44

Romance Completed 8557

Tengah hari itu, kami selesai mengemas barang-barang. Dalam perjalanan balik, hujan turun dengan lebat. Habis basah kuyup semua orang. Terpaksalah kami berteduh di pondok bedekatan menunggu hujan reda. Lagipun agak berbahaya untuk melalui denai yang becak. Mengigil Myra menahan kesejukan yang melanda.
Tiba-tiba Alex datang dan memberikan gula-gula kepada Myra.
Myra cepat-cepat mengambil supaya dia boleh mengigit gula-gula tersebut dan mengelakkan kedua-dua giginya berlaga dengan kasar.
Sebaik saja gula-gula itu masuk kedalam mulutnya, wajahnya berkerut. Masamnya!
Alex ketawa lucu dan kembali ke arah Akim yang juga ketawa.
Masamnya mulai hilang tetapi berganti dengan rasa pedas di hujung lidahnya. Terpaksalah dia menahan kepedasan yang semakin menyengat. Rasa pedas yang dia alami rupa-rupanya membuatkan dia berasa panas sedikit, dahi Myra juga berpeluh. Mereka memulakan perjalanan semula yang tertangguh memandangkan hujan sudah berhenti. Wajah Zatie yang merah membuat Myra kesian. Nasib baik mereka sudah tiba di laluan pejalan kaki yang selesa untuk dijalani berbanding tadi.
Myra memperlahankan jalannya agar dia boleh bertembung dengan Alex yang berada di belakang sekali bersama Akim. Lepas berbaik ini terus jadi belangkas. β€œ Ada lagi tak gula-gula gila kau itu?”
Alex tersengih nakal sebelum menoleh kearah Akim. Akim juga tersengih dan mengeluarkan sepaket gula-gula daripada poket bajunya.
Alex mengambil dan menyerahkan kepada Myra. β€œ Thanks.” Ujar Myra dan berlalu ke hadapan semula.
Bahu Zatie dicuit perlahan. Myra menyerahkan gula-gula itu kepada Zatie. Zatie mengambil dan terus makan.
10 saat kemudian, Zatie berdehem kuat. Semua melihat dia. Zatie hanya mengeleng malu dan berjalan beriringan dengan Myra. β€œ Gula-gula apa yang kau bagi aku ini?”
Myra ketawa kecil. β€œ Power tak?”
Dia mengangguk dan mencubit pinggang Myra. β€œ Power sangat. Nak terbakar lidah aku.” bisiknya geram.

β€œ Alamak, Library penuhlah.” Kata Zatie semasa mereka melangkah masuk ke dalam Library.
Myra mengeluh. β€œ Menyesal tak datang awal tadi.” Keluh Myra. Meja di Library semua penuh. Inilah situasi yang dihadapi pelajar University Kuala Lumpur apabila menjelang saja study week.
β€œ Jomlah kita pergi taman.” Ajak Zatie.
Myra hanya mengikuti langkah Zatie. Harap taman tak penuhlah. Kalau penuh juga balik rumahlah jawapnya. Myra okey saja belajar di rumah tetapi Zatie yang ajak pergi Library tadi. β€œ Cepat Myra!” Jerit Zatie apabila ternampak meja taman yang kosong. β€œ Yes!” Dengan gembira dia meletak semua buku-buku dan begnya di atas meja.
Terkejut Myra apabila dalam sekelip mata saja meja itu sudah penuh. Zatie tersengih melihat Myra. β€œ Sorry.”
Myra hanya mengangkat bahu. Dah biasa.
10 minit kemudian..
β€œ Myra.”
Myra mengangkat wajahnya melihat Zatie.
Dia tersengih. β€œ Bestkan cerita Train To Busan semalam?” Soalnya teruja.
Myra mengangguk. Zatie kembali melihat bukunya.
5 minit kemudian..
β€œ Myra, aku lapar.” Rengek Zatie.
Myra menghulurkan sepapan coklat cadbury kepada Zatie. Dengan laju dia mengambil coklat tersebut.
2 minit kemudian..
β€œ Myra..”
Myra menghentak meja dengan bukunya. β€œ Apa Lagi?!” soalnya geram.
Zatie tersenyum lebar. β€œ Bosanlah dekat sini. Tak ada pemandangan, tak ada orang, tak ada makanan. Tempat ini bosan.” Katanya dengan wajah yang paling bosan.
Myra menarik nafas. β€œ Kau nak pemandangan pergi KLCC, kau nak makanan pergi KLCC, KLCC tak bosan.” Kata Myra menyindir.
Mata Zatie terbeliak ceria. β€œ Kau tahu juga apa yang aku nak. Apa lagi, jomlah pergi KLCC.” Katanya dengan bersemangat.
Myra menghela nafas perlahan. β€œ Apa yang kau nak dekat situ? Kalau kau cakap nak tengok muka mamat penyambut tetamu itu, aku lempang kau.” Marah Myra.
Zatie yang sudah berdiri kembali duduk. β€œ Kalau ada Alexkan best. Dia pasti boleh bawa kita jalan-jalan.” Rungutnya.
Myra hanya buat tak dengar saja. Dalam hati tak habis-habis dia memarahi Alex. Kalau dia tak beria-ia mengajak mereka ke KLCC setiap hujung minggu taklah Zatie gila asyik nak ke KLCC.
β€œ Myra calllah Alex. Dia dekat mana? Dah seminggu aku tak nampak dia.” Kata Zatie.
Myra menutup buku nota yang dibacanya dan melihat Zatie. β€œ Zatie, aku bukan siapa-siapa dia nak tahu dia dimana. Dia langsung tak cakap apa-apa. Manalah aku tahu.” Ujar Myra perlahan.
Zatie mencebik. β€œ Tapi takkanlah kau tak boleh agak dia kemana? Ada kau call Aunty Nor?” soalnya lagi.
Soalan Zatie membuat Myra ketawa. β€œ Zatie, kau nak aku malukan diri aku sendiri? Apa pula Aunty fikir kalau aku call dia sebab nak tanya Alex dekat mana? Hei, tak kuasa aku.”
Zatie tersengih. β€œ Apa nak dimalukan. Diakan bakal mak mentua kau juga.” Usik Zatie.
β€œ Hahahaha.” Tawa Myra tanpa nada.
Zatie menjeling geram dan kembali menumpukan perhatian kepada buku notanya.
Myra melirik Zatie yang fokus. Nafas dihela perlahan. Bukan dia langsung tak nak tahu tapi Alex langsung tak call. Takkan dia pula terhegeh-hegeh nak call dia, getus hati Myra.

Pintu Cafe Mamak ditolak Myra. β€œ Asalamualaikum Mamak.” Tegur Myra kepada Mamak yang sedang membersihkan meja.
Mamak mengangkat tangan. β€œ Walaikumussalam Myra. Ayoyo, lama tak nampak. Pergi mana?”
Myra menarik kerusi dan duduk di tempat biasanya. β€œ Tak pergi mana-mana pun Mamak. Ada saja dekat sini. Cuma sibuk sikit dah nak exam.”
Mamak mengangguk. β€œ Ini macam biasa ke?”
β€œ Macam biasa.” Jawapnya.
β€œ Asalamualaikum, Kak Myra ke?” seorang gadis mendekati Myra.
Myra mendongak. Dia mengukirkan senyuman buat gadis itu.β€œ Walaikumussalam.”
Dia tersenyum dan menyerahkan sepucuk surat kepada Myra. β€œ Ini untuk Kak Myra. Ada abang handsome suruh bagi untuk Kak Myra. Saya pergi dulu.” Katanya dan pergi dari Cafe Mamak.
β€œ Wah, ada juga yang berminat dengan aku.” Katanya dengan teruja. Cepat-cepat surat dibuka dengan tidak sabar.

β€œ Myra. Jumpa aku dekat parkir kereta sekarang. Alex.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience