chap 2

Romance Completed 8558

Sementara Kak Ina dan Abang Zul menguruskan peralatan perkhemahan yang disewa daripada tuan punya resort tempat kami akan mendirikan khemah malam ini dan malam esok, Myra pula sibuk memerhatikan pemandangan alam sekitar. Maklumlah ini pertama kali Myra mengikuti perkhemahan bersama kawan-kawan dia. Kalau cuti sekolah Myra lebih suka terperuk dekat rumah sepanjang cuti persekolahan. Kalau dah jenis tak bersosial nak kata apalagikan.
“ Budak-budak, ambil khemah ini dan ikut abang sekarang.” Kata abang Zul.
Empat buah khemah diambil oleh Juan. Kami menuju ke kawasan lapang yang dikelilingi pagar buluh.
“ Ini tempat kita akan mendirikan khemah. Setiap khemah akan ada dua orang kecuali satu khemah akan ada tiga orang. Pilih dan pasang khemah sebab lepas ini kita akan ikut dalam taklimat tuan punya resort berkaitan aktiviti unggun api malam ini.” Terang abang Zul.
Semua orang menunjukkan wajah teruja. Myra pun tak sabar nak mengetahui apa benda itu.
“ Myra.” Panggil Zatie.
Myra menoleh. “ Temankan aku pergi tandas. Tak tahanlah.” Bisiknya. Mukanya dah macam ayam berak kapur lagaknya.
“ Kejap, aku bagitahu kak Ina dulu.” Kata Myra dan bergegas menuju ke arah kak Ina.
Sekembalinya daripada tandas ke tapak perkhemahan kelihatan ramai orang sedang berkumpul di situ. Taklah ramai sangat dalam sepuluh orang jugalah. Myra mendekati Mimi yang sedang berbual dengan Kery.
“ Siapa itu? ” Soal Myra. Matanya melilau melihat sekumpulan orang asing. Zatie tiba-tiba tersengih bagaikan kerang busuk.
“ Orang yang nak camping dekat sini juga. Kiranya kawan abang Zul.” Jawab Mimi.
Myra mengangguk. Kebanyakannya adalah lelaki. Cuma dua orang sahaja perempuan.
Kak Ina datang menghampiri kami. “ Boleh tak kalau Syikin dan Florist tidur dengan kamu satu khemah Zatie, Myra? ” Soal kak Ina kepada Myra dan Zatie.
Myra melihat Zatie meminta persetujuan. Zatie mengangguk. “ Boleh kak. Tapi mereka itu siapa? “ Bisiknya perlahan.
Kak Ina tersenyum. “ Mereka berdua itu anak saudara Adin, kawan abang Zul. Yang budak lelaki empat orang itu kawan-kawan Adin.”

Malam itu bermulalah taklimat tentang malam unggun api. Disebabkan kami perlu bergerak dalam kumpulan untuk aktiviti itu, pembahagian kumpulan akan dilakukan selepas taklimat selesai. Sedang Myra menumpukan sepenuh perhatian terhadap taklimat tersebut, Zatie mencuit tangannya.
“ Myra, kau tahu tak siapa yang join camping kita? ” Soalnya teruja. Matanya terkelip-kelip.
“ Tak tahu.” Jawab Myra polos tetapi cubitan geram pula yang Myra dapat. “ Sakitlah.” Marahnya dalam berbisik. Myra menggosok lengannya yang tidak berdosa kerana cubitan berbisa Zatie.
“ Kaulah. Senjaga nak loyar buruk.” Marah Zatie.
Myra tercengang. Dia pula yang salah, logik kot dia jawab soalan Zatie.“ Apa dia?” Soalnya semula dengan nada geram.
Zatie kembali tersengih. “ Group yang ikut kita camping ini hot gila. Cuba teka?” keterujaan dia kembali datang.
Myra mengeluh malas. “ Cakap sahajalah.” Geram Myra dengan Zatie ini.
“ 4 Boys.”
Myra menekup mulut tidak percaya. Seriously!
“ Biar betul? “ Soalnya semula. Sejak bila dorang suka aktiviti begini. Rasanya camping tak mencabar sangatkan?
Zatie mengangguk. “ Akim dengan geng dia tapi Carl tiada so ganti Alex. Kira 4 Boys jugalah itu.”
Myra mengeleng. “ Tak. Akimkan tak ngam dengan Alex.” Mesti korang blank dengan 4 boyskan. Dah serupa macam drama korea girllss…
“ Perhatian.” Kata pengurus resort yang akan menjadi ketua aktiviti pada malam ini. Perhatian kami terhenti dan kembali fokus memandang ke hadapan semula.
“ Baiklah semua kita akan mulakan pembahagian kumpulan sekarang. Saya nak yang baju biru di belakang itu mula kira daripada nombor satu hingga lima dan berulang-ulang.” Ujarnya kepada Juan.

Selesai pembahagian kumpulan yang nyata Myra tidak sekumpulan langsung dengan kawan-kawan dia. Syikin, Akim, Alex, dan Kak Anis iaitu penginap Resort Indah merupakan ahli kumpulan Myra. Serius dia langsung tak biasa. Dia agak lama sikit nak bermesra dengan orang yang baru dengan dia.
“ Saja nak isi masa lapang.” Katanya sambil tertawa kecil apabila Myra bertanya kepada Kak Anis kenapa dia berminat nak ikut serta aktiviti malam ini.
Myra hanya tersenyum.
“ Senang sahaja arahan saya. Kamu dikehendaki melepasi semua check point yang telah disediakan iaitu sebanyak 5 check point dan buat tugas yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji tahap keprihatinan kamu dan semangat tolong-menolong antara ahli kumpulan kamu. Check point yang kelima akan berakhir di tempat unggun api diadakan.” Kata Encik Sabri. Kami semua mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience