31

Romance Completed 8557

Selesai membacakan kisah tauladan kepada Kimi dan kawan-kawannya, Myra menuju ke taman bunga yang dilawatinya bersama Kimi petang tadi. Matanya tertancap pada rimbunan pokok bunga matahari yang masih kembang mekar. “ Cantik.” Dia ingin mengambil gambar sebagai kenangan tetapi baru dia menyedari handphonennya tiada di poket bajunya. “ Eh, mana phone aku?” katanya dengan gelabah. Kedua-dua poket baju diseluk kasar. Takkan dia dah tercicir pula? Alamak, masalah betullah.
Alex yang memerhatikan Myra hanya mengeleng kepalanya. “ Phone kau ada pada kawan kau.” kata Alex tiba-tiba daripada belakang Myra.
Myra menoleh melihat Alex. “ Mana kau tahu?” soal Myra pelik.
Alex hanya mengangkat kening sambil menyeluk tangannya di poket seluar. “ Adalah.”
Myra mengeluh dan ingin masuk semula ke rumah tetapi langkahnya dihalang oleh tubuh sasa Alex.
“ Boleh kita berbual sekejap?” pinta Alex lembut.
Myra berhenti dan mengangguk.

10 minit berlalu dan tiada tanda-tanda yang Alex akan memulakan perbualan. Myra mengeluh. Pada masa yang sama Alex juga mengeluh. Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing mengalihkan pandangan.
Alex berdehem. “ Kau masih marah aku?” soalnya tiba-tiba memecah kesunyian kami.
Myra ketawa meskipun tiada yang lucu. “ Aku tak pernah marah kau.” balas Myra.
“ So, kenapa kau mengelak daripada aku?” soal Alex tidak puas hati.
Myra mengeluh. Dia bersila di atas anak tangga depan pintu masuk Al-Kaseh. “ So, kau harapkan aku terloncat-loncat gembira, peluk kau dan cakap Alex, aku rindu kau kenapa kau tak cari aku, begitu?” soal Myra geram.
Alex tersengih. “ Kenapa tidak?”
Myra membuntangkan matanya ke arah Alex sebelum dibalas sengihan nakal oleh Alex.
“ Itu Myra yang aku kenal.”
Myra mengeleng. “ 4 tahun cukup untuk ubah Myra yang kau kenal.” kata Myra dengan suara yang dalam.
Alex duduk menghadap Myra. “ Kau tetap Myra yang Alex kenal. Tak ada satu pun tentang kau yang berubah pada mata aku.”
Myra diam.
Alex merenung sisi wajah Myra yang sedang menunduk. “ Aku minta maaf pergi tanpa berutahu kau. Bukan kehendak aku.” katanya perlahan.
Myra menoleh melihat Alex.
Alex menarik nafas perlahan. “ Aku pernah cakapkan dulu yang aku nak ada sebuah keluarga. Aku ada Mak Cik, aku ada Pak Cik. Aku sangat gembira dan bersyukur. Aku ada kau, ada kawan-kawan ada Allah. Tapi, tiba-tiba aku ada ayah, ayah kandung.” katanya lalu menundukkan wajahnya
Myra terkejut.
“ Aku gembira dapat Daddy, masa itu aku rasa memang aku hanya fikir macam mana Daddy aku. Tak sabar nak jumpa Daddy aku.” Alex menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya. “ Hari tamat SPM dan MPC Daddy aku datang jemput aku. Dia terus bawa aku pergi Jerman. Tempat kelahiran aku.” Tiba-tiba, Alex ketawa.
Myra melihat pelik.
“ Daddy aku cina. Kami tiba di Jerman dan menuju ke rumah tempat aku membesar di sana, aku pelik kenapa aku datang sana. Aku asyik fikir apa yang ada di sana.” Dia berhenti seketika nampaknya susah dia nak meneruskan kata. “ Dan aku ada ibu kandung yang juga selama ini tinggal bersama aku dari aku lahir sampailah aku berusia 11 tahun. Selama aku tinggal dengan di Jerman, dalam satu rumah yang sama tapi dia tak pernah kenalkan dirinya sebagai ibu aku. Ibu yang selama ini aku dah anggap tiada di dunia lagi.”
Myra berdehem. “ Kau okeykan? Tak perlu cakap lagi kalau kau tak mampu.” halang Myra apabila melihat keadaan Alex masa itu.
Alex senyum dan memandang Myra lama. “ Sebab itu aku tak boleh lupakan kau Myra. Sebab itu kenapa aku harus ambil tahu tentang kau, semua tentang kau sebab kau ambil peduli tentang aku.” katanya dengan ceria.
Myra mencebik. “ Jangan buat aku bangga boleh tak.” marah Myra tapi sebenarnya dia menahan senyum.
Alex ketawa. “ Myra, aku rindu kau gila-gila.” ujarnya dengan nakal.
“ Sambung balik.” kata Myra ingin melarikan diri daripada topik yang berkaitan rindu bagai ini.
Alex membuat muka cemberut. “ Potong stimlah kau ini. Baru aku nak feeling.”
Myra tersengih. “ Ah, tak bestlah ada iklan ini. Gantung part best.” ujar Myra dengan sengihan nakal.
“ Okey, tapi cerita aku tak best.”
“ Aku tak peduli.” kata Myra dengan geram.
“ Daddy aku pun ceritalah semuanya. Kau tahu, itulah saat paling buruk bagi aku.” katanya dengan sebak. Aku tak sangka yang Puan Hani yang merupakan majikan Mak Teh ialah ibu kandung aku sendiri. Dia ada di depan mata aku. Dia buang aku sebab mama kepada Daddy aku cakap kelahiran aku bawa malang pada perniagaan keluarga mereka.”
Myra terkejut.
“ Daddy aku juga percaya dengan kata-kata popo aku. Akhirnya, mereka decide untuk serahkan aku dan adik aku pada sesiapa saja yang nak. Nasib baik Mak Teh yang kerja dengan mereka ambil aku dan Syira, adik aku. Sebaik saja aku tamat sekolah dekat sana, Mak Teh bawa kami balik Malaysia.”
Suasana seketika menjadi sunyi antara kami.
“ Syira dijaga oleh Mak Teh di kampung setelah aku masuk Axel School. Syira kecil lagi masa aku berumur 11 tahun. Dia baru 4 tahun. Ibu dan Daddy tak tahu yang Mak Teh beli kami masa itu sebab Mak Teh minta tolong kawan dia uruskan semuanya. Mak Teh adik ibu aku. Lepas itu, aku dijadikan anak angkat oleh Pak Cik aku abang kepada Mak Teh. Dia yang uruskan persekolahan aku.”
Myra mengangguk perlahan. “ Selepas kau pergi Jerman, apa jadi? Kau sambung belajar?”
Alex meraup wajahnya. “ Sebenarnya aku dah tak nak belajar lagi. Tapi aku terpaksa. Daddy aku kawal kehidupan aku sepenuhnya. Dia nak tebus kesalahan dia dan dia tak tahu kewujudan Syira. Dia fikir hanya aku anak dia selama ini. Ibu aku rahsiakan kelahiran Syira daripada Daddy. Aku tak boleh buat sesuka hati di sana. Aku nak sangat balik Malaysia sebab aku benci lelaki tak guna itu. Kau tahu, dia ada perempuan lain. Dia curang depan mata aku sendiri. Biarpun aku cuba membenci Daddy aku tapi keadaan ibu yang sakit masa itu buat aku tak mampu membenci dia juga. Kata-kata kau yang aku jadikan semangat untuk terima ibu tapi bukan lelaki tak guna itu.” Myra terkedu lagi. Berapa banyak kali dia nak terkedu ini.
“ Terima kasih Myra sebab datang dalam hidup aku, jadi kawan baik aku, jadi kembar tak rasmi aku.” kata Alex dengan perlahan.
Myra tersentak. Birthday? “ Kau sambut tak birthday kau?” Soal Myra tak sabar.
Alex ketawa dan menyekeh kepala Myra. “ Haruslah. Lagi best sebab aku sambut dengan ibu aku. Kami makan kek bersama. Itulah hari paling bahagia dalam hidup aku dalam 4 tahun aku di sana. Tapi tepat 12 malam ibu aku bagi hadiah pertama dan terakhir untuk aku. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam pelukan aku.” katanya dengan sebak.
Myra mengetap gigi. Dia juga mulai sebak.
“ Myra.” panggil Alex tiba-tiba. Myra menoleh, terkejut dia melihat mata merah Alex.
“ Kenapa kau tak pukul aku macam selalu? Tampar aku, tendang aku?” soalnya dengan suara yang serak.
Myra senyum kelat sambil menahan air matanya yang ingin menitis. Tangannya seperti tak mampu berfungsi.
Alex mengambil tangan Myra dan memukul kepalanya sendiri. Perlahan-lahan air mata Myra mengalir laju melihat kelakuan Alex. Sedih sangat mengetahui penderitaan yang ditanggung oleh Alex.
Alex terus teresak-esak menangis. Dia melepaskan tangan Myra dan memeluk lututnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience