25

Romance Completed 8558

Syaz menarik Myra menuju ke tempat pertandingan masterchef dilakukan hari ini. Dia malas nak ikut sebenarnya tapi Syaz beria-ia sangat nak membawa dia. Takut terserempak dengan Zatie sebab dia menolak apabila dipujuk Zatie semalam. Apa pula dia akan cakap nanti kalau Myra tolak permintaan dia tapi pergi dengan Syaz. Kata dia lebihkan Syaz daripada dia. Syaz memanglah bukan bestfriend tapi Myra selesa berkawan dengan Syaz. Happy go lucky dan tak kisah ikut aktiviti amal bersama Myra.
“ Ramainya orang.” keluh Myra sebaik kami tiba di Padang Harapan University Kuala Lumpur.
Syaz tersengih-sengih. “ Memanglah Myra, yang datang itu Celebrity dan jurinya pula popular dan handsome.” kata Syaz dengan teruja.
Myra mencebik. Wajah diraup perlahan. Matahari ini sangat terik. Sanggup betul berpanas semata-mata nak tengok celebrity. Myra memang tak pernah tengok dan kenal pemilik blog My’Al itu. Selama ini dia hanya mendengar cerita Zatie.
Syaz mengeleng-geleng melihat telatah Myra. Dia suka berkawan dengan Myra. Dia bukan macam kawannya yang lain. Myra jarang keluar bersosial bersama kawan-kawan dia. Paling selalu dia nampak dengan Zatie, bestfriend Myra. Siapa tak kenal Zatie. Gadis paling popular dalam kalangan pelajar lelaki. Cantik memang cantik, dia sendiri juga terpesona. Tapi yang hairan bagaimana Myra boleh berkawan dengan dia.
“ Syaz.” panggil Myra berkali-kali tapi gadis itu seperti berada dalam dunianya sendiri.
Syaz terkejut apabila bahunya ditepuk perlahan. “ Kenapa?” soalnya terpinga-pinga.
Myra ketawa. “ Okey ke tak ini?” Soalnya dengan nada lucu melihat wajah blur Syaz.
Syaz tersenyum kecil. Kepala hanya dianggukkan saja. Malu dia ditegur oleh Myra. Sementara itu Myra meliar mencari kelibat Zatie. Takut terserempak dengan Zatie.

Syaz menarik tangan Myra mendekati kumpulan yang bersesak di tepi palang besi berhampiran parkir kereta.
Myra terpinga-pinga mengikuti langkah Syaz.
“ Itu dia, itu dia Myra. Wah, aku nak tengok dekat-dekat!” jerit Syaz tiba-tiba dengan teruja.
Myra juga melihat ke arah yang ditunjuk oleh Syaz. Tetapi pandangannya terhalang oleh berpuluh-puluh kepala. Dia hanya sempat melihat belakang lelaki itu saja.
“ Aduh, tak boleh ke sabar sikit?” marah Syaz apabila mereka diasak oleh kumpulan pelajar wanita yang lain. Terpaksalah mereka menuju ke kawasan yang lapang sedikit.
“ Aku nak tengok dialah!” bentak Syaz geram. Myra hanya tersenyum lucu. Syaz melihat pelik. “ Kenapa kau senyum pula? Wei, aku sakit hati ini tak dapat tengok pujaan hati aku itu.” katanya semacam nak menangis.
Myra mengeleng dan terus menarik tangan Syaz menuju ke suatu tempat.

“ Myra, aku tak sangka kau sebijak ini!” kata Syaz dengan tidak percaya pada yang mereka lakukan sekarang.
Myra tersengih nakal. Entah kenapa bagaimana dia dapat idea gila ini. Syaz mengemaskan baju uniform security yang dipakainya daripada pondok kawalan security yang dipinjam mereka. Dengan alasan mereka memerlukan uniform untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa pertandingan masterchef dilakukan.
“ Kau memang yang terbaiklah, Myra. Sayang kau.” kata Syaz tak habis-habis. Dia tak sangka Myra yang pendiam itu boleh senakal ini.
“ Dah, jom. Misi bermula.” kata Myra. Dia juga tidak sabar. Entah kenapa dia berasa sangat gembira pula.
“Yes. Misi bermula.” jawap Syaz dengan bersemangat.

“ Tolong bagi laluan, tolong bagi laluan.” kata Syaz apabila dia berjalan di sebelah blogger terkenal itu. Myra senyum kecil di sebalik mask yang dipakai agar tidak ketahuan sesiapa.
Myra pula berjalan di sebelah seorang wanita yang cantik yang tiba bersama-sama dengan blogger tersebut. “ Hati-hati Cik.” kata Myra apabila dia hampir terjatuh kerana jalan yang sesak dengan orang itu.
Wanita itu tersenyum mempamerkan senyuman yang cantik dengan gigi putih yang tersusun rapi. “ Terima kasih.” katanya sambil memegang lengan Myra.
Akhirnya mereka tiba di kawasan yang dijaga oleh beberapa pengawal lelaki berkot hitam yang sedang menanti. “ Sekejap,” tahan wanita itu apabila Myra berpaling ingin beredar.
“ Boleh awak temankan saya di sini? Saya tak biasa dengan pengawal lelaki.” pintanya dengan wajah kesian. Wajah cantik wanita itu yang merayu dia membuatkan Myra berat hati nak menolak.
Myra menelan air liur. Tak akan dia nak berlama-lama di sini. Nanti kalau ada yang perasaan, mati dia.
“ Please.” rayu wanita itu. Myra menoleh ke arah Syaz yang sedang berdiri dengan senyuman lebar. Dia tahu walaupun Syaz memakai mask.
“Awak temankan saya ya.” pujuknya lagi.
Myra mengangguk lemah dengan pujukan dia. Dia memang tak boleh kalau ada yang merayu bagai ini. “ Thanks.” ucapnya dengan gembira.

Myra fikir wanita itu akan duduk diam sahaja tapi mengikut juga kemana blogger itu pergi. Daripada tadi sebenarnya dia juga nak tengok lelaki itu, selama ini bukan dia peduli dengan siapa yang diminati gila oleh Zatie itu. Bila Myra hampir nak melihat lelaki itu pula pandang tempat lain.
Bukk!
Muka Myra tersembam pada tubuh seseorang. Cepat-cepat dia menjarakkan diri tambahan pula apabila wajahnya mendarat cantik di kolar baju seseorang. Tambah dia terkejut rupanya itu lelaki dan lelaki tersebut pujaan puluhan wanita.…My’Al!
“ So..Sorry.” kata Myra dengan gagapnya.
Syaz sudah terbuntang matanya melihat adegan itu.
Mata Myra bertembung dengan panahan mata lelaki tersebut. Dia melihat Myra dengan pandangan yang tajam.
Myra tersentak. Mata itu!
Jantungnya seakan nak meletup. Tiba-tiba kedengaran jeritan dari suatu tempat. Keadaan agak kecoh waktu itu. Keadaan mulai sesak dengan apabila orang ramai mula bertolak-tolak antara satu sama yang lain. Dalam kekecohan itu, Myra segera menarik tangan Syaz meninggallkan tempat tersebut. Mata Myra sempat menjeling ke belakang melihat lelaki itu yang seperti tercari-cari sesuatu.

Kami tiba di belakang bilik kawalan keselamatan. Syaz tercungap-cungap. “ Kenapa kita lari?” soalnya pelik.
Myra ketawa lalu terduduk. “ Entah.”
Syaz melihat Myra sebelum menghamburkan tawanya. Myra juga ikut ketawa. Entah kenapa dalam saat begini mereka masih boleh ketawa.
“ Serius Myra, kau memang terbaik.” katanya dan memberikan thumbs up.
Myra tersengih. “ Dahlah, jom tukar baju.” Syaz mengangguk.
Selesai menukar pakaian dan bergerak keluar. Dua orang perempuan petugas yang juga bertugas sebagai pengawal tadi sedang duduk berehat.
“ Agaknya siapa perempuan tadi itu eh?” soal wanita bertudung putih kepada kawannya.
“ Entahlah, tapi yang penting dia memang bertuah sangat.” katanya dan disambut gelak oleh kawannya.
Syaz menyiku Myra dengan wajah tersengih nakal. Myra membuntangkan matanya.
“ Tapikan dengar gosip lelaki itu suruh bodyguard dia cari wanita itu? Kau rasa apa dia nak buat?”
Syaz terbeliak melihat Myra yang sudah pucat mendengar.
Wanita tudung putih itu mengeleng kepala. “ Jangan-jangan dia nak minta bayar saman malu sebab peluk dia depan public. Lagipun kesian girlfriendnya yang cantik itu.”
Myra teringat wanita cantik tadi. Adakah itu Lisa? Syaz segera menarik Myra meninggalkan bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience