DESTAR yang dikenakan oleh Zaril membuatkan dia kelihatan gagah lagak laksamana Melayu dahulukala.
Zaril membelek dirinya di depan cermin. Zaril berasa berdebar-debar apabila majlis akad nikah hampir tiba.
Zaril menarik nafas dalam-dalam.
"Aku terima nikahnya Dhia... alamak lupa pulak nama penuh Dhia." Zaril berlatih melafazkan akad nikah. Terselah kegugupannya.
"Macam mana nama bakal isteri boleh lupa? Teruk betul abang ni..." ujar Zahara yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.
"Ara ni kan? Bagi salam apa tidak... terus je terjah orang macam tu? Kalau dibuatnya abang ni..."
"Dah-dah... Sorry." Zahara merapatkan kedua tapak tangannya, memohon maaf.
"Tahu takut? Hah... ni nak apa?"
"Uish... garangnya. Period ke?" Zahara memerli Zaril dengan sengaja. Seronok menyakat pengantin lelaki yang tengah gabra ni.
"Ketuk kepala tu kang... cepatlah nak apa?"
"Tak... ni pengantin perempuan dah sampai. Tunggu abang je turun bawah nak lafaz akad nikah."
"Hah?! D... da... dah sampai? Awalnya..." Zaril mula bertindak seperti katak ditimpa kemarau.
"Relakslah... abang gabra macam ni lagi tak boleh nak lafaz tau. Tak takut?"
"Ara! Patutnya Ara kena bagi kata-kata semangat dekat abang tau bukan lagi takutkan abang." Zaril merungut dan mengelewehkan bibirnya kepada Zahara.
"Ala abang ni... gurau aje. Sensitif sangat. Dahlah, jom turun. Orang dah tunggu kat bawah tu. Jom!" Zahara sudah menapak ke pintu namun terhenti kerana melihat abangnya masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
"Abang! Jom!" Sekali lagi Zahara mengajak abangnya turun.
"Ha'ah... jom." Zaril mengintil Zahara, turun ke bawah.
Ruang tamu rumahnya sudah dipenuhi dengan kedua-dua keluarga dan beberapa kenalan mereka.
Zaril mendekati tok kadi yang sudah lama bersedia. Dia bersila berhadapan dengan tok kadi itu.
"Dah bersedia, encik Zaril?" tanya tok kadi.
"Dah..." Lambat-lambat Zaril menghulurkan tangan untuk menyalami tok kadi.
"Baik, saya mulakan. Muhammad Zaril bin Faizal?"
"Ya saya..."
"Aku nikahkan dikau dengan Dhia Alyssa binti Razlan dengan mas kahwinnya RM3000 tunai."
"Aku terima nikahnya Dhia Alyssa binti Razlan dengan mas kahwinnya RM3000 ringgit tunai."
"Sah? Sah?" Tok kadi bertanya kepada beberapa orang disitu.
"Alhamdulillah... sah." Zaril segera melekapkan kedua tapak tangannya ke muka. Lafaz kesyukuran dizahirkan.
Zaril menoleh memandang Dhia. Akhirnya, dengan satu lafaz... aku dan Dhia bersatu. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Dhia hanya memandang kosong sepanjang majlis itu berlangsung. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Semuanya sudah berakhir.
Kini, sudah rasmi dia menjadi isteri kepada Zaril. Suka atau tidak, dia harus menerima bahawa Zaril adalah jodohnya bukan Iskandar.
Zaril mendekati Dhia. Dia memandang Dhia dengan penuh rasa cinta. Sungguh bertuah memiliki seorang isteri yang cantik dan baik seperti Dhia.
Cincin berbentuk berlian disarung ke jari manis Dhia. Tersarung indah di jarinya.
"Terima kasih Dhia kerana sudi jadi isteri abang." Zaril senyum meleret.
"Sama-sama... Abang pun... terima kasih sebab terima Dhia sebagai isteri." Dhia memaksa dirinya untuk tersenyum. Namun, hakikatnya hatinya sakit dan terlalu kecewa.
"Yeay! Best friend aku dah jadi kakak ipar aku. Lepas ni senanglah kita nak lepak. Mesti seronok kan?" Zahara meraih tubuh Dhia dan memeluknya erat.
"Ara..." Dhia memandang Zahara, sayu.
"Dhia... kau? Erm... abang!" Zahara memanggil abangnya.
"Ya... kenapa?"
"Nak bawa Dhia pergi kat luar kejap boleh?"
"Boleh, pergilah."
"Thanks abang. Jom Dhia." Mereka bergerak menuju ke pondok di halaman rumah.
Mereka melabuhkan duduk.
"Dhia... kau boleh cerita semuanya sekarang. Aku dengar." Dhia menceritakan segala-segalanya. Every single thing.
"Ya Allah Dhia! Aku minta maaf... aku betul-betul tak tahu yang mak kau paksa kau kahwin dengan abang aku. Aku minta maaf Dhia... Zahara terkejut mendengar cerita sebenar kenapa Dhia bersetuju dengan pernikahan ini.
"Then, patutlah mak kau suruh kau kahwin beberapa hari lebih awal dari tarikh sebenar. Kejam betul mak kau ni Dhia..."
"Aku tak tahu nak handle macam mana perasaan aku. Aku buntu." Air mata mula menitis, mengalir di pipinya.
"Shh... Tak apa aku ada. Kau sabar ek?" Zahara memeluk Dhia lagi dan mengusap-usap bahu Dhia. Dia cuba menenangkan hati Dhia yang sedang berduka saat ini.
Besar sungguh ujian kau, Dhia. Daripada kecil sampai ke besar berada di bawah kawalan mak kau. Kesian kau Dhia... sehinggakan kau terpaksa lepaskan cinta kau untuk kebahagiaan orang lain.
Kalau aku boleh ganti tempat kau, aku sanggup Dhia. Sebab kau sahabat aku dunia akhirat. Cukuplah derita yang kau tanggung selama ini. Tolonglah hapuskan derita ini buat selama-lamanya.
ISKANDAR dibawa ke sebuah kampung iaitu Kampung Mawar. Terdapat pondok kecil di dalam kawasan itu. Pondok itu sedikit usang kerana agak lama tidak diuruskan. Penjaga pondok itu pun uzur, tidak larat lagi untuk menjaganya.
"Kau bawa aku kat mana ni?" tanya Iskandar kepada lelaki upahan Wati itu.
"Oh... inilah tempat yang saya cakap dengan boss semalam. Wati suruh saya bawa sini sebab sunyi. Tak ada orang." jelas lelaki itu.
"Ooo... eh, tapi kau dah hantar lokasi ni kat Farhan kan?"
"Dah! Semalam lagi saya hantar. Boss jangan risau biar saya je yang uruskan semua. Boss ikut je plan kita tu..."
"Hmm... dah cepat bawa aku masuk nanti dia curiga pulak."
"Okey boss..."
Jejak sahaja ke dalam pondok itu, Iskandar diikat di satu sudut pondok itu.
"Bagus... pantas kau buat kerja." puji Wati kepada lelaki upahannya itu.
"Well..."
"Nah..." Wati memberi segugus kunci kepada lelaki itu.
"Apa ni, Boss?" tanya lelaki itu, pelik.
"Tu kunci pondok ni... Aku nak kau pegang. Simpan elok-elok, jangan sampai mamat ni terlepas... faham?"
"Faham... kau jangan risaulah. Aku boleh settlekan mamat ni... kacang je."
"Jangan nak berlagak sangat... buat kerja dulu. Jangan nak berangan je kerja kau. Ni... aku nak keluar pergi beli makanan. Kau tolong jaga."
"Okey..."
"Aku pergi dulu..." Wati keluar dari pondok tersebut. Kedengaran kereta berdesup meninggalkan pondok.
Mereka berdua berpandangan, senyuman sinis terukir di bibir mereka.
"SAYA balik dululah ya? Dah lewat dah ni..." ujar Hasnah kepada Dato Faizal dan Datin Yani.
"Ala... malam ni tak yah baliklah. Tidur je sini... lagipun rumah ni banyak bilik." cadang Datin Yani.
"Eh! Tak apa lah... Hasnah tak nak menyusahkan kamu berdua." Hasnah berpura-pura menolak. Padahal, ini yang dia mahukan. Duduk di rumah besar.
"Mana ada menyusahkan... dah, tidur sini saja. Mak Nak!" kata Dato Faizal lalu memanggil orang gajinya. Senyuman Hasnah sudah melebar sampai ke telinga.
"Ya, Dato!" Terkocoh-kocoh Mak Nak menghampiri mereka bertiga.
"Ni... Mak Nak. Tolong kemaskan bilik tetamu ya? Besan saya nak bermalam dekat sini." arah Dato Faizal.
"Baik Dato." Patuh Mak Nak akan arahan Dato Faizal. Terus sahaja dia berlalu ke bilik tetamu seperti yang diarahkan.
"Meh, kita duduk dulu. Hasnah mesti penat..." ujar Datin Yani pula.
Mereka bertiga menghenyakkan punggung ke atas sofa di ruang tamu.
DALAM masa yang sama, Zaril baru keluar dari bilik mandi terperanjat melihat Dhia di dalam bilik.
Dia terlupa bahawa mereka sudah sah, tentulah Dhia berada di biliknya.
Aduh! Apalah kau ni Zaril. Kalau ya pun happy sangat, janganlah sampai jadi nyanyuk. Bebel Zaril di dalam hati.
Dhia sedang duduk di pinggir katil dan masih berbaju pengantin terkedu melihat Zaril. Dia hanya bertuala separuh.
Dia ni tak perasan ke aku kat dalam bilik ni. Tapi... tak berdosa pun kalau aku tengok sebab kami dah sah. Walau macam mana pun, cover-coverlah sikit. Baru kahwin kot.
"Seronok usha abang?" ujar Zaril sambil menyarungkan singlet.
"Hah...? Erm... a... a... mana ada! Dhia tak usha abanglah." jawab Dhia tergagap-gagap. Malunya!
"Ye ke? Abistu Dhia asyik pandang sini je... tu bukan usha abang?" Zaril menjongket sebelah keningnya. Saja mengusik Dhia yang sudah merah padam itu.
"Dhia tengok almari tulah. Cantik ukiran dia... ha.." Dhia cuba menafikannya. Gila nak mengaku! Buat malu kau je nanti.
"Okeylah... Dhia nak mandi." Dhia mahu bergerak ke bagasinya namun ditahan oleh Zaril.
"Kejap..." Zaril pergi ke almari sebelah dan mengeluarkan sepasang baju tidur lace. Cantik!
"Nah... Dhia pakai baju tidur ni..." Zaril menghulurkan baju tidur itu kepada Dhia.
"Hah?! Baju... baju tidur ni? Eh... tak apa Dhia ada bawa baju tidur. Tak apa..." Dia menolak pemberian itu dengan sopan. Sekali lagi dia mahu pergi tapi ditahan.
"Dhia tak kesiankan abang ke? Penat abang belikan baju ni untuk Dhia. Pakailah please..."
Dhia tersenyum gugup. Lambat-lambat, dia mengambil baju tidur itu.
"Terima kasih..." Lantas Dhia mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi.
"Cutie girl..." Zaril melihat gelagat Dhia, senyuman menggoda terukir di bibirnya.
Share this novel