38

Romance Completed 8557

Alex membawa Noah dan Fariz makan di Cafe Mamak semasa Fariz dan Noah datang melawat dia.
“ Apasal kau sambung dekat sini, Alex?” Soal Fariz pelik.
Alex hanya senyum dan menyuap mee basah ke dalam mulutnya.
Noah menyiku Fariz. “ Girl dia study dekat sini.”
Fariz mengerut dahi. “ Lisa ada dekat sini?” soalnya terkejut.
Alex mengeluh. “ Asyik-asyik Lisa. Tak ada perempuan lain ke?” marahnya.
Fariz ketawa. “ Dah dia perempuan yang kau sayang.”
Noah menampar kepala Fariz. Dia memberi jelingan maut.
Fariz tersengih. Baru dia ingat. “ Sorry. Aku lupa dia girl Akim.” katanya dengan selamba. Fariz kemudian menoleh ke pintu masuk Cafe. “ Wah, gadis.” ucapnya nakal.
Noah juga melihat ke arah yang sama. “ Kau nak juga dekat pelajar Iz?”
Fariz tersengih. “ Hei, they still fresh and young.” ujarnya nakal.
Noah menampar sekali lagi kepala Fariz. “ Dah macam perogol bersiri saja aku tengok kau ini.”
Fariz ketawa. Dia kembali memerhatikan kumpulan gadis-gadis tersebut. “ Alahai, cutenya tudung merah itu makan, gelojoh sangat.”
Alex terhenti. Makan? Gelojoh? Hanya seorang yang dia kenal begitu. Dia melihat ke arah yang diperhatikan Fariz. Bibirnya tersungging senyuman nakal. Kali ini kepala Fariz disekeh selamba. “ Tudung merah aku punya. Nak cari lain.” katanya yang nyata membuat Noah dan Fariz tercengang.
“ Apa yang kau cakap ini Alex?” Soal Noah laju.
“ Korang cubalah tanya siapa nama dia?” cabar Alex.
Fariz membeliakkan matanya. “ Jangan cabar aku Alex. Noah, pegang tangan aku. Cepatlah pegang.” katanya marah.
Noah yang blur ikut juga kata-kata Fariz.
Alex ketawa. “ Kau ini banyak tengok dramalah Iz.”
Fariz mencebik dan menolak tangan Noah. “ Okey. Aku pergi. Kau tengok eh. Aku pergi ini.” katanya tapi masih tak bangun-bangun.
Noah terus menolak badan Fariz supaya bangun. Automatik dia terdorong ke meja yang diduduki oleh kumpulan gadis-gadis itu.
Suasana Cafe menjadi sunyi.
“ Myra, tolonglah dia bangun.” Kata Syaz kesian.
Myra mengeleng. “ Tak naklah. Dia boleh bangun sendiri apa. Lagipun haram.” Kata Myra. Meskipun yang jatuh itu handsome tetapi taklah sehandsome Alex pada mata dia.
Fariz terkejut. Myra? Perlahan-lahan dia bangun tapi masih tak berganjak daripada tempat itu.
Syaz juga melihat Fariz dengan pelik. “ Pak Cik tak gegar otakkan?”
Zatie memukul bahu Syaz dengan perlahan. “ Adakah cakap begitu?“ Tetapi dia juga melihat Fariz lama sebelum ketawa. “ Aku pun harap dia tak gegar otak.”
Fariz tercengang-cengang apabila mereka berbicara mengenai dia di hadapannya sendiri. Matanya difokuskan kepada gadis yang dipanggil Myra itu. “ Awak Umyra Ukasya?”
Myra mengerut dahi. “ Ya. Kenapa? Pak Cik kenal saya?” Soal Myra hairan.
Syaz berdehem. “ Pak Cik tak nak tanya nama saya ke?” soalnya tidak malu.
Tanpa sedar Fariz tersenyum mendengar pertanyaan Syaz. Budak ini, kepala digeleng perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience