HDI 39

True Story Completed 65593

FARHAN!

Farhan sedang menonton televisyen terkejut mendengar jeritan Iskandar. Dia menelan air liur saat terpandang wajah bengis Iskandar itu.

"Farhan. Kau bagitahu aku sekarang kat mana rumah Zaril?" Iskandar terus bertanya kepada Farhan sebaik saja dia mendekati Farhan.

"Bro... apasal ni? Tenang bro..." Farhan dengan takut-takutnya cuba menenangkan Iskandar.

"Jawab jelah! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau tipu aku. Aku tahulah yang kau dah tahu tentang perkahwinan Dhia. Tapi aku akan settlekan kau kemudian. Sekarang ni, aku kena jumpa dengan Dhia. No matter what happen." Iskandar mencerlung memandang Farhan.

"Sekarang bagitahu aku, mana Zaril tinggal?" tanya Iskandar sekali lagi, tegas.

"Erm... kejap aku send location kat kau."

"Hmm... cepat!" Menggigil-gigil tangan Farhan menghantar location ke WhatsApp Iskandar.

"Dah, aku... dah hantar." Iskandar menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Dia melihat skrin, ada pesanan dari Farhan.

"Kau tunggu..." Iskandar menunding jari ke muka Farhan sebelum berlalu pergi.

Farhan begitu takut dengan amaran Iskandar itu. Dia tidak pernah nampak Iskandar begitu marah seperti hari ini. Mata Iskandar jelas menunjukkan api dendam yang mula menguasai dirinya.

DING DONG!

Iskandar menekan loceng rumah kediaman Zaril beberapa kali.

Tidak lama kemudian, pintu pagar dibuka. Meluru Iskandar masuk ke dalam. Laju dia berjalan ke muka pintu utama.

"Assalamualaikum, ini rumah Zaril anak Dato Faizal kan?" tanya Iskandar, tapi masih dalam nada yang biasa. Tidak mahu berkasar pada orang yang tidak bersalah.

"Waalaikumusalam, ya. Ini rumah Encik Zaril. Encik ni siapa ya? Kawan Encik Zaril ek?" tanya Mak Nak pula.

"Saya Iskandar... saya bukan kawan Zaril tapi saya kawan Dhia. Dhia ada?"

"Ooo... kawan Puan Dhia rupanya. Puan Dhia ada kat dalam. Masuklah dulu..." Mak Nak menjemput Iskandar masuk ke rumah. Iskandar menghenyakkan punggung ke atas sofa. Mak Nak berlalu pergi.

MAK NAK mengetuk pintu bilik Dhia.

Dhia baru selesai menyalin pakaian tersentak dengan bunyi ketukan itu.

Ini mesti abang Zaril ni. Tak sabar-sabar nak aku turunlah tu. Gumamku.

Dhia membuka pintu, "Ya... nanti Dhia... Eh! Mak Nak rupanya. Sorry, ingatkan abang Zaril tadi. Ada apa ni Mak Nak?" tanya Dhia

"Tak mengapa Puan. Mak Nak datang sini sebab nak bagitahu yang kawan Puan datang. Dia tengah tunggu kat bawah tu."

"Kawan? Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki... tak silap Mak Nak nama dia... Is... Iskandar. Hah, Iskandar."

"Hah?! Iskandar?" Mata Dhia terus membeliak mendengar nama Iskandar. Mesti hajatnya datang ke sini sebab dia dah tahu tentang perkahwinan kami. Macam mana nak berhadapan dengan Iskandar ni?

"Puan.. saya turun dululah ya?" pamit Mak Nak.

"Aah... terima kasih Mak Nak." Mak Nak mengangguk perlahan.

Dhia bagaikan katak ditimpa kemarau di dalam bilik. Dia masih tidak turun ke bawah. Dia berasa takut sekali untuk berhadapan dengan Iskandar. Dia tak sanggup melihat wajah kecewa Iskandar.

Iskandar di bawah, masih menunggu kedatangan Dhia.

Kenapa Dhia masih tak turun lagi? Zaril tak bagi Dhia jumpa aku ke? Fikir Iskandar.

Terlihat Mak Nak turun dari tangga, Iskandar terus bangun dari tempat duduknya. Dia mendekati Mak Nak.

"Mak cik, Dhia mana?" Terkedu sebentar Mak Nak melihat tindakan Iskandar itu. Kelakuan seperti ditinggalkan kekasih saja.

"Encik... saya dah panggil Puan Dhia. Kejap lagi turun lah dia tu. Encik bersabar ya..."

"Oh... okey. Terima kasih mak cik." Iskandar duduk semula. Dia pasti akan berjumpa dengan Dhia. Pasti jumpa.

ZARIL menunggu Dhia di meja makan namun bayang Dhia pun tidak nampak. Sudah hampir sejam rasanya dia menunggu. Dia tidak sabar lagi untuk menunggunya.

Dia bangun dan berjalan ke ruang tamu untuk menaiki tangga. Dia mahu ke bilik.

Baru saja ingin melangkah ke anak tangga pertama, dia ternampak Iskandar sedang menunduk, duduk di sofa. Iskandar seperti menunggu seseorang. Dia berjalan menghampiri Iskandar.

"Assalamualaikum, Iskandar." sapa Zaril. Iskandar mengangkat kepalanya memandang Zaril. Tajam pandangannya.

"Waalaikumusalam... Zaril... anak Dato Faizal." Iskandar menepuk tangannya, geram. Makin lama makin kuat tepukannya.

"Mana isteri kau? Apa nama isteri kau... erm... hah! Dhia Alyssa! Kekasih... opss... bekas kekasih aku. Kan Zaril?" tanya Iskandar. Puas hatinya dapat memerli Zaril.

"Is... aku boleh explain... Sebenarnya aku..."

"Shh! Shut... Up..." potong Iskandar sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir, meminta untuk berdiam.

"Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau... Semua yang keluar dari mulut kau semuanya dusta. Hanya dusta! Penipu!"

Puih!

Iskandar meludah ke muka Zaril. Terus tersentak Zaril dengan perbuatan Iskandar itu. Dia sungguh lain. Di hadapannya ini seperti bukan Iskandar yang dia kenali.

"Is... sabar. Dengar dulu penjelasan aku..." Zaril cuba menenangkan Iskandar. Dia melangkah setapak ke hadapan.

"Stop! Stay away from me!"

"Okey... okey... " Zaril berundur ke belakang semula, jauh dari Iskandar.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau rampas Dhia dari aku? Kenapa?! Kau sendiri tahukan yang kita orang love each other. So, why still you married her? Why, Zaril?!" soal Iskandar, tegas. Dia tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan marah dan kecewanya lagi. Walaupun dia tahu dia berada di rumah orang.

"Is! Dengar dulu explanation aku! Please!" pinta Zaril sungguh-sungguh.

"No! Aku takkan dengar apa-apa penjelasan dari kau. Aku cuma nak dengar dari mulut Dhia. Panggil dia turun sekarang. Now!" arah Iskandar, tegas. Mencerlung dia memandang Zaril.

"Okey... aku panggil Dhia sekarang."

"Tak payah! Saya dah ada kat sini." ujar Dhia sambil menuruni tangga. Mereka berdua memandang ke arah Dhia. Dhia terus melangkah perlahan mendekati Iskandar.

"Dhia..." panggil Iskandar, lemah. Sungguh dia rindu menatap wajah Dhia.

"Is... saya minta maaf..." Dhia mula menangis. Laju air matanya membasahi pipi.

"Awak... awak jangan nangis. Saya tahu awak terpaksa kahwin dengan lelaki dusta tu kan? Saya kenal... siapa Dhia saya. Dhia saya takkan khianat saya kan?" Makin deras air matanya mengalir. Begitu teguhnya kepercayaan Iskandar kepadanya. Tapi dia...

"Tak! Saya yang penipu! Saya yang pendusta! Saya khianati cinta kita. Saya, Is..." Tersedu-sedan Dhia menangis.

"Apa awak cakap ni, Dhia? Awak bukan macam yang awak cakap semua tu... Awak takkan buat macam tu. Saya tak percaya." Sungguh-sungguh Iskandar menafikannya. Makin sebersalah Dhia pada Iskandar.

"Saya tipu awak... saya sendiri yang setuju nak kahwin dengan abang Zaril. Saya sendiri... Abang Zaril tak pernah paksa saya. Tak ada siapa yang paksa saya dalam pernikahan ni. Tak ada! Saya yang bersalah! Saya minta maaf..."

"Tipu... awak tipu saya. Awak tipu saya sebab lelaki ni kan? Dia paksa awak cakap macam ni kat saya kan?" Tanpa menunggu jawapan dari Dhia, Iskandar terus menerpa ke arah Zaril.

Bum!

Satu tumbukan hinggap ke muka Zaril. Melopong Dhia kerana terlalu terkejut dengan tindakan melulu Iskandar itu.

"Is! Stop!" Dhia cuba meleraikan pergaduhan itu namun Iskandar langsung tidak mendengarnya. Iskandar terus menumbuk muka Zaril sehingga lebam dan darah mula mengalir di tepi mulut dan hidungnya.

"Is! Sudahlah!" Dhia cuba meleraikannya sekali lagi. Mak Nak juga sudah berlari melihat keadaan yang sedang huru-hara itu. Mak Nak pula yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Tapi nihil, pergaduhan itu tetap tidak dapat dileraikan. Jadi, Dhia menarik tangan Iskandar yang sedang menggenggam baju Zaril itu jauh dari Zaril.

Dhia terus menampar sekuat hati pipi Iskandar. Menjadi sunyi sepi keadaan secara tiba-tiba.

Lama Dhi memandang Iskandar sebelum bersuara, "Puas hati awak?! Puas ke?! Awak dapat ke saya kalau awak tumbuk muka abang Zaril tu sampai pecah?! Dapat ke?!" Jerkah Dhia.

Iskandar menjadi bungkam dengan pertanyaan Dhia itu. Dia sedar bahawa dia sudah melampaui batas.

"Saya... minta maaf..."

"Dah, sekarang ni awak pergi balik."

"Tapi..."

"Balik! Leave now!" arah Dhia, tegas. Iskandar memandang sekilas wajah Dhia sebelum menapak keluar dari rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience