HDI 24

True Story Completed 65593

DHIA ingin mengambil beberapa barang lagi di dorm. Naura sudah pergi dahulu. Naura menunggu di kereta sementara menunggu Dhia mengemas barang.

Sewaktu Dhia sedang memasukkan barang-barang tersebut di dalam beg, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik dorm ditutup. Dia terus pergi melihatnya.

Bukan sahaja pintu ditutup malah dikunci dari luar. Dhia cuba beberapa kali memulas tombol pintu itu tapi memang berkunci.

Dhia menjadi panik. Tapi dia cepat-cepat menenangkan diri. Dia mencapai telefonnya lalu mendail nombor Naura.

"Helo! Naura... Kau kat mana?" soal Dhia sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Helo! Aku kat dalam keretalah. Kenapa banyak sangat ke barang yang kau nak bawa? Nak aku tolong ke?"

"Memang aku nak kau tolong aku tapi bukan tolong bawakan barang."

"Habistu?"

"Aku kena kunci dari dalam kat bilik dorm ni... Kau datang sini, tolong buka kan ek?"

"Hah?! Terkunci? La... Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Manalah aku tahu. Eh, tolonglah cepat."

"Ha'ah... Aku datang sekarang. Okey bye!" Talian dimatikan. Cepatlah Naura datang. Aku takut ni sorang-sorang dalam bilik dorm ni.

Sementara menunggu Naura datang, Dhia cuba bertenang semampu yang boleh. Tak pasal-pasal kena panic attack pula nanti.

LAJU kaki Naura melangkah. Kalau boleh terbang, dah lama dia terbang supaya cepat sedikit dia sampai ke dorm. Nasib baik tadi terjumpa dengan Mak Cik Cleaner, dapatlah kunci bilik dorm ni. Kalau tidak lagi lama lagilah Dhia terkurung dalam bilik tu.

Namun, 2 meter sahaja lagi Naura nak sampai ke dorm, mulutnya dicekup oleh seseorang dari arah belakang. Dia dibawa ke bilik stor.

Dia ditolak sehingga tersungkur ke lantai.

"Ish! Kau ni siapa..." Terbeliak mata Naura melihat gerangan yang membawanya ke sini.

"Kau orang?"

ISKANDAR memasukkan beg pakaiannya di dalam bonet kereta milik Farhan. Selesai, dia masuk ke dalam perut kereta.

Dia tidak sabar untuk memberitahu kepada Farhan tentang perbualan antara dia dan Dhia pagi tadi.

Sedang benaknya mengimbau memori bersama Dhia, cermin kereta diketuk bertalu-talu. Iskandar terus menoleh, Farhan rupanya. Dia menurunkan cermin kereta.

"Hah? Apahal ni? Macam kena kejar hantu je..." perli Iskandar.

"Bu... bukanlah. Ni... ni..." Farhan yang tercungap-cungap jarinya menunjukkan ke arah bangunan UITM.

"Okey... relaks. Tarik nafas dulu... bawa bertenang."

"Tak ada masa. Ni... Naura! Aku nampak ada orang cekup mulut dia pastu bawa dia masuk dalam bilik stor berdekatan bilik dorm dia orang." jelas Farhan.

"Hah?! Dh... Dhia mana? Dia ada sekali tak?" Iskandar mula berasa panik.

"Tak tahu! Aku nampak Naura je. Sekarang ni... kita kena tolong Naura. Jom, cepat!" Farhan berlari masuk ke dalam bangunan UITM semula.

"Tunggu aku, Paan!" jerit Iskandar. Iskandar turut berlari mengejar Farhan.

Iskandar betul-betul risau akan keadaan Dhia. Dia takut kalau Dayana melakukan sesuatu terhadapnya. Dayana memang tidak boleh dipercayai.

Aku takkan maafkan kau, Yana kalau terjadi apa-apa pada Dhia. Aku juga takkan berdiam diri lagi. Aku bukan lagi Iskandar yang dulu. Kali ini, aku takkan biarkan kau sentuh lagi orang yang aku sayang. Takkan!

PANG!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Naura. Mata Dayana mencerlung memandang Naura.

Naura ketawa sinis. Dia berkata, "Tu je yang kau boleh buat? Kau ingat dengan tamparan kau ni... kau boleh dapat balik Iskandar tu?! Boleh jalanlah!" bentak Naura.

"Kurang ajar kau ni kan?!" Dayana hendak menerkam lagi. Wati cepat-cepat memegang kedua lengan Dayana untuk menghalangnya.

"Sudahlah! Kita datang sini bukan nak cari gaduh dengan perempuan ni! Dia bukan sasaran kita tapi Dhia. Perempuan perampas tu."

Dengar sahaja nama Dhia disebut, Dayana terus tersedar. Ya! Bukan Naura sasarannya sekarang ini. Dia perlu kembali fokus pada rancangannya untuk membalas dendam pada Dhia.

Melihat Dayana kembali tenang, Wati melepaskan pegangannya.

"Kita tinggalkan aje perempuan ni kat sini. Kita ikat dia." Wati memberi tali kepada Dayana.

Dayana mengambilnya dan terus mengikat tangan Naura ke belakang. Mulutnya di tutup dengan selotape.

"Duduklah kau kat sini. Bye-bye." Dayana dan Wati pun keluar meninggalkan Naura di dalam bilik stor itu.

"Erm! Erm!" Naura menjerit sekuat yang boleh. Masih ada harapan seseorang mendengar jeritannya.

"Ya Allah, hantarkanlah seseorang untuk selamatkan Dhia. Tolonglah Ya Allah." doa Naura di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience