62

Romance Completed 8557

Pintu pagar rumah banglo Datin Salina dibuka perlahan. Apa agaknya yang Datin Salina nak cakap dengan Myra sampai dia minta Myra datang. Bukankah dia sudah menjelaskan segalanya kepada Puan Khadijah yang dia sudah tidak mampu menggalas tanggungjawab Puan Khadijah untuk membantu Puteri Nuraisya..
Datin Salina sudah menanti Myra di hadapan muka pintu dengan senyuman lebar. Bukannya dia mengharapkan jeritan yang menyambut kedatangan dia tetapi senyuman lebar berserta suasana yang sunyi memang fenomena yang janggal untuk telinga Myra. “ Asalamualaikum Aunty.” Ujar Myra dan menyalami tangan Datin Salina.
“ Walaikumussalam Cikgu. Saya fikir Cikgu tak datang tadi.” ujarnya dengan gembira.
Myra senyum. “ Takkan saya nak menolak permintaan Aunty.” katanya dengan separuh ikhlas.
Datin Salina menarik tangan Myra masuk ke dalam rumah. Mereka menuju ke ruang tamu. “ Cikgu, sebenarnya Aunty panggil Cikgu sebab nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu.” Ujarnya.
Kening Myra ternaik. “ Kenapa pula Aunty?”
Datin Salina mengukir senyuman manis untuk Myra. “ Aunty bersyukur sebab Puteri dah berubah. Dia dah tak jerit-jerit lagi, marah-marah pada kami.” Ujarnya dengan gembira.
Dia tak salah dengarkan?
“ Aunty tak tahu apa yang Cikgu cakap pada Puteri tapi tiba-tiba hari ini dia nak jumpa Cikgu.” katanya dengan gembira.
Myra terkejut. “ Jumpa saya?”
Datin Salina mengangguk. “ Pergilah. Dia tunggu Cikgu dekat bilik dia. Awal Puteri bangun hari ini sebab nak tunggu Cikgu.”
Myra semakin tak percaya. Myra, Myra. Kalau Allah sudah berkehendak tiada yang mustahil.
Bahu Myra disentuh oleh Datin Salina. “ Pergilah.”
Myra mengangguk dan berlalu naik keatas.

Pintu bilik yang sedikit renggang ditolak perlahan. “ Asalamualaikum.” Ujar Myra kepada Puteri yang duduk di atas kerusi roda menghadap jendela bilik tidurnya yang terbuka.
“ Kau betul.” Kata Puteri tiba-tiba. Dia berpaling menghadap Myra.
Myra mengangkat kening hairan.
“ Sama ada aku hidup atau mati, bila aku fikir semula. Aku tak nak mati sia-sia. Perempuan itu masih hidup.” katanya dengan dingin.
Air liur ditelan perlahan.
Puteri merenung wajah Myra. “ Dimana dia?”
Myra diam.
“ Bagitahu aku dimana dia? Mana perempuan itu?” soal Puteri dengan tidak sabar.
Myra menatap mata Puteri dengan tajam. “ Apa awak nak buat?”
Myra menanti apa yang bakal diperkatakan puteri. Suasana sepi. Myra duduk di tepi katil yang berselerak dengan cadar yang terburai dan bantal yang tidak tersusun.
“ Aku penat. Terlalu penat. Apa yang aku nak sekarang ialah kebahagiaan.” Katanya dengan dingin.
Myra lantas menatap Puteri. Kenapa dia rasa ada nada kepiluan dalam suara itu.
Puteri menatap ke luar jendela, “ Aku sudah terlalu lama hidup dalam suasana yang aku tak nak. Dan aku rasa aku sudah tidak mampu menunggu untuk hidup begini lagi.”
Myra baru saja nak bangun mendekati Puteri tiba-tiba dia bangun daripada kerusi rodanya dan melangkah ke arah Myra dengan susah payah.
Puteri melutut di hadapan Myra. Dengan refleks dia terundur menjauh. Terkejut dengan perbuatan Puteri. “ Apa yang awak buat ini?” Marah Myra.
Dia tersenyum melihat Myra. “ Tolong. Aku merayu. Bagitahu mana ibu aku. Aku tak peduli siapa dia, aku hanya nak hidup dengan dia. Aku tak minta banyak.” rayunya.
Myra tergamam.
“ Tolonglah, kalau kau nak aku cium kaki kau pun aku sanggup.” katanya terdesak sangat.
Gila! “ Kenapa awak sanggup sayang ibu awak walaupun dia tinggalkan awak?”
Puteri tersenyum. “ Sejahat mana pun dia tetap ibu aku. Dan tiada siapa yang aku nak melainkan dia.”
Wajah yang tersenyum itu dipandang lama oleh Myra. Inilah kali pertama dia melihat senyuman yang betul-betul daripada hatinya. Myra juga melutut di hadapan Puteri. “ Awak tak sedih tinggalkan keluarga awak di sini?”
Puteri mengeleng. “ Mereka bukan siapa-siapa untuk aku.” Jawapnya laju.
Senyuman sinis Myra lemparkan untuk Puteri. “ Saya gembira Puteri Nuraisya sudah berubah tetapi nampaknya awak masih belum belajar sepenuhnya. Awak masih belum berubah.”
Puteri melihat Myra tidak puas hati.
“ Saya tak rasa saya patut bagitahu awak.”
“ Tapi kenapa?” Soalnya dengan kasar.
“ Awak langsung tak memikirkan keluarga awak di sini. Macam mana saya nak yakin awak akan memikirkan perasaan seorang ibu. Awak tak tahu betapa gembira wanita yang awak panggil Datin itu apabila memberitahu saya yang Puteri Nuraisya sudah berubah. Seburuk-buruk dia wanita itu yang menjaga awak dari kecil sampai sekarang. Tetapi awak tidak pernah mencuba menghargai dia. Bagaimana saya nak percaya kalau awak akan menghargai ibu awak nanti.”
Puteri terkedu.
Myra bangun. “ Fikirlah. Awak ada banyak masa untuk fikir semua ini. Kalau awak rasa semua orang di rumah ini bencikan awak, fikir semula apa yang membuat mereka benci awak.” Kata Myra tenang. Myra melangkah ke pintu.
“ Aku tak nak tinggal di sini lagi, keluarga ini tak perlukan aku. Kebahagiaan aku bukan di sini. Kau tak tahu apa rasanya menjadi bahagian dalam keluarga ini. Semua yang aku cuba terasa janggal. Bukan aku tidak menghargai tetapi aku sudah tidak merasa dihargai lagi. Tolong bagitahu aku. Aku perlu tinggalkan keluarga ini secepat mungkin sebelum mereka terluka lebih dalam kerana aku. ” Katanya sebak.
Tangan Myra yang hendak menyentuh tombol pintu terhenti. Kata-kata Puteri menyedarkan dia satu perkara. Sesuatu yang dia sudah melampaui batasnya. Keluhan dilepaskan. Nampaknya kau masih belum layak menasihati orang lain, Myra. Dia terlupa yang merasai semua itu Puteri Nuraisya bukan Umyra Ukasya. Myra menoleh ke arah Puteri.
Myra menyandar di belakang pintu. “ Awak rasa apa yang keluarga awak akan rasa kalau awak tinggalkan mereka?”
Puteri diam sebelum tersenyum. “ Aku tak tahu. Sama ada gembira atau sedih, hanya itu pilihan yang aku ada.”
Myra tersenyum. Dia belajar daripada Myra.” Nampaknya awak masih perlu belajar.”
Wajah yang gembira tadi berubah mendung.” Kau nak aku belajar apa lagi?” soalnya dengan nada yang agak tinggi.
Myra tersengih. “ Belajar untuk bersabar dan mengawal emosi. Sebab lepas ini awak perlu berdepan dengan keluarga awak. Saya tak akan tolong awak selesaikan masalah bagaimana awak nak bagitahu semuannya kepada keluarga awak tentang hal ini. Awak perlu belajar semuanya sendiri. Kalau semua sudah selesai, saya akan bawa awak berjumpa ibu kandung awak. Ada apa-apa masalah awak boleh call saya.” Kata Myra sebelum membuka pintu dan keluar.
Puteri Nuraisya tergamam.
Myra terkejut melihat Datin Salina berdiri di muka pintu bilik Puteri Nuraisya. Wajahnya pucat dan tanpa senyuman manis seperti tadi. Myra menunduk dan meminta diri untuk balik, pembelajaran awak sudah bermula Puteri Nuraisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience