66

Romance Completed 8557

Alex mundar mandir di ruang tamu. Kusut memikirkan cara untuk meminta maaf tapi dia tak tahu. Tapi takkan dia nak minta maaf. Rambut diusap kasar.
Aunty Nor menghampiri Alex. “ Are you okay son?”
Alex mengangguk. “ Okay mama.” Dalihnya.
Aunty Nor mengangkat kening. “ Bukan fikir pasal gadis tadikan?”
Alex mengeleng. “ Mana ada mama.” Nafinya.
Aunty Nor tersenyum. “ Dia nampak baik, comel saja pada mata mama. Sesuai dengan adik, agaknya Fir setuju tak kalau mama kenalkan dia pada Fir?” soal Aunty Nor dengan senjaga nak memancing reaksi Alex.
Alex mengawal riak terkejutnya. Nak kenalkan Myra dengan Fir, confirm gadis itu nak. Tambah lagi adiknya itu stok alim-alim sikit. Dia pula alim-alim kucing saja, kata Myra. Tiba-tiba tawanya meletus kecil.
Aunty Nor mengerut dahi pelik. “ Alex okey tak ini? Ketawa sendiri pula. Mama tanya pendapat Alex tentang Fir sesuai tak dengan gadis tadi?” Soalnya geram.
Alex mengeleng. “ Perempuan itu dah ada boyfriendlah.” Cemburu yang betulnya dia apabila mama berhasrat untuk kenalkan Fir pula pada Myra.
Aunty Nor tersenyum. “ Sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai inikan pula yang baru ada boyfriend.” Usik Aunty Nor sambil menjeling Alex. Hatinya tidak silap mengatakan gadis itu Myra.

Alex duduk di taman bunga malam itu mengambil angin sambil memikirkan bagaimana dia nak memujuk Myra. Dia ada mendail Myra tetapi panggilan dia tak dijawab. Dia tak kisah untuk mendali beribu kali tapi hanya untuk Myra bukan gadis lain. Alex mengeluh.
“ Abang ini kenapa?” Soal Fir tiba-tiba muncul. Fir adik sepupu Alex yang baru saja menamatkan pengajian dalam Master di London. Dia baru balik berehat sebelum menyambung untuk mendapatkan PH.D pula nanti bulan September.
Alex hanya menjeling Firman yang baru balik dari masjid. “ Tak adalah.” Jawapnya malas.
Firman ketawa dan duduk di hadapan Alex. “ Fir kenallah dengan abang. Mesti ada masalahkan. Tell me, ceruk mana abang pergi lagi kali ini? Atau ada hot guy yang ngorat abang?” Soalnya laju.
Alex mendengus. Dia berbaring di kerusi taman sambil menatap dada langit. “ Fir, kalau kau ada masalah dengan girl kau, apa yang kau buat?” Soalnya perlahan.
Firman ketawa sebelum dia terhenti. “ Are you talking about girl? Fir tak salah dengarkan?” Soalnya tidak percaya.
“ Taklah, kau tak salah dengar.” Kata Alex dengan mendatar.
Firman ketawa lagi. “ Who is the luckiest girl?” Jeritnya teruja.
Alex menekup telinganya. Bingit. “ Sekarang kau nak bagitahu aku atau tak?” Soal Alex geram.
Firman tersengih. “ Yelah bagitahulah ini tapi abang mesti bagitahu siapa girl itu.”

Alex terkejut mendengar senarai yang diberikan oleh Firman. Nampaknya adiknya itu expert betul pasal hal perempuan ini.
“ First, abang kena minta maaf dengan girl abang dengan cara paling romantik sekali. Bagi bunga ke, ajak keluar makan ke then buat suprise. Contoh letak cincin dalam kek atau dalam koktel.”
Alex tergelak. “ Kalau dia telan terus? Tak ke mati jawapanya?”
“ Cara lain, abang bawa dia ke tempat special korang then abang minta maaflah dekat dia. Abang tengok mata dia dengan senyuman yang romantis dan penuh cinta.”
Dia teringat senyuman Myra yang selalu buat dia nanar. Buat malu pula kalau dia diserang sindrom bingung nanti. Dia hairan juga dengan dirinya yang agak berlainan apabila bertemu Myra baru baru ini. Takkan dia dah jatuh cinta? Pada Myra? Diakan kawan baiknya?
“ Yang lain tak ada ke?” Soal Alex.
Firman mengerut dahi. “ Lagi? Abang bagi bunga atau coklat ke, emas ke atau apa-apa yang dia nak. Ya! Abangkan pandai nyanyi. Apa kata kalau abang nyanyi saja?” Ujar Fiman dengan ceria. Abangnya itu memang gila music. Dua tahun lepas, Alex ada konsert dengan boy band dari Korea yang terkenal di Amerika Syarikat.
Alex senyum senget. Music? Sound like a good idea, getus hatinya. Akalnya mula berfikir laju.
“ Abang, dengar tak ini?” soal Firman kuat apabila Alex seakan berangan.
“ Apa dia?” Marah Alex.
“ Last sekali abang nangislah. Mesti dia cair, air mata lelaki itukan mahal.” Ujar Firman.
Alex mengeleng. “ Sorry. Air mata aku ini mahal walau setitik.” Katanya angkuh.
Firman mencebik. “ Sudahlah bang. Now, siapa gadis itu. Fir nak tahu. Cepatlah bang, bagitahu Fir. Siapa girl itu?” Desaknya.
Akex bangun. “ Aku mengantuklah.” Katanya dan terus masuk.
Firman tergamam. Abangnya memang, menyesal dia tolong tadi.

Myra terpisat-pisat bangun apabila terdengar bunyi bising di luar rumah. Tudung instant di sarung ke kepala dan dia menuju ke halaman rumah. “ Siapa pula buat bising pagi begini?” omelnya.
Pintu rumah di buka. Matanya pelik melihat sebuah lori besar sedang diparkir dihadapan rumahnya. Orang ramai dah mengelilingi lori itu. Lori itu dihias cantik dengan belon dan bunga.
“ Boyfriend siapalah itu?” Bisik Jiran sebelah Myra, Kak Mah.
Myra berusaha melihat siapa lelaki itu tetapi keadaan masih gelap lagi. Lampu menerangi kawasan lori yang terhias cantik. Bestnya suara dia. Selepas lagu tamat, lelaki itu bangun daripada kerusi dan meletak gitarnya di sebelahnya dan melangkah turun daripada lori. Myra melompat untuk melihat lelaki itu. Lompatannya terhenti pabila menegetahui siapa dia.
Alex tersenyum senget berjalan menghampiri Myra.
Myra menelan air liur melihat killer smile yang diberikan Alex. Jantungnya berdegup kencang.

“ Best tak aku nyanyi?” Soal Alex. Dia menunggu reaksi Myra yang sibuk menikmati aiskrimnya.
“ Tak dengar ke aku tanya ini?” Marah Alex. Geram dia melihat budak yang asyik gila dengan aiskrim ini.
Myra melihat Alex tajam.
Alex tersengih-sengih. “ Sorry, terkasar sikit.”
Myra ketawa besar. “ Pak Cik, nak lagi.” Pak Cik itu mengangguk. Myra dah panggil satu taman untuk makan aiskrim dengan dia.
“ Kau ini memang hantu aisksrim betullah. Dah sepuluh kon kau makan.” Sindir Alex.
Myra tersengih nakal. “ Helo, orang dah baik hati belanja takkan nak biarkan saja? Kenalah hargai. Betulkan adik-adik?” Soal Myra kepada kanak-kanak yang berbaris di hadapan mereka.
Semua kanak-kanak itu mengangguk.
“ Lama-lama muka kau pun macam aiskrim.” Ujar Alex lagi.
Myra mengenyit mata. “ Looks yummykan?” ujarnya manja, tanpa disedari Myra.
Perrggh..Alex menelan air liur. Wajahnya memerah. Alex berdehem menghilangkan debarannya.
Myra ketawa. “ Sorry, anggap saja aku tak nampak muka kau yang merah macam sotong kena bakar itu.” Usiknya. Aiskrim dia capai daripada Pak Cik aiskrim. “ Suara kau sedaplah. Aku tak tahu kau pandai nyanyi.” Puji Myra.
Alex tersengih bangga.
Myra mencebik. Dia terus merenung Alex tiba-tiba. “ Tetapi kenapa kau buat begitu? Kau ada buat salah dengan aku eh?”
Dia mengangkat kening. “ Saja. Aku nak tengok kau cair tak dengan aku.”
Myra menjeling tajam. “ Bukan ke sepatutnya kau buat ini sebab nak minta maaf dengan aku sebab berkasar dengan aku selama dua minggu kita dah jumpa?”
Alex senjaga buat-buat tak dengar.
Myra menyambung makan aiskrim. Tiba-tiba aiskrim Myra dirampas Alex.
“ Asyik kau saja yang makan.”
Myra terkejut. “ Mintalah yang baru, kenapa ambil aku punya? Kau tak geli ke?” Soal Myra hairan.
Alex tersenyum nakal. “ Kenapa nak geli? Kau ada penyakit berjangkit ke? Atau kau malu?” Soalnya sambil menjenguk wajah Myra yang menjauh. Budak-budak sudah melihat mereka dengan tersengih-sengih.
“ Alex. Kau tak nak balik?” Soal Myra tiba-tiba.
Alex menjeling Myra. “ Kau halau aku ke ini?” Soalnya perlahan.
Myra ketawa. “ Terasa ke? Bukanlah, dah nak jam 10 pagi ini. ” soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience