ch 4

Romance Completed 8557

Sementara menunggu kumpulan lain tiba, kami dihiburkan dengan persembahan oleh petugas Resort Indah dengan nyanyian mereka sambil duduk mengeliling unggun api yang besar. Myra yang sedang menahan mengantuk tersentak apabila lengannya ditarik perlahan oleh Kak Anis. “ Myra, temankan Kak Anis nak pergi toilet. “ Katanya gelisah.
“ Kak Anis, sudah ke belum?” Soalnya daripada luar tandas. 10 minit hampir berlalu, takkanlah lama betul buang air kot, getus hatinya pelik. Badan disandarkan di dinding tandas dengan mata yang sudah hampir terpejam. Tiba-tiba, bahu Myra digoncang lantas lengan Kak Anis dia raih erat dan mengikuti langkahnya. Kami diam sepanjang perjalanan balik ke unggun api. Mata terasa seperti digam gajah sahaja. Jalan pun dah terhuyung-hayang.
“ Kak, kenapa kita tak sampai-sampai lagi?” Soalnya pelik. Belum sempat Myra menoleh kesebelah badannya terus ditolak jatuh.

Bunyi bising menganggu lena Myra. Terasa badannya digoncang kuat. Mata yang pedih dipaksa buka..Oh nikmatnya tidur…
“ Myra. “ Panggil Zatie cemas. Segera dia duduk apabila melihat ramai berkumpul di sekeliling khemah kami.
“ Kenapa ini? “ Soalnya pelik. Apasal pula ramai yang berkumpul di khemah ini.
“ Kau ini menakutkan kami saja. “ Marah Mimi tanpa hujung pangkal terus memarahi Myra.
Wajah semua yang lain Myra pandang pelik. “ Apa dah jadi?’ “ Soalnya lagi. Otak masih belum dapat memproses apa yang terjadi.
Kak Ina pula yang menghampiri Myra. “ Myra pergi mana tadi? “ Soalnya dengan nada risau. Kak Ina membelek tubuh Myra. Sinar matanya memancarkan kerisauan.
Myra mengeleng perlahan. “ Myra dekat dalam khemah saja. Tidur.”
Kak Ina menarik nafas. “ Kami cari Myra tapi tak jumpa. Lain kali kalau nak pergi mana walaupun balik khemah bagitahu okey. Jangan buat kami risau.“ Ujarnya dengan lembut tetapi masih ada tegasnya.
Semua orang kembali ke khemah masing-masing meninggalkan Myra yang masih terpinga-pinga.

Akiviti pagi itu Myra tidak ikut sebab aktiviti air. Ilmu berenang masih belum dia pelajari so untuk menyelam tanpa kemahiran berenang memang menempah maut. Dia bukanlah pembunuh keseronokan kawan-kawannya. Myra melambai mereka yang sudah menaiki bot sederhana besar yang membawa mereka ke tempat yang sesuai untuk aktiviti menyelam.
“ Kak Ina jangan risaulah. Myra boleh jaga diri. Hari siang lagi. “ Ujarnya selamba.
“ Kak Ina temankan Myra sahajalah. “ Kata kak Ina dengan nada risau. Daripada tadi risaunya tak hilang membuatkan Myra rasa serba salah.
Cepat-cepat kepala digelengkan. “ Tak payah Kak. Confirm Kak Ina bosan. I’m okay. Trust me. ” Ujarnya yakin.
Dengan senang hati Myra melambai mereka yang sudah bergerak meninggalkan dia walaupun sebenarnya Myra mulai bosan apatah lagi kemungkinan mereka akan balik pada lewat petang. Nafas berat dilepaskan. “ Apalah aku nak buat ini? “ Katanya sendiri. Layan diri sendirilah gamaknya.

Sambil berjalan di pesisir pantai, Myra memerhatikan kawasan sekeliling. Sunyi sepi tiada orang pun di pantai pagi begini. Hanya alunan ombak yang menemani Myra. Sambil itu matanya mencari kelibat seseorang. Dia tak nampak kelibat Alex di bot tadi. Wah! Sejak bila kau caring ini Myra, tak pernah-pernah dia memikirkan tentang Alex. Entah manalah dia bersembunyi. Kaki terus melangkah menyusuri pantai. Taklah takut sangat sebab kawasan ini dia sudah biasa sedikit.
Sedang asyik berjalan-jalan tanpa sedar Myra tersepak batu sebesar penumbuk dan terus terduduk di atas pasir sambil mengenggam kuat kakinya. Ya Allah sakit sangat. Inilah padah jalan tak berhati-hati.
“ Anak okey ke?” Soal seseorang tiba-tiba daripada hadapan Myra semasa dia sedang sibuk menahan kesakitan.
Myra mendongak. Seorang wanita yang agak berusia menegur dia.
“ Okey Mak cik. ” Katanya sambil mengangguk. Perlahan-lahan Myra berdiri dengan sakit yang terasa berdenyut-denyut.
Mak cik itu tersenyum manis.
“ Mak cik dari mana?” Soalnya apabila melihat Mak cik itu menjinjing bakul yang sarat dengan sayur dan barangan lain. Agak-agaklah Myra, dah sah-sah bawa bakul sarat dengan sayur memang dari pasar.
“ Mak cik dari pasar. Anak ini dari mana? Buat apa di sini sendiri?” Soalnya pelik.
Myra tersengih-sengih. “ Saya camping dekat sini. Kawan-kawan saya yang lain pergi menyelam, saya saja yang tak ikut.” Jawabnya sambil dia cuba untuk berdiri dengan stabil.
Mak cik itu mengangguk. Sesekali dia membetulkan pegangannya pada pemegang bakulnya itu.
“ Biar saya yang tolong bawakan bakul Mak cik. Nampak berat sangat itu.” Tawarnya. Dia kesian melihat Mak cik itu yang agak kepenatan.
“ Tak usahlah nak, tak berat pun.” Tolaknya.
Myra mengeleng. “ Saya okey Mak cik. Biar saya bawa, kesian Mak cik. ” Katanya lagi.
Mak Cik itu pun menyerahkan bakulnya kepada Myra. Mengalah akhirnya. “ Terima kasihlah nak. Menyusahkan saja.” Katanya perlahan.
Myra ketawa. “ Tak susah pun.”
“ Nama Mak cik, Mak Cik Senah. ” Ujarnya sambil berjalan beriringan dengan Myra.
“ Mak Cik Senah, Saya Myra. Rumah Mak Cik yang mana satu eh? ” Soalnya. Bukan tak nak beramah mesra tapi sebenarnya kaki dia masih berdenyut-denyut lagi malahan semakin menjadi denyutannya.
“ Itu yang paling hujung sekali. Dah dekat ini.” katanya sambil menunjuk kearah sebuah rumah yang terletak paling hujung di antara rumah-rumah yang ada.
Myra mengangguk. Tiba-tiba, bakul yang dia pegang dirampas orang. Terhenti langkahnya seketika. Terkejut Myra melihat Alex berdiri disebelah dia. Alex tidak mempedulikan Myra dan terus melangkah mengikuti Mak Cik Senah yang sudah jauh di hadapan mereka. Myra masih terkedu sebelum mengikuti langkah Alex.
“ Terima kasih Myra dan Alex. ” Ucap Mak Cik Senah dengan senyuman. Senyumannya lebih lebar apabila melihat Alex. Mereka tiba di hadapan rumah sederhana besar milik Mak cik Senah.
Myra menjeling Alex. Mak Cik Senah kenal Alex ke? Soalnya dalam hati pelik.
Alex mengangguk kecil dengan senyuman sinisnya dan berpaling melihat Myra. Myra membalas pandangannya dengan pelik. Apa kes tengok-tengok orang pula ini? Alex melangkah setapak mendekati Myra. Dia lantas berundur dan... “Arrghh!! ” Jeritnya tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience