HDI 7

True Story Completed 65593

MEREKA bertiga singgah di restoran mamak berhadapan dengan restoran Razlan. Mereka berjalan memasuki restoran itu.

Dhia duduk berhadapan dengan Razlan dan Maria kerana sudah tahu bahawa Maria pasti akan duduk di sebelah Razlan. Dia sudah masak dengan perangainya.

Dhia hanya memesan bihun goreng mamak dan air kosong. Razlan pula memesan roti canai dan secawan nescafe. Maria pula tidak memesan kerana mahu berkongsi makanan dengan Razlan.

Meluat aku tengok perangai dia ni, gedik betul. Tak sedar ke diri tu dah tua? Sibuk nak menggedik tak tentu fasal. Saja lah tu nak sakitkan hati aku. Ayah lebih sayang akulah daripada kau. Perasan lah tu ayah sayang dia. Pirah!

"Kenapa tak makan makanan tu? Sejuk nanti." Suara Razlan menyedarkan Dhia dari lamunan.

"Oh, sebab panaslah Dhia tak makan. Nanti melecur pula lidah."

"Ya tak ya juga. Nanti dah sejuk makan ya?"

"Ok yah." Razlan kembali menyuap Maria. Malas hendak layan rasa hati, Dhia menjamu selera. Kenyang juga daripada melihat aksi gedik Maria itu.

Selesai menjamu selera, Razlan terus membuat pembayaran. Sementara itu, Maria sempat memberi amaran kepada Dhia.

"Eh budak! Kau jangan nak ngada-ngada sangat dengan bapak kau tu. Razlan tu aku punya." Maria memandang Dhia tajam.

Dhia membuat muka toya aje sambil berkata, "Mak Cik Maria tak yah risaulah. Dhia ni bukan perampas macam Mak Cik. Kalau Dhia tak ngada-ngada dengan ayah pun, ayah tetap manjakan Dhia."

"Kurang ajar! Kau tu..." Belum sempat Maria menghabiskan bicaranya, Razlan sudah mendekati mereka.

Dhia terus bangkit lalu menarik lengan Razlan menuju ke kereta. Tercengang Maria melihat tindakan Dhia itu. Dhia tersenyum sinis kepadanya.

Tanpa pedulikan Maria, Dhia selamba duduk di tempat duduk hadapan. Maria duduk di tempat duduk belakang bersama hati yang geram.

Dhia sempat mengerling ke arah Maria, merah padam wajahnya akibat menahan amarah yang membuak.

Sepanjang perjalanan, Maria hanya mendiamkan diri. Marah lah tu dekat aku, tu lah siapa suruh cari fasal dengan aku? Sekarang tanggung lah akibatnya. Padan muka!

HARI silih berganti, keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan pada hari ini. Dhia hadir ke sekolah bersama Nek Timah. Hasnah tidak dapat hadir kerana lambakan kerja yang perlu di selesaikan. Zahara pula hadir bersama Datin Yani dan Dato Faizal.

Pelajar mendapat keputusan 8A ke atas diminta naik ke pentas untuk mengambil keputusan. Pelajar mendapat keputusan 7A ke bawah pula mengambil keputusan di kaunter kelas masing-masing sahaja.

Zahara mendapat keputusan 8A manakala Dhia mendapat 5A. Alhamdulillah. Mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

"Alhamdulillah, kamu dapat 5A. Nenek bangga dengan kamu, Dhia." ucap Nek Timah.

"Terima kasih nek. Ibu pasti bangga juga kan dengan Dhia. Tak sabar nak bagitahu ibu."

"Mestilah ibu kamu bangga." sokong Nek Timah Dia mengucup lembut dahi Dhia.

Tiba-tiba Zahara muncul bersama Datin Yani dan Dato Faizal. Dhia terus menyalami Datin Yani manakala tunduk hormat diberikan kepada Dato Faizal.

"Tahniah Dhia! Aku tahu mesti kau dapat keputusan cemerlang." ucap Zahara. Dia memeluk erat Dhia.

"Tahniah juga Ara. Ala..kau lagi pandai dari aku. Kau dapat straight A's lagi, aku dapat 5A 3B je."

"Kira okeylah kau dapat 5A, ada orang tu dapat 1,2 A je. Ala... aku bukan pandai sangat pun cuma rezeki aku dapat straight A's." Dhia mencebikkan bibirnya. Tak pandailah sangat, kalau tak pandai tak adanya dapat straight A's. Zahara ni nak rendah diri pun agak-agaklah. Tak kena tempat langsung.

"Mengutuk aku lah tu. Bibir tu tercebik-cebik dari tadi."

"Nampak obvious sangat eh? Hehehe...sekali sekala kutuk kau, apa salahnya?" seloroh Dhia.

"Eh budak ni! Banyaklah kau punya sekali sekala."

"Ala..gurau ajelah. Ara, jom tangkap gambar sama-sama. Boleh buat kenangan." Dhia tersengih sehingga menampakkan giginya.

"Oh, dah kutuk aku pastu ajak tangkap gambar."

"Ala..jomlah Ara. Please..." pujuk Dhia bersungguh-sungguh.

"Yelah! Tapi, kena pakai phone aku untuk tangkap gambar sebab phone kau tak cantik filter dia." Selamba aje Zahara merungut tentang handphone Dhia.

"Suka hati kaulah, Ara. Janji dapat tangkap gambar." Mereka terus melangkah menuju ke tempat sesi bergambar yang disediakan oleh pihak sekolah.

Selesai sahaja bergambar, kami berdua pulang ke rumah. Penat posing sini sana bila nak bergambar tadi. Akhirnya, tamat dah perjalanan aku di bangku sekolah, lepasni perjalanan aku di menara gading pula. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Aamiin.

SIANG berganti malam, Hasnah pulang ke rumah. Sejak Hasnah bercerai dengan Razlan, setiap minggu dia akan singgah ke rumah Nek Timah.

Dhia orang yang paling gembira dengan kehadiran Hasnah di rumah. Baru sekarang dia mengerti hikmah disebalik penceraian ibu dan ayahnya. Penceraian itu telah mengeratkan hubungan antara dia dan Hasnah.

Seusai mandi, Hasnah menyertai Dhia dan Nek Timah di meja makan. Hasnah seperti langkah kanan kerana mereka baru sahaja hendak menjamu selera. Pelbagai lauk pauk disediakan seperti ikan siakap 3 rasa, sayur kangkung belacan dan sambal ketam. Yummy!

Selesai sahaja menjamu selera, mereka berkumpul di ruang tamu. Mereka menonton televisyen dan menikmati bubur durian sebagai pemanis mulut.

Sementara itu, Dhia mengambil kesempatan untuk memberitahu Hasnah tentang keputusan peperiksaannya.

"Ibu, Dhia nak cakap sikit boleh?" Hasnah sedang enak menikmati bubur durian itu menoleh.

"Boleh, cakaplah." jawab Hasnah.

"Nah, ini keputusan SPM Dhia." Dhia memberikan Hasnah slip keputusannya. Hasnah segera meletakkan mangkuk bubur ke bawah lalu mengambilnya.

"5A 3B je? Kamu tahu tak Dhia, sepupu kamu Hamidah tu dapat straight A's tau. Kamu ni belajar ke tidak waktu periksa hari tu?" ujar Hasnah berbaur amarah.

Dhia tergamam dengan reaksi yang diberikan oleh Hasnah. Air matanya terus mengalir di pipinya setitis demi setitis.

"Apa masalah kamu ni Hasnah? Dhia tu dapat keputusan cemerlang kamu tahu tak? Ada orang tu dapat lagi sikit A daripada Dhia. Kamu sepatutnya bangga dengan dia." Nek Timah membantah kata-kata Hasnah.

"Bangga? Kenapa Hamidah boleh dapat straight A's tapi Dhia tak boleh? Sama aje subjeknya. Bezanya mak, Dhia ni malas belajar sebab tu dapat keputusan cukup-cukup makan aje." Makin deras air mata Dhia mengalir.

"Hasnah, Dhia ni siang malam study. Sampai tertidur kat meja belajar. Bukan itu aje, Dhia sanggup tidur lewat semata-mata untuk study. Itu bukan rajin belajar lagi?" jelas Nek Timah, geram.

"Rajin belajar bukan dilihat melalui mata kasar sahaja, mak. Mak nampak Dhia tertidur kat meja belajar kan? Tidur lewat sebab nak belajar? Semua tulah yang menyebabkan otak kita penat jadi apa saja yang kita belajar tak masuk. Bila exam, semua tak boleh jawab." Dhia tidak mampu menahan rasa, dia terus bangkit. Dia berlari masuk ke dalam bilik.

"Kamu ni Hasnah, mulut tu tak bertapis langsung. Budak tu punyalah tak sabar nak bagitahu kamu result dia tapi apa yang dia dapat? Kamu bezakan dia dengan sepupu dia pastu pertikaikan cara dia belajar. Kalau betul cara belajar dia tak betul, dia takkan dapat A langsung lah Hasnah." Nek Timah turut hendak meninggalkan Hasnah.

Sebelum pergi, nenek bersuara lagi, "Kamu tak pernah jenguk Dhia. Kamu duduk jauh dari kami. Segala kepayahan, derita dia hanya mak yang tahu. Jadi, kalau kamu tak tahu apa-apa jangan berani nak menilai tentang diri Dhia." ulas Nek Timah lagi.

Hasnah yang masih tidak berganjak itu merengus. Kata-kata Nek Timah amat menyakitkan hatinya. Dia merasakan seolah-olah Nek Timah menghinanya dan dianggap tidak pandai mendidik anak.

"Mak tunggu lah nanti, Hasnah akan buktikan yang Hasnah ni pun layak jadi seorang mak." bicara Hasnah sendirian.

SEBULAN KEMUDIAN.

Dhia sedang duduk di atas tangga dikejutkan dengan bunyi hon motosikal. Dia segera menghampiri pemandu motosikal tersebut. Dia mengambil sampul surat yang diberikan oleh pemandu itu.

Dhia tidak masuk ke rumah malah dia duduk semula di atas tangga. Dia melihat nama penerima, namanya.

"Aik, bila masa aku ada peminat ni? Eh takkanlah! Aku bukan popular sangat pun. Surat dari ayah kot." fikir Dhia.

Dhia membuka sampul surat itu lalu membaca isi kandungan surat itu. Surat itu jelas mengatakan bahawa dia telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian ke tingkatan enam di SMK Sungkai, Perak!

Lantas, dia berlari masuk ke rumah untuk memberitahu berita ini kepada Nek Timah. Dhia terus masuk ke bilik Nek Timah tanpa mengetuk pintu dahulu. Nek Timah sedang baring di atas katil terkejut dengan kehadirannya.

"Nek! Cuba teka Dhia dapat surat apa?" Nek Timah masih berbaring itu menggeleng.

"Okey tak apa. Nenek tahu tak Dhia dapat tawaran pengajian ke tingkatan enam!" ujar Dhia sambil menggoyang-goyangkan lengan Nek Timah sehingga bergoyang katil.

Dhia terlalu teruja. Yelah, impiannya untuk sambung belajar tercapai. Tidak kisah lah, tidak dapat masuk universiti. Apa yang penting dia dapat melanjutkan pelajarannya. Seronoknya!

"Kamu dapat tawaran pengajian ke tingkatan enam?! Ya Allah, Dhia! Tahniah cu, nenek gembira sangat." ucap Nek Timah. Dia bangkit dari pembaringan.

"Ya nek! Alhamdulillah, Dhia dapat sambung belajar. Dhia tak yah kerja lagi kat kilang papan tu kan nek?" Nek Timah mengangguk perlahan.

Sejak sebulan lepas, Dhia terpaksa bekerja di kilang papan di pekan. Dia dipaksa oleh Hasnah. Hasnah berkata bahawa bekerja di kilang lebih bagus daripada menolong Nek Timah menjahit. Upah menjahit tidak menentu bukan seperti upah di kilang. Setiap bulan dapat upah, boleh juga simpan untuk kegunaan masa depan.

Dhia bukan tidak mahu membantah tetapi Nek Timah selalu pesan kepadanya supaya dengar kata-kata ibu. Kalau bukan kerana Nek Timah, dia sudah lama membantah. Dia tidak mahu bekerja di kilang itu. Ianya berisiko dan dia juga mahu menolong Nek Timah menjahit. Sekurang-kurangnya, beban Nek Timah dapat dikurangkan.

"Betul tu Dhia. Nenek tahu kamu penat kerja sampai malam. Pasal yuran belajar, Dhia jangan risau. Nenek ada duit simpanan, cukup lah untuk yuran sekolah Dhia."

"Nek, pasal yuran tu tak yah susah-susah. Dhia ada simpanan hasil daripada upah kerja kat kilang tu. Dhia hanya perlukan sokongan nenek je."

"Nenek sentiasa sokong Dhia dalam apa jua keadaan. Kalau Dhia cakap macam tu tak apa lah. Andai kata Dhia tak cukup duit, minta pada nenek ya?"

"Terima kasih, nek. Insya-Allah, cukup. Doakan Dhia berjaya ya nek dan..."

"Dan apa?" soal Nek Timah, pelik.

"Dan ibu izinkan Dhia sambung belajar." tutur Dhia, perlahan.

"Dhia, nenek akan pastikan Dhia dapat sambung belajar. Walaupun ibu tak izinkan atau tak nak sumbangkan kewangan untuk Dhia belajar. Selagi nenek bernyawa, nenek yang akan buat keputusan di rumah ini. Tangan ni yang menjaga Dhia sejak kecil lagi. Jadi, nenek ada hak ke atas kamu." ujar Nek Timah dengan tegas.

"Terima kasih sangat-sangat, nek. Dhia tak tahu apa nasib Dhia kalau nenek tak ada."

"Jangan cakap macam tu, Dhia. Walaupun nenek tak ada nanti jangan pernah rasa down. Dhia kena kuat sebab nenek sentiasa ada dalam hati Dhia." Nek Timah meletakkan tangannya di dada Dhia. Terukir senyum indah di wajah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience