bab 16

Romance Completed 8558

Zatie terkejut dan terjatuh. Myra melopong, mampus!
“ Tangkap dorang.” Arah si baju hitam. Myra hanya mampu berdoa siapa-siapa yang lalu di tempat ini tolonglah selamatkan kami. Tahun 2017 ini memang tahun yang sungguh meninggalkan nostalgia kepada hidup Myra. Zatie menolak bahu Myra.
“ Ya Allah! Kau berangan lagi.” Marahnya geram.
Myra menelan air liur yang kelat. Kami kini dikepung oleh dua orang lelaki tersebut.
“ Mana mau lari cik adik manis.” Kata mereka sambil ketawa nakal.
Zatie menjeling Myra memberi isyarat untuk menjerit. Belum sempat Myra mengangguk, Zatie sudah melontarkan vokalnya dengan nyaring. Lelaki itu segera menutup mulut Zatie tetapi Zatie pantas mengigit tangan lelaki tersebut. Myra menendang kaki lelaki berbaju hijau pucuk pisang yang mencuba menarik tangan dia.
Myra berjaya lari tetapi langkahnya terhenti apabila Zatie dan Pika masih di belakang bergelut dengan lelaki-lelaki tersebut. Myra berusaha mencari apa-apa saja objek yang boleh dijadikan senjata melawan mereka.
“ Kasut!” Dengan segera dia membuka kasut sukannya dan meluru mendekati mereka.
“ Hei, lepaskan kawan aku!” Jerit Myra sekuat hatinya sambil memukul mereka.
Pegangan pada lengan Zatie terlepas. Cepat-cepat Myra menarik Zatie lari tetapi kami terhenti lagi.
“ Pika!” Kata kami serentak.
“ Fighting Myra!” Kata Zatie.
“ Fighting Zatie!” Balas Myra. Kami berdua terus menerpa kearah Pika yang sedang mengigit tangan lelaki yang agak gempal.
Tiga perempuan sedang membelasah seorang lelaki dengan hanya menggunakan kasut.
Zatie ditolak kuat. Myra segera meluru kearah Zatie. Pika berlari bersembunyi di belakang Myra. Alamak! Lelaki itu sudah marah.
Belum sempat lelaki tersebut menghayunkan penumbuk ke arah kami bertiga dia sudah terduduk jatuh sambil memegang dahinya. Kami menoleh ke belakang. Alex dan Putra yang datang rupanya.
Myra kembali melihat lelaki yang sudah terbaring pengsan itu. Sebelum kembali melihat Alex yang sedang mengikat dua lelaki yang cuba melarikan diri.
Putra mendekati kami. “ Korang okeykan?” Soalnya cemas. Pika tiba-tiba melalak kuat.
“ Putra. Tangan I sakit.” Rengeknya. Putra memegang pergelangan tangan Pika yang kemerahan.
Tidak lama kemudian datang pengawal keselamatan ke kawasan tersebut. Mungkin mereka sedang menghubungi pihak Polis sebab pengawal itu sedang bertelepone.
Myra menolong Zatie berdiri. Alex tidak berani Myra jeling. Bila Myra ada masalah, dia pasti ada tolong Myra tetapi dia pula tuduh Alex yang tak baik.

Myra termenung di barisan tempat duduk gelanggang bola keranjang. Segera dia teringatkan Alex. Tapi bukan bermakna Myra rindu atau suka dia tetapi cuma berfikir bagaimana nak minta maaf pada dia.
“ Myra, kau okey ke tak ini?” Soal Zatie. Myra tersentak. Dia mengeleng-geleng melihat kelakuan Myra.” Dahlah Myra, nanti kau pasti ada peluang untuk minta maaf pada dia.” kata Zatie.
Myra mengangguk. “ Aku pasti akan gunakan peluang tersebut sebaiknya.” ujarnya dengan penuh semangat.
Setelah Zatie menyertai Mimi, Mija dan Kery di gelanggang, Myra ternampak kelibat Alex dan geng dia mendekati dia. Duduknya mulai tidak menentu.
“ Hai Myra.” Tegur Noah.
Myra hanya senyum sahaja. Sedaya upaya untuk mengelak daripada melihat Alex. Macam manalah kau nak minta maaf ini Myra kalau nak tengok dia pun kau takut.
“ Aku dah dengar semuanya tentang kau, Zatie dan Pika. Korang memang terbaiklah.” kata Adi bangga.
Alex mengeluarkan botol mineralnya daripada beg sandangnya dan air tersebut diteguk rakus.
Myra menelan air liur. Kau boleh Myra, Malaysia boleh takkan kau tak boleh.
“ Wah, Myra. Kenapa kau tengok Alex macam nak tembus.” Usik Adi.
Myra terkulat-kulat malu. Segera dia melarikan pandangan apabila bertemu pandang dengan Alex.
Fariz ketawa. “ Jangan sampai tangkap cintan dengan Alex, Myra. Dia sudah ada yang punya.” Usik dia pula disambut tawa oleh yang lain.
Myra mencebik menutup malu. “ Kau gila ke? Sebenarnya aku nak..’
“Alex.” Panggil Pika dengan manja. Terhenti segala yang dia nak cakap.
Pika mendekati Alex bersama kontena di tangannya. “ Alex, thank you sebab selamatkan I.” katanya dengan manja. Alex hanya menjeling tak bereaksi.
Myra menelan air liur perlahan.
“ Sebagai tanda terima kasih I pada you yang dah berkorban untuk I, terimalah sandwich special untuk you. I buat sendiri tahu.” Katanya dengan bangga. Alex menyambut endah tak endah sahaja.
Perlahan-lahan Myra mencapai beg nak balik. Myra berjalan membelakangi mereka. Tiba-tiba begnya direnggut kasar daripada arah belakang. Myra terdorong ke belakang terkejut. Alex melihat Myra dengan pandangan tajam. “ Beginikah sikap kau? Tak tahu berterima kasih langsung.” Katanya menyindir.
Myra menunduk. “ Maaf. Terima kasih.” Ujarnya dengan suara yang rendah. Myra betul-betul rasa malu.
“Aku tak nak maaf kau.” ujarnya selamba. Lantas Myra mengangkat wajah melihat Alex. Dia tersenyum sinis dan melihat Adi yang juga sedang tersengih nakal.

“ Kau tak nak join kami tengok rehearsal Ash petang ini?” Ajak Kery selepas kami melangkah keluar daripada Company Ninja.
Myra mengeleng. “ Sorry. Aku ada hal.” Balasnya. Kery melangkah pergi dan meninggalkan Myra sendiri.
Dengan malas Myra membawa kaki ke gelanggang bola keranjang. Tempoh pembulian dia berakhir hari ini. Penat rupanya jadi budak suruhan Alex ini. Hari pertama, dia disuruh menyalin nota Alex daripada buku nota Adi. Dahlah tulisan Adi itu cakar ayam. Tak padan dengan wajah handsome tapi tulisan ayam. Hari kedua, relax sikit sebab Alex hanya suruh dia masak burger homemade. Perghh, sangat tak sangka yang sebenarnya dia boleh masak.
“ Myra.” Panggil Noah daripada belakang Myra.
Myra terkejut dengan lontaran suaranya yang kuat lantas dia berhenti. “ Kenapa?”
Dia tersengih dan menyerahkan kepada Myra sepucuk surat. Myra mengambil surat tersebut. “ Siapa pula bagi aku surat bagai ini?” Soalnya pelik. Belum sempat Myra membuka sepenuhnya melompat seekor cicak daripada surat tersebut. Noah ketawa berdekah-dekah tetapi Myra hanya mempamerkan wajah toya.
Noah berhenti ketawa. “ Kau tak geli?” soalnya pelik.
Myra senyum dan meletak cicak tersebut di atas rambut Noah. Kini, dia pula yang terjerit-jerit ketakutan. Alex yang baru sahaja tiba membuang cicak tersebut dengan selamba. Noah tercungap-cungap mencari nafas.
Boleh pula cicak itu stay tak bergerak daripada rambut Noah. Dia sukalah itu, minyak rambut mahalkan. Alex juga ketawa sebelum melangkah masuk kedalam gelanggang. “ Penakut cicak.” Ejek Myra dan mengikuti langkah Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience