c 10

Romance Completed 8557

Kecoh satu Company Ninja apabila berita Alex dan Akim bergaduh. Semua yang menyaksikan pergaduhan tersebut tidak berani masuk campur.
Myra dan Zatie yang baru keluar daripada Library terkejut melihat mereka berdua. Cepat-cepat Zatie meluru kearah Akim, boyfriend baru dia. Cemas melihat boyfriendnya yang sudah biru mulutnya dan mata yang lebam. Mereka baru sahaja mengisytiharkan hubungan mereka tiga hari yang lepas. Entah macam mana Zatie boleh sangkut dengan Akim itu. Mungkin inilah yang dipanggil cinta itu buta. Kemudian Myra mengalihkan pandangan kearah Alex yang juga berdarah bibirnya tetapi tidaklah seteruk Akim.
Myra hanya tersenyum sinis. Mana Akim boleh terlawan Alex. Alex ialah juara martial Art Peringkat Negeri Sabah tiga tahun berturut-turut. Myra terus melangkah tanpa menghiraukan mereka. Meskipun dia sedar dengan pandangan pelajar yang lain, mungkin sahaja mereka fikir Myra akan tolong Alex. Buat apa dia nak tolong dia, Lisa kan ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience