HDI 50

True Story Completed 65593

KERETA milik Zaril berhenti di tepi jalan yang tidak jauh dari rumah Dhia. Niat untuk mencari Hasnah di rumah terbantut apabila Hasnah dan dua orang pegawai kelihatan rancak berbincang di halaman rumah.

Pegawai? Untuk apa ibu bawa pegawai datang rumah? Ada apa-apa ke ni?

Zaril membuat keputusan untuk melibatkan diri. Dia keluar dari perut kereta dan terus mendekati mereka bertiga.

"Assalamualaikum!" ucap Zaril dengan mesra. Zaril sempat menjeling ke arah Hasnah. Seperti yang dijangka, Hasnah tidak suka dengan kehadirannya.

"Waalaikumusalam." jawab kedua-dua pegawai itu.

"Kau buat apa kat sini?" Hasnah bukan menjawab salam, malah bertanya kepada Zaril.

"La... ibu ni pelupa lah. Zaril kan dah bagitahu ibu yang menantu ibu nak datang." Zaril sengaja menekankan perkataan 'menantu' itu.

"Maknanya, encik ni... menantu Puan Hasnah?" soal salah seorang pegawai di situ.

"Yup, saya menantu dia." jawab Zaril dengan
senang hati. Seolah-olah dia bangga menjadi menantu kepada ibu mertua seperti Hasnah.

"Err... sebenarnya, ada apa ek kat sini?"

"Oh... Kami berdua datang sini untuk melihat rumah Puan Hasnah dengan lebih terperinci."

"Untuk apa ya?" Zaril semakin kebingungan dengan apa yang sedang Hasnah lakukan.

"Puan Hasnah..."

"Maaf ya... saya nak bercakap sikit dengan menantu saya ni. Sekejap ya?" pantas Hasnah memotong.

"Jom, ikut aku." Mereka berdua bergerak ke tepi rumah.

"Hey!" jerkah Hasnah.

"Hey ibu!" Zaril menunding jari tepat ke wajah Hasnah.

"Patutlah dah lama tak nampak batang hidung, rupanya ada agenda. Ibu nak jual kan rumah pusaka ni?"

"Memang aku nak jual. Kenapa, kau ada masalah?"

"Ibu boleh tanya kenapa? Ibu tahu kan ini satu-satunya rumah peninggalan Nek Timah untuk Dhia. Mana boleh ibu jual sesuka hati." tutur Zaril dengan tegas. Hasnah sudah melampau.

Hasnah ketawa kecil, "Kau ingat aku kesah? Aku tak kesah lah ini rumah pusaka atau tidak. Yang penting duit. Faham menantu?"

Makin geram Zaril dengan perangai Hasnah yang satu ini. Dalam fikirannya asyik soal duit sahaja. Bila entah nak dapat hidayah si Hasnah ni?

"Zaril takkan biarkan ibu jual rumah ni."

"Aku rasa kau tu yang pelupa, kau dah lupa ke yang SEMUA harta Dhia sudah jadi milik aku."

Kesabaran Zaril sudah melepasi hadnya. Dia terus mencapai lengan Hasnah lalu menggenggamnya.

"Lepas! Sakit lah!" Hasnah mula meronta dan cuba merentap tangannya namun genggaman Zaril lebih kuat.

"Ibu tarik balik niat ibu atau ibu akan menyesal. Ibu hanya ada dua pilihan saja. First, tarik semula dan ibu masih ada harta. Second, ibu teruskan dan semua harta ibu akan ditarik balik. You know what I can do, right?" Zaril memberi amaran dengan tegas.

Zaril melepaskan lengan Hasnah lalu pergi dari situ. Hasnah memandang kepergian Zaril dengan renungan tajam.

Mahu atau tidak dia harus menarik semula niatnya. Kalau tidak, habis semua harta yang dia ada.

ISKANDAR tersedar dari lenanya, dia bangkit dari pembaringan. Dia turun dari katil dan terus ke bilik mandi. Dia mahu menyegarkan dirinya.

Selesai mandi, dia bersiap untuk pergi ke pejabat.

Saat melalui bilik Maya, dia menjadi pelik kerana masih tidak melihat kelibat Maya. Selalu waktu begini, Maya sudah bangun.

Dia masuk ke dalam untuk kepastian. Bilik Maya kosong, tiada orang.

"Aik, mana pulak minah ni pergi? Kat bawah kot." Iskandar membuat andaian. Dia pun turun ke bawah.

"Maya!" panggil Iskandar separuh menjerit. Namun, tiada balasan daripada Maya.

"Maya!" panggil Iskandar sekali lagi. Tetap sama.

Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Dia terus berlari menuju ke bilik Maya semula. Dia membuka pintu almari dan betul sangkaannya. Sehelai baju Maya pun tiada di dalamnya.

"Kurang ajar!" Dia menghempas pintu almari itu, dia mengeluarkan handphone dari kocek seluar. Dia mendail nombor Farhan.

Tidak sampai seminit, panggilan dijawab.

"Hello, Is." sapa Farhan di hujung talian.

"Hello. Mana Maya?" soal Iskandar dengan tegas.

"Maya? Asal kau tanya aku kat mana Maya? Bukannya aku tahu pun."

"Kau tak yah nak berpura-pura lagi Paan. Aku tahu Maya lari dengan bantuan kau kan?"

"Eh, apa tuduh-tuduh ni? Bila masa Maya lari pun aku tak tahu." Farhan menafikannya sungguh-sungguh.

"Farhan! Baik kau pulangkan Maya kat aku sebelum aku buat apa-apa kat Zahara." Amaran diberikan oleh Iskandar.

"Kau jangan berani sentuh Zahara!"

"So, bagitahu aku kat mana Maya?"

"Aku tak tahu! Berapa kali aku nak bagitahu kau ni?! AKU TAK TAHU."

"Fine, teruskan lakonan kau. Kau jangan menyesal kalau kau tak dapat jumpa dengan Zahara lagi." Iskandar terus mematikan talian. Dia mencampakkan handphone ke lantai.

"Aku takkan lepaskan kau, Maya. Kalau kau tak kembali, aku tahu apa nak buat."

Iskandar mengetap rahangnya, menahan amarah yang meluap-luap di dalam dada.

DHIA merenung langit, buaian di luar rumah menjadi singgahannya.

"Ehem!" Zaril berdehem. Dia segera berpaling ke belakang.

"Eh, abang! Terkejut Dhia tau." tutur Dhia sambil berganjak ke tepi untuk memberi ruang kepada Zaril untuk duduk.

"Sayang tenung apa kat langit tu? Let me guess... sayang bayangkan wajah abang kan?" Zaril menyerkap jarang. Sekali sekala perasan apa salahnya?

"Abang ni... perasan betul. Tak kuasa Dhia nak bayang wajah abang." Dhia ketawa kecil tapi tidak lama bila melihat wajah Zaril yang serius itu.

"Hey... abang. Abang merajuk ke? Dhia gurau jelah." Dia cuba memujuk Zaril.

"Ada benda kita boleh bergurau, ada yang tak." ujar Zaril dengan tegas. Dia benar-benar terasa dengan kata-kata isterinya.

"Dhia minta maaf bang. Dhia tak sengaja, niat cuma nak bergurau aje." Dhia mula cuak.

"Tak apalah, abang masuk dulu." Zaril mahu bangun tapi dihalang oleh Dhia.

"Abang..."

"Hmm?"

"Kenapa ni?"

"Kenapa apa?"

"Dhia kenal dengan husband Dhia ni. Mesti ada apa-apa ni. Kongsi lah dengan Dhia."

"Nak kongsi apa? Tak ada apa." Sekali lagi Zaril mahu bangun.

"Abang anggap Dhia ni apa?" kata-kata Dhia membantutkan niatnya untuk bangun.

"What?" Zaril menjadi keliru dengan pertanyaan Dhia itu.

Dhia tidak menjawab, riak wajah yang dipamerkan cukup mentafsirkan kemahuannya.

"Dhia isteri abang lah." jawab Zaril tanpa menunggu jawapan dari Dhia. Sudah faham sangat dengan riak wajah itu.

"Kalau abang anggap Dhia ni isteri, takkan ada rahsia antara kita." balas Dhia.

"Okey abang mengaku abang ada rahsia. But... Abang tak bersedia lagi nak kongsi. Next time ok?"

"Fine! Teruskan berahsia. Dhia tak nak ambil tahu dah." Dhia terus berlalu dari situ meninggalkan Zaril.

Dia begitu geram dengan sikap berahsia Zaril itu.

Kata anggap aku isteri tapi asyik nak rahsia je dengan aku. Sakitnya hati aku! Bebel Dhia sambil berjalan masuk ke rumah.

Zaril terpempam dengan reaksi Dhia. Sepatutnya dia yang merajuk tapi terbalik. Memang betul orang selalu cakap, girls is complicated.

ISKANDAR gelisah, dia melihat skrin handphone beberapa kali jika ada pesanan daripada Maya atau Farhan. Dia bercekak pinggang.

"Tak boleh jadi. Aku kena bertindak cepat." Dia bergegas menuju ke bilik tidurnya. Dia menghampiri laci meja kecil di tepi katil. Sebuah kotak sederhana dikeluarkan.

Dia duduk di pinggir katil lalu membuka kotak itu. Terdapat pisau cutter dan beberapa alatan tajam di dalamnya.

Dia mengambil pisau cutter itu lalu meniliknya. Bibirnya terukir senyum puas. Dia sudah mendapat cara untuk mengembalikan Maya kepadanya.

"Kalau kau nak main kasar, aku pun akan buat benda yang sama." Iskandar ketawa besar sambil mencapai gambar perkahwinan dia dan Maya. Game start now!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience