real final

Romance Completed 8557

Myra menarik nafas sedalamnya saat dia meniti anak tangga turun ke tingkat bawah. Dia membawa diri merajuk dengan Alex. Saat dia begini sarat pun dia nak keluar juga pergi meeting. Yakin sangat yang due date dia melahirkan lama lagi.
“ Sayang jangan risaulah. Kan doktor itu dah cakap sayang melahirkan dua minggu lagi. Don’t worry too much okay dear.” Pujuk Alex pagi itu dengan lemah lembut.
Myra cemberut. Dia hanya memerhatikan Alex yang sedang memakai tie di hadapan cermin. “ Agaknya kalau abang kahwin lain, memang Myra dah terabai. Mana nak tengok isteri pertama, isteri kedua. Mana nak tengok syarikat lagi.”
Alex lantas mencubit pipi isterinya geram. “ Jangan nak bangkitkan mood tegang sayang. Abang tak sukalah.” Katanya geram.
Myra menjeling geram sambil menggosok pipinya yang kebas. Sakit kot pipi dia dicubit Alex.
Alex merenung wajah Myra dengan geram. “ Dah, abang nak ke pejabat dulu. Sayang jangan aktif sangat. Duduk saja di bilik.” Arah Alex tegas dan dia mencapai kot di atas katil.
Myra masih diam membeku. Masam wajahnya.
Alex mengeluh dan kembali mendapatkan Myra, isteri tersayang yang sedang merajuk. “ Jangan masam-masam sayang. Nanti twins pun masam.” Bisiknya dan mengucup wajah kesayangan itu berkali-kali sehingga dia ditolak oleh Myra.
“ Janganlah.” Marah Myra.
Alex senyum dan membelai perut isterinya. “ Twins, jaga mama baik-baik eh. Jangan nakal-nakal, Papa nak ke pejabat sekejap.” Dia mencium perut isterinya yang dilapisi baju.
Myra senyum juga akhirnya.
Alex senyum menatap Myra. “ Careful sayang. Abang janji akan siapkan kerja abang cepat-cepat.”
Myra mengangguk saja. Nak dilarang bukan dia nak dengar juga.

Myra gelisah di ruang tamu. Entah kenapa perutnya rasa memulas. Sakit. Dia mundar mandir di hadapan meja kopi. “ Nak call ke tak?” Soalnya sendiri. Myra duduk di sofa. Namun sakit itu tidak berkurangan juga malah bertambah sakit. “ Ya Allah,”
Bunyi loceng rumah yang ditekan mengejutkan Myra. Dia bergerak ingin bangun tapi sakit di perutnya begitu kuat sehingga dia tidak ada tenaga untuk berdiri. Myra gagahkan juga bangun. Setelah bersusah payah sampai juga Myra di pintu utama. Myra menunduk melihat lantai.” Kenapa basah ini?” Soalnya pelik. Rasanya tak ada air tumpah pula atau jangan-jangan air ketuban dia pecah.
Degupan jantungnya berlari laju. Perasaan takut dia meninggi. Tombol pintu dibuka perlahan.
“ Asalamualaikum Myra.” Tegur suara itu.
Myra menahan air mata dan kesakitan. “ Tolong.” Ujarnya pendek sebelum dia terjatuh.
“ Myra!”

Kereta dipandu laju. Dia tidak peduli berapa banyak lampu isyarat yang dilanggarnya yang penting dia berjaya sampai di hospital. Panggilan telepone daripada Lisa mengejutkan dia.
“ Apa lagi kau nak?” Marah Alex.
Lisa terdiam seketika di talian. “ Saya minta maaf kacau awak.” Nada suaranya rendah.
Alex mendengus. “ Aku tanya apa kau nak? Kalau tak ada apa-apa jangan call aku. Aku sibuklah.” Katanya tegang. Berlambak lagi kerja dia nak disiapkan.
Lisa mengetap gigi menahan marah. Myra yang sedang menahan kesakitan di labour room menenangkan perasaan marahnya. “ Saya kesian dengan Myra dapat suami macam awak. Kerja lebih penting daripada isteri sendiri. Hei! Saya nak bagitahu Myra di Hospital Astana. Dia nak melahirkan. Suami macam apa awak ini?! Kalau awak masih sayangkan Myra datang cepat.” Marah Lisa. Geramnya dia dengan Alex. Talian dimatikan.
“ Lisa.” Seru Myra perlahan.
Lisa lantas mendekati Myra. “ Kenapa My?” Soalnya cemas.
Myra terkedu seketika. My?
Lisa mengenggam erat tangan Myra tanpa sedar.
Dan Myra membalas genggaman Lisa sekuatnya. “ Temankan Saya.” Pintanya sebak. Sakit yang datang terlalu kerap membuatkan dia yakin ini masanya. Alex takkan sempat sampai.
Lisa terkejut.
Doktor dan Nurse masuk mendekati mereka. “ Puan, Puan dah bersedia?” Soal Doktor wanita tersebut.
Myra merenung Lisa memohon sangat.
Lisa mengangguk. “ Saya temankan awak Myra.” Katanya dengan tegas.
Myra mengukir senyuman manis. “ Thanks.”

Alex berlari menuju ke ruang bersalin sebaik saja dia sampai di Hospital Astana. Namun Nurse yang bertugas memaklumkan Myra sudah dipindahkan ke wad biasa. Nafasnya tercungap-cungap apabila dia berhenti di hadapan wad VVIP yang menempatkan Myra. Pintu dibuka kasar sehingga mengejutkan semua orang yang ada di dalam bilik tersebut. “ Myra!” Jeritnya sebaik saja dia melihat isterinya terbaring di katil tersebut.
“ Sayang.” Ujarnya perlahan. Alex mendekati Myra.
Myra diam. Sahutan Alex dibiar sepi.
Puan Sri Nor dan Tan Sri Halim hanya mengeleng melihat Alex. Ahli keluarga yang lain mengeleng juga. Mereka bergerak pergi meninggalkan Alex dan Myra berdua.
Alex menjeling sebelah Myra. Kosong. Keningnya berkerut. “ Mana Twins sayang?” Soalnya laju.
Myra menarik nafas berat. Dia fikir suaminya nak tanya bagaimana keadaan dia, dia okay ke tidak. Sakit ke tidak.
Alex merapati Myra. “ Sayang.” Tangannya menyentuh bahu Myra.
Tangan Alex ditepis Myra. “ Buat apa abang datang? Kerja abang dah siap ke belum. Jangan datang sini selagi kerja abang belum siap.” Ujar Myra dengan nada mendatar.
Alex meraup wajah kasar. Dia rasa bersalah sangat. “ Maafkan abang sayang.” Pujuknya.
Myra memalingkan wajah daripada melihat suaminya. Alex perlu diberikan pengajaran juga sedikit.
“ Myra dan twins nak berpantang dan tinggal di rumah Umi dua minggu dan minggu seterusnya lagi di rumah Mama.” Kata Myra.
Alex senyum mendengar kata-kata Myra. Alhamdullillah, anak-anaknya selamat. Twins, kembar. Ya Allah, dia ada anak kembar. Pipi Myra ingin dikucup namun Myra mengelak pantas. “ Myra tak nak abang ikut Myra balik ke rumah Umi.”
Alex terkejut. “ Myra, kenapa abang tak boleh ikut?” Soalnya tidak puas hati.
Myra menayangkan wajah bekunya. “ Abangkan lebih sayangkan kerja abang. Takkan abang nak ikut Myra balik? Tak apa Myra bagi abang peluang dan ruang untuk buat semua kerja abang tanpa gangguan Myra dan twins. ”
Alex mengeleng. “ Abang tak nak sayang pergi mana-mana. Stay at home only. Abang tak izinkan sayang tinggalkan abang.” Katanya tinggi.
Myra menatap wajah Alex dengan kesal.
“ Abang akan bawa Umi dan Ayah datang ke rumah kita. Mama dan yang lain boleh datang ke rumah kita. So abang tak nak dengar sayang mengarut lagi.”
“ Myra cuma nak..”
“ Nak apa? I am your husband and now I am using my power to make you stay.!”
Myra mengetap gigi geram. “ Abang tak adil!”
Alex mengeleng. Dia bingkas bangun. Dia tak nak berlama-lama dengan Myra. Dia tak nak memarahi isterinya tambah lagi dengan situasi Myra yang baru saja melahirkan.

Myra mampu melihat Alex berusaha menebus kesalahan dia dengan menjaga Myra dan twins bersungguh-sungguh. Bila waktu malam twins itu menangis, Alex yang bangun membuatkan susu ataupun mendodoikan mereka supaya kembali tidur. Malahan kerja rumah juga diselesaikan oleh Alex. Dia kesian pula melihat Alex yang seperti tidak cukup rehat dan yang pasti Myra tidak melihat suaminya melakukan atau membawa kerja pejabat balik ke rumah lagi.
Tiga bulan sudah berlalu, yang sebetulnya Myra sudah tidak marah lagi dengan Alex cuma mereka kurang bergaul antara satu sama lain kecuali yang berkaitan twins yang diberi nama Aisy Mikayla dan Adam Mikail. Nama pilihan Alex dan Myra.
“ Cucu-cucu Nenek dah besar, montelnya dia.” Puji Nenek sewaktu mereka berkunjung ke rumah Alex dan Myra. Syira memang menghabiskan cuti sekolah dia bersama twins.
Myra senyum memerhatikan mereka. Gembira dia melihat Nenek mampu menerima kehadiran Aisy dan Adam.
Puan Sri Nor menghidangkan air minum petang di taman bunga. “ Hari ini last Myra berpantang.” Kata Puan Sri Nor dengan senyuman.
Myra senyum. “ Ya Mama. Last day, then I will be free.” Ujarnya nakal.
Puan Sri Nor mengeleng saja. “ Ini masanya nak pujuk Alex itu. Kesian Mama tengok dia, kuat sungguh usaha dia selama tiga bulan ini.”
Myra senyum lebar. “ Just wait Mama. I can see his effort too.” Ujar Myra selamba. Dia nampak Alex kecewa kerana terlepas saat yang paling dia nantikan iaitu untuk menyambut kelahiran twins tetapi yang menemankan dia ialah Lisa. Myra terkenang akan Lisa. Lisa sangat berjasa bagi dia. Mana dia sekarang eh?

Suasana malam yang dingin membuatkan Myra sedikit mengigil. Mengenai Ekin pula yang sebenarnya Alex telah menghantar Ekin ke anak syarikat yang lain di Sabah. Dia ingatkan hukuman apa yang diberikan oleh suaminya. Alasan kenapa Alex menghantar Ekin kerana dia takut Myra panjang kaki lagi nak lari memandangkan dia ada back up iaitu Ekin.
Terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Myra menoleh ke belakang. Suaminya menuju ke katil tanpa mempedulikan Myra. Alex baru sahaja menidurkan twins. Mereka ditempatkan di bilik bersebelahan bilik Alex dan Myra. Myra menahan senyum. Inilah situasi mereka selama tiga bulan yang lalu. Namun kucupan sebelum tidur tidak pernah dilupakan oleh Alex. Tetapi malam ini berlainan kerana tiada kucupan di dahi seperti setiap malam. Alex terus saja merebahkan dirinya.
“ Inikah masanya?” Soal Myra sendiri. Kening diangkat sambil tangannya mengetuk-ketuk dagunya sendiri.

Alex memejamkan mata. Isterinya masih belum tidur lagi. Selimut ditarik menyelubungi seluruh badan apabila dia mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Sebenarnya Alex sedang mencongak-congak sesuatu dalam kepalanya. Apasal wangi sangat ini? Bisik hatinya. Dia pelik. Disebabkan bauan minyak angin menjadi peneman tidur dia selama tiga bulan ini, hidungnya agak janggal untuk menerima wangian Rose yang semerbak ini. Dia juga sedar akan hubungan dingin dia bersama Myra. Dia tahu isterinya masih kecewa dengan dia kerana itu Alex sanggup melakukan semua perkara yang tidak pernah dia lakukan selama ini. Kemas rumah, menjaga makan pakai isterinya dan twins. Penat memang penat namun dia bahagia melakukan semua itu.
Tilam sebelahnya dihenyak. Alex tahu Myra sedang berbaring di sebelah dia tapi kenapa dia rasakan yang dadanya yang berat. Lantas selimut diselak. Wajah Myra yang sedang tersenyum menyapa pandangannya. Air liur ditelan berkali-kali. Pemandangan indah di hadapan matanya membuatkan dia terpaku bagaikan patung.
“ Hai sayang. I miss you so much.” Bisik Myra manja. Wajah Alex dielus lembut.
Alex kaku merenung Myra. Mana Myra yang dingin selama ini, dan kenapa muncul Myra versi penggoda ini?
Cupp!
Cupp!
Cupp!
Wajah Alex menjadi sasaran bibir Myra. “ I want you so badly.” Ujar Myra.
Belum sempat Alex menarik nafas dengan tindakan selamba isterinya yang tidak pernah ditunjukkan selama ini, dia dikejutkan dengan keadaan bilik yang malap.
“ Sayang..”
“ Shut up.” Arah Myra dan Alex beku sebaik sahaja tubuh hangat itu merapat serapatnya.

Lisa datang melawat Myra dan dia kini mengotakan apa yang pernah diminta oleh Myra dulu. Myra terkejut. Dia tidak sangka Lisa akan melakukan apa yang dia mahukan dulu sebagai bukti Lisa tidak akan menganggu Alex lagi.
“ Awak ingat apa yang pernah awak minta saya lakukan dulu Myra?” Soal Lisa sewaktu mereka berdua duduk di taman bunga pagi itu.
Myra senyum. “ Semestinya saya ingat.”

# Flashback
Sebelum Lisa melangkah keluar daripada bilik Myra, tangannya ditarik oleh Myra.
“ Jangan muncul depan kami lagi.” Pinta Myra dingin.
Wajah Lisa berubah.
Tangan Lisa dilepaskan Myra.
Lisa menunduk. “ Saya tahu awak tak suka saya dan saya terima permintaan awak. Saya tak akan muncul lagi depan awak dan Alex malah keluarga Alex.” Katanya hiba.
Myra mendekati Lisa perlahan-lahan. “ Kecuali awak temui seseorang yang awak sayangi baru saya akan rasa tenang. Saya dah maafkan awak Lisa, saya bukan sempurna sangat sehingga sukar nak memaafkan awak cuma saya juga wanita biasa. Perasaan cemburu saya masih ada kecuali awak sudah berpunya.” Ujar Myra tiba-tiba.
Lisa mengangkat wajah melihat Myra. Terkejut.

# Flashback End

Lisa senyum begitu juga Myra.
“ Siapa dia?” Soal Myra ingin tahu.
Lisa menunduk. “ Saya suka dia tapi dia tidak suka saya.”
Myra mengerut dahi. “ Apa kurangnya awak sehingga dia menolak awak?”
Lisa mengeleng.” Saya banyak kekurangan Myra, dia mahukan wanita yang mampu membimbing anak-anaknya menjadi penghuni syurga namun itulah kelemahan terbesar saya.” Bisik Lisa sebak.
Myra mengenggam erat tangan Lisa. “ Kita masing-masing ada kekurangan Lisa tapi siapa dia?” Soal Myra ingin tahu. Siapa dia sehingga mampu membuang Alex daripada fikirannya.
Lisa menatap wajah Myra. “ Dia hanya lelaki biasa Myra. Dia seorang ustaz yang mendidik anak-anak yatim. Saya bertemu dengannya sewaktu saya menenangkan diri di Pahang. Pertama kali saya melihat dia, hati saya tertarik namun saya ada banyak saingan Myra.” Katanya lalu menangis teresak-esak.
Myra terkejut lantas Lisa dipeluk erat. “ Bertenang Lisa.”
“ Saya mahukan dia Myra namun saingan saya bukan calang-calang. Hanya ustazah layak mendapat ustaz. Sedangkan saya title ustazah pun tiada.”
Myra senyum. Pertama kali dia mendengar perumpamaan Lisa. “ Lisa awak dengar sini, tidak ada perkara begitu dalam hidup. Jodoh aturan Allah. Siapa tahu jodoh awak dengan dia, awak kena berusaha dapatkan dia. Doa, usaha dan tawakal sangat perlu jangan menyerah di awal jalan Lisa, kerana Allah pasti akan berikan awak jalan untuk bahagia.” Pujuk Myra lembut.
Lisa meleraikan pelukan. Air mata dikesat dengan tangan. Wajah Myra direnung lama.
“ Thanks My, saya tak sangka awak akan berikan support untuk saya. I thought you will hate me.” Katanya sebak.
Myra senyum saja. Nak benci-benci orang ini susah, banyak keburukannya. Dia tidak mahu hidup dengan membenci orang.“ Saya tak akan benci awak kalau awak tak buat saya benci awak.”
Lisa mengukir senyum dan sekali lagi dia memeluk Myra. “ Terima kasih untuk semuanya My. Now I know why Alex love you so much. Saya akan berusaha untuk memikat hati dia dan Allah akan bantu saya.” Bisiknya dengan yakin.

Alex membuka pintu bilik mereka dan matanya segera mencari kelibat sang isteri. Tiba-tiba, hatinya dilanda kerisauan yang amat sangat. Bilik twins dibuka dengan kasar. Nafas dihela lega.
“ My twins.” Serunya penuh kasih. Wajah Aisy dan Adam dicium bertalu-talu sehingga twins comel itu mula membuka mata mereka serentak.
“ Hai sayang Papa.” Ujar Alex dengan senyuman. Senyuman dia dibalas Aisy dan Adam. Seakan tahu di hadapan mereka ialah Papa mereka berdua.
Tiba-tiba, Alex merasakan pinggang dia dipeluk seseorang. Alex menoleh. Wajah Myra menghias matanya. Senyuman dihulur lebar dan manis. “ Hai sayang. Miss you so much.”
Myra membalas senyuman Alex dan menghadiahkan ciuman di pipi tersebut. “ Me too abang. Lama dah sampai?” Soalnya manja.
Alex merangkul pinggang Myra. “ Taklah juga. Abang cari sayang tadi, sayang pergi mana?”
“ Library. Myra mengemas sekejap. Berhabuk sangat.”
Kening Alex ternaik. “ Sayang belum kuat sangat. Abang boleh bersihkan sendiri.” katanya geram.
Myra mengeleng manja dan memeluk leher Alex. “ Tak susah pun abang. Kemas sikit-sikit saja pun. Abangkan penat. Myra tak nak susahkan abang lagi. Myra pun nak keluarkan peluh juga.” katanya manja.
Alex senyum mendengar kata-kata Myra. Wajah itu dicium bertalu-talu sehingga Myra merengek manja. “ Janganlah bang.”
Alex ketawa nakal.

“ Wait for me, wear that dress for tonight. Come to the swimming pool.”

Bibir Myra mengorak senyuman manis. Suprise apa yang suaminya nak buat ini? Kotak yang berbalut dengan reben merah hati itu dibuka perlahan-lahan. Terasa sayang nak mengoyakkan pemberian suaminya tersayang dia itu. Tangannya menyentuh lembut dress berwarna peach itu. “ Cantiknya.” Ujar dia kagum. Myra membawa dress tersebut ke hadapan cermin. “ Ya Allah!” Terkejut Myra melihat betapa ‘open’ dress tersebut. Malu pula dia membayangkan untuk memakainya. Bahagian hadapan dress tersebut berbentuk v dengan bukaan luas di bahagian belakang. Panjang dress tersebut sehingga lututnya sahaja. Dress itu dibawa menuju ke bilik air. Dia hendak bersiap. Tidak lama lagi Alex akan pulang. Myra kurang sedikit kerja sebab twins dibawa Puan Sri Nor ke rumah mereka. Kononnya nak memberikan masa Alex bersama dengan Myra.

Wangian rose semerbak menusuk ke hidung. Alex tersenyum lebar. Tuksedo diperkemaskan dan dia berpaling ke belakang. Tidak sabar hatinya hendak melihat bidadari dia. Jantungnya berdegup kencang.
“ Abang.” Seru suara di belakang Alex.
Alex lantas berpaling. Saat itu dia kaku, beku dan kelu.
Myra tersenyum manis dan menggoda pada mata lelakinya. Subhallah, dia cantik sangat.
Myra berjalan menghampiri suaminya. Pada mulanya dia juga malu untuk berhadapan dengan Alex namun waktu ini dia bagaikan ingin menggoda sang suami. Well, bukan salah pun. He is mine, getus hati kecilnya nakal. Suaminya memang sentiasa kacak di matanya. Malah tambah kacak kerana Alex suaminya. Tuksedo putih dengan tiga butang kemeja teratas dibuka menyerlahkan dada bidangnya.
Alex menelan air liur. Dia tidak menyangka sebegini indah pemandangan yang dipersembahkan oleh isterinya. Dan yang pasti Myra memang berbeza dengan Myra sebelum ini. She is very yummy, oh I can’t control myself.
“ Sayang cantik sangat.” Puji Alex dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Jemarinya mengenggam erat jemari halus Myra. Bagai tidak mahu dilepaskan.
Myra membalas genggaman Alex seeratnya. “ Well, isteri siapa.” Katanya senjaga mengusik.
Alex ketawa. “ Mine is always good right.” balasnya dan menarik Myra mendekati meja mereka yang cantik terhias.
Myra terpaku. Hiasan ini? Macam hiasan di pantai dulu..
Alex mempersilakan Myra duduk setelah dia menarikkan kerusi untuk Myra.
“ Abang, this is for what? Are we celebrating something?” Soalnya Myra hairan.
Alex senyum saja. Soalan Myra dibiar sepi. “ Let’s eat first sayang. I’m hungry after looking at you. Totally hungry.” ujarnya nakal.
Tawa Myra meletus kecil. “ Don’t make me want you right know abang.” Katanya juga tidak mahu kalah.
Alex mencubit geram pipi putih gebu itu. “ Notty wife.”

Candle light dinner mereka berakhir dengan suasana yang romantis. Alex mengajak Myra menari bersama. Awalnya Myra menolak kerana dia tidak pernah menari namun setelah dipujuk berkali-kali oleh Alex dia turutkan juga permintaan Alex. Tebal wajahnya apabila Alex asyik merenung wajah Myra tanpa berkelip.
Sebuah cubitan dihadiahkan di pinggang suaminya. “ Stop staring at me like that.” marahnya dengan nada manja.
Alex senyum dan memberikan ciuman kilat di bibir pujaan dia.
“ Abang!” Wajah Myra cemberut namun semakin merah. Malu.
Alex tiba-tiba merangkul Myra ke dalam pelukan eratnya. Wajahnya dibenamkan di bahu sang isteri.
Myra terkedu.
“ Terima kasih Myra for everything. Abang tak sangka Myra rupanya pemilik tulang rusuk abang selama ini. Thanks for being part of me. Thanks for sharing your life with me. Thanks and a thousand of thanks for you my dear. I love you so much. Abang tak sangka aturan Allah itu indah sungguh. Sayang kawan abang, kawan baik abang, and now you are my wife. The person I love the most. Terima kasih sanggup lahirkan umat Nabi Muhammad untuk abang. Terima kasih..”
Bibir Alex ditekup oleh Myra secara tiba-tiba. Terkejut Alex dibuatnya. Pelukan dileraikan dan mata Myra menikam anak mata hitam tajam Alex.
“ Stop saying thanks to me. Now, let’s me speak. Myra cintakan abang, terlalu cintakan abang tapi Myra minta maaf kerana Myra perlu letakkan Allah di atas abang. Maafkan dosa Myra sebab pergi tinggalkan abang, ampunkan Myra abang. I’m really sorry for everything. Myra pernah rasa untuk putus asa dalam melayari kehidupan bersama abang. Maafkan Myra kerana jiwa Myra rapuh. Terima kasih kerana sanggup bertahan dengan Myra…”
“ Bimbing Myra jadi isteri terbaik untuk abang, bantu Myra jadi bidadari untuk abang di syurga, boleh?” Pinta Myra lagi.
Alex mengangguk. Dahi mereka dicantumkan. “ In Shaa Allah sayang. Bantu abang jua menjadi imam terbaik untuk sayang. Hanya sayang yang abang inginkan menjadi teman abang sehingga ke syurga Allah. Sebab itu kita perlu saling berusaha bersama-sama mendapatkan jalan itu.”
Myra lantas memeluk Alex. “ Myra sayang abang.” Bisiknya lagi.
Alex mengucup kepala Myra. “ Abang sayang Myra juga.” Balasnya.
Myra mengemaskan pelukan kerana dia tidak tahu sampai bila dia mampu memeluk tubuh kesayangannya kerana masa itu berlalu dengan pantas. Sangat pantas. Kehidupan yang dinikmati oleh dia sekarang sangat mahal untuk diperolehi malah dia hampir saja mengorbankan kebahagiaan dia bersama Alex. Satu tekad ditanam dalam hati bahawa dia Umyra Ukasya akan berusaha mempertahankan rumahtangganya, mereka akan sentiasa berusaha mencari redha Allah dan dia akan memastikan akan ada untuk dia dengan Alex serta ahli keluarganya jalan untuk bahagia.

The end

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience