42

Romance Completed 8557

Kami kini menuju hampir dengan Air Terjun Mata Puteri. Bunyi jatuhan air yang semakin kuat membuatkan Myra betul-betul teruja. Langkah kaki dipercepatkan. Alex menarik beg Myra apabila dia mula berjalan agak laju. “ Hati-hati, denai yang kita lalu ini licin. Sabar sikit, macam kita tak akan sampai-sampai sana.” Tegur Alex dengan tegas.
Myra tersengih-sengih nakal. “ Sorry, excited.” Kata Myra dan mengikuti arahan Alex. Sabar Myra, keselamatan perlu diutamakan.

Kepenatan seakan hilang apabila melihat keindahan dan kejernihan Air Terjun Mata puteri. Di bawah Air Terjun tersebut ada sebuah gua. Air Terjun Mata Puteri diambil sempena nama bentuk gua tersebut yang diperhatikan seperti bentuk mata manusia. Cerita Pak Cik Ali yang air terjun ini tempat mandi puteri-puteri dahulu kala. Entah betul atau sekadar nak menambah cerita. Ketinggian air terjun dari atas gua setinggi 30 meter dari tanah. Tak perlu menyelam, hanya berdiri berdekatan curahan air terjun sudah buat sesiapa saja basah kuyup seperti akim.
“ Excited betul kau inikan.” Sindir Zatie kepada Akim.
Myra senyum senget. Akim, Akim. Kepala digeleng perlahan lucu apabila Akim mengigil kesejukan. Cepat-cepat Myra mengambil beberapa gambar kenangan. “ Cantiknya ciptaan Allah. Subhanallah.”
Kelihatan agak ramai juga pelancong dan orang awam yang datang ke tempat ini. Penuh tapak perkhemahan dengan khemah yang ada. Myra mendirikan khemah bersama Zatie dan Sarah. Manakala Ema dengan Mar dan Lina.
Pak Cik Ali bersama isterinya. Yang budak lelaki semua berkumpul bersama. Entah macam manalah mereka berempat terutama Alex dan Akim yang tak berngam itu.
Mereka bergotong-royong menyediakan makan malam. Hanya memasak nasi dan menjerang air saja sebab Mak Cik Diah ada membawa bekalan lauk pauk daripada rumah. Zatie mengajak Myra masak maggie. Pelik juga maggie ada jual di tengan hutan ini. “ Ada perempuan yang jual dekat aku, kami sistem barter. Dia nak gula-gula aku.” bisiknya.
Alex mendekati Myra dengan semangkuk maggie yang masih berasap. Takkan dia pun sistem barter juga.
“ Myra, kau nak share dengan aku?” Soal Alex apabila dia duduk di samping Myra.
Kepala digeleng. “ Aku baru saja siap makan maggie dengan Zatie. Mana kau dapat?”
Dia tersengih sambil makan maggie dengan berselera. “ Adalah.” katanya dengan rahsia.
Myra mencebik. “ Jangan-jangan kau beli dekat Zatie tak?”
Alex mengangguk laju dengan maggie penuh dalam mulutnya.
Myra hanya mengeleng dengan telatah Alex. Kemudian dia memerhatikan sekeliling. Suasana waktu malam di sini sangat berbeza dengan waktu siang. Malam lagi cantik dan udaranya lagi sejuk. Dada langit dipenuhi bintang dan kunang-kunang yang berkelip.
“ Myra kau nak ikut aku tak lepas ini?” Soal Alex tiba-tiba.
Myra menoleh dan melihat mangkuknya sudah kosong. “ Pergi mana?”
Alex tersengih nakal. “ Adalah. Tempat itu best.”
Myra mengerut dahinya pelik. “ Pak Cik dan yang lain tak ikut?”
Alex mengeleng. “ Kita berdua sajalah.”
Myra menolak. “ Tak naklah. Kau gila apa?” Apa Pula kata mereka nanti.
Alex ketawa. “ Aku tak gilalah. Bukan jauh pun dekat sini-sini saja.”
Myra menjeling dia tajam. Suka buat orang fikir bukan-bukan. “ Bawa Zatielah. Lebih baik.”
“ Suka hati kau. Aku tunggu dekat depan itu saja. Datang cepat tau.” arahnya sebelum bangun dan pergi ketempat lain.

“ Kita nak pergi mana ini?” Soal Zatie apabila Myra menarik dia ke tempat yang Alex janjikan.
“ Ikut saja.”
Tidak pula kelihatan Alex di sini.
“ Wah, cantiknya tempat ini. Kenapa kita tak perasan tadi?” Kata Zatie terpukau.
Myra juga terpukau. Tempat ini agak tinggi daripada permukaan air. Terdapat jambatan kecil yang menghubungkan antara denai kecil menuju ke laluan kecil. Jambatan tersebut pula terdapat tumbuhan hijau yang menjalar dan melilit tali jambatan. Lampu-lampu dipasang di setiap tiang yang ada di situ. Zatie menarik Myra meniti jambatan kecil itu menuju ke seberang.
“ Zatie, tak payahlah.” Larang Myra. Seram dia dengan kawasan tersebut walaupun cantik tetapi hari sudah malam dan kawasan itu tiada orang.
“ Alah, kejap saja.” Rayu Zatie dan menarik Myra ke laluan tersebut.
Myra mengeleng dan mencuba mengajak Zatie berpatah balik.
Zatie tetap berkeras dan tiba-tiba dia berlari terus ke laluan kecil setelah tiba di sana.
Myra terkejut. “ Zatie!” Jerit Myra terkejut tetapi kelibatnya sudah lesap. Terasa bulu romanya meremang. “ Apa patut aku buat ini?” soalnya cemas. Baru dia berkira nak mengejar langkah Zatie lengannya ditarik dengan kuat.
“ Hei, kau nak pergi mana?” Soal Alex pelik.
Myra segera menarik tangan Alex. “ Alex, tolong aku.” Kata Myra dengan cemas.
Alex mengerut dahi pelik. “ Kenapa?”
“ Myra, kau pergi mana? Aku cari kau merata-rata.” kata satu suara yang sama dengan zatie.
Myra menolak sedikit badan Alex dan melihat Zatie dengan terkejut. “ Za..Zat..Zatie..” Kata Myra dengan tergagap-gagap.
Zatie mendekati Myra. “ Yelah. Ini aku. Kau dah kenapa?”
Myra menoleh ke belakangnya semula. Takkan dia silap tengok? Zatie yang berlari ke laluan itu tadi.
Alex mengeleng. “ Dahlah, jom kita balik.” katanya dengan tegas. Dia menarik tangan Myra kuat. Myra masih terpinga-pinga.
Zatie memegang tangan kanan Myra. “ Myra, sorry.” bisiknya.
Myra melihat Zatie pelik.
“ Dah, balik.” Kata Alex dan mereka meninggalkan tempat itu.

Myra mencubit lengan Zatie berkali-kali dengan geram. “ Ya Allah, geramnya aku.”
Dia tersengih-sengih. Tangan Myra dipegang kuat agar tidak mencubit dia. “ Sorry, aku lari tapi aku pusing balik ikut jalan sebelah kanan dan keluar di belakang. Laluan itu pusing-pusing saja sebenarnya. Masa itu pula Alex datang.” katanya dengan nada bersalah.
Myra menahan geram. Sia-sialah dia takut tadi. “ Sampai hati kau buat aku begitu.” kata Myra berjauh hati.
Zatie memeluk Myra. “ Sorry, janji tak buat lagi.”
Myra mencubit pipi Zatie dengan kuat sehingga dia menjerit kecil.
“ Korang, sudahlah itu nak bercinta. Aku nak tidurlah. Nak kumpul tenaga untuk esok.” Marah Sarah.
“ Sorry.” Kata Myra dengan Zatie serentak.

Dengan malas dan mengantuk yang masih kuat menguasai diri. Myra gagahkan juga untuk bangun mandi. Rasa macam tak nak bangun saja. Udara pagi sangat sejuk sehingga dia mengigil mandi tadi.
“ Zatie, Sarah. Bangunlah mandi. Kita nak solat subuh berjemaah ini.” Kejut Myra setelah siap mandi.
Zatie menolak tangan Myra begitu juga dengan Sarah.
“ Korang bangunlah subuh.” walaupun sudah segar tapi mata masih berat benar.
Tiba-tiba, pintu khemah digoyang. Terus Myra tersedar semula. Kepala dijenguk keluar.
“ Bangunlah subuh.” Kata Alex sebelum berlalu.
Myra hanya mengangguk dan melihat Alex pergi. Mata digosok perlahan. Rasanya dia tak silap tengok. “ Sweetnya Alex. Tolong kejutkan kami.” Puji Myra tanpa sedar, beruntungnya jadi isteri Alex. Imam muda Alex. Kata Myra dengan merepak. Agaknya kedinginan Air Terjun Mata Puteri sudah membuka mata hati Myra. Sehingga dia berangan-angan menjadi isteri Alex. Tanpa senjaga matanya tertutup semula.
Laungan azan mengejutkan mereka bertiga.
“ Zatie, Sarah. Bangun. ” Jerit Myra. Dia segera keluar daripada khemah. Tidak lama kemudian Sarah dan Zatie juga keluar.
“ Subuh!” Kata Myra dan menarik mereka ke surau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience