77, 78, 79, 80

Romance Completed 8558

Puan Sari menatang dulang ke luar rumah. Kelihatan Encik Rahman sedang terbongkok-bongkok membuang rumput kecil yang tumbuh meliar di pasu-pasu bunga miliknya. Puan Sari meletakkan dulang yang dibawanya di atas pangkin kecil yang dibina oleh Encik Rahman. Kawasannya redup dan nyaman di bawah pokok. “ Abang, dahlah tu. Mari minum dulu.” Ajak Puan Sari.
Encik Rahman mengelap peluh di dahinya dengan sehelai tuala kecil yang teersangkut di lehernya. Dia melangkah mendekati Puan Sari. Punggung dilabuhkan di pangkin. Dia menyambut huluran botol mineral kecil untuk membasuh tangan. “ Myra mana?” Soal Encik Rahman setelah siap mencuci tangan.
“ Ke sekolah dengan Suraya.”
“ Dia meracau lagi tak?” Soal Encik Rahman.
Puan Sari mengeluh. “ Itu tak ada pula sejak dua tiga hari ini, tapi asyik mengadu sakit kepala saja bang, ubat pula tak nak dimakan.”
Encik Rahman mengeluh perlahan.
Tiba-tiba sebuah motorsikal Yamaha V-Star 1300 Deluxe berhenti di perkarangan rumah Encik Rahman. Puan Sari melihat Encik Rahman dengan hairan.
“ Siapa tu bang?” Soal Puan Sari.
Encik Rahman mengeleng. “ Entah, abang pun tak tahu.”
Lelaki itu mara mendekati mereka. Helmet masih dipakai di kepala. Dia berhenti betul-betul di hadapan Encik Rahman dan Puan Sari. Helmet dibuka.
Encik Rahman dan Puan Sari terkejut. Pucat mereka melihat siapa lelaki tersebut.

“ Ayah minta maaf Alex.” Kata Encik Rahman dengan kesal. Nampaknya semua akan terbongkor. Rasa bersalah semakin menebal.
Puan Sari menunduk. Dia juga rasa bersalah sangat.
“ Ayah buat begitu demi Myra. Ayah tak sanggup tengok Myra menderita lagi. Ayah nak Myra sembuh dan bahagia.” Ujar Encik Rahman perlahan.
Alex merenung wajah Encik Rahman. “ Kenapa Ayah tak fikir tentang saya? Alex suami Myra, Alex lebih berhak atas Myra. Ayah fikir saya bahagia tanpa Myra? Tak!” Kata Alex dengan tegang. “ Sanggup Ayah tipu saya yang Myra dah meninggal dunia semata-mata kerana tak nak saya jumpa Myra lagi.” Sambung Alex dengan nada tinggi.
Encik Rahman menunduk.
“ Myra benci saya ke?” Soal Alex tiba-tiba. Baru dia teringat sesuatu.
Encik Rahman mengangkat wajah melihat Alex. “ Myra tak benci kamu cuma..” Ujarnya mengeleng.
“ Cuma apa?” Soal Alex tidak sabar.
“ Myra hilang ingatan selepas saja dia sedar daripada koma. Dia lupa kami, malah dia juga lupa dirinya sendiri. Setiap malam dia meracau malah pernah cuba hantukkan kepalanya di dinding kerana Myra terlalu sakit untuk cuba mengingati yang dia langsung tak ingat. Kami bawa dia pergi tinggalkan Kuala Lumpur dan balik Sabah. Ayah usaha semuanya supaya dia sembuh dan alhamdullillah.” ujar ayah.
“ Tapi dia ingat nama kamu Alex. Hanya nama kamu yang dia sebut setiap hari.” Ujar Puan Sari tiba-tiba.
Alex lantas merenung wajah Puan Sari dengan perasaan gembira. “ Dia ingat saya Umi?” Soalnya ceria.
Puan Sari mengangguk tetapi riak wajahnya keruh. “ Myra benci nama kamu Alex.” Ujarnya perlahan sekaligus merentap kegembiraan Alex. “ Nama kamu kerap keluar daripada mulut Myra sebaik saja dia sedar. Sakit kepalanya akan datang bila dia mencuba mengingati apa-apa saja sebab yang mampu dia ingat hanya nama kamu.” Puan Sari merenung kesian wajah kecewa Alex
Myra benci aku? Soal Alex dalam hati, dia tidak percaya, sebab apa dia benci aku? Baru tadi dia gembira kerana Myra masih mengingati dia tetapi gembiranya bertukar racun kerana kenyataan yang diterimanya dia dibenci Myra. Tiba-tiba Alex berdiri. Wajahnya serius. “ Maafkan saya Ayah, Umi. Saya akan bawa Myra balik. Saya sendiri akan bagitahu semuanya kepada dia. Myra perlu terima semuanya.” Ujarnya tegas.
Encik Rahman dan Puan Sari terkejut. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. “ Jangan Alex, kami tak nak dia terkejut.” Bantah Puan Sari.
Alex mengeleng. “ Maafkan saya Umi tapi saya perlukan dia dalam hidup saya.” Kata Alex dan mencapai helmetnya. Dia berpaling menuju ke pintu rumah.
Langkah kakinya terhenti apabila melihat tubuh Myra berdiri di muka pintu.
Encik Rahman dan Puan Sari berpaling melihat ke pintu rumah. Bertambah pucat wajah mereka.
Myra terkelu apabila melihat wajah lelaki yang bergaduh dengan Suraya ada di rumahnya sekarang. Entah kenapa hatinya suka melihat wajah lelaki itu. Cepat-cepat matanya dilarikan daripada merenung wajah lelaki asing itu.
Alex melangkah mendekati Myra, dia merenung tajam wajah itu.
Encik Rahman dan Puan Sari berdebar menanti tindakan Alex dan reaksi Myra.
Myra berundur setapak apabila jarak mereka terlalu rapat. Jantungnya berdegup kencang.
Alex merenung mata cantik itu lama. Luruh rindunya.
Myra berdehem tidak selesa. Wangian lelaki itu menusuk kuat ke dalam rongga hidungnya.
“ Ke tepi.” Bisik Alex sebelum dia melangkah menuju ke motornyya.
Myra terkulat-kulat. Entah kenapa dia rasa malu. Pipinya berbahang dan meluru mendapatkan Uminya.
Alex menahan air matanya dan memakai helmet.

Myra melihat pelik kelibat lelaki itu yang menghilang pergi. “ Kenapa dia datang rumah kita Umi?” Dia hairan hari itu dengan Suraya sekarang datang rumahnya pula.
Puan Sari buntu. Dia menggaru keningnya.
“ Dia datang sebab nak bertanya arah jalan tadi. Ayah pelawalah dia masuk sekejap.”Ujar Encik Rahman tepat pada masanya.
Myra mengangguk. “ Myra kenal dia Ayah.” Katanya excited.
Encik Rahman dan Puan Sari tersentak. “ Maksud Myra?” Soal Umi dengan cemas.
“ Lelaki itu kawan Suraya.”

Alex mencampak jaketnya ke lantai dengan kasar dan kemudian duduk di kerusi empuknya. “ Aarghh!!” Jeritnya marah. Pasu bunga yang terletak cantik di atas meja ditolak kasar sehingga jatuh berderai.
Jimmy segera berlari masuk ke dalam bilik tuannya.
Alex meletak kepalanya di atas meja dan menangis teresak-esak. “ Aku jumpa dia Jimmy. Aku jumpa dia tapi dia tak ingat aku.” Ujar Alex dalam tangisnya.
Jimmy merenung Alex dengan kesian.
Alex mengelap wajahnya setelah berhenti menangis. “ Call Suraya. Aku nak jumpa dia a.s.a.p.” Sesuatu perlu dilakukan demi kembalikan semua yang pernah dia miliki dulu. Myra perlu kembali pada Alex. Itu tekadnya.
Jimmy mengangguk dan keluar.

BAB 78

Myra keluar bersiar-siar di Taman Wijaya berdekatan Axel School. Taman itu memang menjadi tumpuan ramai terutama budak sekolah malah orang awam tetapi petang ini taman itu kurang sedikit pengunjungnya sebab cuaca agak mendung. Myra terus berjalan menusuri laluan pejalan kaki. Sambil itu dia mencuba menghilangkan perkara yang mengusutkan fikirannya. Tetapi dia tidak tahu apa dan kenapa dia terasa dekat dengan lelaki asing itu. “ Lebih baik kau jangan fikirkan lelaki itu.” Bisik hati Myra. Dia meneruskan perjalanan sehingga matanya menangkap satu pasangan yang mencurigakan di kerusi taman. Apa mulanya dia tidak ambil peduli tetapi setelah menyedari apa yang mereka lakukan langkah kaki diatur laju menuju ke arah mereka.
Myra menghempas begnya ke arah mereka berdua. Kedua-duanya yang sedang buat ‘projek’ tersentak. Salah seorang daripada mereka jatuh ke tanah. “ Ya Allah! Dah habis ke perempuan dekat dunia ini sehingga lelaki juga nak dimakan.” Marah Myra. Terbuntang matanya apabila menyedari pasangan tersebut lelaki.
Lelaki yang memakai topi itu bangun dan melihat Myra dengan tajam.
Myra terkejut. Ex Suraya?
“ Apa yang kau nak sibuk huh? Ini hal kami. Kami cuma..” Balasnya selamba.
Myra tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. “ Cuma apa? Cuma bercium?! Dah tak ingat dosa ke apa?” Soalnya kuat. Dia terus melangkah pergi.
Kawan Alex bangun dan masih tidak percaya. “ Dia Myra?” Soalnya laju.
Alex mengeluh. Topi dikemaskan. “ Ya. Sekarang kau dah nampakkan. So, ingat plan kita.”

Myra dengan cemas menuju ke bandar setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali katanya Suraya mabuk di hadapan kelab malam.
“ Suraya!” Jerit Myra sebaik saja dia melihat Suraya sedang dipapah oleh seorang lelaki berbadan sasa.
“ Excuse me, dia kawan saya.” Kata Myra dan menarik Suraya ke arahnya. Lelaki itu melihat Myra dengan pandangan tajam.
“ Ini amoi minum tak bayar.” Katanya kasar.
“ Berapa? Saya bayar.” Kata Myra dan mengeluarkan purse dia.
“ Bos saya tak nak duit. Dia nak perempuan ini.” Ujarnya garang.
Myra membuntangkan matanya. “ Hei, dah gila ke bos awak ini.” Marahnya.
“ Jangan cuba nak melawan!” Jerkah lelaki itu.
Suraya kelihatan mamai. Myra segera memeluk Suraya dengan erat tetapi apalah kudrat wanita apabila lelaki itu dengan mudah berjaya menarik tangan Suraya daripada Myra.
Orang sekeliling mulai berpandangan ke arah mereka. Mesti mereka pelik sebab perempuan bertudung bergaduh depan kelab malam.
“ Encik tak boleh buat begini. Saya akan lapor pada Polis.” Ugut Myra
“ Lu jangan cuba nak libatkan Polis.” Marah lelaki itu. Dia terus menolak Myra jatuh.
“ Relax bro. Jangan main kasar dengan perempuan.” Ujar seorang lelaki tiba-tiba yang muncul di hadapan Myra dan Suraya.
Myra mendongak melihat siapa lelaki itu. Eh, bekas teman lelaki.
“ Lu jangan nak masuk campur.” Marah lelaki bertatoo itu.
Myra lantas bangun dan menarik suraya menjauhi lelaki bertatoo itu. Mereka berdiri di belakang bekas teman lelaki Suraya.
Bekas teman lelaki Suraya tersengih-sengih. “ Sabar. Kita settle baik-baik.” Katanya dan mengeluarkan sehelai cek.”
“ Bos aku tak nak duit ciput.” Ujarnya kasar.
Myra menahan gelak mendengar kata-kata lelaki bertatoo itu.
” Bawa aku jumpa bos kau. Kita bincang harga.” Ujar lelaki itu selamba.
Lelaki bertatoo itu melihat Myra dengan pandangan tajam. “ Apa jaminan yang kau tak akan tipu kami?”
Myra bergerak bersembunyi di belakang lelaki yang membantu mereka.
“ Aku jaminannya.”
Mereka masuk ke dalam kelab malam meninggalkan Myra dan Suraya di luar kelab malam.
Setengah jam kemudian, lelaki tadi keluar semula.
Myra segera menghampiri dia. Wajahnya sangat risau.
Lelaki itu tersenyum. “ Jangan risau. Semua dah selesai. Korang boleh balik sekarang.” Ujarnya tenang.
Myra mengeluh lega. “ Terima kasih banyak-banyak. Okey. Saya balik dulu eh, terima kasih banyak-banyak. Asalamualaikum.” Kata Myra dan memapah Suraya menuju ke kereta.

Pintu Cafe Starbuck ditolak perlahan dan dia melangkah masuk. Myra menuju ke kaunter untuk memesan air.
“ Hai awak.” Tegur Satu suara daripada sebelah Myra.
Myra berpaling. Matanya terkebil-kebil.
Lelaki itu tersenyum. “ Sayalah. Awak dah lupa ke? Taman? Kissing?”
Myra mengingati siapa yang di hadapannya.
Lelaki itu ketawa. “ Okey. Awak dah lupalah itu. By the way, saya Fariz.” Katanya menghulurkan salam perkenalan.
Myra mengangguk walaupun dia masih samar lagi tentang lelaki di taman yang diperkatakannya. “ Myra.” Katanya pendek.
“ Alex.”
Seorang lelaki berdiri di sebelah Fariz. Myra menjeling siapa yang dipanggil Fariz. Eh, bekas teman lelaki Suraya.
“ Myra, kenalkan kawan baik saya Alex. Alex, ini Myra. Ingat lagi tak kejadian dekat taman tu.”
Myra menggaru keningnya. Apa yang dia asyik cakap taman ini? Kejap, takkanlah mereka manusia yang dia tangkap itu.
“ Awak dah ingatkan sekarang?” Soal Fariz.
Myra merenung mereka dengan pandangan tajam. Wajah Fariz ditatap selang seli dengan Alex. Air dicapai setelah pesanannya siap. “ Terima kasih. Saya balik dulu.” Ujar Myra dengan dingin.
Fariz menghalang langkah Myra. “ Saya tahu awak dah salah faham. Tapi apa yang awak nampak itu salah faham okey. Alex kau boleh explain dekat Myrakan?” Soal Fariz
Myra mengeleng. “ Tak payah. Saya nak balik sekarang.” Myra melangkah menuju ke pintu Cafe tetapi langkahnya kali ini dihalang oleh tubuh sasa Alex. Langkah Myra terhenti apabila hampir saja dia bertembung.
“ Saya tolong awak, then listen to my explaination.” Katanya tegas.
Myra menelan air liur. Suara tegas Alex membuat dia terkedu.

Setelah Alex memberikan penjelasan terhadap apa yang telah berlaku, Myra terima penjelasan Alex. Buat apa dia nak marah pun, hal mereka. Bukan hal dia. Namun, selepas itu Alex asyik menganggu ketenteraman hidup yang dinikmati Myra. Contohnya seperti hari ini,
Myra terpaksa meluangkan masa makan tengah hari dia bersama Alex di Restaurant. Tidak lama dia sampai Alex juga sampai.
“ Lambatlah awak ni.” Marah Myra.
Alex hanya buat selamba dan duduk di hadapan Myra. “ Ada saya kisah.”
“ Wait, ada apa awak nak jumpa saya ini?” Soal Myra laju.
Alex menghulurkan sekeping kad kecil.
Dengan cepat Myra mengambil. “ Boutique My’Al?”
Alex mengangguk. “ Saya nak awak temankan saya pergi satu majlis esok malam. So awak datang boutique saya.”
Myra mengerut dahi. “ Kenapa saya? Tak nak!”
“ Awak ikut cakap saya atau bayar balik semua yang saya dah cover untuk kawan awak. Saya bayar orang itu Rm 20, 000.”
Myra terkejut. “ Serius? Banyaknya!”
Alex tersengih sinis. “ Sikit bagi saya but yes banyak bagi awak.”
Myra mengetap gigi. “ Fine! Lepas ini settle.” Katanya dan pergi.

“ Betul ke alamat ini?” Soal Myra apabila dia sudah berdiri di hadapan alamat Boutique yang diberikan Alex. Myra menolak pintu masuk.
Seorang lelaki muncul di hadapan Myra. “ Hai dear, Myra right?”
Belum sempat Myra bersuara lengannya ditarik menuju ke dalam satu bilik dandanan.
“ You duduk sini, biar I buat kerja I.” Tangkas saja lelaki lembut itu mengeluarkan macam-macam alatan mekap di hadapan Myra.
Myra menepis tangan lelaki lembut itu yang mengenakan mekap pada wajahnya. “ Tunggu, apa ini? Untuk apa? Saya tak nak.” Marah Myra.
Lelaki berperwatakan lembut itu kelihatan marah dengan Myra. Tiba-tiba, dia menjerit kecil.“ Alex.” Panggilnya tiba-tiba.
Tidak lama kemudian, muncul Alex.
“ Kenapa Bie?” soal Alex dengan pelik.
Myra membuat reaksi nak termuntah. What? Bie? Stands for what? Hubby?
“ You, this girllah. I nak make up dia tak nak.” Adu Bie. Dia mengelus lengan Alex dengan manja.
Myra mendengus. “ Nak buat apa? Saya tak nak.”
Alex hanya mengeleng dan kembali keluar. Malas dia nak layan.

“ Alex!” Jerit Myra geram.
Alex melangkah masuk semula selepas setengah jam dia keluar. “ What now? Daripada luar saya dapat dengar suara awak.”
Myra cemberut. “ Nak make up itu make up jelah. Tak payahlah nak sentuh-sentuh bagai.” Bebel Myra.
Alex tergelak. “ Awak jangan risaulah. Bie tak ada nafsu dengan awak.”
Myra mengetap gigi. “ Lebih baik saya buat sendiri.” Panas hati dia dengan mereka berdua.
Suka nampaknya melihat wajah Myra memerah kerana marah.
“ Apa yang korang tunggu lagi? Keluarlah.” Marah Myra.
Bie lantas menarik tangan Alex keluar.

Setelah selesai, Myra memanggil Bie masuk. Kali ini Bie hanya diam. Myra merenung Bie. “ Bie, saya minta maaf eh. Tapi betul saya tak selesa ada lelaki lain sentuh saya.” Kata Myra perlahan.
Bie mencebik.
Myra mengerdipkan matanya berkali-kali.
“ Tak perlu awak nak pujuk dia ini. Mana dia nak ambil hati pun.” Ujar Alex.
Myra tersenyum lebar apabila melihat Bie kembali tersenyum. “ Mana awak tahu dia tak ambil hati, kita tak tahu hati orang macam mana?” balas Myra.
“ Saya dah kenal dia lama.” Ujar Alex tidak mahu kalah. Alex merenung wajah Myra dengan lama.
“ Kenal lama tak semestinya kenal sepenuhnya.” Ujar Myra tak nak kalah.
Bie menyampuk. “ Okey guys, stop bicker. Myra, you look so pretty, really.” Puji Bie.
Myra tersengih malu. “ Tak payahlah puji.” wajahnya terasa berbahang apabila dipuji.
“ You memang sesuai jadi partner Alex malam ini.”
Myra tersentak. “ Ada apa malam ini?” Soalnya terkejut.
Alex mengangkat kening. Takkan dia lupa? “ Awak datangkan?” Soalnya tajam.
Myra tersengih-sengih. Apa nak buat ini, perlukah dia datang juga? Bisik hatinya.
Alex merenung tajam. “ Awak dah janji, saya tak suka orang mungkir janji.” Ujarnya tegas.
Myra menjeling Bie meminta tolong. Dia hanya mengangkat bahu.
“ Awak.” Panggil Myra dengan nada manja tanpa dia sedar.
Alex menelan air liur. Matanya bertembung dengan anak mata Myra yang merenung dia merayu.
Myra sendiri terpaku melihat anak mata Alex. Masa seakan terhenti seketika apabila mata merka bertembung.
Tiba-tiba Bie menjerit kecil.
Myra dan Alex segera menoleh ke arah Bie. “ Finally. Korang dah kenapa? Tadi bergaduh and now, are you guys in love?” Soalnya ingin tahu.
Myra berdehem menghilangkan perasaan janggal dalam hatinya. Dia bangun. “ Saya balik dulu. In Sha Allah malam ini saya datang.” Kata Myra dengan senyuman.

BAB 79

Handphone Myra berbunyi nyaring saat dia sedang memakai sandalnya. Lantas dengan segera dicapai dan menyambut call yang datang. “ Helo.”
“ Helo.” Kata suara dalam talian.
“ Awak dah sampai ke?” Soal Myra.
“ Dah, cepatlah turun.” Arah Alex.
“ Okey. On the waylah ini. ” Katanya dan mematikan panggilan. Kakinya laju menuruni anak tangga. Myra menginap di quarters guru-guru yang didiami Suraya.
Sebaik saja dia sampai di tingkat bawah, matanya menangkap kereta Alex menanti di kawasan parking. Dia segera menju ke sana. Pintu kereta dibuka laju. “ Asalamualaikum.” Tegur Myra.
Alex menoleh. “ Walaikumusalam.” Jawabnya dan merenung Myra.
Myra memakai tali pinggang. “ Okey. Jom jalan.” Katanya laju. Tetapi tak ada balasan. Myra melihat kearah Alex. “ Awak?” Panggil Myra.
Alex masih merenung Myra lama.
Myra berdehem kuat barulah Alex tersedar semula.
“ Saya tahulah saya cantik janganlah tengok lama-lama.” Ujarnya selamba biarpun dalam hatinya bergetar hebat. Dia seorang lelaki yang sempurna pada mata dia. Rasanya tak salah kalau dia juga akan jatuh cinta.

Alex memberhentikan keretanya di hadapan pantai. Myra mengerut dahi. “ Majlis itu di pantai ke?” Soalnya teruja.
Alex diam dan melangkah keluar.
Myra mengikuti langkah Alex yang terus berjalan. “ Tunggulah.” Jerit Myra.
Alex berpaling melihat Myra dengan pandangan yang berlainan sekali berbanding pandangan yang dia berikan selama ini. “ Saya selalu tunggu awak.” Bisiknya.
Myra bejaya sampai dihadapan Alex. “ Awak ini laju sangat berjalan.” Bebelnya.
Alex senyum dan menarik tangan Myra menuju ke suatu tempat.
Mereka tiba di sebuah khemah yang terhias cantik dengan belon berwarna-warni, lilin yang tersusun cantik dan sebuah meja untuk dua orang yang dihiasi bunga dan makanan yang nampak enak. “ Cantik tak?” Soal Alex.
Myra mengangguk. “ Cantik, tapi mana yang lain?” Soalnya pelik.
Alex senyum. “ Hanya kita berdua saja.”
Myra terkejut. “ Awak tipu saya?” wajah Alex ditatap geram.
Alex ketawa sambil berpeluk tubuh. “ Saya tak tipu awak. Saya cuma cakap majlis dan awak jadi partner saya.”
Myra mengetap gigi. Terasa dia ditipu oleh Alex.

Myra mundar mandir di dalam biliknya. Rambut digaru kasar. “ Bosannya.” Kata Myra sendiri. Dia baring di atas katil. Dah dua kali dia menjadi guru ganti. Sekarang dia dah tak ada kerja. Penganggur terhormat. “ Alex buat apa sekarang eh? Dia tak call aku pun?” Getus dia sendiri. Bantal dipeluk erat. Tiba-tiba pintu biliknya di buka perlahan. Muncul Puan Sari. “ Myra, Suraya datang ini.”
Myra segera bangun. “ Okey. Kejap lagi Myra keluar.” Katanya dan mencapai tudung.
“ Su dekat mana Umi?” Soal Myra semasa dia menjenguk Umi yang sedang membuat air di dapur.
Puan Sari tersentak.
Myra tersengih-sengih. “ Sorry Umi.”
“ Pangkin.” Ujar Umi pendek.
Myra melihat Suraya datang bersama Fariz.
“ Asalamualaikum.” Ujar Myra. Dia segera duduk di sebelah Suraya.
“ Walaikumusalam.” Kata mereka berdua serentak.
Suraya segera bangun memeluk Myra. “ Rindu kau sangat-sangat.”
Fariz tersenyum.
Myra membalas pelukan Suraya. “ Aku tak pergi mana-manalah Su. Kau saja yang jarang nak datang sini.”
Suraya tersengih malu. Dia mencubit hidung Myra dengan geram. “ Bosan tak duduk rumah?”
Myra mengangguk. “ Bosan. Tak buat apa-apa.”
Suraya dan Fariz tersenyum. “ Itu pasallah kami datang sini. Fariz, awak cakaplah.”
Myra mengangkat keningnya. “ Kenapa?” dia merenung wajah Fariz.
Fariz berdehem. “ Sebenarnya sebegini, tempat kawan saya ada kerja kosong. PA, personal assistant. Awak nak tak?” soalnya.
Myra diam. “ Tapi itu bukan bidang aku.” dia cikgu bukan PA.
Suraya mengenggam tangan Myra erat.“ Itu semuakan boleh belajar. Kau terima jelah Myra.” Pujuk Suraya.
“ Bila?” Soal Myra. Dia rasa tertarik pula dengan tawaran tersebut.
Fariz tersenyum. “ Next week.”
Myra gembira “ Aku nak jawatan itu.” Kata Myra teruja.
Fariz bertepuk tangan. “ Great. Nanti saya akan bagitahu detail dekat awak.”

Puan Sari dan Encik Rahman terpaksa memberi keizinan untuk Myra pergi Kuala Lumpur walaupun berat hati nak melepaskan. Fariz juga sudah memberikan jaminan akan menjaga Myra. Alex juga akan menjaga Myra. Jadi mereka tidak perlu risau. Myra masih belum diberitahu perkara sebenarnya. Alex dah berbincang dengan Umi dan Ayah tentang perkara ini.
Fariz menghantar Myra ke rumah girlfriend dia Ratna.
“ Hai sayang.” Kata Fariz apabila Ratna menunggu mereka di hadapan pintu rumah.
Ratna tersenyum manja. “ Hai baby.”
Myra yang berdiri di belakang mereka menahan senyum. Baby? Fariz itu dah tua bangka.
Ratna memeluk Myra. “ You mesti Myrakan? I Ratna. Nice to meet you.” ujarnya mesra.
Myra senyum. “ Terima kasih.” baik sungguh teman wanita Fariz.
Ratna menarik Myra masuk ke dalam rumah. “ I harap you selesa tinggal dengan I.”
Myra mengangguk. “ In Sha Allah.”
“ Sayang, I haus. You tak nak buat air?” Soal Fariz.
“ Kejap eh Myra. Fariz ini manja betul nak buat air.” Katanya dan bangun ke dapur.
Myra melihat Fariz. “ Saya tak sangka awak ada girlfriend.”
Fariz ketawa. “ See, banyak lagi perempuan dekat dunia ini.” Katanya selamba.
Myra melangkah menuju ke ruang menunggu syarikat My’AL di tingkat 14. Bangunan empayar Apex ini kepunyaan My’Al. Mereka menyewakan tingkat yang lain kepada peniaga yang lain. Keseluruhnya tingkat ialah 25 tingkat. Kelihatan ramai juga yang menunggu di ruangan tersebut. Seketika langkahnya terhenti. Semua yang ada memang yang cantik-cantik saja. Malah ada yang berniqab sekali. Terasa lututnya mulai goyah. Alahai, ini yang buat jantungnya lemah.
“ Tengku Qistina Ayera. Please come in.” Ujar seorang wanita cantik yang sedang memegang netbook apple.
“ Anak tengku wei.” Ujarnya sendiri.
Mereka yang lain tidak mempedulikan sesama sendiri. Asyik dengan gajet masing-masing atau menambah bedak yang luntur mungkin. Satu demi satu gadis masuk ke dalam bilik temuduga. Akhirnya tinggal Myra dan seorang gadis yang berniqab tadi..
“ Puteri Aisyah.” Nama gadis itu dipanggil. Dia lantas bangun.
“ Good Luck.” Ujar Myra dan hanya dibalas dengan anggukan.
Selang 10 minit, gadis itu melangkah keluar dan terus menonong pergi. Myra melihat pelik. “ Dia tak tegur aku eh?”
Nama Myra dipanggil. Dengan bismillah, Myra masuk ke bilik temuduga.
Terdapat sebuah meja yang diduduki oleh dua orang lelaki dan satu wanita. Myra melihat nama yang tertera di atas meja. Tan Sri, Puan Sri dan Dato Sri.
“ Say what you want to say.” Ujar Tan Sri Aiman.
Myra menarik nafas perlahan. Takut bercampur tidak selesa apabila Dato Sri Othman yang asyik melihat Myra daripada atas hingga bawah.
“ What are you waiting for?” Soal Puan Sri Maria dengan sinis.
Myra mengangguk laju. Dato Sri Othman tersenyum nakal. Sempat dia mengenyit mata ke arah Myra.
“ Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada hamba-hamba Allah yang dikasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan peluang ini kepada saya untuk mendapat peluang temuduga ini.” Kata Myra dalam sekali nafas. Sungguh dia tak tahu apa nak dikatakan. Akhirnya, dia hanya mampu membuat kata-kata yang memang menyimpang jauh daripada temu duga yang sepatutnya dia lakukan dengan betul.
Mereka sudah membuat muka bosan.
“ Sebagai hamba Allah yang beriman, hendaklah kita menjaga tingkah laku dan peradapan kita, hendaklah kita memelihara pancaindera kita iaitu telinga, mulut dan mata.” Perkataan mata itu dia tekan dengan kuat.
Berubah wajah Dato Sri Othman.
“ Oleh itu, saya ingin menutup ucapan saya mendoakan yang terbaik kepada anda semua semoga dipelihara Allah, mendapat ketenangan jiwa dan memperoleh rezeki yang halal serta dijauhkan daripada malapetaka yang berbahaya. Sekian, terima kasih. Asalamualaikum.” Myra tersenyum kecil.
Yang lain kelat merenung Myra. Oops, dia tak cakap apa-apa yang salahkan.
“ Thanks for you speech. You may go.” Ujar Puan Sri Maria.
Myra mengangguk dan lantas keluar. Kali ini dia tak berharap akan mendapat pekerjaan itu. Lebih baik dia cari kerja tempat lain asalkan hatinya tenang dan bahagia. Dia menuju ke lif.

Semuanya diceritakan kepada Ratna. Dan yang tidak disangka Myra tersenarai dalam peringkat akhir. Ya Allah, dia tak nak. Terbayang di kepalanya Dato gatal itu. Mampus!
Dia mendapat panggilan temuduga tapisan akhir. Myra nak menolak tetapi kehadiran diwajipkan.
“ You can do it, My.” Ujar Ratna memujuk Myra.
Myra hanya menarik nafas berat. Dia takut sebenarnya. Tak nak jumpa Dato gatal itu.

Myra duduk di kerusi yang disediakan di dalam ruangan itu. Hanya 4 orang yang ada di sana. Myra, Puteri Aisyah, dua orang gadis lain. Manakala dua orang wanita duduk di kiri kanan mereka.
Myra terasa lucu. Ini macam nak jawab Muet speaking saja. Myra merenung Puteri Aisyah tetapi dia langsung tak pandang Myra.
“ Shall we start?” Soal wanita di sebelah kanan Myra.
Mereka mengangguk.
“ We start with you, Tengku Qistina.” Ujarnya sehingga tiba giliran Myra.
” Asalamualaikum and a very good morning to our judges and our beautiful ladies. Why you guys must choose me? Because I am a fast learner. If you choose me, I am willing to give the best of mine. Because confidence is my best policy. Thank you.” Kata Myra dan mengakhiri ucapannya.

BAB 80

Myra berehat di bilik menunggu. Keputusan akan keluar lepas lunch break. Sedang dia bermain handphone, bahunya di sentuh.. Myra terkejut. Tambah dia terkejut yang menyentuh dia ialah Dato gatal itu. Lantas Myra bangun dan menjauh.
“ Apa yang Dato buat di sini?” Soal Myra marah. Seram dia melihat senyuman Dato itu.
Dato Sri Othman tersenyum gatal. “ I suka you.”
Myra membuntangkan mata. Terkejut dengan Dato yang gatal. Myra segera menjauhi Dato yang semakin mendekat. “ Jangan jadi gila Dato.”
Dato itu ketawa. “ I tak kisah jadi gila. You nak apa-apa saja I boleh bagi.”
Myra jijik mendengar. “ No, saya tak nak apa-apa. Lebih baik Dato keluar.”
Lantas Dato itu menerpa ke arah Myra.
Myra terkepung dipenjuru bilik. Dia berharap sangat ada yang dengar jeritannya. Myra membuka matanya apabila terdengar bunyi benda dibaling kuat. Alex! Terkejut dia melihat Alex sedang membelasah Dato gatal itu. Seram dia melihat bagaimana ganasnya dia membelasah. Segera Myra menarik tangan Alex.. Mati dibuatnya Dato itu nanti.
Alex terhenti apabila tangannya disentuh. Wajah pucat Myra menghentikan perbuatannya.
“ Awak okeykan?” Soal Alex tegang.
Myra mengangguk. Air matanya bertakung di mata. Dia sangat bersyukur melihat Alex.
“ Saya takut.” Katanya dan air mata mengalir turun.
Alex mengelap air mata Myra. “ Sayakan ada. Jangan risau.” Myra dibawa dalam dakapan.
Myra rasa damai dalam pelukan Alex. Sakit kepalanya mulai datang semula. Entah peristiwa ini seakan pernah dialaminya.
Masuk tiga orang lelaki berbaju hitam dan menyerang Alex. Alex melindungi Myra dan melawan mereka dengan mudah. Apabila ada peluang, Alex menarik Myra keluar menuju ke tangga.
Myra mengikuti langkah Alex. Mereka berehat di tangga. “ Awak okey Myra?”
Myra mengangguk. “ Okey.” Jawabnya perlahan.
Alex menarik wajah Myra supaya menatap dia.
Myra merenung wajah Alex dengan pandangan yang berbalam-balam sebelum dia pengsan di bahu Alex.
Myra menuruni anak tangga mengikuti langkah wanita itu. Dia tiba di hadapan meja makan yang penuh dengan makanan yang lazat. Air liur ditelan. “ Banyaknya.” Katanya tanpa sedar. Matanya meliar melihat sekeliling. Mana orang lain, bahkan wanita tadi juga sudah menghilang. Myra menarik kerusi dan duduk. “ Boleh ke aku makan ini?” Soal Myra ragu-ragu. Tapi dia capai juga sudu. Perutnya perlu diisi sekarang juga. Lapar sangat.
Tiba-tiba seseorang berdehem di belakang Myra sehingga dia tersedak kerana terkejut. Tawa seseorang mengisi pendengaran dia.
Alex menarik kerusi dan duduk di sebelah Myra. “ Perlahan-lahan makan sayang.” ujarnya dengan senyuman manis.
Myra mengangkat wajah dan merenung Alex. Rasanya telinga dia tak salah dengar yang Alex memanggilnya sayang. “ Awaklah kejutkan orang.” Balas Myra dengan nada marah menyembunyikan perasaan berdebarnya apabila Alex memanggilnya sayang.
Alex ketawa kecil dan menongkat dagu merenung Myra. “ Awak okey? Sakit sangat ke kepala awak?” Soalnya prihatin.
Myra berdehem kecil sebelum mengangguk. “ Saya okey. Tapi terima kasih sebab selamatkan saya tadi.” Ujar Myra dengan nada suara yang kecil. Seram badannya bila teringat semula. Oh ya, Myra teringat sesuatu. “ Alex, awak boleh tolong saya tak?” Pinta Myra.
Alex mengangguk. “ Tell me.”
“ Saya tak nak kerja dekat sana. Saya takut. Awak boleh tak tolong bagitahu Tuan Muda itu saya tak nak kerja sana.” Rayu Myra. Matanya merenung Alex memohon pertolongan.
Alex mengangguk. “ Jangan risau nanti saya akan sampaikan semuanya kepada tuan muda.”
Myra tersenyum lebar. “ Thanks awak. Awak banyak tolong saya.” Kata Myra dengan sebak.
Alex mengangguk dan bangun tiba-tiba meninggalkan Myra.

Myra menuju ke tingkat atas hendak berjumpa Alex sebelum dia balik. Matanya kagum dengan dekorasi rumah yang memang sangat tinggi citarasanya. Tak dapat dia bayangkan bagaimana perwatakan Tuan Muda itu. Sebaik saja dia membuka matanya terpukau dengan kawasan tersebut, cantik dengan pelbagai jenis bunga yang menghiasi kawasan taman mini dan terdapat air terjun buatan yang indah. Kakinya dibawa menjelajah kawasan itu sehingga dia ternampak sebatang tubuh sedang berbaring di kerusi dengan wajahnya ditutup topi sudu dan memakai earphone.
Myra mendekati perlahan-lahan. “ Alex.” Panggilnya perlahan. Tetapi nampaknya Alex tidak menyedari kehadiran dia di sini. Myra mara setapak lagi mendekati Alex. Dia memang handsome. Jantung Myra seakan berlari kencang. Perlahan-lahan tangan Myra bergerak ingin menyentuh pipi Alex dan serentak itu mata Alex terbuka. Myra segera berundur terkejut. Degupan jantung yang sedia kencang bertambah kencang sehingga dia terasa jantungnya mungkin akan terkeluar.
Alex terkaku melihat Myra tanpa berkelip. “ Sayang.” Ujarnya perlahan.
Myra mengerut dahi. Sayang? Siapa yang dia maksudkan? “ Awak okey?” Soal Myra pelik.
Alex lantas duduk dengan tegak menghadap Myra. Wajah diraup kasar sebelum dia menarik nafas berat. Wajah Myra direnung dengan senyuman nipis. “ Maaf, kenapa awak ke sini?” Soal Alex perlahan.
“ Maaflah kalau awak marah saya datang sini. Saya nak balik tapi sebelum itu saya nak jumpa awak sekejap. Tak elok pula saya balik begitu saja.” ujar Myra.
Alex berdiri dan menyeluk tangannya di poket. “ Tak apa.”
Myra mengangguk. “ Kalau begitu saya balik dulu eh, terima kasih.” Ucap Myra dan berpaling ingin pergi.
“ Myra.” Tahan Alex tiba-tiba.
Myra berpusing melihat Alex. Kelihatan Alex seperti teragak-agak. “ Cantikkan tempat ini?” Soalnya gugup.
Myra ketawa kecil. “ Cantik. Sangat cantik. Tak sangka pula saya yang awak minat bunga.” Kata Myra. Tenang sangat melihat bunga-bunga yang cantik itu.
Alex mengetap gigi. “ Awak tak suka bunga?” Soalnya perlahan.
Myra merenung Alex. “ Bolehlah, Alex saya balik dululah. Penat. Kita jumpa lagi nanti..” Myra terus menuju ke pintu. Dia rasa pening tiba-tiba. Mungkin dia masih belum pulih betul-betul kot.
Alex hanya menghantar kepergian Myra dengan keluhan berat. Kau hampir dapat peluang itu Alex tapi kau lepaskan. Dia tak sanggup untuk berkata yang sebenarnya takut Myra akan membenci dia. Dia tak nak hilang Myra lagi. Perit..

Ratna mengemas meja makan dengan senang hati. Manakala Myra sedang mencuci pinggan di dapur. Mereka baru saja selesai sarapan pagi. Ratna tidak keluar hari ini sebab katanya nak berehat saja di rumah. Dia baru selesai photoshoot untuk Majalah Dewi. Ratna ini model sambilan selain dia sibuk dengan perniagaan butiknya.
Loceng pintu rumah ditekan. Myra menjengukkan kepala sedikit mengintai tapi tak ada bayang mahupun suara kedengaran. Myra membuka pintu rumah. Dia terkejut melihat Alex berdiri dengan wajah ceria seperti biasa. “ Hai Myra.”
Myra hanya mengangguk. “ Hai Alex. Apa awak buat ke sini? Nak jumpa Ratna ke?” Soal Myra hairan.
Alex ketawa lucu.
Handsome dia apabila ketawa. Nampak lesuung pipit dia yang dalam.
“ Saya nak jumpa awak, princess.” Ujarnya nakal.
Pipi Myra merona malu.
Alex senyum lebar. “ Saya ada perkara nak bincang dengan awak. Tak kisahkan kalau kita bincang dekat dalam?” Soal Alex.
Myra teragak-agak. Takkan dia nak biarkan Alex masuk, inikan rumah perempuan.
“ Ajaklah Alex masuk Myra.” Kata Ratna yang tiba-tiba muncul.
Myra berpaling melihat Ratna. Dia masih ragu-ragu, lantas Ratna membukakan pintu untuk Alex. “ Masuklah Alex. Myra ini memang pemalu. Untunglah you dapat iste..”
Alex berdehem kecil.
Ratna tersedar sesuatu lantas dia segera meminta diri kedalam semula dengan gelabah.
Myra mengerut dahi.

Myra menghidangkan secawan nescafe untuk Alex. “ Minumlah. Nescafe saja.” Ujar Myra perlahan.
Alex mencapai air itu dan meneguknya sekali rentak sehingga cawan itu licin. Myra terkejut melihat. “ Cepatnya awak minum, tak panas ke?” Soalnya terkejut.
Alex terbatuk kuat. “ Saya tak sedar.” Katanya dengan wajah bingung melihat Myra.
Kelakuan Alex membuat Myra tersenyum lebar. “ Awak okey ke tak ini Alex?” Soal Myra lucu.
Alex menggosok tengkuk dia berkali-kali. Sekali lagi wajah Myra direnungnya. Matanya tidak boleh dialihkan daripada melihat Myra.
“ Okeylah kalau awak dah okey sekarang. Oh tadi awak kata ada perkara nak bincang. Apa dia?” Soal Myra ingin mengalihkan perhatian Alex yang sedang asyik merenung dia.
Alex tersentak dan berdehem. Tangannya digosok perlahan. “ Sebenarnya saya dah bagitahu Tuan Muda mengenai permintaan awak. Dia minta maaf sebab perkara ini tak pernah terjadi lagi. So sebagai tanda maaf tuan Muda nak awak bekerja dengan kami.”
Myra mengerut dahi, “ Kenapa Tuan Muda nak saya bekerja dengan mereka?”
“ Awak lulus peringkat temuduga dan saringan akhir, itu melayakkan awak bekerja dengan kami.”
Myra menarik nafas panjang. Buat apa kerja di tempat mewah, gaji besar kalau taruhannya maruah dia.
“ Awak jangan risau. Lelaki itu dah ditahan reman oleh pihak polis. Tuan Muda akan menjaga keselamatan awak.” Kata Alex yakin.
Myra merenung Alex lama. “ Awak macam mana?” soalan itu terpacul keluar daripada mulut Myra.
Alex menguntum senyum.“ Saya akan selalu dengan awak. Jangan risau. Memandangkan Tuan Muda sekarang di London atas urusan kerja selama dua bulan so saya yang akan gantikan tempat Tuan Muda sementara waktu. Awak akan jadi PA saya.” Ujarnya dengan senyuman manis,

Myra mengambil tas tangannya dan membuka pintu rumah. Jam ditilik. Hari masih awal lagi. Sebuah kereta berhenti di hadapan pagar. Alex melangkah keluar dengan senyuman manisnya. “ Selamat pagi Myra.”
Myra membalas senyuman Alex. “ Selamat pagi Alex.”
“ Jom.” Alex membukakan pintu kereta penumpang. “ Silakan princess.”
Myra senyum. “ Thanks.” Katanya dan masuk ke dalam kereta Range Rover Alex.
Alex lantas berlari masuk ke dalam kereta. Senyuman masih terukir lebar di bibir merahnya itu.
Mereka melangkah masuk ke bangunan empayar Apex. Jantung Myra berdegup laju. Matanya meliar memerhatikan sekeliling, meskipun Alex sudah memberi jaminan Dato gatal itu sudah ditangkap dia tetap rasa tidak selamat. Tanpa sedar Myra memaut lengan Alex kuat.
Alex menoleh. “ Are you okay Myra?” Soalnya risau.
Myra merenung anak mata Alex dengan takut.
Alex menarik nafas dan menarik Myra masuk ke dalam lif dan segera menekan butang naik ke tingkat dituju. Sebaik saja pintu lif tertutup Alex meraih bahu Myra dan merenung wajah itu. “ Look, awak tak perlu takut. Sayakan ada. Lelaki tak guna itu takkan boleh sentuh awak lagi. Marks my words and trust me, sayang.” Pujuk Alex.
Myra terpaku mendengar kata-kata Alex. “ Promise?” Soalnya manja.
Alex ketawa kecil dan menarik Myra kedalam pelukannya. “ Promise sayang.” katanya ceria.
Myra tersentak dan terus menolak Alex kuat. Jantungnya berdegup laju lagi.
Alex hanya senyum. Dia memandang kehadapan dan pintu terbuka seolah-olah apa yang dia baru saja lakukan tak terjadi langsung.

Myra kagum melihat dekorasi bilik pejabat Tuan Muda yang disebut selalu oleh Alex.
Matanya mencari apa-apa gambar yang ada. Dia tak pernah lagi melihat wajah tuan muda itu. Tetapi dinding hanya ada gambar hiasan saja. “ Tak ada gambar tuan muda ke?” Soal Myra lagi. Takkanlah dia langsung tak nak lekat gambar. Hampir saja dia menjerit apabila Alex berada di belakangnya dengan jarak yang agak rapat. Sebaik saja dia berpaling hidungnya bertemu dengan dagu Alex. Segera Myra menjauh tetapi Alex langsung tidak berganjak.
“ Kenapa awak dekat sangat ini?” Soal Myra dengan wajah berbahang.
Alex senyum. Dia mendekati Myra.
Myra berundur. “ Awak nak buat apa ini Alex?” Soal Myra tergagap-gagap.
“ Awak tak selesa ke dengan saya?” Soal Alex perlahan.
Myra kaku.
“ Saya nak awak selesa dengan saya Myra. Saya nak kawan dengan awak tapi saya tak nak kawan saya takut dengan kawan dia sendiri.” Bisik Alex lembut.
Myra menelan air liur. Kawan? Hanya kawan? Hatinya bagai kecewa. Entah dia mengharapkan ada lebih daripada kawan. Wajah Alex ditenung. “ Saya selesa dengan awak. Jangan risau.” Katanya dengan senyuman manis.
Alex senyum dan lantas menuju ke sofa dan merebahkan dirinya dengan selamba. “ Sekarang saya nak awak belajar biasakan diri dengan saya tau. Saya nak tidur sekejap, jangan bising.”
Myra mencebik. Dia menuju ke kerusi empuk Tuan Muda. Punggung dilabuhkan perlahan. Selesa sangat, tangannya mengusap kerusi itu. Apa taknya selesa sangat kalau kerusi ini mahal. Matanya menjeling Alex yang memejamkan matanya. “ Saya nak buat apa?” Soal Myra tiba-tiba. Matanya sibuk menjelajah kawasan meja tersebut. “ Alex. Saya nak buat apa ini?” Soal Myra sekali lagi.
“ Be my wife, will you?” Dengan suara garau dia.
Myra tersentak.
Alex tersenyum nakal melihat Myra. Tangannya diletakkan di atas dahinya dengan kakinya bersilang relax di atas sofa. “ Just kidding, Myra. Don’t have to take it seriously.” Ujarnya lalu ketawa.
Myra menjeling marah. Boleh melompat keluar jantung dia dibuatnya. “ Seriuslah sikit, saya tak ada pengalaman langsung and I am totally zero about this kind of job.” Katanya tegas.
Alex menutup matanya. “ Then be my wife. Itulah kerja yang awak ada pengalaman.” Bisiknya sendiri.
Myra mengerut dahi. “ Apa awak kata?” Kata Myra kuat membuatkan Alex hampir saja terjatuh daripada kerusi terkejut dengan nada suara Myra.
Myra menahan tawa. “ Sorry.” Ujarnya senjaga.
Alex mendengus. “ Buatlah apa yang awak nak sekalipun. Asalkan awak tak ganggu saya nak tidur. I need some rest peacefully.” Dia memejamkan mata.
Myra mengangguk walaupun Alex tak dapat melihat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience