HDI 31

True Story Completed 65593

HASNAH sudah bersiap sedia mahu ke tempat kerjanya melihat Dhia masih lagi terbaring di lantai.

"Hoi! Bangunlah! Dah masuk jam 8 pagi dah ni... Subuh pun kau terlepas. Dasar pemalas!" Marah Hasnah sambil mengejutkan Dhia. Dia hanya menggunakan kakinya untuk mengejutnya Dhia.

Dhia tersedar dari lenanya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia mengedarkan pandangan ke sekeliling. Dia masih di ruang tamu.

"Auch!" Dhia cuba bangkit namun tidak mampu. Kesakitan akibat dipukul masih dapat dirasai malah lebih perit.

"Dah kenapa pulak tu? Buat-buat sakitlah tu... ingat aku ni bodoh sangat ke nak percayakan lakonan kau ni? Dah, tak yah nak ngada-ngada... pergi kemas rumah. Banyak lagi benda yang kau kena buat. Dah, bangun!" Hasnah memaksa Dhia untuk bangun jua.

"Ibu... Dhia sakit... Dhia tak boleh bangun..." ujar Dhia, lemah. Dia benar-benar tidak mampu untuk berdiri pun.

"Ah! Jangan nak berdrama! Bangun, aku cakap!" Tanpa sekelumit rasa kasihan, Hasnah memaut lengan Dhia untuk berdiri.

"Ibu... Dhia... Dhia betul-betul sakit bu... Dhia tak larat nak buat kerja..." Dhia cuba menjelaskan lagi kepada Hasnah.

"Hish, kau ni suka sangat bagi alasan! Aku tak kira, aku balik nanti kerja semua dah siap. Faham?!" arah Hasnah sambil memulas telinga Dhia. Dhia segera mengangguk.

"Pandai pun... Aku pergi kerja dulu. Ingat! Kemas rumah."

Sepeninggalan Hasnah, Dhia berjalan dengan penuh longlai menuruni tangga untuk ke dapur. Barang-barang yang terjatuh semalam dia capai dan diletakkan ke atas meja makan. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu memberi pesanan ringkas kepada Zahara.

- Ara, datang rumah aku please... ASAP. -

Setelah itu, dia menarik kerusi lalu duduk. Beg kertas coklat dicapai, sebungkus nasi beriani dikeluarkan. Dia membuka bungkusan itu bersama titisan air mata deras.

Ibu, kenapa ibu selalu buruk sangka pada Dhia? Dhia tak pernah lupa ibu. Takkan pernah. Kalau tidak, mesti Dhia takkan bungkus nasi beriani ni untuk ibu kan?

ASSALAMUALAIKUM!

Salam diberi sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah Dhia.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Senyuman yang terukir di bibir Iskandar terus lenyap apabila melihat wajah lesu Dhia.

Dia terus meluru ke arah Dhia.

"Dhia? Awak okey ke? Kenapa muka awak pucat sangat ni?" soal Iskandar, risau.

"Okey... saya okey je. Saya penat sikit sebab baru keluar dari hospital kan? Jadi, penat tak hilang lagi. Awak jangan risaulah." jawab Dhia.

Dia bukan tidak mahu menceritakan hal sebenar, cuma dia tidak bersedia untuk meluahkannya. Lainlah kalau dengan Zahara. Dia sudah mengenali Zahara sejak kecil lagi. Jadi, tidak perlu lagi dia hendak berahsia dengannya.

"Awak duduk dulu..." Iskandar menyuruh Dhia duduk di atas tangga.

"Kenapa awak datang sini?" tanya Dhia. Yelah, tiba-tiba sahaja Iskandar muncul. Rasanya, dia tak ada temu janji dengan dia.

"Oh... saya call awak semalam. Tapi awak tak angkat... saya risau sebab tu saya datang sini. Mana tahu awak perlukan pertolongan ke?"

"Terima kasih awak... care pasal saya."

"Mestilah saya care pasal awak... awakkan girlfriend saya..." Iskandar mengangkat sebelah keningnya. Dhia tertawa kecil.

"Awak ni..." Nasib baik pipi aku tak kemerah-merahan. Kalau tidak, mesti malu sebab nampak sangat aku cair dengan perkataan 'girlfriend' tu.

"Oh, lupa pulak. Ni... saya ada bawak nasi lemak untuk awak. Saya beli dekat simpang nak masuk rumah awak tu..." Iskandar menghulurkan sebungkus plastik merah kepada Dhia. Dia mengambilnya.

"Terima kasih awak... maaflah kalau susahkan awak." Segan pula aku jadinya. Iskandar terlalu baik denganku. Aku merasakan tidak layak pula bersama dengannya.

"Ish, mana ada susah. Saya ikhlas..." Dia memberi senyuman manis.

"Okeylah... memandangkan awak tak ada apa-apa. Saya balik dululah. Tak manis pulak saya singgah rumah anak dara lama-lama."

"Awak hati-hati bawa kereta tau... jangan bawa laju-laju..."Dhia menggerakkan jari telunjuknya
ke kiri dan kanan.

"Baik bos!" Iskandar menundukkan separuh badannya.

"Assalamualaikum..." ucap Dhia.

"Waalaikumusalam, girlfriendku." Sempat lagi Iskandar mengusik Dhia.

Dhia mula rasa ada cinta hadir di antara dia dan Iskandar. Sungguh, dia beruntung mengenali jejaka tampan dan baik seperti Iskandar.

Jika benar dia jodohku, akan aku semaikan cinta ini hanya untuk dia.

KNOCK! KNOCK!

"Ara... jom sarapan. Semua dah tunggu kat bawah tu." ujar Zaril sambil mengetuk pintu beberapa kali.

"Ya... kejap lagi Ara turun." laung Ara dari dalam bilik.

"Ha'ah yelah... cepat sikit. Nanti masuk angin perut tu..." kata Zaril lagi sebelum berlalu pergi.

Dalam bilik, Zahara tergesa-gesa bersiap selepas sahaja mendapat pesanan daripada Dhia. Zahara bagaikan anak ayam kebasahan bulu, memikirkan keadaan Dhia saat ini.

"Hah! Turun pun. Baru je mama nak pergi panggil lagi..." sela Datin Yani apabila melihat Zahara menuruni tangga.

"Ma, Pa, abang... Ara tak sempatlah nak sarapan sama. Ara nak pergi rumah Dhia... Ara kena tolong Dhia." jelas Zahara.

"Kenapa dengan Dhia?" soal Zaril.

"Entah... cuma Dhia text suruh datang ASAP. Tu yang buat Ara makin risau ni..."

"Kalau macam tu, kita pergi sama-sama. Abang pun risau jugak ni..."

"Tak apalah bang... Dhia mesti segan kalau abang ada. Biarlah Ara pergi sendiri ek?" Bukannya aku tidak tahu, Dhia takkan ceritakan apa yang jadi kalau ada orang selain aku. Walaupun orang yang dia kenal.

"Okey tak apa... abang hantar Ara pastu abang tunggu dalam kereta je. Please..." pujuk Zaril. Dia betul-betul ingin melihat keadaan Dhia.

"Okeylah kalau macam tu... Jom."

"Ok. Ma, pa... kita orang gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam..." Jawab Dato dan Datin serentak.

"TERIMA kasih." ucap Dayana kepada pemandu grab itu.

Kemudian, dua bagasi ditarik masuk ke dalam KLIA dengan penuh bergaya. Tengok sahajalah pakaiannya, mengalahkan Lady Gaga.

Dress merah terbelah tepi disarung kemas ditubuhnya. Rambut berikal cantik bersama cermin mata hitam menghiasi wajahnya. Sekali tengok macam orang putih. Pandai sungguh kau bergaya ya Dayana?

Dayana berjalan sehingga ke ruang menunggu. Dia melabuhkan duduk dan kaki disilang. Cermin mata hitam dicabut perlahan-lahan.

Bibirnya naik mengukir senyum sinis.

"Haih... mesti kau tengah tunggu kedatangan aku kan, Wati? Kesian... duduklah kau dalam lokap tu. Tak kuasa aku nak tolong keluarkan kau. Buang masa aku je tolong kau... bukannya aku dapat apa-apa pun." ujar Dayana sendirian.

Selamat tinggal Wati. Pandai-pandailah kau hidup dalam lokap tu. Getus Dayana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience