18

Romance Completed 8557

Suasana mulai sunyi seketika. Myra menjeling Alex yang diam sahaja. Dia memerhatikan kapal kecil di atas permukaan air tersebut.
“ Kau okeykan?” Soal Myra memecahkan kesunyian antara kami.
Dia mengangguk dan kami kembali sepi.
Myra berdehem. “ Kau marah aku datang kacau kau dekat sini?” Soal Myra lagi.
Alex tetap diam.
“ Alexander!” Panggilnya geram.
Dia melihat Myra. “ Apa?!” Marahnya
Myra tersenyum nakal. “ Ada suara pun.” Katanya tanpa rasa bersalah. Dia memberikan jelingan maut.
“ Kalau aku tanya sesuatu kau marah tak?” Soal Myra perlahan.
“ Bergantung.”
Myra duduk menghadap Alex dan bersila dengan wajah yang penuh makna tersirat. “ Kenapa kau tak join sambut birthday dekat company tadi? Kenapa kau seorang diri di sini? Kenapa kau tak bagitahu kawan-kawan kita birthday kau? Kenapa..”
“ Stop.” Kata Alex tiba-tiba. Myra terkedu. Dia mengeluh. “ Kau ini bercakap non-stop. Pening kepala aku.”
Myra tersengih-sengih. “ Kan membuang masa kalau tanya satu-satu. Lebih baik sekaligus sahaja.” Katanya selamba.
Alex melihat Myra tak percaya sebelum dia juga ketawa. Myra tak marah hanya senyum sahaja.
“ Kau tak marah aku ketawakan kau?” Soalnya apabila dia berhenti ketawa.
Myra mengeleng kepalanya. “ Tak. Sebab hari ini hari lahir kau. Aku nak kawan aku gembira saja.”
Alex mengetap gigi dan memalingkan wajahnya daripada melihat Myra.
“ Aku tak pernah menyesal bertemu dengan kau, Alex. Biarpun kau menyakitkan hati, suka membuli tapi kau ada bila aku susah. Terima kasih.” ujarnya dengan lembut.
Alex tersengih sambil merendam kakinya dalam air.
“ Boleh aku minta hadiah daripada kau?” Soal Myra tiba-tiba.
Alex mengangkat kening.
Myra tersenyum lebar.” Janji dengan aku yang kau akan jadi kawan terbaik aku.”Alex melihat Myra tidak percaya mungkin dengan ‘hadiah’ yang dia minta. Perlahan-lahan Alex mengukir senyuman manis. “ Aku pun nak hadiah juga daripada kau.”
“ Apa?” Soalnya pelik.
“ Janji dengan aku yang kau akan terus ada untuk aku.” Ini pertama kali Alex meminta seseorang yang asing bagi dia untuk berjanji.
Myra ketawa mendengar kata-kata Alex dan mengangguk laju. Suasana mulai bertukar ceria.
“ Kau kawan lelaki pertama aku.”
“ Kau kawan perempuan pertama aku.” Kata kami serentak sebelum masing-masing saling mencebik.
“ Penipulah kau.” Ujar Myra sinis.
“ Kau pun apa kurangnya. Akim tu apa benda.” Katanya sinis.
Myra mengetap gigi geram. “ Hei, kau pun ada Lisa.” Tidak lama kemudian Alex tersengih-sengih.
“ Kapal kau eh?” Soal Myra dan mencuba mengapai kapal tersebut tetapi semakin menjauhlah pula daripada dia.
Alex mengangguk. “ Hadiah arwah ibu aku.” Katanya perlahan. Myra terdiam. Rasa bersalah pula menyerang.
” Maaf.” Katanya perlahan.
Alex ketawa. “ No hal lah.”katanya selamba.

Suasana mulai sunyi kembali antara kami. Myra berdehem serentak dengan deheman Alex. Kami berpandangan sebelum ketawa. Alex menggaru tengkuknya.
“ Kau tak rasa ke kita sangat sunyi sekarang?” Soal Myra.
Alex mengangguk. “ Sunyi. Tapi aku tak tahu nak cakap apa.”
Myra berdiri tiba-tiba. Baru dia teringat sesuatu. Alex melihat pelik. “ Kau nak pergi mana?” Soalnya lagi.
“ Baliklah. Nak tamat dah waktu persekolahan. Ini harikan hari Jumaat.” Kata Myra dengan kelam-kabut sambil mengemas kontena. Alex masih relax goyang kaki.
“ Kau tak nak balik ke? Jam berapa kau balik? Jangan balik lambat sangat tau, bahaya” Katanya risau. Kening dia ternaik apabila Alex mengeleng saja.
“ Best ke ada keluarga?” Soal Alex tiba-tiba sebaik sahaja Myra bergerak meninggalkan dia. Suaranya yang perlahan masih jelas di telinga Myra.
Myra berpusing melihat Alex yang membelakangi dia
“ Aku tak ada keluarga. Aku nak ada keluarga.” Katanya dengan perlahan. Dia menunduk sewaktu berkata begitu. Sungguh Myra terkedu dengan kata-katanya.
Kesian Alex, bisik hatinya sendiri. Perlahan-lahan Myra mendekati dia dan tanpa amaran Myra memukul perlahan bahu Alex dengan kontena di tangannya. Alex terkejut dan mengaduh kesakitan.
“ Aku tak pernah kenal Alex hati kaca begini. Hei, bro. Kau kan ada aku, ada kawan-kawan kita dan yang penting kau ada Allah. Ingat itu.” Kata Myra dan berlalu pergi meninggalkan Alex yang terpinga-pinga sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience