71, 72, 73

Romance Completed 8558

Myra hanya mengeleng dan mencapai kunci kereta dia yang terletak di atas meja kopi. Nak jumpa Puteri Nuraisya. Nampaknya Puteri Nuraisya sekarang gembira dengan kehidupannya bersama Puan Khadijah. Myra memandu keluar daripada perkarangan rumah menuju ke rumah Dato Daud. Tak sangka mereka semua akan berbaik-baik. Syukur alhamdullillah. Apabila dia memberitahu Puteri yang Puan Khadijah ibu kandung Puteri, dia menangis hebat. Datin Salina yang berat melepaskan Puteri juga reda apabila Puteri meminta maaf kepada mereka semua dan berjanji akan membahagiakan mereka.
Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kereta Myra memaksa dia juga berhenti mengejut. Seorang lelaki melangkah keluar daripada kereta itu. Myra berdebar-debar. Cermin keretanya diketuk, Myra melihat daripada dalam kereta tanpa menurunkan cermin. Tony?

Mereka berdua duduk di kerusi taman dengan pembantunya berdiri di belakang mereka.
“ I tahu you hairan. Tapi I nak you dengar apa yang I nak cakap.” Katanya tenang.
Myra hanya diam merenung kolam ikan terletak di hadapannya.
“ I nak you pujuk Alexander terima I and I nak Syira kembali pada I.”
Myra tersenyum.
Tony melihat pelik. “ Kenapa you senyum?” pelik dia melihat Myra.
Myra merenung Tony dengan selamba.“ Siapa saya nak pujuk dia? Then, kenapa saya pula yang perlu kembalikan Syira kepada encik? Itu semua Encik yang perlu lakukan.”
Tony mengangkat kening. “ I asking you sebab Alex sayangkan you, definitely he will listen to you.”
Myra menyandar rileks. Apa kaitan dengan Alex sayangkan dia pula.“ Encik, kejayaan perlukan pengorbanan. Luka yang berdarah walau diubati tetap tinggal parut. Semua orang buat silap. Manusia belajar daripada kesilapan. Encik faham tak maksud saya? Encik kalau nak mereka semula, Encik yang perlu mengorak langkah dulu, bukan saya, bukan mereka melainkan Encik.”
“ I pay you, don’t worry.” Ujarnya menawarkan duit.
Myra diam seketika. “ Jangan merosakkan kepercayaan orang lain semata-mata demi kepuasan diri sendiri, Encik. Alex dan Syira tahu Encik bayar saya untuk dapatkan mereka, bukan saja saya yang akan dibenci Encik juga.”
Tony mengeluh. “ Then, what is it? Apa yang I harus lakukan untuk mendapatkan mereka semula?”
“ Show your love. Berusaha, berdoa dan bertawakal.” Ujar Myra. Nampak senang tetapi sukar kepada mereka yang hanya mengharap kejayaan datang bergolek.
Tiba-tiba, pegawal Tony terlentang pengsan ditumbuk seseorang. Myra bangun apabila tangannya ditarik oleh seseorang.
“ Apa lagi yang you nak buat ini?” Marah Alex. Wajahnya tegang menatap wajah Tony.
Myra terkejut.
Tony merenung Alex dalam. “ Getting close to my son’s precious person.”
Alex ketawa sinis. “ Don’t fool me. You nak racun dia tinggalkan I kan?”
Myra mengerut dahi.
Tony ketawa. “ Alexander, I will never ask this girl leave you because I know you love her.” ujarnya tenang dan membuatkan rahang Myra seakan nak terjatuh.
“ Yes, I do love her. Then what do you want to do?” Wajah Alex super serius sewaktu dia berkata begitu.
Myra merenung wajah Alex. Mungkin saja dia bermain-main tetapi kenapa kata-kata itu tinggal di dasar hatinya.
Tony senyum merenung mereka berdua. “ I will leave your guys together. Nampaknya this lovely girl tak tahu your feeling towards her, right?” Ujarnya dan berlalu pergi dengan dibantu oleh pembantunya.
Alex terkedu.
Myra tercengang.
Alex melihat Myra. Dia menelan air liur perlahan.
Myra merenung Alex. Dia kelu.
“ Aku..” kata-katanya bagai tersekat di kerongkong.
Myra lantas menarik tangannya daripada genggaman Alex. Jantungnya berdegup dengan kencang.
“ Myra.. Dengar dulu..sebenarnya apa yang dia cakap itu..err..aku..” Susah betul Alex nak berterus terang.
Betul ke dia cintakan Myra? Betul ke Alex ada menyimpan perasaan terhadap dia? Myra menanti jawapan Alex.
“ Aku..aku main-main saja. Takkan kau tak tahu aku macam mana.” Katanya lalu ketawa tetapi ketawanya tawar, seperti dipaksa.
Myra diam. Jawapan dia dah dapat tapi hatinya tidak gembira. Kenapa? Kenapa dia rasa sedih? Dia tak cintakan Myra ke?
“ Jomlah kita balik.” Kata Alex dan menarik tangan Myra selamba ke kereta.
Myra lantas menarik tangannya kasar.
Alex terhenti dan melihat Myra.
“ Aku balik sendiri.” katanya dengan perlahan.
Alex mengangguk dan terus pergi tanpa berpaling ke belakang lagi.
Myra mengetap giginya. Terasa marah dengan Alex tiba-tiba. Jadi selama ini dia tak ada perasaan langsung dengan dia? Then dia sajalah yang berperasaan begitu? Myra sendiri tidak sedar sejak bila dia mula menyemai rasa untuk Alex. Tetapi yang penting dia kecewa kerana Alex tidak ada rasa untuk Myra.

Sejak hari itu, Alex dah jarang berhubung dengan Myra. Kalau ada pun kawan-kawan mereka mengajak untuk berjumpa di hujung minggu masing-masing sibuk dengan kerja kononnya.
“ Kau ada problem ke dengan Alex?” Soal Zatie semasa mereka berdua makan di Cafe Black’Out.
Myra diam. Dia sebenarnya tak nak datang sini tetapi Zatie memaksa. Noah memang memberikan diskaun kepada kenalan rapat saja. Tambahan pula, masakannya memang sedap. Cuma hari ini dia tak berselera makan.
“ Myra, kau dengar ke tak ini?”
Myra mengangguk. “ Dengar. Kami okey sajalah. Biasalah sibuk sikit.” Dalih Myra.
Zatie melihat pelik. “ Sibuk? Selama ini biarpun kau atau dia sibuk tetap ada masa nak jumpa pun. Baik kau jujur, korang bergaduhkan?” Tebak Zatie.
Myra menunduk. Dia sebenarnya tak dapat menipu kalau dengan Zatie. Zatie umpama Uminya yang pandai menebak dia. “ Sebenarnya ya.” Ujar Myra dengan berat hati.

“ See, kan aku dah kata, kau memang suka Myra.” Ujar Akim dengan kuat. Sekali dengan tepukan tangan teruja.
Alex menarik telinga Akim apabila dia berkata dengan kuat sehingga menarik perhatian pelanggan lain. “ Perlahanlah sikit.” Marahnya.
Akim ketawa gembira. “ Akhirnya, betul juga apa yang aku cakap 4 tahun lepas.”
Alex mengerut dahi. “ Apa maksud kau?”
Akim mengangkat keningnya. “ Aku kata yang kau sukakan Myra. Aku tahulah sebab masa kau suka Lisa dulu kau begini juga. Gelisah tapi sekejap saja sebab dia suka kau juga. Cumanya kali ini macam tak berbalas saja.” Sindir Akim mengakibatkan sekali lagi dia ditarik telinga oleh Alex. Kedua-dua belah telinganya sehingga kemerahan.
“ Sakitlah.” Jerit Akim geram. Dia menggosok telinganya.
Alex hanya menjeling tajam.

“ So sekarang kau suka dialah?” Soal Zatie teruja. Dia dah agak dah.
Myra diam sebelum dia mengangguk malu. Malu sangat, sebab Alex kawan baik dia.
“ See, kan aku dah cakap 4 tahun lepas. Kau saja yang ketawakan aku, tengok sekarang.” Sindir Zatie. Myra tak percaya dengan hipothesis dia, kan dah jatuh cinta.
“ Manalah aku tahu. Perasaan itu datang tiba-tiba.” Kata Myra mempertahankan dirinya sendiri.
Zatie mencebik. “ Yelah tu. Kauorang yang pupuk perasaan itu tak ada maknanya nak datang sendiri. Mana-mana berdua, makan berkongsi, bercuti sama-sama apalagi, banyak lagi.”
Myra menjeling Zatie. “ Kamikan kawan baik.” masih lagi nak berdalih.
Zatie menjeling tajam.“ Itulah je modal kau. Kawan baik. So kawan baik tak boleh jatuh cinta?”
Myra diam.
Zatie mengeleng. “ So dia tahu tak perasaan kau?” soal Zatie. Kesian pula dengan kawan sorang ini.
Myra mengeleng. “ Takkan aku nak bagitahu. Dia tak ada perasaan pun dekat aku.”
Zatie membuntangkan mata. “ Ada dia cakap begitu?” soal Zatie geram.
Myra mengeleng.
Zatie mengetap giginya. Nampaknya dia harus buat sesuatu. Hanya seorang yang boleh tolong dia.
“ Zatie, kau jangan bagitahu sesiapa eh. Janji.” Pinta Myra. Zatie tersenyum saja. Maaf kawan.

Akim menarik Zatie masuk ke dalam kereta. Cepat-cepat mereka berdua menutup pintu kereta. “ Okey?” Soal Zatie tidak sabar.
Akim mengangguk. “ Beres.” Katanya dan mengangkat ibu jari.
Mereka memerhatikan kawasan Restaurant. Tidak lama kemudian muncul kelibat Myra yang kelam-kabut masuk ke dalam Restaurant. Selepas Myra masuk ke dalam Restaurant muncul pula kelibat Alex yang santai melangkah tetapi dengan wajah yang kusut.
Akim hanya mengeleng. Disuruh berterus terang, tak nak malu.

Myra melangkah ke meja paling hujung sekali. Sambil itu matanya meliar mencari kelibat Akim.
Alex mencari kelibat Zatie. Dia terus menuju ke meja hujung sekali. “ Zatie, kenapa nak jumpa?” Soal Alex tidak sabar dan menarik kerusi di hadapannya.
Myra tegak badannya mendengar suara itu. Matanya bersambung tepat dengan panahan mata Alex.
Alex terkedu. Myra?
“ Apa kau buat di sini?” Soal mereka serentak.
Myra dan Alex terkedu lagi.
“ Sepatutnya aku yang tanya apa kau buat di sini?” Soal mereka juga dengan serentak.
Myra menutup mulutnya.
Alex berdehem. “ Aku datang nak jumpa Zatie.”
Myra mengangkat kening.“ Aku datang nak jumpa Akim.” Jumpa Zatie? Buat apa?
Alex mengerut dahi. “ Nak jumpa Akim? Buat apa?” Soalnya laju.
Myra mengangkat kening. “ Tak salahkan aku nak jumpa dia.” Katanya selamba. Lagipun yang dia nak jumpa Zatie itu kenapa pula, bentak hatinya marah.
Alex mengetap giginya. Takkan budak itu nak cantas line dia kot.
“ Aku berhak nak jumpa sesiapa sajakan.” Ujar Myra lagi senjaga menambah panas hati Alex.
Alex serius. “ Tapi aku kan tak suka.” Marahnya.
Myra melihat Alex. “ Kenapa pula? Biarlah aku nak jumpa siapa pun. Dia single apa. Manalah tahu berputik..”
“ Sebab aku cintakan kau.” Jeritnya kuat. Dia sudah tidak dapat menahan rasa hatinya lagi.
Myra terkedu. Kata-katanya terhenti sebaik saja Alex siap menuturkan kata-kata itu.
Semua pelanggan merenung mereka.
“ Kau cintakan aku atau tidak?” Soalnya dengan kuat. Wajahnya sungguh serius.
Myra tidak percaya. Terasa wajahnya tebal berinci-inci.
“ Kurangkan volume suara kau.” Bisik Myra. Hilang malunya berganti marah pula.
“ Tak nak. Jawab aku. Kau cintakan aku atau tak?” Soalnya masih dengan nada yang tinggi.
Pelanggan lain dah tersenyum-senyum sesama sendiri.
“ Jangan malukan akulah.” Marah Myra dengan berbisik. Dia menyepak kaki Alex tetapi tiada respon pun.
Alex merenung Myra dengan tajam. “ So kau fikir aku tak malu?”
Myra terpaku.
“ Aku lagi malu kalau membayangkan kau akan tolak cinta aku, aku lagi malu kalau aku ditolak oleh perempuan yang aku suka. Aku lagi malu kalau aku tak layak dicintai kau. Aku lagi malu kalau aku..”
“ Aku cintakan kau juga.” Ujar Myra tetapi dengan nada perlahan.
“ Aku..Apa?” Soalnya kuat dengan mata terbeliak.
Semua pelanggan juga melihat Myra. Jelas kerutan di dahi mereka.
“ Apa..apa..yang kau..k..kau cakap tadi?” Soal Alex dengan gagapnya.
Myra diam. “ Sekarang kau masih malu atau tak?” Soal Myra dengan tenang.
Alex terkebil-kebil. Dia cakap dia cintakan aku jugakan? Soal hatinya berkali-kali.
“ I don’t say it twice.” Ujar Myra dengan selamba.
“ Yes!!” Jerit Alex tiba-tiba dengan gembira sehingga dia terlompat-lompat.
Myra terkejut.
Pelanggan di Restaurant itu bertepuk tangan dengan gembira meraikan kegembiraan Alex. Ucapan tahniah bergema di Restaurant tersebut.
Myra mengetap gigi geram dan malu yang bercampur aduk. Namun, bahagia menyelubungi hatinya. Siapa tak gembira, cinta berbalas. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Alex ketawa dan tiba-tiba melutut di hadapan Myra dengan wajah gembira tak ingatnya. Myra tersentak. “ Kita kahwin? Myra kita kahwin?” Soalnya dengan kuat.
Myra mengambil kotak tisu dan menghempas geram di kepala Alex. “ Gelojoh sangat. Sabarlah.” Marah Myra. Kelakuan mereka disambut gelak ketawa oleh pelanggan Restaurant.

BAB 72

Akim dan Zatie melompat gembira di luar Restaurant. “ Yes!” Jerit mereka serentak.
Hampir saja mereka berpeluk sebelum Zatie menolak Akim menjauhi dia.
Akim juga terhenti. Mereka berpandangan sebelum ketawa besar.
“ Kita pulak terlebih excited mereka nak kahwin.” Ujar Zatie dengan senyuman yang mekar di bibir. Gembira kerana kawan baiknya bertemu cinta hatinya.
Akim ketawa. “ Yelah. Bahagia pulak.” ujarnya ceria.

Semenjak sesi meluahkan perasaan itu Alex sudah menjadi belangkas Myra. Mana saja Myra disitu ada Alex. Berita gembira itu sudah diketahui oleh keluarga Alex. Puan Sri Nor memeluk dia erat sebaik saja Alex memberitahu berita itu. Sampaikan Nek Biah juga mengetahui khabar tersebut.
“ Alex.” Marah Myra. Malu dia saja direnung tanpa henti. Hari ini mereka keluar. Saja nak berjumpa, Myra tak nak sebenarnya, dia malu biarpun rindu menggunung di hati.
Alex ketawa tetapi matanya tetap tidak beralih daripada merenung Myra. Bahagia rasanya.
“ Alex. Janganlah tengok saja. Berdosa tau.” Marah Myra.
Alex mengangkat kening. “ Then, kita kena kahwin secepat mungkin.” Usulnya gembira.
Myra merenung Alex. Dia cakap pasal kahwin ke ini? “ Kau tahukan kahwin bukan perkara main-main?” Soal Myra dengan tenang.
Alex mengangguk dengan wajah serius. “ Aku tahu. Aku tak main-main dengan perkara kahwin ini. Dan satu perkara yang kau perlu tahu aku takkan main-mainkan orang yang aku sayang.” Ujarnya tegas.
Myra terkelu. Wajah tegas Alex menarik perhatianya. Dia dengan senjaga mendekatkan wajah mereka. “ Handsome pula aku tengok kau.” Bisik Myra dengan perlahan.
Alex menelan air liur. “ Kau bukan nak menggoda akukan? Iman aku bukan tebal sangat ini.” Ujarnya dengan halkum yang turun naik.
Myra menatap Alex dengan tajam. “ Iman kau tak kuat? Kau mudah tergodalah ini dengan perempuan lain.” Marah Myra.
Alex mengeleng laju. “ Bukanlah. Perempuan lain itu aku kebal godaan. Dengan kau saja yang aku rapuh sangat. You know, I’m so fragile.” Bisiknya menggoda.
Myra telah memberitahu Umi dan Ayahnya mengenai Alex. Malah, dia juga mengambil cuti tiga hari untuk balik ke Sabah. Mereka juga gembira dengan perkhabaran tersebut malah sudah memberikan restu. Myra tiba di Kota Kinabalu setelah dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Nampaknya Syukri yang pulang bercuti menyambut dia di Airport. Syukri melambai dia dengan gembira. “ Kakak.” Jeritnya gembira daripada jauh.
Myra ketawa lucu. Lama dia tak jumpa dengan Syukri. Lebih kurang 6 bulan.
“ I miss you so much.” Kata Syukri dengan teruja. Dia memeluk Myra dengan erat. Maklumlah mereka hanya dua beradik.
Myra menepuk belakang Syukri dengan gembira. “ I miss you too.” ujarnya dengan gembira. Syukri ketawa dan mengambil beg Myra. Mereka berbual rancak sehingga menuju ke kereta.
“ Umi, Ayah. Apa khabar?” Soal Myra dengan gembira. Tubuh Umi dipeluk erat, seeratnya. Rindu dia dengan Uminya.
“ Umi pun rindu Myra” Ujarnya sambil menggosok kepala Myra. “ Hei, kenapa menangis ini?” Soal Umi.
Myra merenung wajah Umi yang semakin dimamah usia. “ Myra rindu sangat.”
Ayah menggosok kepala Myra dengan kasih sayang. “ Manja betul anak awak ini.”
Myra menyalam ayah. “ Apa khabar ayah?” Soal Myra.
Ayah tersenyum gembira. “ Khabar baik tambah lagi anak ayah dah nak kahwin.” Usiknya.
Myra tersipu-sipu malu. “ Ayah.”

Malam itu selepas makan malam, mereka berempat berkumpul di ruang tamu. Umi menyediakan air kopi untuk minuman. Akhirnya, terubat juga rindu dengan masakan Umi. Sedap sangat. “ Rindu dengan air tangan Umi.” Ujar Myra sambil mencicip air kopi yang enak itu.
Umi senyum. “ Itulah, Myra jarang balik sini.” usik Umi.
Myra tersengih. “ Minta maaf sebab jarang lawat Umi dan Ayah. Sibuk sangat.” ini pun lama juga dia menunggu untuk mendapatkan cuti.
“ Yelah, sibuk sebab berdating dengan abang Alex.” Sindir Syukri yang menyampuk tiba-tiba.
Myra membaling bantal kecil ke arah Syukri.
Syukri mengelak dan menghamburkan tawa besar. Ayah dan Umi hanya mengeleng melihat mereka berdua. “ Dahlah itu, Syukri, Myra.” Tegur Ayah.
Myra menjeling Syukri tajam. Syukri tersengih dan mendekati Myra. “ Sorry Kakak tersayang, Syukri gurau saja. Gurau manja.” Ujarnya nakal.
Myra mencubit geram pipi Syukri.
“ Bila Alex nak datang sini?” Soal Ayah tiba-tiba.
Myra tersengih. “ Dia tunggu response ayah saja. Bila-bila saja dia on.”
Umi tersenyum lebar. “ Alex ini ke yang Myra ceritakan sejak di Axel School dulu?” Soal Umi sambil merenung wajah Myra.
Myra mengangguk dengan wajah malu-malu. “ Ya Umi. Dialah itu.”
Ayah mengangguk faham. “ Okeylah. Bagitahu Alex yang dia boleh bawa rombongan minggu ini juga kalau dia free.” Kata Ayah memberi keputusan mukatamad.
Myra mengangguk faham. “ Okey Ayah, nanti Myra bagitahu Alex.” Tidak lama kemudian Myra meminta diri masuk ke bilik. Nak berehat, penat dia seharian ini. Petang tadi bersiar-siar dengan jiran sebelahnya Ain keliling kampung. Kini keluarganya menetap di Kuala Penyu.

BAB 73

Majlis perkahwinan akan diadakan 6 bulan kemudian. Keluarga Alex membawa Myra berkenalan dengan keluarga sebelah Alex. Masih di kampung Alex. Sempat juga Myra melawat Nek Biah, melawat Mak Teh dan Pak Teh. Pak Lang dan Mak Lang serta ahli keluarga yang lain.
Ibadah dan Qistina mengajak Myra datang ke rumah mereka. Ibadah dan Qistina ialah adik-beradik kembar tak seiras. Myra memang kenal dengan Qistina sebab dia kawan dengan Tasya. Sedang mereka bergelak ketawa bersama Mak Ngah Fia di halaman rumah, muncul sebuah kereta mewah yang berhenti di halaman rumah. Mak Ngah Fia menarik tangan Myra masuk kedalam rumah. Qistina dan Ibadah juga nampak takut. Myra terpinga-pinga pelik. Mak Ngah Fia mengisyaratkan Myra diam apabila bertalu-talu ketukan di muka pintu. Mereka diam seketika sebelum ketukan berhenti. Mak Ngah Fia menarik nafas lega. Dia mengintai di jendela, kereta itu sudah tiada. Tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat. Serentak itu Mak Ngah Fia mengucap.
“ Mak Ngah, Alex ini. Bukalah pintu.” panggil Alex dengan suara tinggi.
Mak Ngah Fia segera membuka pintu.
Alex termengah-mengah mencari nafas. Wajahnya terpancar sinar kelegaan apabila melihat Myra di hadapannya. “ Jom Mak Ngah. Kita kumpul dekat rumah Pak Lang.” Ajaknya.

Petang itu Alex membawa Myra berbual dekat pangkin rumah Nek Biah. Mereka meluangkan masa berbual-bual. “ Hati-hati ya Myra.” Pesan Alex sewaktu mereka duduk di pangkin.
Myra mengerut dahi. “ Hati-hati, kenapa?” Soalnya ingin tahu. Adakah ini berkaitan dengan kereta hitam siang tadi?
Alex merenung Myra dengan sedalamnya. “ Kereta hitam tadi dekat rumah Mak Ngah Fia Nenek Alex. Ibu kepada ibu Alex. Ibu kepada Mak Teh.”
Myra mengangguk. “ Oh, Nenek Alex, kenapa dia tak ada dalam majlis semalam?”
Alex menarik nafas perlahan. “ Nenek Alex pernah sakit. Dia terlalu sayangkan Sofia, sepupu Alex. Sofia pernah jadi tunang Alex lama dah.”
Myra terkejut. “ Alex pernah jadi tunang orang?” Soalnya terkejut.
Alex tersengih. “ Janganlah cemburu. Itu dah lama sangat.” usiknya nakal.
Myra mencebik. “ Jangan nak perasaan okey. Myra tak cemburu pun.” Nafinya keras.
Alex ketawa kuat. “ Kami putus tunang sebab Alex tak nak. Alex masih muda lagi nak bertunang. Sofia marah sangat sampai tinggalkan Nenek di sini.”
“ Siapa lagi girlfriend Alex?” Soal Myra ingin tahu .
Alex tersengih melihat Myra. “ Alah, cinta monyet. Sekarang Alex hanya setia pada yang satu. Hanya dia yang Alex sayang.” Bisiknya sambil merenung Myra.

Myra menuju ke belakang rumah Mak Lang. Katanya dia nak berikan makanan pada ayam peliharaan Mak Lang. Tiba-tiba sebuah kereta hitam seperti yang berhenti di halaman rumah Mak Ngah Fia muncul lagi. Belum sempat Myra membuka mulut, dia sudah ditarik masuk kedalam kereta.
Ibadah berlari sekuat hatinya masuk ke dalam rumah. Semua mata melihat dia.
“ Badah kenapa? Pecut ke?” Sindir Alex. Dia yang sedang bermain game dengan Akim ketawa.
Ibadah tercungap-cungap mencari nafas. Wajah Alex dipandang cemas. “ Bang, kak Myra.”
Alex mengangkat kening. “ Kenapa?”
“ Nenek..Kak..Nenek bawa Kak Myra masuk kereta.” Katanya dengan laju.
Alex segera bangun, game di tangannya dihempas ke lantai. Ahli keluarga yang lain terkejut. Alex sudah berlari keluar daripada rumah.

Myra menggosok matanya yang pedih kerana ditutup dengan sehelai kain dengan agak ketat. Kemudian dia terpinga-pinga melihat kawasan sekelilingnya. “ Aku dimana?” Soalnya sendiri.
“ Hai Sofia.” Ujar seorang wanita tua daripada belakang Myra.
Wanita menerpa ke arah Myra dan memeluknya erat.
Myra tersentak. Hampir dia sesak nafas dibuatnya. “ Puan, saya tak boleh bernafas.” Kata Myra cemas.
“ Sofia, Sofia jangan tinggalkan Nenek lagi eh. Nenek sunyi Sofia tak ada.” Rayunya.
Myra segera melepaskan dirinya apabila pelukan terasa longgar. “ Maaf, saya bukan Sofia.” Ujar Myra tegas. Ini ke Nenek Alex yang sakit itu?
Wajah wanita tua itu berubah bengis. “ Sofia cucu Nenek. Sofia tak sayang nenek ke?” pipi Myra dicengkam kuat.
Myra mengeleng, menepis tangan wanita itu dan berundur menjauhi wanita tersebut. “ Saya Myra. Saya bukan Sofia. Pak Cik tolonglah bagitahu Puan ini, saya bukan Sofia.” Rayu Myra kepada lelaki yang berdiri di sebelah pintu rumah.
Lelaki itu hanya merenung dia tanpa riak.
“ Sofia cucu Nenek. Sofia tak boleh tinggalkan Nenek lagi.” Katanya bengis dan menarik Myra menuju ke tangga untuk naik ke atas.
Myra meronta-ronta tak mahu tetapi tenaga wanita sangat kuat tak padan dengan umur. “ Saya bukan Sofia. Pak Cik tolong saya!” Jerit Myra.
Wanita itu menolak Myra masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas. Myra terjatuh dengan kasar di lantai. Belum sempat dia bangun, pintu dihempas dan dikunci daripada luar.
“ Sofia berehatlah ya sayang. Nenek nak masak makanan kesukaan Sofia. Sayang tunggu Nenek siap masak ye.” Katanya daripada luar bilik.
Myra mengetuk pintu dengan kuat. “ Saya nak balik. Saya bukan Sofialah.” Jerit Myra dengan kuat. Akhirnya dia menangis ketakutan.
“ Buka pintu ini! Buka!” Jerit Myra bertalu-talu.

Tiba-tiba pintu rumah ditolak dengan kasar daripada luar. Muncul Alex dengan wajah tegang. Matanya mencari kelibat Nenek. Nafasnya turun naik dengan laju. Dua orang lelaki yang berjaga di luar tadi dikalahkan dengan mudah.
“ Alex. Kebetulan Alex datang. Mesti Alex nak jumpa Sofiakan.” Kata wanita itu dengan gembira.
Alex segera menatap wajah wanita itu. “ Mana Myra, Nenek? Mana tunang Alex?” Soalnya kasar.
Wanita itu tersenyum. “ Sofia berehat Alex. Jangan ganggu dia dulu eh. Nenek nak masak makanan kesukaan Sofia.”
Alex mendengus dan menghampiri wanita itu. “ Dia bukan Sofia, dia Myra. Sofia dah lama tinggalkan Nenek.” Katanya tegang.
Wajah wanita itu berubah masam. “ Sofia tak pernah tinggalkan Nenek. Dia ada di sini.” katanya dengan tegang.
“ Mana Myra Uncle?” Soal Alex apabila menyedari kehadiran lelaki tersebut. Uncle Mail ialah driver merangkap bodyguard Nenek sejak dulu lagi. Uncle Mail hanya diam. “ Saya tanya Myra dekat mana?” Jerkah Alex. Dia menghampiri anak tangga tetapi langkahnya dihalang oleh Uncle Mail. “ Tepi Uncle.”
“ Alex jangan cuba larikan Sofia.” Marah wanita itu.

Myra berpaling ke belakangnya apabila terdengar satu bunyi benda jatuh. Tergamam dia apabila menyedari benda yang jatuh itu ialah kotak yang berisi ular. Tangannya mulai bergetar. “ Buka pintu ini!” Jeritnya sekuat hati apabila ular sawa sebesar lengan itu mendekati dia. “ Pak Cik! Tolong saya!” Jerit Myra dengan tangisnya.
Alex tersentak, jeritan di atas mengejutkan dia. “ Saya kata tepi Uncle.” Ujar Alex dengan suara yang tertahan.
Uncle Mail memandang Alex dengan wajah serius.
Wanita itu ketawa. “ Alex tak akan boleh bawa Sofia pergi daripada Nenek.”
“ Jangan sampai saya hilang hormat dengan Uncle.” Kata Alex dan dan segera menolak Uncle Mail ke tepi sebelum berlari ke atas.
“ Kejar dia Mail.” Kata wanita itu dengan berang. Uncle Mail mengangguk.
Alex mencari-cari suara yang sedang menangis itu. “ Myra.” Jeritnya kuat.
Myra yang terduduk segera bangun. “ Alex! Alex, tolong Myra.” Katanya kembali menangis. Pintu ditumbuk kuat.
Alex menuju ke bilik Sofia yang lama. “ Myra, Alex datang. Sekarang Myra ketepi. Alex nak tolak pintu ini.” Katanya kuat.
Uncle Mail menahan Alex.
“ Lepaskan saya Uncle.” Jerit Alex apabila Uncle Mail mengunci pergerakan dia.
“ Alex. Cepatlah, Myra takut! Ada ular dalam ini.” Kata Myra dengan teresak-esak. Saat dia berpaling, ular itu sudah menanti. Dua saat berlalu, Myra terduduk lemah.
Alex berjaya melepaskan kunci Uncle Mail yang mahir dalam seni pencak silat.
“ Alex, jangan berani nak buat apa-apa!” Marah wanita tersebut.
Alex tidak peduli dan dengan sekali tolak pintu itu terbuka luas. Matanya mencari kelibat Myra yang sudah menyandar di dinding. “ Myra, Alex datang.” Katanya lega.
Wajah pucat Myra membuatkan Alex hairan.
“ Jangan sentuh Sofia Alex.” Marah wanita itu. Dia menepis tangan Alex. Tetapi dia ditolak pula.
Alex segera mengendong Myra setelah menyedari apa yang terjadi. Saat matanya melihat ular yang tersadai di atas katil, akalnya sudah berfikiran lain. “ Tepi Uncle!” Marah Alex tetapi Uncle Mail tidak berganjak. “ Saya kata tepilah! Kalau ada apa-apa yang terjadi dekat Myra, saya sumpah saya bunuh Uncle dan Nenek.” Jerit Alex sebelum dia pergi.
Uncle Mail terkedu apabila dia melihat ular dalam bilik itu.
Wanita tadi pula teresak-esak menangis. “ Sofia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience