49

Romance Completed 8557

Pagi itu, mereka membawa Husna bersama mereka pergi ke butik Syarifah Akira kerana dia tidak berani tinggal sendirian. Lagipun, jalan penyelesaian juga belum mereka temukan. “ Hei!!” Jerit satu suara saat Myra dan Syarifah Akira sedang menuju ke Times Square bersama Husna. Kami berpaling. Husna segera bersembunyi di belakang Syarifah Akira. Wajahnya nampak takut dan tangannya juga mengigil.
Seorang wanita yang agak berusia tapi masih tampil cantik mendekati mereka dengan wajah bengis. “ Kau orang culik anak akukan?” Teriaknya kuat.
Myra dan Syarifah Akira melihat Husna.
“ Mak Cik Ibu Husna?” Soal Myra.
Matanya terbeliak luas. “ Kau panggil aku Mak Cik? Hei, aku masih muda!” Marahnya. Dia menarik tangan Husna tetapi ditepis oleh Husna lantas mengenggam erat tangan Syarifah Akira.
“ Puan sabar dulu, kita boleh bawa bincang” Kata Myra. Apataknya semua mata memerhatikan mereka di hadapan pintu masuk Times Square.
“ Bincang apa lagi? Kau itu penculik!” Jeritnya kuat.
Syarifah Akira mengetap gigi geram. “ Puan, tak boleh sabar ke? Tak malu ke orang tengok?”
Wanita itu menolak tubuh Syarifah Akira dengan kuat sehingga dia terdorong ke belakang. Myra terkejut dan dengan pantas tangan Husna direntap kasar oleh ibunya.
“ Husna tak nak ikut Ibu.”
Myra merapati ibu husna. Dengan kasar dia mengenggam lengan Ibu Husna. “ Lepaskan Husna.”
Wajah itu menyeringai kesakitan dan melepaskan genggamannya.
Myra tersenyum sinis. “ Saya curiga kenapa Husna tak nak ikut Puan balik. Adakah Puan menggunakan kekerasan terhadap dia? Saya betul-betul nak tahu adakah Puan pergunakan dia semata-mata untuk kesenangan Puan?”
Syarifah Akira memeluk Husna yang menangis itu.
“ Kau fikir kau siapa nak halang aku?” Katanya dengan nada tegang.
“ Saya hanya prihatin dengan Husna.” Kata Myra sambil merenung wajah Ibu Husna tajam.
“ Pergi mampuslah prihatin kau itu. Aku lebih berhak atas dia.” Katanya dan merenung Husna tajam.
Myra tersengih sinis. “ Agaknya Puan terdesak sangat nak guna duit sampai sanggup kahwinkan dia dengan lelaki yang sebaya dengan Puan? Ibu apa itu?” Soal Myra selamba.
Wanita itu menahan marah.
“ So jangan mucul depan kami lagi melainkan Husna sendiri yang nak balik. Jangan cuba bangkitkan rasa ingin tahu saya. Curiousity kill the cat.”
Syarifah Akira menarik Myra dan Husna pergi.
Wanita itu mengetap gigi marah. Lengannya di gosok perlahan. “ Tak guna punya peremuan. Kau tunggulah nanti.”

Syarifah Akira merungut setibanya di My’Kz. “ Gila punya perempuan..” Kata Syarifah Akira dengan geram.
Myra menyiku lengan Syarifah Akira. Dia melihat Myra sebelum tersedar sesuatu. Mata mereka melihat Husna yang sedang menunduk di sofa.
“ Eh, sorry Husna. Sis tak senjaga.” Kata Syarifah Akira perlahan. Dia duduk di sebelah Husna.
Husna tersenyum nipis. “ Tak apa.”
Myra duduk di lantai dan melihat Husna. “ Maaflah kakak tanya ini, Ibu Husna memang begitu ke?”
Husna mengeleng. “ Tak, dulu Ibu tak begitu cuma selepas perniagaan Ibu muflis, Ibu marah-marah dan tengking Husna selalu.”
Myra mengeluh berat. “ So, Husna nak balik pada Ibu?”
Husna mengeleng laju. “ Boleh tak Husna tinggal dengan kakak? Husna tak kisah kalau perlu kerja dan bayar sewa rumah. Asalkan Husna tak tinggal dengan Ibu.”
Syarifah Akira merenung Myra. Dia meminta pandangan Myra.
“ Husna tak nak belajar lagi?” Soal Myra. Sayang kalau dia tidak habiskan pelajaran. Pelajaran itu penting, sekarang lagi zaman yang perlukan pendidikan.
Dia tersenyum. “ Sekarang yang penting Husna kerja. Sekolah itu kalau ada rezeki.” katanya perlahan.
Syarifah Akira memeluk Husna. “ Kesian Husna. Husna boleh tinggal dengan kami. Tak perlu kerja, Husna boleh belajar.”
Myra mengangguk. “ Nanti akak akan uruskan sekolah Husna.”
Husna tersenyum sebelum dia memeluk kami erat. “ Terima kasih Sis, Husna bersyukur bertemu insan baik macam Sis.”
Syarifah Akira tersenyum lebar. “ You are my new sister.” katanya ceria.
Myra merenung Husna lama. Cerita hidup dia mengingatkan dia kepada seseorang yang sudah lama dia tunggu. Agaknya apa khabar dia sekarang? Myra rindu sangat budak itu. Alexander..5 tahun dan berlalu.

Dengan kelam-kabut Myra berlari menuju ke Pejabat Pengetua KLES. Kenapa pula dia kena panggil ini? Takkan prestasi kerja dia menurun pula. Rasanya dia berjaya handle Kelab Rakan Muda ke tahap yang terbaik. Atau dia nak kena pecat. Jarang guru-guru dipanggil berjumpa Pengetua KLES.
Pintu bilik Pengetua dia ketuk perlahan. Kedengaran panggilan masuk dan Myra membuka pintu.
Dengan lafaz bismillah, dia mengukir senyuman yang lebar dan manis kepada Puan Khadijah. “ Asalamualaikum Puan.”
Dia mengangguk dengan wajah serius. “ Walaikumussalam. Sila duduk Cikgu Myra.” nada suaranya juga kedengaran tegas.
Myra menarik kerusi yang berada di hadapannya berhati-hati.
Puan Khadijah diam dan memerhatikan Myra.
Myra mencuba untuk tidak mengeluarkan apa-apa bunyi disebabkan sekarang dia bernafas dengan tidak teratur.
Tiba-tiba Puan Khadijah tersenyum manis. “ Jangan risau. Awak nampak sangat takut.”
Myra bingung.
Puan Khadijah senyum masih. “ Saya panggil Cikgu sebab saya nak minta tolong dengan Cikgu mengenai beberapa perkara yang saya amat memerlukan bantuan Cikgu.”
Myra mengangguk dan mencuba menghilangkan gemuruhnya. “ Apa yang boleh saya bantu Puan?”
Puan Khadijah menghulurkan fail kearah Myra.
Myra hairan. Fail berwarna merah ialah fail yang menyimpan rekod pelajar KLES yang bermasalah. “ Saya nak Cikgu teliti fail ini.”
Myra menarik fail itu dan membuka. “ Puteri Nuraisya binti Dato Daud, tingkatan 5 sains kelas 1. Pelajar harapan KLES. Kenapa dengan pelajar ini?”
Puan Khadijah senyum. “ Saya nak Cikgu tolong dia.” katanya dengan suara yang agak sedih.
Myra mengerut dahi. “ Apa maksud Puan?”
Puan khadijah menarik nafas panjang. “ Dia mengalami kemalangan sebulan yang lepas dan sekarang dia berada di rumah. Kemalangan itu telah menyebabkan dia tak dapat berjalan. Dia..” Puan Khadijah seperti berada di alamnya sendiri seketika.
“ Puan okey?” soal Myra dengan risau.
Puan khadijah tersentak dan cepat-cepat mengukirkan senyuman. “ Dia anak murid yang paling saya sayang. Saya nak dia kembali seperti dulu. Gembira, bersemangat dan sentiasa senyum.”
Myra terdiam.
“ Puteri hilang semangat untuk melakukan segalanya malahan dia sudah tidak minat belajar. Dia juga mengalami masalah kemurungan.”
Myra merenung foto Puteri yang dilekatkan di muka hadapan fail tersebut.
“ Saya berharap Cikgu boleh tolong Puteri untuk bangkitkan semula semangat dia. Saya nak tengok dia ceria semula walaupun peluang itu nipis.” katanya sebak.
Myra meraup wajah. Myra tak pernah melihat sisi Puan Khadijah yang ini. Fuhh, berat juga pemintaan Puan Khadijah. “ Saya akan cuba seboleh saya. In Sha Allah tapi saya tak janjikan apa-apa.”
“ Awak boleh. Saya yakin dengan kemampuan Cikgu.”
Myra hanya tersenyum nipis. “ Terima kasih Puan.” Ucap Myra walaupun dia langsung tak yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience