DATIN YANI sedang membaca majalah di ruang tamu. Namun, selepas melihat Dhia berpakaian seperti hendak keluar, dia menegur Dhia.
"Dhia... nak pergi mana tu?" tanya Datin Yani sambil berjalan menghampiri Dhia, yang berdiri di depan pintu utama.
"Oh... Dhia nak keluar sekejap. Nak beli barang sikit. Kenapa ma?"
"Oh ye ke? Zaril tahu tak?"
"Tahu! Dhia dah minta izin abang Zaril sebelum keluar." jawab Dhia sebersalah. Terasa berdosa pula tipu mama macam ni.
"Okeylah... cuma mama nak pesan barang boleh?"
"Boleh je. Mama nak pesan barang apa?"
"Belikan mama pasu dekat kedai yang mama biasa beli tu. Pasu kat rumah ni tak cukuplah. Mama nak tanam bunga baru."
"Oh... boleh je. Nanti Dhia belikan ek?"
"Duit cukup tak?"
Aduh! Macam mana aku boleh lupa? Aku mana ada duit nak beli pasu mama yang mahal tu. Duit ni pun cukup-cukup untuk aku beli barang aku je. Tapi takkanlah aku nak bagitahu mama yang abang Zaril dah lama tak bagi aku duit. Last dia bagi, bulan lepas.
"Dhia? Termenung pulak dia." Datin Yani menggeleng-geleng kepala.
"Hehe... erm... ma. Sebenarnya duit yang Dhia ada ni... bukan tak cukup. Tapi..."
"Dah tak yah susah-susah nak explain dekat mama. Kejap... mama pergi ambil duit." Lambat-lambat Dhia mengangguk. Harap-harap mama tak syak apa-apa.
Seketika, Datin Yani datang membawa duit. Dia menghulurkannya kepada Dhia. Dhia mengambilnya. Membuntang bola matanya melihat jumlah duit yang diberikan oleh Datin Yani kepadanya.
"Ini banyak sangat ma... harga pasu tu separuh dari jumlah duit ni." Dhia ingin memulangkan semula separuh dari jumlah duit itu kepada Datin Yani.
"Tak apa... Dhia simpan selebihnya." Datin Yani menolak lembut duit itu.
"Tapi ma..."
"No tapi-tapi! Dah... pergi cepat. Nanti lambat pulak balik."
"Okeylah... thanks ma. Maaf kalau Dhia susahkan mama."
"No hal lah... Dhia hati-hati ya?"
"Okey ma... Dhia pergi dulu. Bye, ma."
"Bye!" Datin Yani melambai ke arah Dhia sehingga Dhia hilang dari pandangannya.
"Dhia... Dhia... mama tahu Zaril dah lama tak bagi kamu duit. Tapi, kamu tetap tak nak bagitahu mama perkara sebenar." Datin Yani agak kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Zaril sudah lama tidak memberi nafkah kepada Dhia. Ada juga dia bertanya soal ini kepada Zaril tapi tidak diendahkan oleh Zaril.
Kalau nak masuk campur lebih-lebih, dikatakan menyibuk pula. Hal rumah tangga anaknya tidak mahulah dia masuk campur. Dia cuma berharap perkara ini tidak berlanjutan dengan lebih lama lagi.
PAGI berganti malam, Zaril masih sibuk melakukan lambakan kerja di pejabatnya.
Knock! Knock!
Pintu diketuk dari luar, muncul salah seorang staf di muka pintu.
"Encik Zaril? Saya dah nak balik ni... sebelum tu encik Zaril nak apa-apa ke?" soal staf yang bernama Rita itu.
"No... saya tak nak apa-apa. Cuma saya nak awak kunci bilik fail sebelum awak balik."
"Okey baik, encik Zaril. Saya balik dulu." Zaril mengangguk tapi kepalanya masih memandang kertas kerja di atas mejanya.
2 Jam kemudian, akhirnya siap juga semua lambakan kerja Zaril itu.
"Siap juga kerja aku. Hmph... penatnya." Zaril meregangkan badannya. Jemalanya disandarkan ke kepala kerusi. Matanya dipejam seketika.
Ting!
Bunyi notifikasi mengganggu lenaan Zaril. Dengan malasnya, dia mencapai handphonenya lalu melihat pesanan yang diterima itu.
-Zaril, kenapa tak balik lagi ni? Dah lewat sangat ni... kesian Dhia tunggu Zaril.-
Zaril merengus kuat, "Apahal lah perempuan ni tak bagitahu kat mama yang aku tak balik malam ni? Hish! Cari pasal betul lah minah ni. Menyusahkan aku je!" Zaril terus membalas pesanan Datin Yani.
-Zaril tak balik malam ni, ma. Zaril dah bagitahu Dhia mungkin dia lupa kot nak bagitahu mama.-
Send!
Sesaat kemudian, pesanan masuk lagi.
-Oh ye ke? Mungkinlah kot... tak apalah. Zaril jaga diri ya? Balik awal esok!-
-Baik ma. Love you.- Emoji love diberikan.
"Dhia, kau tunggulah esok. Aku ajar kau cukup-cukup! Dasar wife tak guna!" bentak Zaril.
Tidak mahu melayan sangat amarahnya, dia menghempaskan tubuhnya ke atas sofa di dalam bilik pejabatnya. Matanya dilelapkan secara perlahan-lahan.
Zaril tidur dengan lenanya pada malam itu.
JAM menunjukkan pukul 3 pagi. Dhia masih lagi tidak boleh tidur. Fikirannya masih terfikirkan perbincangan antara dia dan Iskandar pagi tadi.
SEDANG sibuk mencari barang, Dhia terserempak dengan Iskandar. Dia menegurnya sebaik melihatnya.
Iskandar!
Iskandar terhenti dan mencari-cari siapa yang memanggilnya itu. Dia tersenyum apabila melihat Dhia yang memanggilnya.
"Dhia, awak beli barang ke kat sini? Mana Zaril?" soal Iskandar sebaik sahaja Dhia menghampiri.
"Aah... nak beli barang. Zaril tak ada, datang sorang je."
"Oh ye ke? Is pun datang nak beli barang jugak. Maya pesan suruh belikan telur."
"Wow! Suami mithali lah ni kan?" Mereka ketawa kecil.
"Dhia ni... eh! Apa kata kita makan dulu nak? Laparlah pulak. Pastu kita cari barang sama-sama? Okey tak?"
"Okey sangat! Jomlah..." Mereka sama-sama menuju ke restoran Thai di tingkat 2.
Mereka mengatur langkah menuju ke meja yang disediakan di dalam restoran itu.
Duduk sahaja, seorang pelayan datang membawa menu. Mereka memesan makanan masing-masing dan menunggu pesanan sampai.
"Erm...so, macam mana life awak dengan Zaril? Mesti bahagia kan? Yelah, Zaril tu kan sayang gila dekat awak." Iskandar gelak menyakat. Tiba-tiba gelaknya terhenti kerana melihat wajah muram Dhia.
"Awak? Awak okey ke tak ni? Saya... saya salah cakap ke?" Iskandar berasa serba salah pula. Dia merasakan dia punca Dhia sedih.
"Tak ada lah... awak tak cakap salah pun. Betul lah apa yang awak kata tu. Saya bahagia dengan Zaril." Sebaik mungkin Dhia menyembunyikan perasaan sebenarnya. Dia tidak mahu sesiapa pun mahupun Iskandar tahu tentang hubungan renggang mereka itu.
"Tipu! Awak tipu Dhia. Awak cakap betul-betul dengan saya... Zaril buat apa kat awak? Dia layan awak buruk ke? Bagitahu saya sekarang." Iskandar mula panas hati. Kalau benarlah si Zaril tu sakitkan hati Dhia. Siap dia! Dia takkan lepaskan Zaril.
"Mana ada saya tipu awak. Saya cakap betul. Zaril layan saya baik. Betul!" Dhia siap mengangkat sebelah tangannya. Menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak menipu.
"Awak... saya dah kenal awak lama tau. Saya kenal sangat dengan muka tu. Saya tahu awak sembunyikan sesuatu. Please Dhia... share dengan saya."
Dhia hendak buka mulut, pelayan pula datang membawa pesanan mereka.
Sepeninggalan pelayan itu, Dhia mula berbicara.
"Saya tahu, saya tak boleh nak tipu awak. Tapi, saya tak suka kongsi masalah peribadi saya dekat orang luar."
"Awak panggil saya orang luar?"
"Is... bukan macam tu maksud saya."
"Habistu?"
"Okeylah... saya mengalah."
"Awak... kalau awak ada masalah awak bagitahu je saya or Maya. Kalau awak tak nak cerita dekat Zahara, awak boleh cerita kat kami berdua."
"Terima kasih awak. Sebenarnya, dah sebulan hubungan saya dengan Zaril renggang. Saya tak tahu kenapa hari tu Zaril tengking saya cakap yang saya kurang ajar. Then, dia cakap saya tak reti nak hormat suami. Saya tanya jugak apa salah saya tapi dia cakap saya berpura-pura tak tahu. Saya buntu Is. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya... saya rindukan suami saya yang dulu." Mata Dhia sudah berkaca, bila-bila masa sahaja akan jatuh mengalir.
"Ya Allah! Kenapalah sampai macam tu sekali Zaril layan awak. Kejam betul!"
"Is... saya takut sangat. Saya takut kehilangan dia"
"Dhia... awak bersabar ya? Saya ada dengan awak. Kalau awak tak keberatan, boleh saya bagi cadangan?" Dhia mengangguk lemah.
"Apa kata awak pergi jumpa mak awak dan tanya tentang perkara ni." Dhia yang sedang menunduk terus mendongak.
"Jumpa mak saya? Apa kaitannya?" soal Dhia hairan.
"Saya rasa mak awak ada cakap something dengan Zaril untuk buat Zaril bencikan awak. Awak sendiri tahu mak awak macam mana. Manipulative person."
"Tapi takkanlah. Untuk apa mak saya buat macam tu?"
"Mungkin sebab dia tak dapat capai apa yang dia nak. Dia cemburu dengan awak sebab awak hidup senang padahal dia... hidup susah."
"Saya tahu susah untuk awak percaya semua ini angkara mak awak. Tapi, awak perlu pertimbangkan hal ini. Saya merayu pada awak." Berusaha Iskandar meyakinkan Dhia.
"In Syaa Allah... thank you Is. Lega sikit hati saya dapat luahkan dekat awak."
"No worries... sekarang ni kita ketepikan dulu tentang ni. Kita makan dulu ek?"
Aku kena jumpa ibu. Aku kena tanya tentang perkara ni. Aku takkan biarkan hubungan aku dengan abang Zaril hancur. Aku takkan mengalah.
PULANG dari kerja, Hasnah melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Buka sahaja pintu, terus nampak wajah Dhia yang sedang berdiri tegak memandang dirinya.
"Opocot!" Hasnah mengurut dadanya, terkejut dengan kehadiran Dhia yang tidak diundang itu.
"Kau ni apa pasal? Kau nak aku mampus cepat ke?" soal Hasnah, bengang.
Dhia tertawa sinis, "Sekurang-kurangnya Dhia tak adalah kejam sangat macam ibu."
"Apa dia? Kau cakap apa tadi? Kau jangan biadap ek?"
"Dhia biadap? Dhia? Anak ibu ni?"
"Sudahlah! Malas aku nak layan kau." Hasnah terus berganjak menuju ke sofa. Dia menghenyakkan punggung ke atasnya.
"Kau nak apa?" tanya Hasnah acuh tak acuh sahaja.
"Dhia nak penjelasan dari ibu tentang abang Zaril."
"Tentang Zaril? Dah apahal pulak kau nak penjelasan dari aku? Bukannya aku ni mak dia pun!"
"Memang ibu bukan mak abang Zaril tapi ibu lah punca hubungan kami renggang. Ibu yang sengaja cakap buruk tentang Dhia kat abang Zaril kan?" Hasnah terus bangun. Dia mencekak pinggang memandang Dhia.
"Kau jangan suka-suka hati tuduh aku ek? Aku tak buat apa-apa pun. Apa yang kau cakap ni, semuanya fitnah."
"Fitnah? Ibu tak yah nak berlakon lagi lah. Dhia dah dengar semuanya. Dhia tahu ibu gunakan Dhia untuk dapatkan harta abang Zaril kan? Tapi bila abang Zaril dapat tahu tentang semua ni, ibu rancang semua ni kan?" hambur Dhia segala apa yang terbuku di dalam hati.
Hasnah ketawa besar, "Kau ni memang bijak macam aku lah Dhia. Memang betul apa yang kau cakap tu. Memang aku yang rancang semua ni. Sebab aku nak balas dendam dekat kau."
"Balas dendam?"
"Ya! Balas dendam sebab kau hidup senang lenang tapi aku? Aku kerja siang malam, cari duit untuk sesuap nasi. Kau langsung tak kisah tentang aku. Sebulan tau... sebulan kau tinggalkan aku. Kau tak jenguk aku walau sekalipun."
"Sebab Dhia nak ibu sedar tentang apa yang ibu buat ni salah."
"Memang aku salah! Tapi kau sebagai anak, kau kena hormat aku. Kau kena dengar cakap aku. Bukan dengar cakap laki kau tu!"
"Abang Zaril suami Dhia. Syurga Dhia di bawah tapak kaki dia. Dhia kena taat dengan dia."
"Taat konon? Pergi mampus lah! Selepas nenek kau meninggal, aku yang jaga kau. Aku yang bagi kau makan, pakai. Tapi ini yang kau balas?"
"Ibu, Dhia buat semua ni sebab Dhia sayang ibu. Dhia tak nak ibu diselubungi dengan dosa lagi."
"Itu dosa aku! Kau tak ada hak! Untuk pengetahuan kau, aku tak nak pun kau lahir. Sebab aku tahu, kau akan menyusahkan aku bila kau besar nanti. Sebab tu selama ni aku layan kau teruk."
Kata-kata Hasnab membuatkan Dhia membungkam. Kelu lidah untuk mengungkap bicara.
"Kenapa? Terkejut? Ini lah hakikatnya Dhia. Daripada dulu, aku memang tak nak anak. Tapi, tak tahu macam mana... aku boleh dapat kau."
"Tapi Dhia tetap anak ibu! Dhia lahir dari rahim ibu!"
"Aku tak peduli! Macam ni jelah, alang-alang kau dah tahu perkara sebenar... baik aku terus terang aje dengan kau. Kalau kau nak aku bagitahu perkara sebenar dekat laki kau, kau kena ikut syarat aku."
"Syarat apa?" Tanya Dhia, kasar.
"Kau kena bagi semua bahagian harta kau yang laki kau bagi, dekat aku. Itu aje aku nak."
"Ibu ni memang gila harta kan? Baik... kalau ibu nak sangat, ibu ambil lah. Dhia tak heran dengan harta tu.... Dhia cuma nak suami Dhia balik aje."
"Bagus! So settle! Kau bagi harta kau, kau dapat laki kau."
Hasnah mendekati Dhia, wajahnya didekatkan.
"Tindakan yang bijak anakku." Hasnah menepuk lembut sebelah pipi Dhia sebelum melangkah pergi.
Share this novel