37

Romance Completed 8557

Suasana di Cafe petang itu sungguh tenang. Zatie berdehem-dehem. Alex hanya membuat muka kosong. Myra tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
Zatie menggaru kepalanya yang gatal. Wajah Alex ditatap dengan perasaan bersalah dan malu. “ Alex..err..aku..aku..nak..er.”
“ Kau nak minta maaf begitu?” Soal Alex selamba.
Zatie tersengih. “ Kau dah cakapkan. Itulah yang aku nak cakap.” katanya dengan wajah memerah.
Alex mengangkat kening sambil berpeluk tubuh. “ Maaf saja bagi aku tak cukup. Aku nak benda lain.” katanya lagi.
Myra melihat Zatie yang menyiku lengannya. Myra tahu sangat isyarat meminta tolong zatie. Myra hanya mengangkat bahu.
“ Err.. Aku tak tahu apa yang kau nak. Kau cakap saja apa yang kau nak.”
Alex merenung Zatie dengan tajam. “ Betul apa saja?”
Zatie mengangguk laju. “ Everything.” katanya dengan ceria.
Alex tersenyum senget. “ Jangan halang aku daripada berkawan dengan Myra lagi.”
Myra mengeleng tak percaya mendengar permintaan Alex.
Zatie ketawa. “ Itu terserah kau. Nak kahwin terus pun dengan Myra aku tak kisah.” katanya sambil tersengih.
Myra membuntangkan mata. Lengan Zatie dia cubit geram.
“ Sayang gila eh kau dengan Myra.” Usik Zatie sambil melihat Myra tersengih-sengih.
“ Zatie, janganlah.” Marah Myra.
Alex ketawa bersama zatie. “ Memang aku sayang dia. She’s my girl.”
“ Alex!” Marah Myra. Tak suka dengan gurauan mereka.
Alex dan Zatie berhenti ketawa dan memandang Myra.
“Alah, janganlah marah. Aku gurau sajalah.” Pujuk Zatie sambil mencubit pipi Myra tetapi ditepis marah.
“ Marah pula dia Zatie.” Usik Alex yang menyokong Zatie.
Myra mengetap gigi.
“ Sebagai tanda minta maaf, aku nak belanja korang makan.” kata Alex ceria.
Zatie mengeleng.” Tak nak ikut. Kacau saja korang berdua.”
Myra menelan air liur. “ Aku ikut kalau Zatie ikut.” makan free. Wow.
Alex tersenyum nakal. “ Kau kalau pasal makan laju saja eh.” Usiknya.
Myra memandang Alex dengan pandangan dingin. “ Kau nak aku ikut atau tak?”
Dengan cepat Alex mengangguk. “ Nak.”
Dia gembira melihat orang-orang yang disayanginya saling bergelak ketawa. Beginikan lebih baik, buang yang keruh ambil yang jernih. Senyuman manis terukir di bibir Myra.

Kami tiba di banglo Aunty Nor. Kali ini Myra datang dengan Zatie.
“ Myra, cantiknya rumah ini. Rumah orang kayalah.” bisiknya teruja sebaik sahaja kami keluar daripada kereta Alex.
Aunty Nor menyambut kedatangan kami dengan senyuman manisnya.
“ Asalamualaikum Myra.” ujar Aunty Nor lalu memeluk Myra dengan erat sebelum dia juga memeluk Zatie.
“ Walaikumussalam Aunty.” jawab Myra dengan gembira.
Wajah Zatie di tilik. “ Kawan Alex juga?”
Zatie melihat Myra. Myra mengangguk. “ Ya, Aunty. Kawan Alex dan Myra.”
Aunty Nor mengangguk dan menarik kami ke dalam. Alex entah kemana menghilangnya sebaik tiba tadi. Aunty Nor mempersilakan kami duduk di bangku taman. Tidak lama kemudian muncul Alex.
“ Sekejap ya puan dan cik-cik sekalian. Chef sedang menyiapkan santapan.” katanya dengan menundukkan badannya sebelum kembali ke dapur.
Aunty Nor ketawa dan mengeleng saja melihat kelakuan Alex. “ Nakalnya dia. Lama Aunty tak nampak Alex yang nakal begini.”
Zatie tersengih nakal melihat Myra.
“ Aunty pelik bila Alex bawa Myra hari itu. Sekarang dia bawa pula kawan wanita yang baru. Nak kata bakal menantu, ada dua orang wanita pula.” ujarnya lalu ketawa lucu.
Zatie ketawa kecil sambil tak berhenti-henti menyiku lengan Myra.
Myra mencebik.
Aunty Nor meninggalkan kami berdua setelah Alex memanggil Aunty Nor ke dapur.
“ Myra, kau tahu apa yang aku fikir?” soalnya dengan nakal.
Myra mendengus perlahan. “ Manalah aku tahu apa yang kau fikir.”
“ Alex suka kau.” katanya yakin.
Myra ketawa. “ Kau memang suka buat lawaklah Zatie.” Balas Myra.
Dia membulatkan mata mendengar jawapan Myra. “ Aku tahu dia suka kau cuma mungkin saja dia tak sedar yang dia suka kau dan kau suka dia.” katanya lagi memcuba mempertahankan pendapatnya.
Myra mengeleng hairan. “ Mana lagi kau dapat fakta begitu ini Zatie?”.
Zatie mencebik. “ Cuba kau fikir, kenapa dia ajak kau makan di rumah dia?”
Myra mencubit hidung Zatie. “ Zatie, dia ajak kita. Bukan aku seorang saja.”
“ Dengar dulu, aku rasa sebab mungkin dia nak signal Aunty yang dia nak bagitahu dia suka kau. Nanti senanglah kalau nak kenalkan calon menantu pada Aunty.” katanya dengan sengihan nakal.
Myra ketawa mendengar kata-kata Zatie. Entah apa-apa dia ini. “ Bukan kau suka dia ke? Diakan My’Al.”
Zatie tersengih malu. “ Itu dulu sebelum aku tahu dan benci dia. Tapi sekarang, aku dah tak minat lagi. Lagipun, suka bukan bermakna cinta.”

Myra dan Zatie mengemas pinggan dan membawa ke dapur.
Aunty Nor meminta diri naik ke atas. Dia ada benda nak buat sekejap. Alex pula entah dimana.
Sementara Zatie mencuci pinggan, Myra pula mengelap pinggan.
“ Myra, kau nak tak kalau aku kenalkan kau dengan Azad?” soalnya tiba-tiba.
Myra mengerut dahi. “ Azad mana lagi ini?” soalnya pelik.
“ Ala, Azad yang kau minat tahun pertama dulu. Takkan kau dah lupa. Dia satu kelas dengan aku dalam Subjek Sains Sosial. Aku boleh tolong sampaikan salam.” katanya sambil mengangkat keningnya.
Myra ketawa saja. “ Kau ini macam tiada kerja pula. Tak naklah, aku dah tak minat.” Tolak Myra.
Zatie hanya mengukir senyuman lebar dan berpusing ke belakang. “ Eh, Alex. Bila kau muncul?” Soal Zatie terkejut.
Myra juga ikut menoleh.
Alex tersenyum nipis. “ Baru saja.”
“ Alex, tandas mana?” soal Zatie.
Alex menunjuk ke arah sebelah kanan dapur. “ Sini ada tandas, dekat tingkat atas pun ada tandas.”
Zatie terus meluru ke tandas tingkat atas.
Myra tersengih. Dia lari ke tingkat atas macam dia tahu dekat mana, omel Myra dalam hati.
Myra kemudian mengambil alih tugas Zatie yang belum selesai.
“ Biar aku tolong kau.” Kata Alex. Dia mengambil tugas mengelap pinggan.
Myra menoleh ke arah Alex. “ Okey.”
Kami diam seketika.
“ Kau ada boyfriend?”
Myra mengeleng. “ Mana ada. Aku tak pandailah nak berboyfriend ini.”
Alex tersengih sinis. “ Biar betul?” Soalnya tidak percaya.
Myra mengangkat bahu. “ Terserah nak percaya ke tidak.”
“ Kalau aku jadi boyfriend kau?”
Hampir terlepas pinggan di tangan Myra. Kemudian dia menoleh ke arah Alex yang juga melihat dia sebelum ketawa.
“ Gabra sangatlah kau ini. Aku guraulah.”
Myra menarik nafas. “ Jangan bergurau begitulah.” Marah Myra. Dia ini senjaga nak buat jantungnya berlari laju. Myra memang sayang dengan Alex tapi belum tahap cinta atau nak jadi special one dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience