67

Romance Completed 8558

Sebaik saja Pak Cik aiskrim beredar begitu juga dengan budak-budak yang lain, Alex mengikuti langkah Myra yang menuju ke pintu pagarnya. “ Terima kasih Alex sebab belanja aku aiskrim.” Ujar Myra dengan senyuman manisnya.
Alex tersengih dan memalingkan wajahnya daripada melihat Myra.
Myra hanya mengeleng.“ Dahlah aku nak masuk dulu. Kau pergilah balik. Asalamualaikum.” Ujar Myra tetapi Alex masih tercegat di situ.
“ Tak nak ajak aku masuk ke? Aku nak juga tengok-tengok rumah kau, bosanlah balik awal.” Soalnya tiba-tiba.
Myra melopong tidak percaya dengan kata-kata Alex. “ Pula, aku baru saja nak kagum dengan alim-alim kucing kau itu kau dah mula lagi merepek. Mana boleh masuk. Tak ada apa-apa hubungan pula itu. Kau nak satu taman bising aku bawa lelaki bukan muhrim masuk rumah.” Bebel Myra.
Alex ketawa. “ Aku tahulah. Ingat aku jahil sangat ke, saja tanya. Manalah tahu kau cair sangat dengan aku sampai izinkan aku masuk pula.” Guraunya tersengih-sengih.
Myra baru nak berura-ura nak membaling seliparnya kepada Alex tetapi dia terhenti. “ Kau balik macam mana? Sini susah tahu nak dapat teksi.” Soalnya laju.
Alex meraup rambutnya selamba. “ Kaki ada, gunalah. Mesti kau ini pemalaskan. Tengok aku, suka jaga kesihatan. Itu yang badan aku tough, sihat bukan macam kau.” Sindir Alex.
Myra mengetap gigi. “ Sekali lagi kau buka mulut, aku telankan kau selipar jamban aku ini. Mata itu jaga. Tak malu punya lelaki.” Marah Myra. Geram dia dengan Alex. Dahlah tengah panas, dia nak tambah panas pula. Namun, dalam dia marah-marah hati tetap kesian dengan dia. Takkan nak jalan kaki terik matahari begini. “ Kejap, kau tunggu eh.” Kata Myra dan berlari ke dalam rumah.
Alex menggaru dahinya.

Tidak lama kemudian Myra keluar semula. “ Nah, gunalah kereta aku. “ Kata Myra dan menyerahkan kunci kereta kepada Alex.
Alex mengerut dahi. “ Kau?”
Myra tersengih nakal. “ Ala, nanti kau suruhlah pembantu kau Mike hantar balik sini. Bolehlah aku cuci mata.” Ujarnya nakal.
Alex mengangguk faham. “ Cuci mata eh?”
Myra mengangguk laju dengan sengihan lebar.
“ Cuci mata dengan dosa? Itu kau nak?” Soalnya sinis.
Myra mencebik. Kenalah pula dia oleh Alex.
Alex berpeluk tubuh merenung Myra. “ Kau pernah tak dengar ayat ini? Mata itu perangkap syaitan. Daripada mata pelbagai rasa akan muncul. So kau itu perempuan, kenalah jaga mata.” Sinis katanya memberi nasihat.
Myra tersenyum malu. “ Yelah. Aku tahu aku salah. Terima kasih untuk nasihat kau. Aku ini cuma manusia biasa saja. In Sha Allah, lain kali aku akan jaga mata aku yang cantik ini. Aku masuk dulu, Asalamualaikum.” Ujar Myra dengan azamnya sebelum dia melangkah masuk.
Alex hanya memerhatikan langkah kaki Myra. “ Walaikumusalam.” Jawapnya perlahan.

Alex masih tidak bergerak pulang. Dia sebenarnya rasa bersalah pula menegur Myra tadi. Dia mencapai handphone yang terletak dikerusi sebelah penumpang. Laju dia mencari nama Myra dalam senarai kenalannya.
“ Asalamualaikum.” Ujarnya sebaik saja panggilan dia bersambut.
“ Walaikumusalam. Kenapa?” Soal Myra.
Alex menarik nafas. “ Kau marah aku ke sebab tegur kau?” soalnya dengan berhati-hati.
Myra ketawa dalam talian. “ Kenapa aku nak marah kau? Kau tegur aku benda baik apa.”
Alex tersenyum sendiri. “ Aku fikir kau marah aku tadi.”
“ Oh, kau takut rupanya aku marah kau. Kenapa? Kau takut eh terpaksa belanja aku aiskrim lagi?” Ejek Myra.
Alex menyandar Rileks. “ Takat belanja kau aiskrim no hal lah untuk aku. Tengah hari ini aku ambil kau eh.”
“ Nak pergi mana?” Soal Myra pelik.
“ Siap saja. Pakai baju formal tahu.” Arahnya.
“ Formal? Nak pergi mana? Aku pakai baju kurung sajalah. Hari ini hari Jumaat. Aku nak jadi gadis melayu terakhir.” katanya dengan nada bangga.
Kali ini tawa Alex meletus kuat. “ Perasan kau inikan. Berlambak lagi gadis melayu terlebih akhir dekat dunia ini. Pakai jelah apa-apa, yang penting kau pakai baju.” Katanya lucu.
“ Kau tak solat jumaat ke? Wajib itu.” ujar Myra tiba-tiba.
Alex terkedu. Solat jumaat? Dah lama dia tinggalkan. Ingat-ingat dia hanya dua tahun lepas dia ada buat, itu pun sebab terpaksa apabila Pak Teh dia suruh sewaktu melawat Alex di Jerman.
“ Sentap ke? Sorry tapi dosa tahu tinggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut.”
Alex tersentak lagi. Dia dah tinggalkan berkali-kali.
“ Okeylah Alex. Asalamualaikum.” Kata Myra dan dia terus mematikan talian.

Alex menyelongkar seluruh kawasan biliknya, mana pula songkoknya ini. Hatinya membebel geram. Baju melayunya dikipas geram.
“ Ya Allah, Alex!” Kata Aunty Nor sebaik saja dia melangkah masuk kedalam bilik Alex. Rak barang-barang peribadi Alex berselerak dengan majalah yang bertaburan.
“ Kesian Mak Som nak kemaskan nanti..” Marahnya terhenti apabila melihat penampilan Alex.
“ Mama ada nampak songkok tak?” Soal Alex laju.
Aunty Nor mendekati Alex dan merenung anaknya itu pelik. “ Alex ke ini?”
Alex cemberut. “ Mama ini sampai hati tak kenal Alex dah.”
Aunty Nor senyum kecil. Dia membelek-belek Alex umpama patung. “ Handsomenya anak mama. Alex nak pergi mana sayang? Ada orang kahwin ke?” Soalnya pelik.
Alex ketawa lucu. “ Alex nak solat jumaat mama.
Aunty Nor terkejut. Solat jumaat?
“ Mama ada nampak songkok tak?”
“ Tanya Fir, dia ada.” Kata Aunty Nor masih terkejut.
Alex baru teringat. “ Thanks mama. Alex pergi dulu eh. Asalamualaikum.” Katanya ceria sebelum menyalami tangan Aunty Nor dan bergerak ke bilik Firman.

Pintu bilik Firman dibuka luas. Firman yang sedang terbongkang tidur terkejut. “ Abang ini kenapa?” Soal Firman geram.
“ Aku nak pinjam songkok. Mana kau punya?” Soalnya laju.
Firman menunjuk ke almarinya. “ Abang nak pergi mana? Nikah?” Soalnya mamai.
Alex mengeleng sebaik saja dia mendapat songkok. “ Aku fikir kau ini kaki solat. Bangunlah, solat jumaat.” Katanya dan berlalu pergi.
Firman terkedu. Solat jumaat? Dia ketawa sendiri. Abangnya solat jumaat apa? Dia menarik selimut ingin menyambung tidur. Tiba-tiba, dia terbangun. “ Solat Jumaat!”

Alex bertembung dengan papanya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
“ Hai papa.” Tegur Alex sewaktu dia menuju ke pintu utama.
Tan Sri Halim mengerut dahi. “ Alex nak ke mana? Ada majlis kahwin?” Soalnya pelik. Surat khabar ditutup.
Alex menyalami tangan papanya. “ Alex nak ke masjid. Solat jumaat. Asalamualaikum.” katanya dan keluar.
Tan Sri Halim terkejut. Alex nak solat jumaat?
Alex menuju ke Pak Sudin yang sedang menghidupkan motornya. “ Pak Din.” Panggil Alex sebaik dia mendekati Pak Din.
Pak din berpaling.
“ Boleh saya tumpang Pak Din ke masjid?” Tanya Alex.
Pak Din terkejut. Dia tersenyum lebar. Alhamdullilah, akhirnya terbuka juga hati Alex nak menunaikan solat jumaat.
.

Myra menyarung baju kurung merah hati, dia memakai selendang hitam kosong. Senyuman lebat terukir sebaik saja dia mengemaskan lilitan tudung. Jam di tangan ditilik. Dah pukul 1:30, Myra menyelak tabir apabila terdengar hon kereta. Cepat-cepat dia mencapai beg dan berlari turun ke bawah. Kereta Mini Cooper hijau tersadai menanti Myra. Dengan cepat dia memasuki kereta.
Alex hanya diam tak bersuara.
Myra memakai seat belt. Saat dia memandang Alex, baru dia perasaan yang Alex memakai baju selangor merah hati sama dengan warna bajunya.
Alex berdehem. “ Ada hutang ke pandang-pandang orang ini?” Soalnya. Mereka meneruskan perjalanan.
Myra tersenyum. “ Alahai, aku baru nak puji kau. Kau tiru warna baju aku eh?” usik myra.
Alex mencebik. “ Sorry okey. Aku dah pakai baju ini sejak jam 12 lagi. Kau yang tiru aku.” Balasnya selamba.
Myra sengih saja. “ Sebenarnya kita nak pergi mana? Ada orang kahwin eh?”
Alex ketawa tiba-tiba. “ Kau orang keempat yang tanya aku pasal kahwin. Kau nak tak kahwin dengan aku?”
Myra tersentak.
Alex menjeling sinis. “ Gurau sikit dah tersentak apalagi kalau real.” dia menjeling Myra yang masih terkejut.
Myra memalingkan wajahnya daripada melihat Alex.
“ Merajuk pula dia. Kau tunggulah saja. Biasalah kalau pakai warna sama, kebetulan saja itu.” Katanya selamba.
Myra mengerut dahi. “ Mana ada kebetulan dalam dunia ini. Semuanya sudah ditakdirkan.”
Alex mengangkat kening. “ So, kira takdirlah kita dipertemukan. Kalau takdir kita bercinta dan berkahwin, macam mana?” Soal Alex ingin tahu.
Myra ketawa perlahan. “ Alah, Alex. Aku malulah nak jawab..” katanya berpura-pura tersipu malu.
Alex mengeleng saja. “ Hei, ada ke orang malu bagitau dia malu.” Sindir Alex.
Myra tersengih. “ Tak ada eh? Manalah aku tahu. In Sha Allah, kalau itu dah takdir Allah, siapalah aku nak menolak bagai. Kau pun apa kurangnya. Kalau dah terdesak sangat boleh juga aku pakai kau.” Jawap Myra selamba.
Alex ketawa sendiri.
Mereka tiba di hadapan sebuah rumah dua tingkat yang sederhana besar. Bukan rumah Alex, rumah siapa lagi ini? “ Jom turun. Kita dah sampai.” Kata Alex dan membuka seat beltnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience