57

Romance Completed 8558

Selesai parkir kereta di luar kawasan banglo Datin Salina. Myra melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke pintu pagar yang terbuka luas. Sejak kejadian lepas geram hari itu, Myra tidak datang ke sini lebih kurang 2 minggu. Malas nak menatap wajah gadis yang terlebih ajar itu. Myra berhenti di hadapan pintu masuk rumah. Hatinya berdetik hairan, senyap. Dia datang ke sini sebab janjinya kepada Puan Khadijah. “ Tak apa Myra, ini yang terakhir. Kau boleh punya.” Pintu rumah ditolak perlahan. Matanya memerhatikan sekeliling. Sepi.
Myra menjenguk kepala ke ruangan dapur. Sepi juga. “ Asalamualaikum.” Ucap Myra dengan kuat. Dia kembali ke ruang tamu apabila tiada balasan di dapur. Kenapa senyap sangat ini? Budak itu mana? Takkan dah taubat pula?
Arrhgg!!
Myra tersentak dan segera menaiki anak tangga ke atas. “ Dari mana datangnya bunyi itu?”
“ Cik Puteri, jangan!” Jerit satu suara.
Myra menoleh ke arah kirinya. Balkoni ke? Dia membawa kaki ke sana. Astagfirullahalhazim! Mengucap dia melihat Puteri yang sedang berpaut pada palang besi balkoni.
“ Apa kau buat di sini lagi?” Jerit Puteri sebaik saja melihat kelibat Myra.
Pembantu rumah tersebut nampak cemas dan berlari ke dalam sebaik saja Myra berada di situ.
“ Hei, kau nak pergi mana itu? Jaga kau kalau kau call Datin itu aku terjun.” Jeritnya dengan kuat.
“ Dahlah Puteri. Awak tak penat ke?” Myra mengeluh dengan tindakan Puteri yang singkat.
“ Kenapa kau pula yang penat? Ini hidup aku. Kau tak payah masuk campur. Kau hanya orang luar, orang asing yang tak tahu apa-apa.” Katanya marah.
Myra menyandar di dinding sambil melihat ke bawah. Agaknya kalau jatuh bersepai juga kepala. “ Saya tahu. Siapa cakap saya tak tahu apa-apa. Puan Khadijah dah ceritakan semuanya pada saya.”
Puteri tersengih sinis. “ Mesti kau ketawakan aku. Dibenci ibu sendiri. Cacat, perangai setan.” Katanya dengan gelak ketawa.
“ Kenapa awak cakap begitu? Semua yang awak cakap salah. Puan Khadijah sangat memuji awak. Saya rasa dia sayang sangat dengan awak. Dia itu sebenarnya..” Myra tersentak. Dia hampir terbabas.
Puteri mengeleng. “ Kau tipu! Kau jangan cuba nak menipu aku. Tak mungkin dia nak sayang dekat aku.” Puteri kini berdiri sangat dekat dengan palang balkoni. “ Lebih baik aku mati, tak ada siapa yang sayang aku.” Katanya sambil memandang ke bawah.
Terbuntang mata Myra mendengar. Dia dah hilang akal ke? “ Puteri, awak tahukan apa yang awak buat sekarang ini salah?” Kata Myra tegas. Hairan pula apabila pembantu rumah itu masih tak muncul-muncul lagi.
“ Aku tahu, sangat tahu. Sebab itu aku nak mati suapaya aku tak perlu tanggung derita dan dosa lagi.” jelas nada putus asa dalam suaranya.
Myra mengeleng perlahan. Degil sangat. Dia melangkah mendekati Puteri. Namun ,dia berusaha menjauhkan diri daripada Myra. Myra memandang ke bawah. Kelihatan kelibat beberapa orang sedang berlarian. Bomba? Pembantu rumah itu panggil bomba? Dia nak ketawa pun ada. Wajah Puteri direnung lama sebelum dia mengukirkan senyuman.
Puteri melihat Myra dengan tajam.
“ Awak boleh lompat Puteri tapi ingat satu hal, penderitaan awak tak akan berakhir. Saya yakin pasti ada penderitaan yang lebih dasyhat menanti awak di bawah sana sebab jalan terakhir awak terus menuju ke neraka. Saya tak nak cakap lebih sebab itu urusan awak dengan Allah. Tindakan awak seolah-olah awak tidak pernah belajar agama. Kenapa terlalu layankan sangat rasa hati awak? Kenapa awak tak nak belajar melupakan dan memaafkan? Allah menguji awak kerana Allah sayang dengan awak tapi awak pula terlalu singkat akal.”
Puteri terdiam seketika sebelum dia mengeleng dengan laju. “ Cakaplah apa saja tapi itu tak akan membatalkan niat aku.” Katanya tegang.
Myra mengeluh. “ Saya tak akan halang awak. Hidup awak bukan hidup saya. Lagipun, awak hanya ada dua pilihan saja. Terjun then awak mati atau terjun tapi awak hidup. Ada kemungkinankan. Manalah tahu Allah masih nak awak hidup. Bayangkan hidup tapi terlantar atas katil, hidup tapi segalanya musnah. Awak fikirkanlah.”
Puteri ketawa mengilai. Serupa macam Cik Ponti. Seram pula dia mendengar. “ Aku tak akan terpengaruh dengan kata-kata kau.” Ujarnya sinis. Dia tidak peduli. Dia sangat penat untuk menanti hari esok. Kehidupannya tetap sama dan tidak akan berubah.
Ya Allah! Anak ini memang sudah nekad nak jalan dulu. Dia ingat mati itu sesenang itu. Kalau dia ada bekalan nak bawa tak apa juga tapi dah awal-awal nak mati dengan cara yang salah amal yang ada pun tak berguna.
“ See, kau tak boleh halang aku.” Katanya lalu ketawa.
Myra teringat sesuatu. Nampaknya terpaksalah dia menggunakan senjata terakhir. Maafkan saya Puan Khadijah.
“ Agaknya siapa yang boleh halang awak? Ibu awak?”
Puteri melihat Myra dengan tajam.
“ Rasanya awak tak tahu apa yang saya tahu dan awak tak berminat nak tahu apa yang saya tahu.”
Wajah puteri berkerut. Dia tidak faham dengan kata-kata Myra.
“ Awak tak tahu yang ibu kandung awak masih hidupkan? Awak tak tahukan dia dimana sekarang?”
Puteri diam, dia tak akan percaya dengan Myra. “ Aku tak peduli. Dia hidup atau mati. Aku tak perlu ibu macam dia.”
Myra mengeluh lagi. Nampaknya semua usaha dia tidak menjadi. “ Saya balik dulu. Awak tak akan percaya semua yang saya cakap. Awak langsung tak nak berdepan dengan kebenaran, awak pasti menyesal selepas ini.. seburuk-buruk ibu, dia tetap ibu awak. Asalamualaikum.” Myra sudah tidak betah memujuk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience