22

Romance Completed 8558

Janganlah bergerak.” Marah Alex.
Myra mencebik dan mencuba untuk relaks. Dia hanya memerhatikan urutan Alex memang berkesan sebab dia mulai rasa sakitnya hilang.
“ Sebenarnya aku suruh Kery siapkan kerja dia dulu then barulah datang ambil kau semula.” Ujar Alex memecah kesunyian kami.
Myra tersentak. Oh, patutlah Kery tak datang-datang lagi. Dia tidak sedar pun yang Kery sebenarnya belum muncul-muncul dari tadi.
Alex terus meneruskan aktivti mengurut.
“ Mana kau belajar mengurut Alex?” Soal Myra kagum. Dia merenung wajah Alex.
Alex tersengih bangga. “ Mak Teh aku pandai mengurut. Aku pun belajarlah.”
Kening Myra ternaik. “ Siapa Mak Teh?” Soalnya tambah pelik.
“ Mak cik akulah.” Katanya selamba. Myra menggaru kepala. Bukan dia tak ada kelaurga ke?
“ Itu dulu.” kata Alex seperti tahu apa yang ada di fikiran Myra. “ Aku fikir ada ibu bapa kandung itu keluarga yang lengkap bagi aku tapi ada keluarga mak cik aku pun sebenarnya lengkap bagi aku juga.” Sambungnya.
Myra merenung wajah Alex dengan perasaan kesian. Dia tidak suka masuk pada topik sedih. Dia juga merasakan kesedihan yang dialami oleh Alex.
Papp!!
Alex menggosok kepalanya yang sengal dipukul oleh Myra secara tiba-tiba.“ Kau ini kenapa?” Marah Alex.
Myra hanya tersengih sambil menyandar di dinding. “ Saja.” Katanya selamba. Dia hanya memerhatikan pergerakan tangan Alex yang lincah mengurut kakinya. “ Kau ini fast learner.” puji Myra pula kepada Alex.
Alex mengangkat keningnya bangga. Hilang raut wajahnya yang masam mencuka diagantikan dengan wajah tersengih-sengih.
“ Terima kasih budak.” Ujar Myra sambil tersenyum lebar tetapi Alex pula cemberut wajahnya.
“ Jangan panggil aku budaklah.” Marahnya tetapi dibalas dengan wajah tak peduli Myra.
“ Kau dah lama apa jadi budak Axel School.” Sindir Myra dan dihadiahkan jelingan maut oleh Alex.
Myra menggaru dagunya sebelum berpeluk tubuh. “ Tapikan kau memang dah lamalah sekolah disini. Bila kau nak grad?” Soal Myra ingin tahu. Dia dapat tahu benda ini pun masa tolong Puan Mariam kemas bilik dia hari itu. Lagipun Puan Mariam yang ajar Company Ninja tahap satu mata pelajaran matematik tambahan.
“ Suka hati akulah, sibuk saja nak ambil tahu hal orang.” Katanya dengan kasar.
Myra tersengih. “ Kau sepatutnya bersyukur sebab aku prihatin dengan kau.” Katanya dengan bangga.
“ Prihatin ke penyibuk.” Ejek Alex. Dia menjeling Myra.
Myra nampaknya masih tak akan berhenti meminta jawapan. “ Kenapa kau tak grad? Tak bosan ke asyik belajar benda yang sama setiap tahun? Eww, muak aku.” Katanya dengan wajah paling bosan.
Alex mengeluh dan menyandar di dinding. Aktiviti mengurut sudah selesai. “ Aku tak nak jadi dewasa.” Katanya lemah. Nada suaranya juga berubah perlahan.
Myra memandang hairan. Banyak sangat ke masalah dia ini. Macam mana manusia boleh hidup dengan masalah yanng banyak. Dia pun tidak dapat memikirkan macam mana. Myra bersyukur sangat kerana dia tidak mempunyai masalah yang membebankan dan sangat bersyukur kerana dia masih mempunyai keluaraga yang ada bersama-sama dengan dia selalu. Dengan senjaga dia menendang kasut Alex. “ Belajarlah bro. Kau nak mengulang sampai bila. Kau itu bukan makin muda tapi makin tua. Aku sebagai adik yang prihatin dengan nasib pelajar Axel School yang dah bosan tengok muka kau nak nasihatkan supaya kau belajarlah betul-betul dan capai cita-cita kau.” Katanya dengan bersemangat waja.
Alex mencebik dan menolak kasut Myra yang dibukanya tadi menjauh.
” Hei.” Marah Myra lantas mencapai kasut dan memakainya semula.
“ Adik apanya. Kita sama umurlah. Aku masuk sekolah rendah dulu awal, masa aku berumur 10 tahun aku dah ambil exam GCIS kira macam UPSR juga. Aku sekolah dekat Jerman. Sijil aku Germany Certificate International School. Aku masuk Axel School umur aku 11 tahun.”
Myra melopong mendengar kata-kata Alex. Wow! Dia sekolah dekat Jerman. Bestnya Alex sekolah luar negara. “ Untunglah sekolah intenational. Tapi, mesti best kan pegang salji?” Ujar Myra dengan teruja.
Alex hanya tersenyum kecil. Best ke? “ Bersyukurlah Myra. Kalau salji pun bukan boleh keluar sesuka hati. Kau nak mati kesejukan.” sindir Alex.
“ Manalah aku tahu.” Katanya perlahan.
Alex mengeleng sebelum bangun. Myra juga ikut bangun. Rasanya lama sudah mereka berbual di sini. Bayang Kery pun tak timbul langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience