HDI 26

Others Completed 65921

"AWAK! Bangunlah... kita kena keluar dari sini. Awak, bangun!" Puas Naura mengoncang tubuh sasa Farhan tetapi sedikit pun Farhan tidak memberi reaksi.

Saking Farhan masih tidak sedarkan diri, Naura merapati dan mencari telefon Farhan di pakaiannya. Seluk punya seluk, Naura menjumpai telefon Farhan di poket belakang seluarnya.

Dia terus ingin menghubungi Iskandar tetapi nihil. Telefon Farhan kehabisan bateri. Naura mengeluh panjang. Dia tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Farhan tidak sedarkan diri, kudratnya pula lemah untuk keluar mencari pertolongan.

Jawabnya, dia harus menunggu sehingga Farhan sedarkan diri.

Mujur Dhia sudah selamat. Dia nampak Farhan mendukung Dhia keluar tadi. Dia juga melihat dua makhluk biul sedang tertekan kerana rancangan mereka tidak berjaya.

Alhamdulillah, Allah masih melindungi Dhia. Dia bersyukur kepada Allah menghantarkan Iskandar sebagai penyelamat Dhia.

SETELAH mendengar penjelasan doktor tentang keadaan Dhia, Iskandar bagaikan katak ditimpa kemarau. Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Encik." panggil doktor.

Semerta Iskandar mengangkat wajah. Melihat doktor di hadapannya, dia terus bangkit mendekati doktor itu.

"Doktor, macam mana dengan kawan saya? Dia okey kan doktor?" Jelas kerisauan di wajahnya.

"Saya minta maaf. Kawan encik kritikal akibat terlalu lama menyedut asap."

"Kri... kritikal?" Iskandar terduduk. Dia amat terkejut mendengar semua ini.

"Bersabar ya, encik. Saya minta diri dulu..."

Menitis jua air mata yang ditahan. Dia belum bersedia untuk kehilangan Dhia. Dia terlalu cintakan Dhia.

Tiba-tiba Iskandar bagai diurap dengan daun katang-katang, dia yakin bahawa kebakaran itu bukan satu kebetulan. Semua ini telah dirancang!

Nama pertama menjelma di fikirannya adalah Dayana. Dayana pernah memusnahkan hidupnya dahulu dan kemungkinan besar dia yang merancang untuk membunuh Dhia. Angkara dendam yang menguasai dirinya.

NIDERA Zahara diganggu oleh deringan ringtone telefonnya. Separuh mamai, dia mencapai telefonnya di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Dia meneyeh-nenyeh matanya untuk melihat nama pemanggil. Iskandar.

Zahara menjadi pelik apabila Iskandar menghubunginya malam-malam begini. Dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Iskandar."

"Waalaikumusalam, Zahara. Maaf sebab telefon Ara malam-malam ni. Tapi saya ada perkara nak bagitahu awak."

"Tak apa. Ada apa tu?"

"Selepas awak dengar ni... Saya nak awak bertenang."

"Eh! Kenapa ni? Macam serius je..." Zahara ketawa gugup.

"Memang serius pun..." Iskandar menarik nafas panjang.

Dia sambung, "Dhia. Dhia masuk hospital."

"Ha?! Dhia masuk hospital? Awak biar betul Is? Benda ni bukan main-main tau."

"Saya tak main-main. Ini betul... Dhia masuk hospital. Dia sekarang kritikal."

"Astaghfirullahalazim! Macam mana Dhia boleh masuk hospital? Apa dah jadi sebenarnya ni?"

"Saya akan ceritakan semuanya nanti di hospital. Saya call awak ni sebab saya nak minta tolong awak inform dekat mak Dhia tentang Dhia. Saya dah cuba call mak Dhia guna telefon dia tapi tak angkat. Tolong ya?"

"Okey, awak jangan risau. Nanti saya inform dekat mak cik Hasnah. Awak tolong jaga Dhia ek?"

"Terima kasih, Ara. Insya-Allah... saya akan jaga Dhia."

"Okeylah... Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam..." lemah suara Zahara.

Zahara tidak dapat menahan rasa hati lagi, dia menangis. Kenapalah besar sangat ujian kau Dhia? Aku harap kau kuat. Kau kena kuat. Aku akan sentiasa doa untuk kau.

KEESOKAN harinya, Zahara datang ke rumah Dhia. Dia tidak tahu apa masalah Hasnah sehingga tidak boleh menjawab panggilannya. Busy sangat ke sampai tak ambil kesah tentang anak sendiri.

"Assalamualaikum! Mak cik, oh... mak cik! Zahara ni!" jerit Zahara.

"Waalaikumusalam!" Hasnah muncul di muka pintu bersama riak wajah meluat memandang Zahara. Ini mesti soal Dhia ni. Takkan ada perkara lain lah. Menyemak aje.

"Telefon mak cik rosak ke?" soal Zahara, sengaja.

"Kau datang rumah aku ni... semata-mata nak tanya telefon aku rosak je ke?"

"Tak adalah... beribu-ribu kali saya telefon mak cik tapi asyik engage je."

"Aku malas nak jawab. Penat."

"Ouh, penat? Mak cik ingat penat mak cik je kan? Anak masuk hospital pun tak tahu."

Berkerut seribu dahi Hasnah mendengar perkataan 'anak masuk hospital'.

"Dhia?"

"Yelah, mak cik. Mak cik ada anak lain ke?"

"Sakit apa pulak budak tu. Nak minta duit akulah tu bayarkan bil hospital dia kan?" perli Hasnah.

"Ya Allah, mak cik! Sampai macam tu mak cik fikir tentang Dhia. Mak cik tahu tak, Dhia tu tengah terlantar kat hospital. Dia kritikal tau."

"Apa?! Kritikal? Kenapa, dia accident ke?"

"Mak cik, semua tu tak penting. Sekarang ini, baik mak cik ikut saya pergi hospital jumpa Dhia. Dhia perlukan sokongan mak cik."

"Aku penatlah bekerja siang malam. Tak ada masa aku nak pergi hospital. Baik aku kerja dapat jugak duit nak sara hidup aku ni. Dah, pergi balik!"

"Sampai hati mak cik cakap macam tu. Dhia tu anak mak cik tau bukan anak orang lain. Mak cik jangan jadi kejam sangatlah."

"Aku kejam? Aku? Eh! Kau datang sini memekak kacau aku nak tidur... pastu kau nak ceramah aku pulak?! Kau pergi balik sekarang sebelum aku hempuk kepala kau dengan penyapu ni. Pergi balik!" jegil Hasnah lalu menghempas pintu tanpa mengendahkan kata-kata Zahara itu.

Mengalir air mata Zahara melihat kelakuan Hasnah. Sampai begitu sekali Hasnah melayan Dhia. Dhia tengah bertarung nyawa, Hasnah langsung tidak peduli. Apalah salah Dhia? Hina sangat ke Dhia di matanya?

Zahara meninggalkan perkarangan rumah Dhia dengan perasaan nihil. Dia tidak mampu membawa mak cik Hasnah ke hospital untuk berjumpa dengan Dhia. Maafkan aku Dhia... maafkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience