HDI 27

True Story Completed 65593

TIBA di hospital, Zahara bergegas menuju ke wad Dhia. Dia hendak berjumpa dengan Dhia. Dia mahu berada di sisi Dhia saat genting ini.

Zahara sampai di hadapan wad Dhia dan kelihatan Iskandar sedang memeluk tubuh. Muram sahaja wajahnya. Dia mendekati.

"Assalamualaikum." sapa Zahara. Dia duduk di sebelah Iskandar.

"Waalaikumusalam. Zahara rupanya... ingatkan orang lain."

"Orang lain? Maksud Is... Mak cik Hasnah?"

"Ya... Mak cik Hasnah tak datang ke?"

"Tak... tapi tak apa nanti saya pujuk dia lagi."

"Apa kata kalau saya pulak yang pujuk dia? Okey kan?" Iskandar mula berharap.

"Tak boleh! Awak tak kenal siapa mak cik Hasnah tu. Dia tu kepala angin... saya yang dah lama kawan dengan Dhia pun dia tak dengar inikan pulak dengan orang asing macam awak. Dia takkan dengar punya." Bersungguh-sungguh Zahara menjelaskannya.

"Habistu? Takkan kita nak biarkan aje. Dhia perlukan sokongan orang yang paling dekat dengan dia. Dan semestinya, mak dia. Walau apa pun keadaan seorang anak itu... dia mesti mahu maknya di sisi. Apatah lagi, dalam situasi macam ni."

"Saya faham... Tapi..." Zahara mengeluh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memujuk Hasnah yang degil itu.

"Eh, jap! Saya dah tahu dah... siapa yang boleh bawa mak cik Hasnah ke sini." Zahara tersenyum senang. Dia sudah jumpa solusinya.

"Siapa?" soal Iskandar, berkerut memikirkan siapa agaknya gerangan yang mampu memujuk Hasnah sehingga membuatkan Zahara begitu yakin bahawa Hasnah akan datang.

"APA?! Dhia masuk hospital? Kenapa tak cakap dengan abang?" Terkejut Zaril selepas mendapat tahu bahawa Dhia dimasukkan ke hospital.

Dia terasa hati juga kerana Zahara tidak memberitahunya lebih awal.

"Sorry, abang. Ara pun baru je dapat tahu malam semalam dari Iskandar."

"Yelah... lepas abang habis meeting nanti abang sampai."

"Jap abang! Ara nak minta tolong abang sikit... boleh?" Teragak-agak Zahara ingin meluahkan apabila Zaril marah-marah begitu.

Dia bukan tidak kenal abangnya itu. Sekali dia naik angin, dia takkan berhenti membelu-belai. Boleh bernanah telinga dengar bebelan dia tu.

"Oh... mulut tu ringan kalau nak minta tolong tapi kalau perkara penting berat je mulut tu nak bercakap kan?" Zahara menjauhkan telefonnya jauh dari telinga. Sudah agak pasti abangnya akan bertindak sedemikian.

"Ala... abang. Please... ini soal Dhia jugak. Boleh ek?"

"Pasal Dhia tak apa. Apa dia?"

Zahara menarik nafas lega.

"Ni... mak cik Hasnah. Dia berdegil tak nak jumpa Dhia kat hospital. Dia kata dia tak ada masa nak datang hospital, baik dia kerja dapat duit. Ha... macam tu dia cakap. Abang... abang tolonglah bawa mak cik Hasnah kat sini. Ara kesianlah dekat Dhia tu." Mencebik-cebik mulut Zahara bercerita kepada Zaril.

"Dia cakap macam tu? Hish... tunggulah. Ara jangan risau, tahulah apa abang nak buat apa."

"Okey-okey. Terima kasih abang. Bye!"

Talian dimatikan. Zahara menoleh ke belakang memandang Iskandar. Kemudian, dia menayangkan ibu jarinya tanda bagus.

Melebar senyuman Iskandar. Dia melekapkan kedua tapak tangannya ke muka sambil mengucap kalimah alhamdulillah.

DI sebalik dinding, Wati dan Dayana mencuri dengar perbualan antara Zahara dengan Iskandar.

"Apa plan seterusnya?" tanya Dayana.

"Kita ikut plan B..."

Mereka berpandangan sesama sendiri. Terukir senyuman penuh makna. Misi bermula.

HASNAH sedang bersiap untuk pergi kerja. Setelah berpuas hati, dia melangkah keluar dari rumah. Dia menutup pintu dan menguncinya.

Menoleh sahaja, terpacak Zaril di hadapan rumahnya.

"Kau datang sini sebab kau nak suruh aku pergi hospital jumpa kekasih kau tu kan?"

"Tahu pun... Kalau macam tu, jomlah saya hantar."

"Woi! Kau tak payahlah nak berpura-pura tak faham."

"Apa maksud mak cik? Saya kurang fahamlah..." Zaril sengaja memanaskan hati Hasnah.

"Tak payah nak berdrama depan rumah aku ni! Apa kau nak buat kali ni? Nak heret aku, macam tu ke?"

"Wow! Idea yang menarik. Jadi, kita tunggu apa lagi? Meh, saya heret mak cik kalau mak cik masih berkeras tak nak pergi hospital." Zaril tersengih mengejek.

"Yalah-yalah! Nanti aku pergi sendiri! Dah, tepi... aku nak pergi kerja."

Hasnah ingin menolak Zaril ke tepi namun dihalang oleh Zaril.

"Siapa cakap yang mak cik boleh pergi ke hospital sendiri? Dan siapa yang cakap mak cik boleh pergi kerja?"

"Ish! Aku nak pergi kerjalah! Nak cari duit! Aku dah kata kan aku setuju nak pergi. Apa yang kau nak lagi ni?!" Hasnah cuba melepaskan tangannya namun apakan daya kudrat Zaril lebih kuat darinya.

"No! Mak cik akan pergi ke hospital dengan saya. Tak kira mak cik suka atau tak. Okey?"

Zaril terus menarik tangan Hasnah dan dibawa masuk ke dalam perut kereta.

"Mak cik duduk diam-diam ya?"

Zaril juga masuk ke dalam perut kereta. Dia menoleh ke belakang dan senyum meleret.

"Pak Mail, jom kita pergi."

Dalam sekelip mata, kereta hilang dari perkarangan rumah Hasnah.

Di tempat duduk belakang, mulut Hasnah tidak berhenti menyumpah seranah Zaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience