c13

Romance Completed 8558

Tiga hari Myra berkampung di hospital. Nasib baik dia hanya mengalami cedera kecil dan sedikit luka di bahagian lutut kerana bernasib baik tercampak ke kawasan semak dan kereta tersebut sempat membrek mengejut.
“ Myra!” Panggil Zatie, Mija, Mimi, dan Kery dengan kuat. Terlepas nota yang sedang dipegang kerana terkejut.
“ Kau okey?” Soal mereka serentak.
Myra tersenyum kecil. “ Alhamdulillah. Selamat dan masih hidup lagi.”
“ Terkejut kami dengar berita kemalangan kau kelmarin. 3’sha yang bagitahu.” kata Kery.
Kening Myra terangkat. “ Mana diorang tahu?” Soalnya pelik. Kery hanya mengangkat bahu.
Mereka menemankan Myra sehingga waktu melawat tamat.

“ Hati-hati sayang.” Ujar Umi sebelum Myra melangkah keluar daripada kereta.
“ Okay Umi.” Katanya dan menyalami tangan Umi.
Setelah kereta Umi menghilang daripada pandangan Myra perlahan-lahan dia memasuki pagar sekolah. Pergerakannya masih perlahan kerana lutut yang masih bengkak dan luka yang masih belum sembuh. Ramai mata-mata yang memehatikan Myra sewaktu dia menaiki anak tangga. Myra tidak mempedulikan mereka dan berjalan perlahan-lahan menaiki anak tangga. Sakit sebenarnya nak menaiki anak tangga kerana lutut yang melecet dan terpaksa membengkokkan lutut pula.
“ Myra.” Jerit Mimi dengan kuat. Myra tersengih. Pasti mereka terkejut melihat kehadiran dia sebab Myra tak bagitahu nak datang sekolah hari ini. “ Kau betul-betul dah sembuh ke ini?” Soalnya risau.
Myra hanya tersenyum. “ Kau dah tengok aku depan mata kau so aku okey lah.”
Nama Mimi dipanggil dari tingkat bawah oleh Madam Sue. “ Kejap eh, nanti aku suruh Mija tolong kau.” Katanya dan berlari-lari anak menuruni anak tangga.
Kali ini dia terpaksa menuruni anak tangga untuk menuju ke Company Ninja tahap dua. Bertembung pula dengan Alex dan VROMANCE yang sedang duduk melepak di tangga.
“ Teruk sangat ke cedera kau Myra?” Soal Putra yang juga ada di situ. Entah apa yang dia buat dengan geng Alex.
“ Teruk itu taklah juga.” Katanya perlahan. Berhati-hati dia menuruni anak tangga yang agak tinggi jaraknya. Hampir Myra terjatuh apabila bertembung dengan Siti yang tiba-tiba berlari menuruni anak tangga. Sepasang tangan merentap kemas lengan Myra agar tidak tersungkur jatuh. Jantungnya berdegup kencang. Rupanya Alex yang menolong dia. Semua mata melihat mereka berdua. Dengan segera Myra merentap lengannya dan berjalan meninggalkan mereka semua tanpa mengucapkan terima kasih dekat Alex.

Semua orang pergi ke kantin tinggal Myra sahaja yang ada di company. Malas nak turun naik tangga. Myra meletak kepala di atas meja sambil berangan-angan untuk tidur tetapi tiba-tiba sebakul plastik diletakkan di hadapan dia. Makanan?
Myra mendongak. Alex. Dia melihat Myra sekilas sebelum berpaling muka. “ Untuk aku ke?” Soalnya.
“ Yelah. Untuk siapa lagi makanan itu nak disumbat?” Jawapnya sinis.
Myra terkejut. Macam tak percaya pun ada juga. “ Baiknya kau. Ada apa-apa ke ini?” soalnya curiga. Wajah Alex direnung tajam. Baru dia perasan dahi Alex sedikit lebam. Hatinya mulai berbau curiga yang mendalam. Jangan-jangan dia yang rosakkan brek skuter Myra.
“ Kau ada buat salah dengan aku eh? Dan ini sebagai tanda minta maaf kau?” Soalnya tajam.
Dia tetap diam dan membisu. Myra pula geram dengan kebisuan dia.
“ Jangan buat aku fikir kaulah yang jahanamkan skuter aku.” Tebaknya.
Alex menghentak meja Myra dengan kasar. “ Jangan nak suka hati kau tuduh aku begitu.” Marahnya sebelum berlalu pergi.
Myra hanya mencebik. Tahu juga dia marah. Namun, terbit juga rasa bersalah dalam hatinya kerana menuduh Alex tanpa sebarang bukti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience