepuk aje minah biadap ni. Dia boleh buat derk je, langsung tak jenguk pun keadaan Dhia.
Kerana terlalu geram, Naura mengetuk pintu bilik mandi bertalu-talu. Boleh tercabut pintu tu dibuatnya.
"Ish, apa ketuk-ketuk ni? Orang nak mandilah." rungut Wati.
"Banyaklah kau punya mandi. Kau ni memang biadap kan? Kau dah buat Dhia pastu kau boleh buat derk je. Tak rasa bersalah langsung. At least, tanyalah keadaan Dhia tu. Dhia jadi macam tu disebabkan kau jugak." panjang lebar Naura melepaskan ketidakpuasan hatinya.
"I. Don't. Care." Tanpa menunggu balasan dari Naura, pintu terus ditutup.
"Dia tutup pintu?! Ish, dia ni kan..."
Belum sempat Naura melakukan apa-apa, Iskandar menarik lengan Naura jauh dari situ.
"Sabar Naura. Kalau awak mengamuk sekali pun... it's not worth it. Awak cuma habiskan tenaga awak je layan si Wati tu."
Masih lagi tidak puas hati, Naura duduk di pinggir katil Dhia. Dia menahan rasa sakit hatinya. Wati sudah melampau. Kalau ya pun Dhia tu ada buat salah, tak payahlah sampai nak memalukan orang macam tu sekali.
Iskandar menarik kerusi di sebelah katil lalu duduk di atasnya.
"Kita kena bertenang. Dhia perlukan rest. Apa-apa pun kita bincang perkara ni kemudian. Hmm?"
Pujukan Iskandar meredakan amarah Naura jua. Naura mengangguk.
Iskandar menarik nafas lega sebelum menyambung semula, "Saya rasa tak elok kalau saya duduk lama dalam bilik anak dara. Jadi, saya minta diri dulu lah. Apa-apa awak rojer je saya."
"Okey. Terima kasih Is."
"Sama-sama. Jaga diri, kawal marah awak tu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." jawab Naura perlahan sambil tersenyum kelat.
Dalam masa yang sama, Wati tersenyum senang. Puas hati dia apabila dapat melihat Dhia sakit. Ditambah pula, rasa bersalah Iskandar atas apa yang berlaku.
Ini baru permulaan. Next step, lebih dahsyat lagi. Be prepared, Dhia and Iskandar.
ZARIL membancuh kopi kegemarannya di dapur. Setiap pagi, Zaril tidak akan miss minum kopi. Dia merasakan sarapan paginya tidak lengkap tanpa kopi kegemarannya. Aroma kopi itu yang menambah selera makannya.
Kemudian, Zaril bergerak menuju ke meja makan untuk bersarapan.
Kaki Zaril terhenti serta merta apabila melihat kelibat Sofia. Sofia kelihatan berbeza, dia menggayakan dirinya dengan memakai baju kurung moden. Kepalanya dilitup dengan selendang. Dia kelihatan sungguh ayu.
"Hai Zaril! La... kenapa you tercegat je kat situ. Jomlah, kita sarapan sama-sama."
Suara Sofia menarik keluar Zaril dari lamunannya. Zaril terus mengangguk dan melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Sofia.
"Erm... Mana yang lain?"
"Oh, aunty dengan uncle dah keluar. Ara pulak dah pergi kampus."
Tanpa disuruh, Sofia menceduk bihun goreng dan diletakkan ke dalam pinggan Zaril.
"Cukup?"
"Cukup-cukup."
"So, siapa je ada kat rumah?" Zaril tidak mahu berduaan bersama Sofia. Dia dengan Sofia bukan ada ikatan yang sah. Tak pasal-pasal dapat kahwin free je.
"Kita berdua je."
Hampir tersembur kopi yang diminum oleh Zaril.
Biar betul perempuan ni? Selamba je dia jawab 'berdua je'. Dia ni tak tahu halal haram ke?
"Berdua? Pia, tak manis kita duduk berdua je dalam rumah ni. you tak takut ke kalau kita kena tangkap basah?"
Sofia tidak menjawab malah dia masih boleh senyum meleret memandang Zaril.
"Buat apa nak takut? Kita duduk berdua je... bukan buat apa-apa pun. Betul tak?"
"Tak! Walaupun kita tak buat apa-apa tapi kita tetap boleh kena fitnah."
Zaril sudah bangkit, hendak keluar dari rumah itu. Tapi dihalang oleh Sofia. Sofia memegang tangan Zaril dan berkata, "Ala... You ni chill lah. Macam ni lah, apa kata kita makan kat pondok luar rumah you. Tiada siapa yang akan fitnah kita."
Dengan perasaan menyampah, Zaril melepaskan lengannya dan pergi meninggalkan Sofia terpinga-pinga di situ.
"Ish! Kurang ajar punya jantan. Dia boleh pergi ke macam tu. Apa? Dia ingat dia tu bagus sangat ke? Penat-penat aku berbaju kurung, tutup-tutup macam ni... Dia buat derk je. Tak ada perasaan langsung. Benci!" bentak Sofia sendirian.
PINTU utama dihempas geram. Zaril bengang dengan sikap sambil lewa Sofia itu. Dia tidak kisah sekiranya dia ingin bersarapan bersamanya tetapi bukan sehingga mengabaikan hukum.
"You marah kat I lagi ke? I'm sorry. Kalau you rasa kehadiran I ni menyusahkan you, I boleh balik." ujar Sofia entah dari mana. Dia berpura-pura sebak.
Tetapi Zaril langsung tidak peduli dengan kata simpati Sofia itu.
"Baguslah kalau you faham. Kalau macam tu, dipersilakan keluar dari rumah I."
"Fine!" Sofia terus mengambil kasar handbagnya di atas meja hiasan, belakang pintu utama. Dan keluar dari rumah Zaril.
Sambil berjalan Sofia membebel, "Habis rosak plan aku. Susah betul nak perangkap kau ni, Zaril. Aku pakai seksi pun kau tak tergoda. Aku pakai macam ni pun kau tak tergoda jugak. Ish, susah betul lah!" Sofia berdengus kasar.
Zaril tersenyum sinis. Dia tahu pasti ini salah satu perangkap yang Sofia ingin lakukan terhadapnya. Dia sudah arif dengan taktik yang digunakan oleh Sofia. Pemakaian Sofia tidak akan dapat mengubah persepsinya.
NASI lemak berlaukkan sotong itu hanya dipandang kosong oleh Dhia. Memori semalam masih segar di ingatannya.
"Dah bangun dah? Ingatkan dah mampus dah." sergah Wati selamba.
Selepas mendengar kata-kata Wati itu, Dhia terus bangkit dari pembaringan. Matanya dihala ke wajah Wati.
"Kenapa kau cakap macam tu? Tak baik..." tegur Dhia, perlahan.
"Untuk kau baik aje. Sebab kau tu perampas."
"Hah?" Perampas? Apa yang dimaksudkan oleh Wati itu?
"Ye... Perampas! Kau rampas Iskandar dari aku."
Jawapan yang diberikan oleh Wati menambahkan lagi kekeliruannya. Apa pula kaitan dengan Iskandar?
"Rampas Iskandar? Mana ada aku rampas. Aku dengan Is bukannya bercinta pun." Dhia membela dirinya.
Memang betul pun. Aku tak bercinta dengan Iskandar. Yang sering keluar bersama seperti bercinta adalah dia dan Iskandar.
"Memang kau tak bercinta dengar Iskandar tapi hati dan perasaan dia untuk kau bukan untuk aku! Kalau kau tak muncul dalam hidup aku dan Iskandar, Is takkan jatuh cinta dengan kau." Wati menghamburkan amarahnya.
"Ya Allah, kenapa cakap macam ni Wati? Persahabatan kita ni sudah ditakdirkan oleh Allah. Tak baik mempersoalkan takdir apatah lagi semata-mata kerana lelaki."
Aku tidak boleh membiarkan Wati hanyut dengan cinta yang tidak pasti itu. Aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat kerana seorang lelaki.
"Kau tak payah nak nasihat akulah. Tak payah nak tunjuk suci depan aku. Aku menyampah! Menyampah, kau dengar tak?!"
Dhia menggeleng-geleng kepala. Tidak percaya bahawa Wati akan berubah dalam sekelip mata.
"Wati, tak pernah terlintas di hati aku ni nak rampas sesiapa pun termasuklah Iskandar. Lagipun, aku sedar yang aku tak layak bersama dengan Iskandar. Aku ni hanya perempuan kampung." jelas Dhia lagi.
Wati senyum sinis, "Tak pernah terlintas konon. Blah lah kau!"
Dhia didekati, "Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan maafkan seorang perampas macam kau ni. Dan aku takkan biarkan kau hidup aman! Sebab apa? Sebab aku benci kau!"
Rambut Dhia terus ditarik sekuat hati. Kemudian, Dhia ditolak kuat sehingga terjatuh dari katil. Wati ketawa puas lalu menapak ke pintu.
Sebelum keluar, Wati sempat berkata, "Ini baru sikit je tau. Banyaklah lagi yang aku plan untuk buat kau menderita. Menderita!"
Tiada apa lagi yang mampu Dhia lakukan selain menangis. Hatinya begitu sakit kerana sahabatnya sendiri sanggup melihat dia menderita hanya kerana seorang lelaki.
Air mata Dhia sudah bergenang. Tunggu masa sahaja hendak mengalir.
Andai kata dengan menjauhkan diri dari Iskandar dapat pulihkan persahabatan kami berdua. Maka, aku akan buat.
Share this novel