HDI 51

True Story Completed 65593

ZAHARA berjalan sambil menghirup secawan hot chocolate. Lalu, dia menghenyakkan punggung di atas sofa, alat kawalan jauh dicapai. Drama Korea bertajuk School 2017 ditayangkan di skrin.

Zaril baru turun ke bawah, dia ternampak Zahara di ruang tamu sedang menonton televisyen. Dia terus menghampiri Zahara.

"Yuhoo! Tengok drama Korea ke?" soal Zaril walaupun sudah jelas Zahara sedang menonton drama Korea.

"Aah!" Zaril turut menghenyakkan punggung di atas sofa bersebelahan Zahara.

"Ara..."

"Hmm?" jawab Zahara, matanya masih tertancap pada skrin televisyen.

"Ada nampak Dhia? Sejak pagi abang tak nampak Dhia kat mana-mana."

"La... Dhia lupa lah tu nak bagitahu abang. Dhia pergi Mall lepas subuh tadi."

"Pergi Mall?" Zahara mengangguk. Pergi Mall tak minta izin aku? Marah sangat ke dia dekat aku?

"Kenapa bang?" tanya Zahara tapi Zaril termenung bukannya menjawab.

"Abang!"

"Hah?" Terpinga-pinga Zaril memandang Zahara.

"Ara tanya kenapa?"

"Kenapa apa? Oh... tak ada apa-apa. Abang yang lupa Dhia ada bagitahu abang." bohong Zaril.

"Tulah... takkan Dhia lupa. Dhia kan isteri mithali." sakat Zahara. Zaril menguntum senyuman kelat.

"Erm... abang naik atas dulu lah."

"Okey!" Zahara mengangkat ibu jari.

Zaril terus mengatur langkah naik ke atas. Dia masuk ke bilik tidurnya. Dia mencapai handphone dan membuka WA Dhia. Dia mula menaip pesanan kepada Dhia.

- Dhia pergi Mall mana? Abang jemput Dhia ek? -

Tidak sampai sesaat, dia mendapat balasan dari Dhia.

- Tak payah! Dhia boleh balik sendiri. Sekejap lagi Dhia balik. -

- Okey sayang. -

Zaril mengeluh panjang. Dia meraup wajahnya, dia merebahkan tubuhnya itu pada katil. Pelik sungguh dia dengan perubahan Dhia yang mendadak itu. Terlalu sensitif! Entah apa yang dia nak sensitif sangat pun dia tak tahu.

Lantas, dia memejamkan matanya. Merehatkan minda dan badan daripada segala perkara yang menyerabutkan.

SETELAH lama merantau kesemua kedai di Mall, Dhia masuk ke butik pakaian, yang berada bertentangan dengannya.

Laju Dhia berjalan menuju ke arah pakaian yang tergantung, di hadapannya.

Dhia menilik pakaian itu satu persatu. Hanya satu pakaian sahaja yang berkenan di matanya. Dia terus melihat tag harga, diskaun 30% diberikan.

Dia meletakkan baju itu di badannya, sempurna. Dia terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Nah Cik, terima kasih kerana membeli di butik kami." ucapan mesra diberikan oleh cashier itu sambil menghulurkan beg kertas kepada Dhia.

"Sama-sama." Dhia senyum segaris, dia berjalan keluar dari butik dengan hati senang.

Tiba-tiba dia terserempak dengan Farhan.

"Farhan!" panggil Dhia di hadapan butik pakaian tadi. Dia melambai-lambai ke arah Farhan.

Langkah Farhan terus mati apabila namanya dipanggil, datang dari arah sisinya. Dia menoleh, dia tersenyum melihat gerangan Dhia, yang sedang melambai-lambai ke arahnya.

Farhan terus mengatur langkah mendekati Dhia.

"Dhia, shopping ke?" tanya Farhan, sebaik berdiri di hadapan Dhia.

"Aah, shopping baju. Tapi sehelai aje." Dhia tersengih.

"Faham. Dah nak balik dah ke?"

"Yup. Orang kat sana dah rindu." balas Dhia, suaranya kedengaran tertahan-tahan.

"Erm... actually aku nak bincang hal sikitlah dengan kau. Urgent." Farhan soal dengan teragak-agak.

"Oh ye ke? Tak apalah, kita bincang kat cafe depan tulah." cadang Dhia.

"Tak susahkan kau ke?"

"Eh tak adalah. Jomlah." Mereka berdua bergerak menuju ke cafe itu.

"LAMBAT balik?"

Terkejut Dhia, terhinjut sedikit bahunya. Dhia terus berpaling ke belakang dengan pantas. Terlihat Zaril berdiri tidak jauh darinya dengan tangan disilangkan ke dada. Pandangannya cukup menyeramkan.

"Pergi singgah makan tadi." jawab Dhia tenang lalu menghampiri Zaril.

"Makan dengan siapa?" soal Zaril dengan masih memandang tajam ke mata Dhia.

"Sorang." Lalu Dhia mengatur langkah untuk naik ke atas.

Cepat-cepat Zaril menarik lengan Dhia sehingga terhenti langkah isterinya. Dhia tidak menepis malah dia membiarkan sahaja.

"Abang tahu Dhia menipu. Abang nampak Dhia dengan Farhan kat Mall tadi."

"Dah tahu kenapa tanya?" soal Dhia acuh tak acuh sahaja.

"Kenapa Dhia berperangai macam ni ek? Dhia dah tak sayangkan abang ke?"

"Abang tu yang tak sayang Dhia!" jerkah Dhia tiba-tiba. Dhia tidak tahu mengapa tapi dia berasa naik angin dengan soalan Zaril itu.

"Apa yang abang dah buat sampai Dhia rasa macam tu?" Zaril kebingungan.

Kali ini Dhia menepis pegangan Zaril dan menjeling tajam.

"Tak payah buat-buat tak fahamlah bang. Kalau hidup tu asyik nak berahsia je. Dengan bini sendiri pun nak berahsia. Apahal?!"

"Dhia!" suara Zaril lantang memanggil Dhia.

"Apa?! Dhia rasa tak salah dengan apa yang Dhia cakap. Dah hampir 3 bulan kita kahwin tapi tetap nak berahsia dengan Dhia. Ingat Dhia tak terasa ke?" soal Dhia dengan nada yang bergetar dan mata berkaca.

"Dhia... abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak..."

Dhia terus mengangkat sebelah tangan, tepat di wajah Zaril. Dia tidak mengizinkan Zaril berkata apa-apa lagi.

"Abang pertimbangkanlah apa yang Dhia cakap tadi. Dhia dah penat." Tanpa menunggu sesaat pun, Dhia naik ke atas. Tatapan daripada mama dan Zahara dihiraukan kerana tiada keperluan untuk dibahaskan.

Zaril tidak berkata apa-apa. Dia membiarkan Dhia untuk bertenang dari segala perkara yang menimpa dirinya.

KNOCK! KNOCK!

Iskandar membuka pintu, terpacak Zahara di muka pintu.

"Hai Is!" sapaan mesra daripada Zahara, senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Hai Ara! Come in." Zahara dijemput masuk ke dalam rumah. Kemudian, mereka melabuhkan duduk di sofa.

"So, ada apa kau ajak aku datang rumah? Maya mana?" Zahara memanjangkan lehernya mencari kelibat Maya.

"Maya tak ada. Kita berdua aje dalam rumah ni."

"Hah?! Kit... kita dua je?" Iskandar mengangguk. Reaksinya cukup tenang, langsung tiada riak kerisauan.

"So? Is... kita berdua je tau." Iskandar masih bereaksi sama.

"Ya Allah! Is, kita tak boleh ada dalam rumah ni berdua. Boleh timbul fitnah."

"Takkan punya. Jiran-jiran kat sini semuanya tak ambil kesah tentang hidup jiran lain. Chill ok?"

"But still, tak manis duduk berdua dalam rumah ni. Aku balik dulu lah... nanti Maya dah ada baru aku datang tau." Zahara sudah bangkit untuk keluar.

"Stop!" arah Iskandar kepada Zahara. Zahara berhenti lalu berpaling ke belakang.

"What?" soal Zahara sambil bahu dijongketkan.

Iskandar tidak menjawab, dia mula melangkah satu persatu menghampiri Zahara. Zahara terpaksa berganjak setapak ke belakang.

"Ada apa ni, Is?" Zahara mula gelisah.

Iskandar tersengih sinis lalu menunduk sedikit bagi menyama ratakan ketinggian mereka.

"Cantik! Patutlah Farhan suka sangat dengan kau."

"Apa kau merepek ni, Is? Aku... aku nak balik lah." Zahara terus berjalan ke pintu.

"Zahara!" Iskandar menarik lengan Zahara sehingga terhenti langkahnya.

"Ish, apa ni?!" Zahara menepis tangan Iskandar dengan kasar.

"Aku nak kau! Untuk aku umpan boyfriend kau pulangkan Maya pada aku." Zahara menggeleng laju, tidak percaya di depannya ini Iskandar yang dia kenal.

"Kau gila. Gila!"

"Memang aku gila!" jerkah Iskandar. Dia terus memegang kuat pergelangan tangan Zahara.

"Sekarang ni, kau akan jadi haiwan peliharaan aku." Lantas Iskandar mencucuk leher Zahara dengan jarum. Dalam sekelip mata, Zahara pengsan di bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience