45

Romance Completed 8557

Myra meliar mencari Alex. “ Itu pun dia.” Kata Myra dan menghampiri Alex. Dia sedang menyandar di kereta membelakangi Myra.
“ Asalamualaikum Alex.” Panggil Myra.
Dia terus menoleh melihat Myra.
Myra menutup mulutnya terkejut dengan perubahan di wajah Alex. Segera Myra mendekati Alex.
“ Walaikumussalam.” jawabnya dengan tersengih.
“Wei, kau kenapa?” Soal Myra dengan cemas. Matanya lebam, bibirnya pecah dan pipinya biru. Dia melihat wajah Alex dengan perasaan risau.
Alex hanya ketawa. “ Apa? Ini semua ke? Biasalah, hal lelaki.” Katanya sambil menunjukkan wajahnya sendiri.
Myra masih terkedu. “ Jadi ini sebab kau tak ada seminggu? Patutlah, muka macam kertas lukisan saja.” Sindir Myra.
Alex hanya ketawa.
Myra mendengus. Entah apa yang lucunya. Ngeri pula dia tengok. “ Seriously, kau kenapa? Ditumbuk atau bertumbuk?” Soal Myra dengan risau.
Alex senyum dan membukakan pintu untuk Myra. “ Aku cerita sambil drive, okey. Mama aku dah rindu gila dengan kau.”
Myra melangkah masuk ke dalam kereta.

Myra seakan tidak percaya dengan kata-kata Alex. “ Kau bertumbuk sebab berebut parking saja?”
Alex mengangguk
“ Siapa yang kau tumbuk itu?” Soal Myra lagi.
Dia ketawa. “ Penagih.” jawanya selamba.
Terbeliak mata Myra mendengar. Biar betul? Apa nak jadilah dekat Alex ini. Kepala digeleng perlahan. “ Hebat juga penagih eh sampai boleh lebamkan mata kau.” Sindir Myra.
“ Ala, budak setahun jagung nak berlagak macam pandu Ferari. Aku debiklah.”
Myra menarik nafas dalam. “ Jangan buat begitu lagi. Bahaya. Kalau dia berdendam dengan kau macam mana? Kalau dia balas dekat keluarga kau?”
Alex hanya diam. Tidak membalas kata-kata Myra. Myra juga ikut diam. Suasana sunyi sehingga mereka tiba di rumah Aunty Nor.
“ Myra.” Panggil Alex tiba-tiba.
Myra menoleh. “ Apa? Nak aku pula lebamkan mata sebelah kau?” Soalnya sinis.
Alex ketawa. “ Jomlah masuk.” Katanya dan keluar daripada kereta.
Myra membuka tali pinggang kereta dan keluar.
Aunty Nor yang menanti di hadapan pintu rumah segera menerpa ke arah Myra dan memeluknya erat. “ Rindunya Aunty dengan Myra. Kenapa lama tak datang?” tanya Aunty Nor lantas menarik tangan Myra masuk ke dalam rumah. Alex pula terus jalan menonong ke dapur.
Myra tersenyum kecil. “ Sorry, Myra sibuk sikit.”
Aunty Nor hanya mengangguk.
“ Aunty apa khabar?” Soal Myra.
Aunty Nor mengangguk. “ Aunty baik. Alhamdullillah, tapi yang tak baiknya Alex.” Rungutnya.
Myra tersengih. “ Biasalah Aunty. Darah muda.”
Aunty Nor mengerut dahi. “ Darah muda apanya. Dia sendiri yang cari pasal.” Katanya dengan geram.
Myra diam. Dia tidak berani nak menyahut. Bukan urusan dia nak masuk campur melainkan jika bantuan dia diperlukan.
“ Maaf, Aunty lepas geram pada Myra pula.” kata Aunty Nor dengan perasaan serba salah.
Myra mengeleng. “ Tak apa. Myra okey.”
Tiba-tiba Aunty Nor mengeluh. “ Alex dah buat perangai dia balik. Pening Aunty memikirkan dia ini.”
Myra terpinga-pinga. Perangai lama? “ Maaflah kalau Myra menyibuk, tapi apa maksud Aunty?”
“ Keadaan Alex dulu lagi teruk. Sesekali ada juga dia balik melawat Aunty dan Uncle dekat sini, tapi yang dia buat hanyalah melepak dengan budak samseng, gaduh sana-sini tetapi dia masih hormat Aunty dan Uncle lagi. Lepas itu, Alex ada balik lagi tetapi masa itu dia dah tak buat semua perkara negatif tersebut. Tiba-tiba dia berubah. Alex tinggalkan semua aktiviti negatif dia. Aunty dan Uncle dah bersyukur sangat tapi sekarang..Myra fahamlahkan.” Katanya dengan sedih.
Myra terkelu, dia tak tahu semua itu.
“ Tapi sekarang dia buat balik perangai lama dia. Mana Aunty tak risau.” Ujarnya lemah.
Myra merenung wajah risau Aunty Nor. “ Alex ada masalah kot Aunty?” Teka Myra.
Aunty Nor mengangkat bahu. “ Entahlah Aunty dah tanya tapi dia cakap tak ada, tapi Aunty yakin dia pasti ada sembunyikan sesuatu.” Aunty Nor menyentuh tangan Myra dengan lembut. “ Boleh Myra slow talk dengan Alex? Mana tahu dia nak share dengan Myra?” Pinta Aunty Nor.
Myra terkejut. “ Myra? Tapi Myra hanya kawan dia saja.” Kata Myra mustahil.
Aunty Nor tersenyum. “ Aunty yakin Alex boleh cerita dengan Myra.” ujar Aunty Nor dengan mengenggam erat tangan Myra.
Myra terdiam.

“ Okey, food is ready.” Kata Alex dengan ceria sebaik saja dia keluar dari dapur.
Myra menelan air liur melihat pelbagai hidangan makanan di atas meja. Banyaknya dia masak. Habis ke ini?
Aunty Nor duduk di hadapan Myra dan Alex mengambil tempat di sebelah Myra. Setelah membaca doa makan, Alex terus mengambilkan pelbagai jenis lauk pauk untuk Myra.
Cepat-cepat Myra menahan tangan Alex. “ Dahlah, banyak sangat ini. Nanti tak habis.” Tolak Myra. Terasa kenyang melihat pinggannya yang sudah penuh itu.
“ Kau makan sikit sangat.”
Aunty Nor hanya tersenyum nipis.
“ Tak elok membazirlah.” Kata Myra. Dia mencapai sudu dan menyuap nasi perlahan-lahan ke dalam mulut.
Aunty Nor meminta diri ke atas apabila handphone dia berdering.
Myra melihat pinggan Alex yang hanya ada nasi dan ayam masak merah. “ Sikitnya kau makan?” Soal Myra.
Alex tersengih. “ Tak ada selera.”
Myra kembali meneruskan makan dan tiba-tiba Alex mengambil sudu dan makan dalam pinggan yang sama dengan Myra.
Terkejut Myra dengan tindakan Alex.
Myra berhenti menyuap dan memerhatikan Alex makan. Dia serba salah hendak makan sekali kerana dia pernah terbaca berkongsi makan dengan yang bukan muhrim ini haram. Hendak ditegur dia kesian Alex akan berhenti makan, daripada gayanya macam lama tak makan. Bila hampir licin pinggan itu baru dia berhenti dan melihat Myra. “ Kenapa tak makan? Kau geli eh?”
Myra tersenyum nipis. “ Taklah, aku tengok kau makan laju. Tak sampai hati aku nak makan sekali, nanti tak cukup pula kau makan. Macam tak makan seminggu.” Kata Myra pelik.
Dia ketawa dan mencapai segelas air putih.
Myra mencapai pinggan Alex dan memakan makanannya yang tidak berusik
Tidak lama kemudian, muncul kelibat Aunty Nor. “ Alex dah makan?”
Alex mengangguk. “ Dah mama. Kenyang dah.” Katanya tersengih-sengih.
Aunty nor duduk di kerusinya. “ Tadi Aunty Sal call. Dia kirim salam dengan Alex, Dalila juga kirim salam dengan Alex.”
Alex hanya mengangguk.

Selepas menolong Aunty Nor mengemas pinggan, Alex mengajak Myra menuju ke taman. Alex berbaring di atas rumput manakala Myra hanya duduk di hamparan rumput yang terjaga rapi.
Myra berdehem perlahan. “ Kau ada masalah ke?”
Alex ketawa. “ Manusia mana tak ada masalah, Myra.” Balasnya.
Myra mencebik. Alex duduk dan menghadap Myra. “ Kau nak dengar cerita aku tak?”
Myra mengangkat kening. “ Kalau kau nak cerita, aku okey saja.”
Alex kembali berbaring semula.
Myra menanti Alex membuka ceritanya dia tetap membisu. Berat sangat kot masalah dia, getus hati Myra. Kalau dah sampai bertumbuk..
“ Aku..” kata-kata Alex terhenti seketika. Lantas Myra melihat Alex. Menanti dia menyambung kata.
“ Aku tak suka dikongkong oleh lelaki itu. Aku nak kebebasan tapi dia tak pernah faham aku. Aku buat semua perkara yang tak baik semata-mata nak sakitkan hati dia. Lepak dengan samseng, ponteng class, gaduh dengan samseng, fail dalam exam dan macam-macam lagi. Sampailah aku dimasukkan dalam lokap. Itulah hari, tempat dan perkara yang paling teruk dan menakutkan dalam hidup aku, lokap kot. Tapi lelaki itu lepaskan aku. Satu hari aku lepas aku gaduh besar dengan lelaki itu, aku melepak dekat taman perumahan tempat tinggal aku. Kau tahu, kawasan penduduk islam. Mereka semua dah tahu tentang pergaduhan aku dan lelaki itu. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dan dia ceramah aku. Dahlah hati aku hangat, dia punya kata-kata tambah hangat hati aku. Then, aku tumbuklah dia. Dia menangis dan lari balik rumah.”
Myra mengeleng sendiri. Siapa yang dia maksudkan eh?
“ Tiba-tiba budak lelaki itu datang balik. Tapi dia ada bawa perempuan, kakak dia mungkin. Perempuan itu tak cakap apa-apa dan dia terus lempang pipi aku, kuat. Aku terkejut dan nak balas balik tapi kata-kata dia menghentikan perbuatan aku. Dia cakap begini pada aku
‘ mungkin awak tak pernah rasa sakit sehingga awak sanggup menyakitkan orang lain’ kata-kata dia buat aku terkedu dan mereka terus balik.”
Myra tergamam.
“ Masa itu aku ingat balik semua yang aku pernah buat. Satu persatu dan aku rasa memang aku tak berguna langsung.” Katanya dengan sengihan tawar.
Dia melepaskan keluhan. “ Cerita aku tak menarik langsung. Mesti kau bosan?”
Myra melihat Alex. “ Belum lagi, aku masih tak tahu kenapa kau buat balik perangai lama kau?”
Alex membalas tatapan Myra sebelum dia memejamkan mata. “ Lelaki itu paksa aku sambung belajar di Jerman semula.”
Myra melopong. “ Baguslah. Itu satu perkara yang baik.”
Alex mengeluh. “ Tapi aku tak nak.” Katanya tegang.
Kalaulah dia dapat peluang begitu, memang tak akan dilepaskan. Myra mengaru pipinya. Masalah betul. “ Kejap, siapa lelaki yang kau maksudkan ini?” Baru dia teringat apa yang nak ditanyakan tadi.
“ Daddy akulah.”
Myra mengangguk. Patutlah.
Kami membisu seketika. Myra menjeling Alex yang sedang memejamkan matanya dengan tangan di kepalanya. Jangan dia tidur sudah. “ Alex.”
Dia membuka mata dan memandang Myra.
Myra mengukir senyuman manis. “ Aku tahu kau boleh buat keputusan yang terbaik. Aku sayang aku Alex, sebagai sahabat aku nak yang terbaik untuk kau. Tak salahkan kalau kau cuba ikut apa yang Daddy kau minta. Lagipun, itu semua untuk kebaikan kau juga. Mana tahu ada sesuatu yang menanti kalau kau ikut cadangan Daddy kau. Aku tahu kau tak nak tapi cuba kau renungkan ayat ini, mungkin saja kamu membenci apa yang buruk bagi kamu padahal ianya baik untuk kamu dan mungkin saja kamu menyukai sesuatu yang baik untuk kamu padahal ianya buruk bagi kamu.. So fikirkanlah betul-betul keputusan kau.”
Alex merenung Myra lama sehingga membuatkan Myra tidak selesa. “ Aku tahulah aku baru saja bagi separuh kelegaan untuk kau tapi janganlah tengok aku begitu.” Marahnya.
Alex ketawa sambil mengangguk. “ Okey, terima kasih. Aku akan fikirkan kata-kata kau.” katanya dengan ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience