59

Romance Completed 8557

Setengah jam menunggu, sebuah kereta Range Rover hitam berhenti di tepi kereta Myra. Seorang lelaki melangkah turun daripada kereta dan menghampiri Alex. Tidak lama kemudian, lelaki itu menyerahkan kunci kereta kepada Alex.
Myra tegak berdiri apabila Alex mendekati dia. “ Jom, aku hantar kau balik.”
Dengan segera Myra mengambil semua barang-barang dia dan membawa keluar. Nasib baik tidak banyak. Hanya beg tangan dan sedikit fail-fail sekolah.
Alex sudah masuk dalam kereta.
Myra meletak barang-barangnya di pangkuannya. Bestnya air-cond.
“ Kau tinggal dimana? ” Soalnya dengan kasar.
Myra menahan rasa geram. “ Aku tinggal di Taman Bahagia Jalan No.12.” Katanya dengan nada yang tertahan. Dia memejamkan mata menenangkan dirinya sendiri.
“ Bangun. Aku tak suka orang tidur semasa aku memandu.” Bentaknya kasar.
Myra tersentak.” Aku tak tidurlah. Cuma pejam mata saja pun.” Balasnya geram.
Alex mendengus.” Buka mata kau atau aku raba kau?” Ugutnya.
Myra melopong mendengar kata-kata Alex. “ Pencabul!” Marahnya kepada Alex. Dia tidak suka Alex versi baru ini. Menyakitkan hati.
Alex menghamburkan tawa besar.
Myra memalingkan mukanya daripada melihat Alex. Baik dia tengok hutan. Beberapa minit kemudian, dia rasa pelik. Ini bukan jalan balik rumah. “ Nak pergi mana ini? Ini bukan jalan balik.” Kata Myra pelik.
Alex diam saja sehingga keretanya berhenti di hadapan deretan kedai makan.. “ Aku lapar. Kalau kau nak mati kelaparan, duduklah dalam kereta ini. Tapi kalau kau nak hidup, keluar.” Katanya selamba.
Mata Myra terasa bersinar mendengar kata makan tetapi.. “ Tak apalah. Aku tunggu dekat kereta saja.” Jawab Myra perlahan. Biasalah hujung bulan begini sesak sikit. Walaupun Myra berkerja di KLES dengan gaji yang agak lumayan tapi maklum saja sekolah itu sekolah elit. Banyak yang perlu dibayar. Pendapatan sampingan dia menolong Syarifah Akira bukan banyak sangat juga. Dalam Rm 500, dia perlu bayar kereta, perbelanjaan harian dengan sekolah Husna lagi. Hidup di bandar memang mencabar..
Alex mendengus sambil menghentak stereng keretanya.” Jangan banyak songehlah kau ini. Keluar sajalah.” Marahnya.
Jujur Myra terasa dengan Alex sedikit sebanyak. Beg dan fail dia pegang erat. “ Aku balik sendiri sajalah. Senang, nak makan, makan sendiri.” Kata Myra dengan dingin. Pintu kereta dibuka tetapi berkunci.
“ Boleh tak jangan degil? Ikut sajalah cakap aku.” Katanya dengan nada mendattar.
Myra diam. Terasa air mata nak mengalir keluar. Kenapa pula dia nak emosi bagai ini?“ Tak apalah. Aku nak balik, kepala aku pening sangat. Buka pintu ini.” Tolak Myra.
Alex mengeluh. “ Aku hantar kau balik.” Enjin dihidupkan semula.
Myra tersenyum kecil mendengar nada mengalah Alex. Yes! Dia menang.

Hari yang indah, hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang sangat best. Myra bernyanyi-nyanyi kecil sambil menyapu halaman rumah sewa mereka. Semua penghuni rumah sewa dia keluar kecuali Myra. Masing-masing ada urusan, Syarifah Akira dengan Mr. Hong, Mija dengan kerja dia. Hari sabtu pun dia kerja juga. Zatie dengan mesyuarat dia juga. Husna ada kelas tambahan dekat sekolah. Hanya Myra yang free dan alone. Sebuah kereta berhenti di luar pagar. Pergerakan Myra terhenti. Siapa pula ini? Seorang lelaki keluar daripada kereta dan mendekati pintu pagar. “ Asalamualaikum.” Tegurnya dan membuka kaca mata hitamnya. Dia tersenyum manis. “ Cik ingat saya lagi tak? Saya datang sebab nak bagitahu kereta cik dah siap.” Katanya dengan lembut. Lembut bukan perempuan tapi lembut seorang lelaki.
Kereta? Ya Allah! Myra baru ingat. “ Saya ambil sendiri sajalah. Awak bagi saja alamat bengkel ini.” Tolak Myra.
Lelaki itu mengeleng. “ Tak apa. Cik ikut saya saja.”
Myra mengeleng. “ Tak apa. Saya pergi sendiri.” Katanya lagi.
“ Jangan risau. Saya tak akan apa-apakan cik. Cik boleh percaya dengan saya. Lagipun, bos saya nak jumpa cik.”
Kening Myra ternaik. “ Bos?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience