30

Romance Completed 8558

Myra menarik nafas dan menuju ke arah Puan Isya dan Puan Azea. Mereka melihat dia dengan pandangan pelik. Myra merenung Puan Isya. “ Boleh saya tidur sini? Esok saya balik University.” katanya merayu.
Puan Isya mengerut dahi sebelum melihat Puan Azea.
Puan Azea senyum dan mengangguk. “ Saya tak kisah.” jawapnya dengan lembut.
Puan Isya melihat Myra. “ Macam mana Myra nak balik?” soalnya risau.
Myra tersenyum. “ Baskan ada. Kalau perlu jalan kaki pergi bustop saya tak kisah.” katanya dengan bersemangat.
Puan Isya hanya mengangguk membenarkan apabila melihat kesungguhan Myra.
Van beransur pergi setelah kereta Alex menghilang daripada pandangan.
Myra tersenyum lebar ke arah Puan Azea. “ Terima kasih puan.”
Puan Azea membalas senyuman Myra. “ Sama-sama. Myra nak pergi sana dengan Kimi eh?” soalnya.
Myra mengangguk. “ Saya dah janji.”

Alex memberhentikan keretanya di tepi jalan apabila dia asyik gagal menghubungi Myra. “ Angkatlah, susah sangat ke?” bebelnya geram.
“ Helo.” katanya dengan tidak sabar kerana akhirnya panggilannya diangkat juga.
“ Helo.” jawap satu suara yang asing pada Alex.
Alex mengerut dahi. Dia salah call ke?
“ Siapa ini? Myra mana?” soal Alex dengan serius.
Syaz melihat skrin handphone Myra. “ Dahlah private number, dia tanya lagi siapa ini?.
“ Saya kawan Myra. Dia tertinggal handphone di beg saya.” katanya serius.
“ Myra mana?” soal Alex pelik. Mana pula budak bertuah itu pergi.
“ Sekejap encik siapa? Kenapa nak tahu Myra dimana?” soal Syaz hairan.
Alex mendengus geram. Stereng kereta digenggam erat. “ Jangan tanya soalan yang malas saya nak jawab. Again, Myra mana?” soalnya tinggi.
Syaz terkejut. Baru saja dia ingat suara siapa yang membentak dia ini. “ Err, Myra dekat rumah anak Yatim Al-Kaseh. Dia tidur sana malam ini. Esok baru dia balik. Okey itu saja, asalamualaikum.” katanya dengan sekali nafas dan terus mematikan handphone.
Alex melempar iphone 7 plus ke tempat duduk penumpang dengan geram sebelum memutar stereng kereta membuat u-turn. “ Apa lagi kali ini Myra?” bisiknya. Pedal minyak ditekan sekuatnya.

Alex mendekati Myra yang sedang memotong bawang. “ Hai Myra.” Tegur Alex.
Myra yang tidak sedar kedatangan Alex terkejut sehingga pisau yang dipegangnya hampir terlepas daripada tangannya. Dengan cepat Alex menangkap pisau tersebut.
Myra terbeliak. “ Alex!” jeritnya dengan nada terkejut.
Alex tersengih dan meletak semula pisau di atas kabinet dapur. “ Sorry, really sorry.” ujarnya sambil merayu dengan wajah kesian.
Myra mendengus dan duduk di kerusi. “ Lain kali bagilah salam. Kalau aku tertikam ke apa tadi kan dah satu hal pula.” marahnya dengan geram.
Alex mengambil tempat di hadapan Myra. “ Sorry, aku fikir kau sedar aku datang.” jawapnya perlahan.
“ Hilang mood aku nak memasak. Kau masak.” arah Myra tegas.
Alex mengangguk. “ Okey, no hal. Kau nak makan apa?” soalnya laju.
Myra mengangkat kening sambil berpeluk tubuh. “ Masak apa yang paling kau terror dan pastikan semuanya cukup untuk semua orang dekat sini.” kata Myra senjaga nak mendera Alex.
Alex tersenyum lebar.” Small matter.” katanya selamba.
Myra bangun. “ Aku tak akan tolong.”
Alex mula mengambil bahan-bahan memasak. “ Kehadiran kau hanya melambatkan kerja aku saja.” katanya berani.
Myra menjeling tajam sebelum dia melangkah meninggalkan dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience