29

Romance Completed 8557

Keesokkan harinya, Myra mengemas barang-barang dia yang dibawakan oleh Zatie. Dia tak nampak kelibat Alex sejak mereka bergaduh semalam. Mungkin dia marah dengan kata-kata Myra.
“ Kau dah siap kemas?” soal Zatie.
Myra mengangguk dan mengangkat begnya. “ Jom balik.”
Memang betul kata Sarah. Alex sudah menyelesaikan bil hospitalnya. Terkejut dia melihat resit yang diberikan oleh Nurse tadi. Rm 2500 untuk tiga hari dua malam. Nampaknya terpaksalah dia ikat perut dua tiga bulan ini. Takkan dia nak minta duit dengan Umi dan ayah.

Zatie menarik Myra menuju ke sebuah kereta Vios putih yang sedang menunggu di parkir kereta.
“ Hairul.” Bisik Zatie sambil tersengih..
Belum sempat Myra membuka pintu belakang, tangannya direntap kuat oleh seseorang. Begnya juga diambil kasar. Myra menoleh. Alex memandang dia dengan pandangan membunuh. “ Kenapa kau ini? Geram aku, tak boleh ke tunggu aku.” marahnya. Kuat genggaman tangan Alex pada tangan Myra.
Myra terpinga-pinga.
Zatie medengus. “ Hei! Suka hati dialah. Kau siapa nak marah-marah dia?!” balas Zatie dengan marah. Dia menarik tangan Myra daripada Alex. Wajahnya kelihatan tegang melihat Alex.
Alex menatap wajah Zatie dengan geram. “ Itu hal aku. Kau tak payah sibuklah!” Jerkah Alex pula.
Myra pula pening melihat mereka bertekak. Hairul juga ikut keluar membela Zatie. Hampir saja Alex bertumbuk dengan Hairul jika Myra tidak segera Myra menghalang. Pergerakan Alex terhenti apabila Myra menjeling dia tajam. Wajah Alex jelas tidak puas hati.
Zatie menarik Hairul masuk ke dalam kereta.
“ Hei! Pengecut! Kau belalah perempuan itu sampai mampus.!” jerit Alex geram setelah kereta Hairul bergerak pergi.
Myra memukul bahu Alex dengan begnya.
Alex menoleh. Dia mengetap gigi marah.
“ Perempuan itu kawan aku.” Kata Myra tanpa nada.
Alex mendengus.
“ Cepatlah, kata nak hantar.” gesa Myra. Baru sembuh dari sakit dah dihidangkan dengan pertengkaran pula. Alex mengambil beg Myra dan menuju ke suatu tempat. Mereka berhenti di hadapan Range Rover hitam. Wah, aroma wangian strawberry mengisi rongga hidung Myra.
Alex diam tapi mulutnya masih mengomel sesuatu. Tali pinggang ditarik kasar. Myra tanpa sedar mengukir senyuman lucu. Masih tak berubah-ubah. Alex menoleh ke arah Myra.
“ Apa senyum-senyum?” marahnya.
Myra ketawa. “ Kau ini masih tak berubah tahu.” sindir Myra.
Alex mencebik. Kereta bergerak keluar daripada kawasan parkir VVIP Hospital Astana.
Myra melirik kearah Alex. “ Terima kasih Alex. Nanti aku bayar perlahan-lahan duit kau.” katanya perlahan. Marahnya pada Alex hanya tinggal sisa.
Alex membrek kereta dengan mengejut. Myra menahan tangannya di dashboard kereta. Jantungnya berdegup kencang.
Alex megeluh kasar.. “ Aku tak faham dengan kau Myra. Siapa kau? Siapa kau sampai aku hampir gila kerana kau. Rasanya kalau kau girlfriend aku memang aku dah gila.” katanya sebelum ketawa tanpa nada.
Myra terdiam. Masih berusaha menenangkan dirinya tetapi degupan dia semakin kencang mendengar kata-kata Alex.
“ Apa saja tentang kau buat aku nak tahu. Nak masuk campur. Padahal kau hanya kawan aku.” Tambahnya lagi.
“ Mungkin kita tak sepatutnya bertemu lagi.” kata Myra tapi disambut dengan hentakan kuat di stereng kereta.
“ Tengok! Kau baru saja menaikkan darah aku.” bentaknya. Myra pula bingung dengan Alex. Apa yang salah dengan kata-katanya?

Myra mengangkat perlahan-lahan kotak yang berisi baju ke dalam Van Kelab Prihatin University Kuala Lumpur. Kelab Prihatin akan melakukan aktiviti bulanan mereka pada hari ini.
“ Kita gerak sekarang.” Kata Puan Isya. Beliau merupakan pensyarah yang terlibat secara aktif dalam aktiviti amal malahan dia adalah pengasas Kelab Prihatin Univeristy Kuala Lumpur. Kami semua seramai 13 orang akan menuju ke Rumah Anak-Anak Yatim Al-Kaseh. Kedudukan rumah Al-Kaseh itu agak jauh dari bandar. Hendak ke sana mengambil masa selama 2 jam.
Handphone galaxy J5 Prime Myra bergetar perlahan di poket baju kurungnya. Tertera ‘private number’ lantas dia biarkan saja. Banyak kali dah dia terkena begitu.

Mereka tiba akhirnya. Kelihatan ramai anak-anak yang berbaris menanti kedatangan mereka. Sebaik saja mereka turun daripada Van, menjalar masuk dua buah kereta mewah ke kawasan rumah Al-Kaseh. Kami terpinga-pinga begitu juga Puan Azea, penjaga Al-Kaseh. Seorang lelaki melangkah keluar daripada kereta mewah berjenama Buggati Veyrone 16.4 Grand Sport Vitnese buatan luar negara berwarna merah darah.
“ Handsomenya dia.” puji Syaz.
Myra merenung lama langkah kaki itu. Seperti..
Lelaki itu tersenyum dan menanggalkan ray ban dia. “ Asalamualaikum.”
Myra terkejut. Alex?
“ Walaikumussalam.” jawab yang lain.
Alex datang mendekati Myra.
Myra menelan air liur yang pahit.
Dia berdiri di sebelah Myra dan memandang ke arah Puan Isya yang tersenyum manis.
“ Sorry Aunty lambat sampai..”
Puan Isya mengangguk. “ Tak apa, yang penting selamat sampai.”
Myra mengerut dahi, Alex kenal Puan Isya?
“ Kenapa tak jawap call aku?” bisik Alex di telinga Myra.
Myra segera menjauh apabila kedudukan mereka terlalu dekat. Jadi Alex empunya private number itu.
Alex memandang Myra geram kerana tidak mempedulikan soalannya. Seorang lelaki yang datang besama Alex datang mendekati Myra. Myra melihat lama wajah itu seperti selalu dilihatnya.
Dia mengangkat tangan ke arah Myra. Lelaki yang berbaju kemeja hijau itu memeluk Puan Isya. “ Rindu mama.” katanya dengan manja.
Oh, anak Puan Isya rupanya. Kemudian dia mendekati Myra dengan senyumannya. “ Hai Myra.” tegurnya.
Myra diam. Siapa pula yang Alex bawa ini? Getus hatinya.
Alex ketawa. “ Sorry bro. Myra tak kenal kau.” Ejeknya.
Myra merenung wajah lelaki itu yang juga ketawa. “ Adi?”
Dia mengangguk dan menumbuk perlahan bahu Myra. Segera Myra menjauh, terkejut dia dengan perbuatan selamba Adi.
Alex membuntangkan matanya. “ Lebih-lebihlah pula kau ini. Jangan sentuh dialah.” marah Alex.
Myra segera menuju ke arah Syaz yang meninggalkan dia tadi.
“ Wei, mana kau kenal mereka? Subhallah, indah sungguh ciptaan Allah.” katanya kagum.
Myra hanya mencebik dan menarik tangan Syaz masuk ke dalam Al-Kaseh.

“ Lama kak Myra tak datang sini.” ujar Kimi dan Aqram.
Myra senyum dan melutut di hadapan mereka berdua. “ Rindu kak Myra tak?”
laju kepala mereka mengangguk. Pipi Myra ditepuk lembut oleh tangan halus Kimi. Dia baru berusia 8 tahun. Myra senyum dan mendukung Kimi setelah Aqram pergi ke tempat lain. Kami berdua menuju ke suatu tempat.
Kimi meminta Myra menurunkan dia lalu menuju ke rimbunan pokok bunga matahari yang tumbuh subur. Mereka berdua yang menanam 5 bulan yang lepas.
“ Tengok ini kak Myra. Anak benih pokok dah jadi bunga.” katanya dengan girang.
Myra mengangguk dan duduk melutut di sebelah kimi. “ Kimi jaga tak?” soalnya perlahan.
Kimi mengangguk dan duduk di hadapan Myra. “ Kan kak Myra janji kalau pokok ini ada bunga, kak Myra nak bawa Kimi pergi sini.” katanya dan menunjukkan gambar kedua-dua ibu bapanya.
Myra mengangguk laju. Pipi gebu Kimi dia elus lembut. “ Ya. Kak Myra ingat. Nanti kita minta izin Umi Zea okey sayang?”
Kimi mengukir senyuman lebar dan mendakap Myra erat. “ Terima kasih kak Myra. Kimi tak sabar nak jumpa ibu dan ayah.” katanya ceria. Sungguh, Myra jadi rindu dengan ayah dan umi. Rindu sangat.
Alex merenung dua insan yang sedang berpelukan di taman bunga itu. Dia dengar semua yang Kimi cakapkan. Hatinya sebak. Dia faham erti gambar yang ditunjukkan oleh Kimi. Semuanya tentang Kimi ada tertulis dalam diari Myra.
Anak itu rapat dengan Myra sebab Myra yang selamatkan dia 2 tahun yang lepas setelah ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Myra mengelus pipi Kimi yang sedang lena tidur.
Bahu Myra disentuh lembut. Dia berpaling. “ Kita dah nak balik, Myra.” kata Puan Isya. Myra mengangguk walaupun dia berat nak meninggalkan anak itu. Janjinya belum lagi tertunai. Keluhan berat dilepaskan.
“ Kami balik dulu.” kata Puan Isya setelah bersalaman dengan Puan Azea. Myra menoleh sekali lagi ke belakang. Kenapa berat sangat hatinya meninggalkan Kimi.
Adi sudah lama balik sejak tengah hari lagi hanya Alex yang menunggu mereka balik bersama-sama.
Alex merenung wajah Myra daripada dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience