HDI 56

True Story Completed 65593

MALAM itu, di bilik Farhan, mereka tidak dapat menahan rasa sedih dan kecewa apabila memikirkan bahawa mereka bakal berpisah.

"Bie boleh tolak tawaran kerja tu. Tapi bie tak sanggup tinggalkan sayang." tutur Farhan.

"Apa bie cakap ni? Tawaran kerja tu amat bermakna untuk bie. Bie dah lama kan tunggu nak dapat kerja ni." Farhan mengeluh.

"No! Bie tetap akan tolak tawaran tu. Keputusan bie muktamad." bicara Farhan tegas.

"Sayang tak nak jadi penghalang bie."

Farhan memandang Zahara. Pandangannya bertukar menjadi renungan tajam.

"Datang sini." panggil Farhan perlahan.

Zahara akur dan duduk merapati Farhan di pinggir katil. Mereka saling berpandangan.

"Bie sanggup tinggalkan apa saja untuk sayang. Bie tak sanggup tinggalkan sayang sesaat pun. Inikan pula bertahun-tahun."

Zahara tidak menjawab malah terus menangis teresak-esak di bahu Farhan. Perlahan-lahan Farhan membelai ubun-ubun Zahara.

Mereka tenggelam di dalam kesedihan yang tiada berpenghujung.

SEMENTARA itu, Dhia sedang menunggu kedatangan Zaril di lobi hotel.

Zaril datang mendekati Dhia seketika kemudian. Dhia menyambut kehadirannya, dia terus menghulurkan satu beg plastik kepada Dhia.

Dhia terpinga-pinga sebentar. "Apa ni, bang?"

Zaril tersenyum memandang Dhia.

Dhia meninjau isi di dalamnya. Sehelai jaket tebal warna coklat tua dan sehelai muffler. Dhia menarik keluar jaket tebal itu.

"Ni jaket yang..." Zaril mengangguk.

"Abang... jaket ni mahal lah. Kenapa abang susah-susah belikan untuk Dhia?" tanya Dhia sambil terpandang tanda harga di bahagian dalam baju itu.

"RM 899.99?!" Dhia mengeluh keras. Tidak setuju dengan sikap Zaril yang membazir itu.

"Abang saja je belikan untuk sayang jaket ni. Takut nanti Dhia kempunan." seloroh Zaril.

Dhia tergelak. "Tapi lepas ni... abang kena tanya Dhia dulu, okey?" Zaril mengangguk seraya mengangkat sebelah tangannya tanda berikrar.

"Jom, abang bawa sayang pergi satu tempat paling special." Dhia berkerut seribu.

"Tempat special? Kat mana?"

"Rahsia." jawab Zaril sepatah. Dia terus meraih tangan Dhia supaya berjalan beriringan dengannya.

SAMPAI di hadapan Hospital Bahagia, Maya menanggalkan cermin mata hitamnya dan membetulkan sedikit lipatan tudung.

Maya bergaya santai. Dia hanya mengenakan blaus pink kosong, berseluar putih dan tudung bercorak berwarna hitam.

"Dr. Josh ada?" Maya bertanya kepada jururawat di kaunter yang menyapanya.

"Dr. Josh ada. Puan Maya ke?" Maya mengangguk.

"Kalau macam tu Puan Maya boleh masuk bilik Dr. Josh. Bilik dia kat sebelah kanan." beritahu jururawat tadi sambil menunjukkan bilik tersebut. Maya tersenyum dan melangkah ke bilik itu.

"Maya apa khabar?" Dr. Josh menyapa Maya apabila melihat Maya sudah terpacul di pintu.

"Alhamdulillah, sihat." Maya tersenyum lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Dr. Josh.

"Erm... sebenarnya saya nak tanya tentang Iskandar. Kesihatan dia macam mana? Ada perubahan ke?" tanya Maya bertubi-tubi.

Dr. Josh menolak kerusi berodanya ke belakang sedikit dan berpusing menghadap kabinet di belakangnya.

"Keadaan Iskandar semakin baik. Dia dah mula ceria especially bila awak ada di samping dia." ujar Dr. Josh sambil menyelak beberapa helaian kertas yang diambilnya tadi. Maya mengangguk.

"Oh ya... saya terlupa nak bagitahu awak. Disebabkan progress Iskandar yang mendadak, saya dengan doktor lain dah berbincang. Kami rasa Iskandar boleh keluar dari sini dalam masa satu atau dua bulan lagi." terang Dr. Josh. Panjang lebar.

Wajah Maya terus terpancar kegembiraan.

"Maksud doktor... Is akan sihat sepenuhnya?" Dr. Josh mengangguk bersama senyuman terukir di bibir.

"Alhamdulillah! Terima kasih doktor."

"Tak payahlah berterima kasih pada saya. Dah memang tugas saya. Lagipun... ini berkat usaha awak dan Is. Ya dak?" Kedua-duanya tertawa.

Semoga apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Kerana hati yakin bahawa cinta dapat mengatasi segala-segalanya.

"INILAH tempatnya. Kalau abang stress atau tak tahu nak buat apa, inilah tempat abang melepak. Seronok tau!"

Dhia memandang sekeliling. Suasana di Southwark Park agak hingar-bingar. Maklumlah, hujung minggu.

Zafril terus ke kaunter, membayar caj yang dikenakan dan kemudian sama-sama menjelajah kawasan itu.

Dhia cukup teruja. Satu memori indah yang tidak dilupakan. Lebih-lebih lagi, mencipta memori bersama orang tersayang.

Mereka berjalan sehingga ke sebuah taman bunga di dalam kawasan itu juga. Bunga-bungaan itu disusun kemas di sepanjang jalan. Ditambah pula dengan keharuman semula jadinya.

"Cantik betul tempat ni, bang. Betul kata abang... seronok!" ujar Dhia. Teruja.

"Kan abang dah cakap. Sayang mesti suka punya tempat ni." sokong Zaril pula.

"Sayang..." panggil Zaril perlahan. Dhia memusingkan badannya menghadap Zaril.

"Semalam sayang ada tanya abang kan, kenapa abang beria-ria nak bawa sayang datang sini?" Dhia mengangguk.

"Okey... sebenarnya. Abang nak berbulan madu dengan sayang kat sini. Abang nak minta maaf sebab baru sekarang abang bawa sayang berbulan madu." Dhia terus menggeleng laju.

"Abang tak perlu minta maaf pun. Abang tak salah apa pun. Lagipun, Dhia tak kesah pun kalau tak pergi honeymoon. Janji abang dengan Aisyah ada dengan sayang." Zaril sudah bergenang air mata.

"Abang tak tahu nak ucap berapa banyak ucapan terima kasih pada sayang. Sayang terlalu baik untuk abang. Sayang terlalu sempurna untuk abang." bicara Zaril dengan rendah diri.

"Ish! Apa cakap macam tu. Dhia tak sempurna, Dhia pun banyak kekurangan. Sebab tulah kita kena saling melengkapi antara satu sama lain, kan?"

Zaril tersenyum mendengar ayat-ayat manis yang dilontarkan oleh isterinya itu.

"I love you, sayang. Very much."

"I love you more, Muhammad Zaril bin Dato Faizal." Mereka berpandangan dengan penuh rasa cinta.

Cinta yang semakin mekar di dalam hati menjadi pengukuh hubungan mereka. Dan cinta yang penuh kejujuran menguatkan lagi ikatan cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience