27

Romance Completed 8558

Myra duduk santai di Cafe University Kuala Lumpur. Dia sedang menulis sesuatu di buku nota doraemon dia. Kartun kesukaan dia itu sejak dulu.
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam Cafe. Mata Myra lantas melihat gerangan lelaki tersebut. Macam biasa dengan kamera dan laptop apple dia. Myra perasan kehadiran lelaki itu sejak seminggu yang lalu. Cepat-cepat Myra mengalihkan pandangan apabila matanya bertembung dengan pemilik mata yang bertopi itu. Seketika kerjanya terhenti apabila memikirkan perangai Zatie yang asyik moody saja sejak Akim menghantar dia balik minggu lepas. Boleh-boleh dia tuduh Myra ada hubungan dengan Akim. Kebetulan Zatie berdiri di luar pintu rumah semasa Akim juga turut keluar mengikuti Myra. Rasanya Zatie masih belum boleh move on dengan Akim.
Tiba-tiba, handphonenya bergetar di atas meja. Cepat-cepat Myra menyambut call tersebut. “ Helo.” Arman yang call rupanya. “ Kenapa? Buku? Sekejap aku hantar.” kata Myra dan mematikan call lantas kelam-kabut mengemas barang-barangnya. Arman ialah rakan sekumpulan dia. Tanpa sedar dia terjatuhkan buku notanya di lantai.
Myra bingkas bangun. “ Mamak, pergi dulu.” jerit Myra dan berlari keluar daripada Cafe.
Alex mengangkat wajahnya dan menanggalkan topinya. Dia tersenyum lucu. Gambar-gambar Myra yang ditangkapnya ditatap lama. “ Kau masih tak berubah eh Myra.” katanya sendiri.
Dia bangun. Hari ini tugasnya selesai. Adi sudah menguruskan pendaftarannya sebagai pelajar University Kuala Lumpur. Baru saja dia nak melangkah pergi matanya tertumpu pada sebuah buku nota kartun doraemon. Senyuman lebar terlukis di bibirnya. “ Kau memang betuk-betul tak berubah.” getusnya sendiri dan mencapai buku itu dan pergi.

Zatie mengajak Myra makan malam di Cafe Mamak disebabkan kami satu rumah malas nak masak. Myra menyewa bersama Zatie, Sarah dan Syila. Myra hanya rapat dengan Zatie, Sarah dan Syila tak biasa sebab mereka jarang bersembang dan lebih suka berkurung di bilik masing-masing.
“ Myra, apa lagi yang kau tertoleh-toleh itu.” kata Zatie sambil menekan-nekan handphonenya. Myra tahu yang dipegang Zatie itu handphone baru.
“ Buku nota aku hilang. Sudah dua hari aku cari tapi tak ada.” Semua tempat dia sudah cari kecuali Cafe Mamak. Yelah takkan dia nak datang makan sana setiap hari, pokai poketnya walaupun Mamak berikan dia diskaun.
Myra pernah kerja di Cafe Mamak dulu masa tahun pertama dia selama sebulan tanpa gaji sebab ekonomi Mamak yang gawat. Dia perlu selesaikan hutang untuk bayar Cafe dia yang hampir terjual kerana anaknya menjadikan cagaran di bank hanya sebab nak membuka kedai menjual aksesori permotoran. Semua pekerja terpaksa diberhentikan kerana tak mampu membayar gaji mereka.
“ Dahlah, nanti aku tolong kau cari buku itu.” kata Zatie.
Myra tersenyum. “ Janji eh tolong aku.” katanya dan mengejar langkah Zatie yang semakin menjauh. Dia ketawa apabila Myra memaut lengannya. Myra tersengih lebar sebab Zatie mesti akan kotakan yang dia akan tolong dia mencari nanti.

“ Asalamualaikum mamak.” Tegur kami berdua sebaik sahaja menjejak kaki di Cafe Mamak.
“ Walaikumussalam Myra, Zatie.” Jawapnya sambil mengelap meja makan.
Kami lantas duduk di meja biasa. “ Mamak, macam biasa ya.” kata Zatie selamba menjerit.
Mamak mengangguk dan masuk ke dapur.
“ Myra, cantik tak handphone aku?” soalnya teruja. Dia menayangkan phone tersebut.
Myra mencebik. “ Kali ini siapa pula yang bagi?” tanya Myra.
Dia tersenyum lebar. “ Sayang akulah, Hairul. Mungkin kali ini lama sikit.” katanya dengan bangga.
Myra diam saja. Dia tak suka sebenarnya. Zatie perempuan, tapi asyik bertukar-tukar boyfriend. Myra takut manalah tahu ada ex dia yang tak puas hati ke, nauzubillahiminzalik, semoga Zatie sentiasa di lindungi Allah.
“ Aku nak pergi toilet kejap.” kata Zatie tiba-tiba dan bingkas bangun.
Myra hanya memerhatikan segenap ruangan Cafe ini. Hanya ada mereka berdua, sepasangan suami isteri yang menyewa di sebelah Cafe ini.
Zatie datang semula ke meja dengan kelam-kabut. “ Myra, sorry. Hairul tunggu aku dekat luarlah. Dia ajak jalan-jalan dekat City Square. Aku pergi dulu, girl.” katanya dan keluar tanpa sempat Myra membalas.
Myra hanya mampu melepaskan nafas perlahan. “ Dia yang ajak datang sini tapi dia juga yang tinggalkan aku sendiri.” omel Myra geram.
Mamak keluar dengan menatang dulang berisi makanan kami. “ Eh, Zatie mana?” soal Mamak dengan hairan.
“ Dia dah balik Mamak. Tak apa, saya makan dua-dua.” kata Myra dengan lemah.
“ Myra boleh bawa balik. Tak payah bayar.” Katanya tersenyum.
Cepat-cepat Myra meletak Rm 10 ringgit di dulang tersebut. Myra mengeleng apabila mamak ingin memulangkan semula duit tersebut. Mamak mengucapkan terima kasih dan masuk ke dalam dapur.

Siap makan, Myra melangkah keluar daripada Cafe. Matanya meliar memandang kiri dan kanan jalan yang sunyi. Seakan rasa diekori pun ada. Sekejap Myra melajukan langkahnya sekejap dia melambatkan langkah kakinya. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat dan Myra menarik nafas laju sebelum membuka langkah seribu. Bunyi itu semakin dekat seolah dia juga berlari seperti Myra. Jantungnya semakin berdetak laju. Ya Allah, tolong aku.
Tangannya direntap daripada arah belakang dan membuatkan Myra berhenti berlari lalu jatuh tapi dia tak rasa sakit sebab Myra jatuh atas badan seseorang. Cepat-cepat Myra menolak orang itu dan bangun. Myra terjatuh spesifik di atas dada bidang seorang lelaki yang masih mengenggam erat pergelangan tangannya.
“ Lepaslah. Tolong!” jerit Myra sekuat hatinya. Lelaki itu cemas dan menekup mulut Myra dengan tangannya. Myra meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Dia perlu selamatkan diri dan maruahnya. Dengan geram tangan lelaki itu digigitnya sehingga dia menjerit kesakitan.
“ Myra, ini akulah Alex.” jerit lelaki itu dalam kesakitan.
Myra melepaskan gigitannya disebabkan rasa terkejut. Alex?
Alex memegang tangannya yang sudah nampak kemerahan itu.
Myra cuba menatap wajah Alex yang masih ditutupi hoodie itu tapi tak jelas disebabkan oleh keadaan yang gelap. Figura Alex yang tinggi membuatkan dia nampak asing untuk Myra.
“ Myra, sakit gila gigitan kau.” adu Alex.
Myra mengetap gigi sebelum berpaling hendak balik.
Alex segera mengejar langkah Myra dan menghalang jalan gadis itu. “ Myra, tunggulah.” tahannya.
“ Kau siapa? Aku tak ada kawan nama Alex.” kata Myra dengan nada beku. Kenapa dia perlu datang semula? Kenapa perlu ingat dia semula saat dia belajar melupakan seorang ‘sahabat’?
Alex terkejut. Dia menatap wajah itu dengan mata terbeliak.
“ Myra, ini aku Alex. Takkan kau dah lupa aku. Baru 4 tahun kita tak jumpa.” katanya tidak percaya. Dia mengoyangkan bahu Myra berkali-kali.
“ Jangan sentuh aku.” marah Myra dan menepis tangan Alex dengan kasar.
Alex terkedu. Myra? Wajah tidak berperasaan itu mengejutkan dia.
Myra ingin meneruskan langkahnya tapi dihalang oleh Alex yang memandang dia dengan tajam.
“ Kau tipu, kau masih ingat aku. Sorry okey sebab aku pergi tak bagitahu kau.” katanya dengan nada perlahan dan sayu.
Myra menarik nafas. “ Tak payah nak cakap benda yang dah lama jadi. Aku tak nak tahu langsung dan jangan pernah kau ingat aku lagi.” katanya dengan dingin dengan mata memandang tempat lain.
Alex terpinga-pinga. “ Myra, kau benci aku?” masih terkejut dengan perubahan Myra.
Myra mengeleng. “ Sudahlah Alex. Sekarang semua dah berubah. Lebih baik kau juga lupakan aku seperti mana aku lupakan kau.” ujar Myra dengan tenang.
Alex ketawa sinis mendengar kata-kata Myra “ Kau tak pernah lupakan aku. Aku tahu, buku ini cukup untuk bagitahu aku segalanya dalam 4 tahun ini.” katanya sambil menayangkan sebuah buku yang berhabis dia mencari.
Terbuntang mata Myra melihat bukunya yang hilang itu. “ Bagi balik.!” kata Myra dan cuba merampas semula buku itu tetapi Alex dengan senjaga mengangkat buku itu setinggi yang boleh.
“ Alex.!” jerit Myra dengan kuat. Pipinya sudah memerah. Menahan marah.
Dia ketawa pula. “ Aku rindu suara kau panggil aku dengan nada marah.” katanya sambil memandang Myra sedalamnya.
Myra terkedu. Segera dia bergerak menjauhi Alex. Jemari diigenggam kuat.
“Aku minta maaf, Myra.” ujar Alex perlahan.
Tubir mata Myra mulai bergenang air mata. “ Kau tak tahu apa yang aku lalui tanpa kau.” katanya perlahan. “ Aku nak balik, tolonglah.” kata Myra dengan suara yang rendah menahan sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience