35

Romance Completed 8558

Myra mundar-mandir di taman bunga milik Aunty Nor. Aunty Nor pula pergi dapur. Dia nak buat air katanya. Myra menawarkan pertolongan tetapi ditegah olehnya. Aunty Nor kata tetamu perlu dilayan dengan baik jadi dia tak perlu membantu dia membuat air.
“ Myra.” Kejut Alex.
Myra menoleh. Jelingan tajam dia hadiahkan buat Alex. “ Aku tak terkejut.” Ujar Myra sinis.
Alex mencebik dan duduk di kerusi taman.
“ Kenapa kau bawa aku ke sini?” Soal Myra sambil melihat Alex.
Dia mengangkat kening. “ Salah ke?”
Myra mengeleng dan melangkah duduk di hadapan Alex. “ Inilah Mak Cik isteri Pak Cik kau jaga kau sejak daripada Axel School?”
Alex mengangguk.
Myra mengerut dahi. Sesuatu baru saja datang melayang singgah di fikiran Myra. “ Lisa, Lisa di mana sekarang?” Soal Myra ingin tahu.
Alex diam seketika. Myra menanti jawapan Alex.
Myra semakin pelik. Tiba-tiba dia teringat kepada seorang gadis cantik yang menemani Alex semasa petandingan Masterchef baru-baru ini. Dia ke yang ikut kau pergi pertandingan Masterchef?”
Alex menarik hujung tudung Myra tanpa isyarat. Soalan Myra tidak dijawab.
Dengan pantas Myra menepis tangan gatal Alex. “ Apa ini? Kacaulah.” Marah Myra geram.
Alex ketawa. “ Kaulah, banyak sangat tanya. Kenapa nak tahu sangat tentang dia? Kau cemburu eh sebab kau bukan perempuan pertama yang datang rumah aku?” Usiknya nakal.
Myra ketawa tanpa nada. “ Jangan mencuba menukar situasi.” Ujar Myra dengan tegas.
Dia mengangkat kening. “ Mana ada aku cuba tukar topik.” Nafinya lagi.
“ Aku bukan cakap tukar topik, tapi tukar situasi. Lisa dimana sekarang?”
Dia melihat Myra sebelum mengeluh dengan kasar. “ Dia ada di kampunglah. Kami sekampung.”
Myra ternaik keningnya mendengar. “ Korang sekampung? So dah lama kenallah?” soalnya lagi.
Alex mengangguk dan bangun. “ Mama dah panggil jomlah masuk.” katanya dan berlalu pergi. Myra terpinga-pinga. Kenapa dia tak dengar pun Aunty Nor panggil.

Kami bergerak untuk pulang. Sepanjang perjalanan hanya suara Dj yang berceloteh. Myra lebih suka berdiam diri sambil merenung ke luar tingkap kereta.
“ Kenapa kau diam?” Soal Alex tiba-tiba.
Myra menoleh sekilas ke arah Alex. “ Tak tahu nak cakap apa.” Balas Myra. Dia membuang pandang ke luar tingkap kereta.
Alex ketawa kecil. Myra menjeling pelik.
“ Kau nak biasakan hidup tanpa aku?” soalan cepus emas Alex.
Myra berpeluk tubuh. Dia malas sebenarnya nak cakap pasal hal itu tapi tak selamanya dia boleh mengelak daripada Alex.
“ Hdup kau akan lebih ceria dan gembira kalau dengan aku Myra daripada dengan kawan kau itu. Aku akan pastikan kau tak akan sunyi.” katanya dengan bangga.
Myra menarik nafas. “ Alex, aku percaya dengan kau. Aku gembira berkawan dengan kau dan mempunyai kawan sebaik kau. Tapi sekarang aku tersepit antara kau dan Zatie. Aku minta maaf sangat sebab terpaksa pilih Zatie daripada kau.”
Alex terdiam mendengar jawapan Myra. Stereng kereta dicengkam kuat.
“ Lagipun betul cakap Zatie, hidup kita berbeza sekarang. Ramai orang yang kenal kau dan minat kau. Aku tak sanggup ambil apa-apa risiko kalau aku rapat dengan kau.” tambah Myra lagi.
Alex menghentak hon secara tiba-tiba sebelum dia berhenti mengejut di hadapan rumah Myra.
Terkejut Myra dibuatnya.
“ Benci aku bila kau lebih-lebihkan dia. Bukan salah aku kalau aku dikenali orang. Kau saja nak cari alasan lapuk. Cakap sajalah kalau kau tak nak kawan dengan aku. Itu pun susah sangat ke?” bentaknya marah.
Berdengung telinga Myra mendengar. “ Aku..”
“ Aku apa lagi?! kau tunggu apa, keluarlah.” marahnya.
Myra mengetap gigi. Terasa sungguh dia dengan kata-kata kasar Alex. Pintu dibuka dan dia terus keluar. Sebaik saja Myra menutup pintu kereta terus memecut pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience