40

Romance Completed 8558

Akhirnya setelah lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Johor Bahru, mereka tiba di kampung Alex. Myra terpegun melihat kawasan kampung yang masih belum tercemar dan sangat cantik. Kami berkumpul beramai-ramai di hadapan rumah nenek Adi.
Muncul Adi bersama wanita yang agak berusia dalam sekitar 60 tahun.
“Guys, kenalkan nenek aku, Nek Biah.”
Myra dan yang lain menyalami tangan Nenek Biah.
Zatie, Myra, Sarah, Ema dan Mar akan bermalam dirumah Nenek Biah. Manakala Alex, Adi dan Noah akan tidur di rumah Pak Lang Ayah Akim. Baru Myra tahu yang Alex satu kampung dengan Adi dan Akim. Akim ialah sepupu Alex. Pak Lang adik kepada Mak Teh. Mak teh sekeluarga sekarang berada di rumah anak Mak Teh yang sulung di Pahang. Sepupu Alex Kak Suria bersalin.

Myra melangkah keluar daripada rumah Nek Biah menuju ke pangkin.
Cantik dan sangat menenangkan berada di sini. Tiba-tiba dia rindu dengan rumahnya yang dulu. Selepas SPM dan MPC, keluarga Myra berpindah ke Tawau. Ayah naik pangkat sebagai Pengetua Sekolah Menengah. Myra menyambung pelajaran dekat Kuala Lumpur. Keputusannya belum cukup layak menyambung di University Axel.. Mimi, Mija dan Kery dapat biasiswa Axel. Walaupun dia cemburu dengan kejayaan mereka tetapi dia tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“ Myra.” panggil seseorang daripada arah kanan dia.
Akim berlari anak dan duduk bersama Myra di atas pangkin.
“ Apa kau buat di sini? Aku fikir hanya Alex dan kawan-kawan dia saja yang datang.” katanya ceria.
Myra senyum saja. “ Aku ikut sekali dengan kawan-kawan aku. Zatie pun ada sekali.” katanya menanti reaksi Akim tetapi dia hanya ketawa.
“ Zatie..Dia masih marah aku tak?”
Myra mengangkat bahu. “ Kau tanyalah dia sendiri.”
Akim senyum dan tiba-tiba menyekeh kepala Myra. “ Aku rindu kau, bro.”
Myra menolak tangan Akim dengan ranting kayu yang dicapainya. “ Jangan pegang kepala akulah. Rindu konon, baru saja bulan lepas kita jumpa.” Sindir Myra.
Akim ketawa. “ Itu bulan lepas.”
Myra mencebik. “ Oh, ya. Urusan kau dah selesai?”
Akim mengangguk. “ Dah. Aku akan buat housemanship dekat HKL. Bulan depan aku start.” Myra mengangguk.
“ Macam mana kau jumpa Alex semula? Kau bercinta dengan dia eh?” usiknya.
“ Mana ada. Dia kawan aku macam kau.” Kata Myra. Lelaki dan perempuan tak boleh ke berkawan baik? Eh. Myra. Kau pun salah seorang daripada mereka yang berfikiran sebegitu.
Akim mencebik. “ Aku tahulah dia suka kau macam dia suka Lisa dulu.”
Lisa! Baru Myra teringat. Dengan geram kepala Akim dicucuk-cucuk dengan ranting kayu yang dipegangnya.
“ Apa yang kau buat ini?” marah Akim. Kepalanya digosok kasar.
“ Kaulah jahat sangat. Ingat aku tak tahu yang kau kacau Lisa waktu Alex suka dia.” Marah Myra.
Akim terkedu sebelum tawanya meletus.” Itukan cerita lama. Dah bertahun sejak Axel School lagi.”
“ Tapi apa yang kau buat itu tak patut.” Ujar Myra.
Akim melihat Myra pelik. “ Mana kau tahu?”
Myra mengangkat kening bangga. “ Alexlah.”
Akim terkejut. “ Dia cerita dekat kau?”
“ Pandai koreklah.” Jawap Myra selamba.
Akim masih terkejut.
Tiba-tiba, handphone Myra yang berada dalam poket bergetar. Lantas dia menekan butang answer apabila tertera nama Alex. “ Helo.”
Myra menepuk dahi. “ Kejap. Aku lupa.” Kata Myra kelam-kabut dan mematikan talian.
“ Kenapa?” Soal Akim.
“ Aku terlupa beg aku dekat kereta alex. Aku pergi ambil dulu eh.” Kata Myra dan bingkas bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience