21

Romance Completed 8557

Sejak kejadian hari itu, Myra sedaya upaya mencuba mengelak daripada bertembung dengan Alex. Kalau Alex datang mendekati, dia segera menjauh. Ataupun dia menuju bersama 3’sha. Alex tak akan berani nak bersembang dengan 3’sha. Myra tahu Alex sekali pun tak nak berbual kosong dengan 3’sha. Mereka kalau memuji Alex tidak akan ada noktahnya.
Sekarang Myra juga sudah tidak makan di kantin juga kerana Alex dan VROMANCE suka melepak di kantin. Tetapi, lama kelamaan dia juga bosan nak melarikan diri ini, penat dan kerja sia-sia. Kenapa juga dia lari bagai? Takkan dia suka Alex pula? Kau nak mampus apa Myra, Alex sayangkan Lisa. Takkanlah Alex nak tinggalkan Lisa untuk bersama Myra.

Myra dan Kery menuju ke bengkel Kemahiran Hidup untuk mengambil barang-barang sempena pertandingan memasak yang akan diadakan esok untuk Company Phonex. Mereka akan mengambil peperiksaan PT3 dan APC. Pertandingan itu dibuat atas perbincangan bersama guru-guru sebab mereka nak kurangkan stress pelajar Company Phonex.
“ Aku pergi tengok barang-barang di bilik itu kejap eh.” Kata Kery.
Myra mengangguk sambil memasukkan barang-barang seperti cawan, pinggan dan sudu kedalam kotak besar. Bunyi pintu ditutup mengejutkan Myra. Segera Myra berpaling kearah pintu.“ Apa yang kau buat ini?” Marah Myra kepada Alex yang bejalan mendekati dia.
“ Jangan risau. Line clear. Tak akan ada sesiapa yang lalu kawasan ini.” katanya selamba.
Myra mendengus dan menuju kearah Kery. Alex mengikuti Myra. “ Kenapa kau seperti mengelak daripada aku?” Soal Alex tidak puas hati. Kemana langkah Myra diikuti Alex.
Myra hanya diam. “ Kau dah siap Kery?” Soalnya selamba. Soalan Alex dibiar sepi saja.
Kery mengangguk dan kami lantas menuju ke pintu.
Alex mengetap gigi geram. Dia menuju ke pintu dan menghalang jalan keluar mereka. “ Kau jawab soalan aku atau kita bertiga tak akan keluar daripada bilik ini.” ugutnya dengan nada tinggi. Wajah kacaknya juga kelihatan merah.
Myra mengeluh malas dan pandangan dilarikan daripada melihat Alex. “ Okay. Tapi bagi kami keluar dulu.”
Alex segera membuka pintu dan kami bertiga melangkah keluar. “ Cepatlah cakap.” Gesa Alex sebaik saja kaki Myra melangkah keluar.
Kery berjalan dihadapan Myra dan Alex memberi ruang kepada mereka untuk berbicara.
“ Aku dah malaslah nak bergaduh dengan kau. Penat, aku nak jadi budak baik.” Ujar Myra yang nyata membuat Alex melopong sebelum dia ketawa besar.
“ Kau dah kenapa? Aku tak percayalah. Biasanya ayat kau stok maut, ini skema pula.” Ejeknya. Wajah Alex yang merah semakin bertambah merah kerana ketawa.
Kery ketawa lucu. “ Kau ini tak baiklah.” Kata Kery sambil mengeleng.
Alex hanya tersengih nakal. “ Terpulang pada kau.” Ujar Myra malas. Perlahan-lahan dia menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Tiba-tiba, kotak yang dipegang Myra diambil oleh Alex. “ Lembablah kau ini.” kata Alex selamba.
Myra terkejut dengan kedudukan mereka yang agak rapat sehingga dia tak sedar sedang berjalan di atas tangga. Apalagi, jatuh tersembamlah dia.
Kery berhenti dan menolong Myra bangun. Dia merintih kesakitan apabila terasa buku lalinya sakit.
“ Kau pergi hantar kotak ini pada Cikgu Khai. Biar aku temankan Myra di sini.” kata Alex apabila melihat Myra terkial-kial nak bangun.

Suasana antara kami berdua mulai menyepi setelah Kery berlalu pergi. Terasa janggal situasi kami waktu itu.
“ Aku rasa kau macam dah lain. Aku ada buat salah dekat kau ke?” Soal Alex tiba-tiba. Dia melihat wajah Myra.
Myra mengeleng. “ Tak adalah. Mana ada.” Nafinya. Tak akanlah dia nak cakap yang sebenarnya. Dia tahu juga malu.
“ Mike larang kau berkawan dengan aku ke?” Soal Alex lagi sambil menendang kasut Myra.
Myra ketawa geli hati. “ Wei, gelilah. Tak ada kaitan langsung.” Katanya lucu. Dah kenapa pula nama Mike masuk sekali, memang taklah.
Alex tersenyum lebar dan mengengsot mendekati Myra. Kasut Myra ditanggalkan.
” Kau nak buat apa ini?” Soal dia pelik.
“ Aku nak tambah sakit kau.” Ujar Alex selamba. Perlahan-lahan dia mengurut buku lali Myra yang dilapisi stokin nipis. Myra lantas menarik kakinya namun itu hanya mengundang sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience