c 12

Romance Completed 8557

Zatie mendesak Myra menemani dia menjalani latihan taekwondo petang itu bawah seliaan kelab Martial Art. Sebenarnya dia tak nak sebab rasa kecewa masih ada sebab tak terpilih dalam pemilihan ahli baru 2017 untuk kelab tersebut. Siapa tak nak tersenarai dalam kelab Martial Art yang terkenal di Axel School. Gossip tentang hari pertama Alex masuk Company Ninja tahap dua menyebabkan dia dipandang serong oleh pengasas kelab Martial Art tersebut.
Myra hanya duduk di tepi gelanggang memerhatikan ahli kelab tersebut melakukan aktiviti pemanasan badan. Cemburunya melihat mereka memakai pakaian rasmi kelab itu. Cuma satu yang dia tak suka dengan kelab ini, pengerusi dia Lily sangatlah sombong dan bongkak. Berlagak gila mentang-mentang dia juara taekwondo. Bukk! Zatie menghempap Myra dengan kuat.
Terkejut dibuatnya.” Sorry.” Ujarnya dengan muka sedih.
Lily tersengih sinis. “ Ada siapa lagi yang nak berlawan dengan saya?” Soalnya sinis. Myra mencebik. Nasib baik kau lawa, kalau tak rasa nak debik saja muka itu.
“ Hei, awak yang baju putih itu. Come here.” Katanya kepada Myra.
Lily mendekati Myra. “ Kenapa kau ada di sini? Kau bukan ahli kelab ini.” Ujarnya marah.
Myra menelan air liur. “ Maaf.” Alamak!
Lily melontar kayu panjang yang dijadikan sebagai latihan kepada Myra. Dengan segera dia menyambut tangkas. Fuhh, nasib baik sempat.
“ Lawan aku. We make a deal. Kalau kau menang, kau boleh join kelab ini. Baru aku ingat siapa kau rupanya, ada hati nak couple dengan Alex.” Ejeknya senjaga.
Myra menahan geram. Malu diperlekehkan di hadapan khalayak. Tambah malu apabila dia merasakan maruah dirinya bagai dipijak hanya kerana gosip. “ Kalau kau yang menang?”
“ Jangan tunjuk muka kau dan kawan kau di sini lagi.” Katanya sambil menunjuk kearah Zatie yang pucat.
“ Okay. I’m in.”

Lily tersungkur di hadapan Myra. Senyuman sinis terukir senjaga di bibirnya. “ Sorry.” ujarnya kecil.
Lily mengetap giginya dengan geram dan mencuba menyerang curi kearah Myra dengan pantas serangan dia ditepis. “ Berhentilah Lily. I’m the winner right?”
Dia mendengus dan berdiri tegak melihat Myra. “ Okey, kau boleh join kelab ini.” Ujarnya tetapi langsung tak ikhlas pada Myra. Wajahnya masam sangat.
Kepala digeleng perlahan. Kayu Myra baling perlahan kepada seorang junior yang berdiri berdekatan dia. “ Aku dah tak minat. Cuma satu yang aku pinta, ubah perangai sombong kau. Jangan ingat hanya kau yang paling terbaik. There is a lots of people are better than you.” katanya perlahan dan melangkah pergi bersama Zatie. Dia menang bukan kerana dia yang terbaik, dia menang kerana pemerhatian yang teliti dan kemampuan untuk menilai kekuatan mangsa. Myra mengaku dia masih hijau dalam seni pertahanan diri namun dia ada semangat nak belajar.

Sesi pemanasan sedang dilakukan oleh Company Eagle di gelanggang bola keranjang di bawah pengawasan Myra. Zatie dan Myra melatih Company Eagle bawah 16 tahun manakala Alex melatih Company Ninja sendiri.
Tiba-tiba datang kumpulan Alex dikawasan gelanggang. Anak-anak buah Myra segera mendekati Myra. “ Kak, hari ini turn kitakan?” Soal mereka pelik.
Myra menganguk. “ Kejap eh. Biar Kakak cakap dengan dorang.” katanya dan melangkah mendekati Alex dan VROMANCE. Myra terpaksa mengalah apabila Alex menggunakan kelebihan dia sebagai anak emas Axel School dan mendominasi gelanggang. Dengan geram Myra senjaga melontar bola dengan kuat di papan gol sebelum terdengar seseorang menjerit dengan kuat. Apalagi dia dan Zatie terus melarikan diri dari gelanggang setelah yang lain beredar pergi kecuali Alex dan VROMANCE.
Disebabkan gelanggang sudah di ambil oleh Alex, latihan terpaksa dibatalkan. Helmet dicapai dan segera memakai sebelum dia teringat sesuatu. “ Bola aku.” Ujarnya dan turun tergesa-gesa menuju ke foyer. Tanpa disedari, seseorang melangkah mendekati skuter Myra.

Apabila dia kembali semula, kelihatan kawan-kawan Alex mengelilingi skuternya tetapi kelibat Alex tak pula kelihatan. Mereka ialah kawan-kawan Alex atau lebih dikenali sebagai VROMANCE terdiri daripada Noah, Adi dan Fariz. Deheman dikuatkan sebaik sahaja mendekati mereka.
Noah berpaling melihat Myra. “ Cantik skuter kau Myra.” Ujarnya tersengih sambil membelek-belek cermin kecil yang dia selalu lap dengan bersih itu.
“ Terima kasih.” Ucapnya dan menaiki skuter setelah mereka memberikan laluan kepada Myra. Tapi masih tidak berganjak dari kawasan tersebut.
“ Ada apa-apa yang menarik minat korang ke?” Soalnya pelik.
Mereka bertiga mengeleng dan terus meninggalkan Myra sendiri menuju ke kereta Lancer hitam yang tersadai cantik sebelah skuter dia.
Myra menghidupkan skuter dan membonceng balik. Sewaktu dia nak menuruni bukit dari Axel School tanpa disangka brek skuter dia tak berfungsi. Sedaya upaya Myra menekan brek tetap tak boleh. Jantungnya sudah berdengup kencang apatah lagi terdengar bunyi hon kereta yang panjang. Myra hanya mampu memejamkan mata menanti nasib dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience