48

Romance Completed 8557

You, Zatie ada call tak cakap nak tolong kita dekat sini?” Soal Syarifah Akira semasa mereka sedang menyusun hiasan atas hidangan yang akan disembahkan kepada tetamu kehormat malam ini. Syarifah Akira menambil tempahan untuk acara lelongan beg tangan edisi terhad daripada semua jenama beg terkenal Eropah..
“ Tak ada pula Zatie call. Dia nak datang ke?”
Syarifah Akira mengangguk. “ Dia macam nak datang.”
Acara lelongan baru saja berakhir. Sungguh dia terpegun dengan pelbagai jenis rekaan beg tangan yang mewah. Paling tinggi nilai lelongan dalam majlis itu adalah Urban Sachel Louis Vuitton Beg yang bernilai $150, 000. Beg yang paling dia minat adalah Leiber Precious Rose Bag bernilai $92,000. Sebab dia suka tas tangan itu berbentuk bunga mawar merah, dia suka merah. Tas tangan tersebut diperbuat daripada 1016 berlian iaitu 42,56 karat, 1169 nilam berwarna merah jambu dan 800 tourmalines.
Myra jatuh cinta pandang pertama sebaik sahaja beg itu dibawa keluar untuk lelongan. Antara beg yang turut dijual ialah Marc Jacobs Carolyn Handbag Crocodile, Lv Tribute Patchwork Bag, Fendi Sellevia Bag, Hermes Matte Crocodile Barkin Bag dan banyak lagi.

“ Kami balik dulu Sis.” Kata pekerja Syarifah Akira kepada Syarifah Akira dan Myra serta Zatie yang baru tiba.
“ Bye guys. Thanks for the hard work.” Ujar Syarifah Akira dengan ceria.
Mereka menuju ke kereta Zatie.
“ Kata nak tolong kitaorang.” Sindir Syarifah Akira.
Zatie hanya ketawa sambil memakai tali pinggang kereta. “ Sorry girls, aku tertidur. Ini pun nasib baik aku terbangun.” Katanya tersengih.
Myra senyum saja. Zatie, Zatie. Ada saja alasan dia. Zatie memang tak minat dengan apa yang Syarifah Akira buat ini. Katanya lebih baik dia stay rumah dan tidur.
Syarifah Akira mencebik saja. Tapi dia faham dengan Zatie, dia mestilah penat. Dia bekerja daripada jam 8 pagi sehingga 6 petang sebagai setiusaha papa Syarifah Akira, Tan Sri Syed Haydar.
4 tahun lepas, dia yang rekomenkan kerja itu kepada Zatie. Lagipun itu yang dia belajar dekat University. Alhamdullillah dia diterima bekerja di SS Holdings sampai sekarang. Hanya Myra yang ada masa free tolong dia kadang-kadang itupun hanya pada waktu hujung minggu ataupun cuti sekolah. Myra mengajar di KLES atau Kuala Lumpur Elite School. Sebuah sekolah persendirian yang dibiayai sepenuhnya oleh orang kenamaan. Nak menjadi guru di sana bukan senang. Temuduga yang perlu dilalui, ada ujian saringan kesihatan yang ketat dan mesti menjalani latihan berasaskan ketenteraan tahap C. Ini kerana KLES bekerjasama dengan US Military School. Dimana US Military School akan merekrut pelajar yang berminat dengan ketenteraan dan mereka lulus dalam ujian yang diadakan untuk menilai tahap kecergasan mereka. Para pelajar yang berumur 17-20 akan ditawarkan biasiswa belajar di US Military School selama 5 tahun.

Myra, Zatie dan Syarifah Akira serta Mija tinggal serumah. Mija kini bekerja sebagai akauntan di bank. Mereka bertemu semula semasa Syarifah Akira hendak meminjam untuk memulakan perniagaan dia. Katanya hendak berdikari tanpa menggunakan sepenuhmya kewangan papa dia. Manakala Mimi dan Kery pula tinggal berasingan kerana jarak tempat kerja mereka agak jauh.
“ Eh, siapa itu? Kesiannya dia, kita berhentilah.” Kata Syarifah Akira dengan cemas.
Zatie memperlahankan keretanya dan berhenti di hadapan perhentian bas. Zatie dan Syarifah Akira keluar daripada kereta dan menghampiri budak perempuan itu. “ Adik, buat apa dekat sini?” Soal Zatie cemas.
Syarifah Akira duduk di sebelah gadis itu. Myra berdiri di hadapan gadis tersebut.
Gadis itu nampak ketakutan, bajunya agak kotor dan wajahnya comot dengan air mata.
“ Adik ada masalah? Bahaya dekat sini sorang-sorang.” Kata Syarifah Akira.
“ Saya lari daripada Ibu saya.” Katanya sebak.
Zatie melihat Syarifah Akira dengan Myra silih berganti dengan mata yang terbeliak. “ Adik gaduh dengan ibu ke? Adik tak nak balik?”
Dia terus menerus menangis.
“ Husna tak nak kahwin. Husna nak belajar. Tapi Ibu paksa Husna.” Katanya dengan air mata bergenang.
Zatie mengeleng perlahan. “ Ada juga ibu begitu.” katanya geram. Kenapa nak paksa-paksa budak yang masih nak belajar lagi.
“ Husna cuma ada Ibu walaupun ibu hanya Ibu tiri Husna.” Katanya teresak-esak.
Kami bertiga berpandangan.
Husna menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya. “ Perniagaan Ibu ada masalah. Ibu nak Husna kahwin dengan kawan dia supaya kawan Ibu boleh bagi duit dekat Ibu dan berniaga semula.”
Syarifah Akira mendengus marah. “ Ibu apa macam itu? Dia nak jual Husna sebenarnya.” Bentaknya. Myra menyiku lengan Syarifah Akira.
“ Husna tak nak balik. Tadi ada lelaki datang cuba tangkap Husna.” Katanya dengan takut.
“ Kita nak buat apa sekarang?” Soal Zatie.
Syarifah Akira melihat Myra. Myra hanya mengangkat bahu.
“ Call polis?” Cadang Zatie. Dia mundar mandir sendiri.
Myra mengeleng. “ Kalau call polis, confirm Husna perlu call Ibu diakan.”
Mereka mengangguk. “ Kalau kita bawa Husna balik?” Kata Zatie.
Mereka bertiga berpandangan dan melihat Husna. “ Husna nak ikut kami tak?” Soal Syarifah Akira.
Dia kelihatan teragak-agak. Memanglah sebab dia bukan kenal dengan mereka.
Myra bangun. “ Malam ini Husna tidur dulu dekat rumah kami. Nanti kita fikir dan bincang. Dah lewat ini.” Kata Myra. Bahaya lama-lama di malam hari.
Mereka juga bangun. Husna mengangguk dan mengesat air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience