chp 9

Romance Completed 8557

Alex mengambil tempat di sebelah Myra. Jantungnya berdegup kencang, takut dengan penerimaan Lisa. “ Apasal budak ini duduk sebelah aku?” getus Myra perlahan.
Tidak lama kemudian, Myra keluar daripada Company sebab nak berjumpa Miss Alyn untuk perbincangan mengenai projek sains yang sedang dia jalankan bersama team sekolah. Sekembalinya dari bilik guru, Myra melihat tempat duduknya sudah diisi oleh Wani.
Dia berdehem perlahan. “ Excuse me Wani, aku nak ambil beg aku.” Katanya. Wani bangun untuk memberikan laluan.
Alex merenung Myra. “ Kau nak pergi mana?” Soalnya dingin.
Myra hanya memandang sekilas. “ Baliklah. Ada hal.” Balasnya dingin. Agak terkejut sebab Alex menegur dia tiba-tiba.
Tiba-tiba Alex bangun. “ You nak pergi mana?” Soal Wani pula apabila Alex mula mengangkat beg dia.
“ Aku nak ikut kau boleh?” Soal Alex dengan selamba. Soalan Wani dibiarkan sepi.
Myra terkejut. Bukan dia sahaja malah satu Company terkejut. Dengan laju Myra menjeling Lisa namun riak wajahnya selamba saja. Akim dan Zatie terus mendekati Myra. Akim melihat Alex dengan pandangan tajam. Alex hanya mengangkat sebelah keningnya membalas tatapan Akim.
Wani ketawa. “ Pandai you bergurau Alex.” Kata Wani tetapi renungan Alex membuat tawanya terhenti. Segera dia meminta diri kembali ke tempat duduknya semula.
Myra menuruni anak tangga bersama-sama Akim dan Zatie. Nampaknya Akim tak nak berhenti membebal mengenai perkara Alex tadi.

Myra melihat geram kertas kira-kira mathematics yang sedang dia selesaikan. Ya Allah, susah sungguh. “ Akak dapat tak?” Soal Aisyah.
Kepalanya digelengkan. “ Susahnya.” Keluh Myra.
Ali dan Amir juga sudah mengalah dari tadi. Mereka sedang menyelesaikan masalah pengiraan matematik untuk mendapatkan jumlah penggunaan nisbah tangki air mengikut kehendak soalan yang diberikan tetapi langsung tak dapat jawapan akhir.
Tiba-tiba kertas di hadapan Myra ditarik kasar oleh seseorang. Myra mendongak untuk melihat siapakah itu dan ternyata orang itu ialah Alex. Tidak sampai lima minit Alex berjaya mendapatkan jawapan untuk soalan yang sedang kami buat. Terpegun Myra dengan cara dia menyelesaikan soalan itu, cepat.
“ Terima kasih.” Ujarnya gembira. Selesai satu masalah.
Dia hanya mengangkat kening dan kemudian beralih ke sofa panjang yang ada di hujung bilik sebelum merebahkan diri untuk tidur.

“ Kak, kami balik dulu.” Kata mereka sebelum pergi.
Myra hanya mengangguk dan cepat-cepat menyelesaikan kerjanya untuk mengemas kertas-kertas yang bertaburan diatas meja. Selesai mengemas, Myra menuju kearah Alex dan membangunkan dia. Dia bangun sambil menggosok matanya perlahan. Dengan cepat dia menuju ke pintu setelah mematikan suis utama, tak elok berdua-dua dengan lelaki bukan muhrim dalam kawasan yang sunyi. Sebenarnya dia pelik bagaimana Alex boleh tahu bilik ini dan apa yang membawa dia kesini. Wah, tiba-tiba Myra rasa dia seperti kawannya pula, bisik hatinya sendiri.
“ Jangan-jangan dia suka aku tak? ” omel Myra tersengih nakal.
Terkejut Myra apabila terlihat sebatang tubuh sedang menyandar di dinding sewaktu dia hendak mengunci pintu. “ Kenapa kau tak balik lagi? ” Soalnya pelik. Myra pelik bila masa Alex berdiri sebelah dia.
Alex hanya diam dan mengikuti langkah Myra. Mereka beriringan menuju ke pagar sekolah dengan suasana sunyi antara mereka.

Terserempak pula dengan Akim dan the geng yang sedang melepak di bustop sekolah.
“ Myra, dating ke?” Sindir Akim.
Myra mencebik. Alex pula terus menuju ke motornya. Mereka mendekati Myra sebaik sahaja motor Alex menderum pergi.
“ Wei, beraninya kau berkawan dengan dia.” Ujar Carl.
Myra mengerut dahi sambil memakai helmet. “ Kenapa pula nak takut? ” Soal Myra semula. Alex bukan makan orang pun, cuma makan hati dia sajalah, gelak Myra dalam hati.
Putra membeliakkan matanya. “ Dia itu keluarga gangster.” Bisiknya seperti Alex berada bersama mereka.
“ Itu keluarga dia bukan dia.” Ujarnya selamba. Apa dia nak kisah hal keluarga orang lain.
Zack menahan skuter Myra. Dia menjegilkan matanya. “ Apa lagi?” Soalnya geram.
Zack tersengih nakal. “ Kau bercinta dengan dia eh? ” Usiknya.
Myra menolak tangan Zack yang mendarat di cermin skuter Myra dengan botol air.
“ Mana ada.” Nafi Myra. Nak mampus dengan Lisa, siapalah dia nak dibandingkan dengan LIsa, umpama bumi dengan langit.
Dia mencebik. “ Jadi kenapa kau asyik berkepit dengan dia? ” Soal Putra pula. Ini lagi budak yang nak kena hempuk.
Myra menarik nafas malas. “ Dia cari aku dulu bukan aku yang cari dia and tolong betulkan ayat kau itu eh, inillah first time aku berjalan dengan dia.” Katanya dengan tegas walaupun ada sedikit pembohongan dekat situ dan terus berundur dengan skuter sebelum melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience