chap 3

Romance Completed 8557

Akim datang menegur Myra sewaktu dia sedang mengikat tali kasut yang terlerai.
“ Hai Myra.” Ujarnya dengan senyuman lebar dan pandangan mata yang agak misteri.
Myra mendongak melihat Akim. Wah! Terkedu dibuatnya apabila insan di hadapan dia menegur Myra.
“ Hai Akim.” Balasnya semula.
Dia mencangkung di hadapan Myra sambil tersenyum. Myra sebenarnya pelik sebab tidak pernah-pernah dia menegur Myra selama ini. Bukan Myra tidak suka tetapi Akim dan kawan-kawannya memang terkenal dengan kenakalannya. Biarpun mereka bersekolah di sekolah yang sama, Myra sedaya upaya cuba mengelak daripada bertembung dengan Akim and the geng.
“ Aku tak sangka kau akan jadi ahli kumpulan aku.” Ujarnya dengan tersengih nakal.
Myra membalas sengihannya walaupun matanya masih memandang ke kasutnya.“ Aku juga tak sangka akan sekumpulan dengan kau.” Ujarnya sinis. Akim hanya ketawa sebelum dia melangkah pergi.

Kami semua pun memulakan perjalanan. Jarak perjalanan kami melalui semua check point adalah sebanyak 5 kilometer dari Pintu Gerbang Resort sehingga kembali semula ke pantai. Kami merupakan kumpulan pertama bertolak tepat pada pukul 10 malam. Sempat Myra menoleh kearah Akim yang berjalan bersama Syikin di hadapan kemudian dia juga menoleh kearah Alex yang berjalan agak jauh di belakang merekai. Dia langsung tidak bercakap dengan kami kerana sibuk dengan earphone dia yang tidak terpisah daripada telinganya. Alex pula sepupu kepada Akim tapi hubungan mereka tak seperti sepupu yang lain. It’s such a like love-hate relationship.
“ Myra, jalan perlahan-lahan. Kak takut ini.” Ujar Kak Anis dengan nada berbisik sambil memeluk erat lengan Myra menyebabkan Myra tersentak darirpada lamunannya.
.

Kami tiba di check point pertama berdekatan dengan sebatang pokok yang besar. “ Saya nak ketua kira ahli kumpulan sekarang. “ Arah Encik Saif.
Akim yang bertindak sebagai ketua kumpulan terus mengira setiap ahli kumpulan mereka. “ Cukup tuan.” Katanya dengan lantang.
“ Baiklah, untuk kumpulan kamu, saya nak setiap ahli kumpulan kamu memakai apa-apa sahaja yang dipakai oleh kawan kamu.” Ujar Encik Saif.
Syikin mencadangkan agar kami semua bertukar kasut. Setiap ahli kumpulan akan memakai kasut ahli kumpulan yang lain. Akhirnya, kami berjaya dalam tugasan check point pertama dan boleh meneruskan perjalanan untuk check point kedua.
“ Pandai kau Syikin.” Puji Akim. Syikin hanya tersipu-sipu malu. Siapa tak kembang bila dipuji jejaka hensem.
Jalan punya jalan sampai juga kami di check point kelima. Ya Allah, betul-betul memenatkan. Baru 5 kilometer rasa macam 50 kilometer. Dari check point kedua, kami perlu jawap teka-teki manakala check point ketiga, Myra terpaksa mengangkat Syikin kerana tugasan kumpulan memerlukan setiap ahli kumpulan mengangkat sebelah kaki oleh itu hanya ada 4 kaki sahaja yang berpijak di tanah.
“ Kita sudah sampai. ” Jerit Kak Anis dengan gembira.
Myra hanya tersengih penat. Lututnya terasa bagaikan kejang berjalan ditambah lagi dengan dinginnya angin malam. Tepat jam 12 malam, kami tiba di kawasan unggun api dinyalakan. Nampaknya belum ada kelibat kumpulan lain yang menyusul di belakang kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience